Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 29 September 2012

Aku mengajar dan belajar, UiTM 2.0

UiTM Shah Alam, 29September2012 - ketika tulisan ini dipahat, adalah di saat kuliah wasiat sedang berkumandang. Kelas akan tamat sehingga jam 9 malam, dan di saat ini badan belum lagi merehatkan diri seawal subuh tadi, kuliah, dan ke taman cempaka beriadah bersama isteri dan anak. seusai itu terus ke USIM atas jemputan memberikan 'talk keusahawanan' dan akan diteruskan sehingga esok. Seusai dari itu aku terus memecut ke Shah Alam untuk pengajian kelas di sini, hampir 3minggu aku menghilangkan diri tetapi kini aku hadir dengan semangat yang baharu dan pastinya esok juga jadualku lebih padat.

muka-muka tak bersalah pelajar yang diwajibkan hadir dan aku berharap mereka ada manfaat daripada perbincanganku tadi, cuma apa yang dikongsikan ialah pengalaman dan kisah suka duka aku sebagai mereka yang ada sedikit pengalaman. Terima kasih juga kepada pihak Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang memberi penghormatan kepadaku untuk menyampaikan sedikit perkongsian ilmu, namun di fakulti sendiri bukan sekadar di anak tirikan tetapi dipinggirkan.
Lihat, mereka juga menyediakan booth percuma kepadaku dan aku agak berbangga sehingga dihargai sampai begitu. Nak jadi usahawan ni apa yang aku boleh simpulkan adalah mereka yang berani dan sanggup memberikan kesusahan kepada diri sendiri sehingga nabi SAW menyebut "mencari rezeki yang halal adalah kefardhuan selepas fardhu-fardhu(solat, zakat, puasa dan lain-lain...)

kalau datang sini bolehlah sembang-sembang pasal bisnes, hehehe... jujurnya aku tidaklah mencari kekayaan tetapi mencari kedamaian..


Khamis, 27 September 2012

Aku Musafir Tegar... adakah BELANJAWAN untuk daku?

Kuala Sungai Baru, KUIM, 28September2012 - dicelah-celah ini memang lah kekalutan dan kesibukan yang amat sangat, penuh dengan pembentangan pelajar, dengan ujian pertengahan semester, dengan menyiapkan soalan-soalan dan skema jawapan peperiksaan akhir bagi 5 mata pelajaran dan ditambah lagi hujah dalam 5 kes dari pihak-piahk yang sama dan ada dalam dua dewan Mahkamah Tinggi dan Rendah serta ditambah ajinomotokan lagi dengan kelas pengajianku yang bermula dan kesibukan lain seperti membetulkan bab dalam thesis yang akan di'submit' ke supervisor sesegera mungkin. Oh jangan lupa, aku tinggal di Sungai Ramal, beramal guaman di Kuala Lumpur dan mengajar di Kuala Sungai Baru Melaka.

GILA? Jangan ditanya, kerana selagi akal ini tiada urat-urat otak kanan dan kiri mahupun medula-medula oblongata yang terputus atau tersangkut maka maknanya Allah mengizinkan aku meneruskan perjalanan hidup ini walaupun terasa berat dan padat namun tidakkan sekali-kali kaki ini ku kunci dengan kemalasan. 

Dan tak semena-mena pagi ni, kereta Feraro Roche ku buat hal dengan kerosakan enjin pada trotal body(penyakit biasa bagi kereta buatan malaysia yang bernama WIRA dan menggunakan sistem injection) Terpaksa lah aku memandu ALPHARD ke KUIM dan dijeling oleh para pensyarah. Aku tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi aku terpaksa, nak bawa SUPERBIKE cuaca mendung dan hujan ke aras Selatan. Kata tak nak belagak, tapi kenapa BOLD kan kenderaan-kenderaan tu? Entah aku pun tak nak jawab, hahaha....
Suasana solat jumaat di Masjid KUIM yang bagiku agak hambar dan tidak mencapai tahap keberilmuan di kawasan ini, moga ada sinar perubahan dan aku sudi menjadi salah seorang tenaga pembantu jika diizinkan. 
Mengikuti program YBGK atau biro bantuan guaman di Pejabat BAR Seremban 2 dan merasa seronok berjumpa teman-teman seperjuangan. Bermacam fikrah dan idea yang dapat dikongsi dan aku juga bertuah mengenali peguam-peguam sivil yang berhati murni sehingga sanggup menolak untuk menyediakan kontrak pembelian rumah jika ianya tidak mengikut syarak agama. Kekadang malu ke peguam-peguam syarie yang sapu je semua benda janji masyuk dan silap-silap boleh masuuuuukkk NERAKA.
 Program yang mendatangkan faedah tidak sekali-kali aku lepaskan...
Semasa mengikuti muzakarah pemegang tauliah mengajar Wilayah persekutuan, sempat aku bertemu dengan senior semasa di sekolah Maahad Hamidiah kajang, namanya Adli. Dia merupakan pengerusi BADAR(Badan Dakwah dan Rohani) dan aku mewarisinya selepas tahun berikutnya. Tak sangka berjumpa di sini di Hotel City Villa yang mana hotel ini merupakan tempat shopping aku sekeluarga semasa kecil ketika duduk di Kampong Bharu, teringat abah membelikan permainan kereta control ketika sebelum menunaikan haji pada tahun 1993. Ya Allah sekejap je masa berlalu...
Di saat hampir jam 11.45 malam aku masih menyelia kelas untuk pembentangan pelajar yang di saat akhir aku terpaksa menyelesaikannya juga walaupun seharian di mahkamah dan pecut ke melaka untuk para pelajar. Teringat hadith nabi SAW "manusia yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya". Ya Allah moga aku termasuk dari kalangan ini, di bawah ini juga beberapa seminar yang wajib aku sertai bagi pecambahan minda dan melangsungkan kejituan ilmu lebih-lebih lagi di tahap ini. Ya Allah, pandanglah aku...


Ahad, 23 September 2012

Si Dia..

Sungai Ramal Dalam, 23Sept2012 - merakamkan gelagat seorang anak dari seorang isteri dari seorang ayah yang cuba menyampaikan isi hati kepada sePencipta, agar dinaungi diri dan keluarga dalam rahmatNya.

Amboi gelak sakan kacau abg Atheef ek, cian abg kena buli ngan adik Anas. Hehehe... biasalah man to man talk.

Macam lah dia yang basuh kereta, atok yang buat dia nak main air je, namun sifat rajin membantu diwarisi dariku yang mewarisinya dari ayahandaku, Haji Mohd Hanapi Bin Yaacob. 3 generasi ini ku lahirkan rasa syukur, Anas Haziq Bin Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi Bin Yaacob.

 Kan dah cakap, suka main air, habis basah baju ...  hujung mingguku disinari gelak tawa anak dan keluarga, suatu hari nanti aku pasti akan merindu detik ini dan begitu juga anda semua kan???

Ahad, 16 September 2012

Pensyarah Undang-undang

Kuala Sungai Baru, 18September2012 - Aku kini bergelar pensyarah dan peguam dan pengurus dan penceramah dan pelajar dan pengayah, errr.. pengayah tu ayah lah, hehehe.. mungkin boleh juga diletakkan p di depan nama ku seperti p.ramlee dan aku p.razi. Bukanlah untuk mendabik dada menyatakan kesombongan atau apa-apa yang menjerumusku ke laluan iblis dan syaitan, namun itu yang dapat ku sumbang kepada masyarakat yang mengenaliku selagi aku masih hidup ini. Cintakanlah ILMU. dan suka aku memasukkan fakta di sini, negara Jepun yang dikenali maju adalah disebabkan 3 perkara iaitu pendidikan dan pendidikan dan pendidikan.

Eeleh..eleh.. budak tomey ni nak kena ni, hehehehe... dan sepanjang 2 minggu bergelar pensyarah undang-undang ni mesti ada yang bertanya, jauhnya nak berulang dari kajang then ke melaka, dengan kos lagi, eeee... tak berbaloi lah. Aku terpaksa diam dan akur dengan pernyataan semua itu di atas kerana aku sendiri pernah menyatakan benda yang sama kepada Ummi ku. "Jauh lah mi, dekat sejam memandu, camne ni? nak amik ke tawaran ni?"
"Alah.. ummi dulu 2 jam memandu.." hahaha.. tak nak kalah juga ummi, hehehe... ibuku seorang pensyarah yang bergelar Professor di UPM bahagian perubatan dan aku sebagai anaknya akan taat sampai bila-bila dan aku terima tawaran tersebut sebagai pensyarah undang-undang  atas alasan utama, ummi merestui pekerjaanku ini. Takpelah, dengar cakap ibu ada berkat, teringat kisah dr. Fadilah Khamsah, seorang pakar motivasi terkenal juga mengalami dilemma yang sama, bila mana dia juga menanyakan ibunya samada dia hendak berhenti sebagai pensyarah dan menjadi motivator, maka ibunya memilih sebagaimana beliau sekarang. Ibu keramat hidup sebagaimana lagu Sudirman, lantas pembaca blog ini, ayuh ikut jalan sunnah nabi SAW.
Mungkin alasan-alasan yang menyokong semangat juangku untuk menjadi pensyarah ialah matapelajaran yang diajar adalah bersamaan dengan bidang tugasanku kerana aku mengajar fiqh jinayat, pemakanan dalam Islam, undang-undang Tanah, Pentadbiran orang Islam dan juga harta faraidh, zakat, wasiat, hibah.

Oh keputusan Ijazah ku yang ketiga dah keluar, syukurnya alhamdulillah semester ini Anugerah Dekan lagi, walaupun kekawan ku yang lain tahu aku datang hanya beberapa ketul dalam semester namun mereka banyak membantu keputusanku, ya Allah kuatkan semangatku kerana ada 2 semester lagi untuk dihabiskan. Terima kasih kepada mereka yang terlibat atau tidak...

Isnin, 10 September 2012

Ph.D dan cerita terkini...

Kuala Sg. Baru, Melaka 11 September 2012 - segala puji bag Allah ku rafa'kan sembah ta'zhim ini bagi  mengakui kehebatan Allah diperkasakan dengan hikmah yang dilihat di depan mata saban hari. Aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan walaupun diuji dan dipayahi dari sudut akal manusia namun kekecewaan dan dukacita itu lenyap setiap kali disimbahi siraman air syurga dari nikmat yang dikurniakan.

Bulan September ni banyak pula cutinya, cuti Malaysia lah, cuti-cuti Malaysia lah dan macam-macam lagi, kesempatan inilah yang ku ambil untuk bersama keluarga, tengok tu Anas, kata kuat hero menjerit bila kat rumah, tapi kena kat sungai Tekala,  duk tepi je, ni yang dikatakan dalam hati ada taman.

dan aku berkonsepkan alami dunia sebenar dalam pendidikan anak-anak, dengan mengizinkan mereka merasai sendiri pengalaman berdepan dengan situasi namun perlulah ada batasan dan pengawasan. Sebagai contoh bagi orang Eropah mereka mendidik anak-anak dengan mengizinkan anak-anak mereka bermain kotor, pegang haiwan-haiwan sebagaimana kita di kampung dahulu, walaupun aku dibesarkan di bandar di Kuala Lumpur atau di Keyel, hehehe... namun aku adalah cucu kepada arwah Tok Mat(Wak Rahmat) atau aku panggil bak je yang lama balik ke kampung dan tinggal bersama Yea, makcik ku. Bezalah aku ngan adik beradik yang lain, sebab tu aku rapat dengan yea kerana dari kecil kerap aku bersama mereka, al-fatihah buat arwah atok dan nenek dan yang aku kenali kerana berbudinya mereka mengajarku Quran dan ilmu yang bermanfaat.
di tangan anakanda ku ada sebatang rotan, dia sendiri yang ambil dan sendiri main, hem.. aku dulu selalu juga dibaham benda ni, tapi tidaklah mencederakan kerana ianya bagi mendidik dan menakutkan anak agar berdisiplin dan jangan malas belajar, samapikan orang-orang tua kata sunnah gantung rotan di rumah, bukan nak kata pasal hadith, cuma sunnah di sini telah menjadi amalan yang di ambil dari guru-guru agama dari hadith nabi SAW suruh pukul lah anak kamu yang capai usia 10 tahun jika malas solat. daddy belum pun gantung lagi... jangan nakal sangat ye!
Cerita terbaharu dalam hidupku, kini aku telah menyambung pendidikanku sehingga ke peringkat Ph.D, walaupun di tahap ini bukanlah gelaran yang menjadi ukuran kerana ada yang belajar kerana pangkat dan gaji atau apa pun tujuan mereka, aku bersertakan niatku menyambung pengajian agar aku lebih tawaddhu' mengenal Allah dan sebagai usaha dakwahku kepada generasi ulul al-bab.

Ditambah lagi, aku baharu sahaja sanggup menerima jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM), cerita ini akan ditulis full version di penulisan akana datang(walaupun penulisan ni sememangnnya retrospective).

Ya Allah, pandulah diriku ke jalan yang lurus-MU...

Kesan Ipad pada anakku

Sg.Ramal Dalam, 10September2012 - hari ni dia demam, tapi bila sihat aktif sehingga menggembirakan kami sekeluarga. Indahnya perasaan bahagia bersama keluarga. Ya Allah kekalkanlah kami sekeluarga dalam rahmat-Mu...

Sabtu, 1 September 2012

Soalan Metro: Merdeka diwarnai lukisan 'Syarak'

Sg.Ramal Dalam, 2 September 2012 - Alhamdulillah sekurang-kurangnya ruangan akhbar ini memberikan ku kesempatan menulis beberapa artikel lebih dari setahun berkaitan isu-isu semasa dan seperti biasa perkataan yang ku tulis lebih banyak daripada yang dikeluarkan, namun kali ini tiada pula wajahku menghiasi akhbar tersebut, bermacam soalan yang bermain di fikiran ini namun, sangkaan baikku menepis segala kekusutan di hati dan beruntungnya bagi mereka yang mengambil agama sebagai penghias diri.


Soalan 1
KITA perlu merasai betapa berharganya sebuah kemerdekaan dan nilai yang perlu dibayar untuk menjadi manusia yang merdeka. Bukan sedikit yang dikorbankan pejuang terdahulu kerana mereka sanggup mengorbankan apa saja untuk mempertahankan negara ini daripada cengkaman musuh. Apa yang perlu dilakukan sebagai generasi penyambung warisan merdeka ini bagi membalas semula pengorbanan yang dilaburkan oleh datuk nenek moyang kita terdahulu?

Harga sebuah kemerdekaan sememangnya tidak boleh dijual beli. Menurut kamus dewan bahasa dan Pustaka kemerdekaan diertikan sebagai kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan dibelenggu oleh sesuatu. Namun menurut sudut pandang Islam tidak ada yang bebas tanpa dibatasi dengan had yang tertentu kerana Islam mengutamakan kesederhanaan dalam semua aspek. Sebagai generasi penyambung warisan merdeka seharusnya generasi ini mengekalkan kemerdekaan tersebut dengan penuh ketanggungjawaban yang tinggi dan perasaan mensyukuri nikmat tersebut secara mendalam. Generasi ini sewajarnya memikirkan apakah corak yang terbaik bagi mewarnai kemerdekaan dengan rasa kehambaan kepada Allah yang mengurniakan kita sebuah kemerdekaan. Lihat sahaja begini, jika di masa penjajahan amat sukar bagi orang Islam melaksanakan ibadah kerana disekat dan dihalang, namun sekatan itu kini tidak ada lagi yang ada hanyalah penjajahan hati oleh musuh-musuh yang nyata, iaitu iblis laknatullah. Ambil gamabaran penjajahan etnik Islam di Rohingya yang mana secara jelas kita melihat generasi itu bukan sahaja diancam tetapi bangsa mereka menjadi lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa hatta untuk berjuang atas nama agama mereka. Inilah bukti betapa nikmat kemerdekaan itu wajib disyukuri dan dikekalkan serta dibajai dengan lukisan syarak, yang hanya dengan meningkatkan kepatuhan kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya sahajalah bukti kita menghargai pengorbanan yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Firman Allah di dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, “demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi(lagi nikmat) kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu ingkari (nikmat-Ku), Azab-Ku adalah sesungguhnya terlalu amat dahsyat.”

Soalan 2
APA pandangan ustaz mengenai perjuangan pada zaman moden ini di mana lahirnya generasi manusia yang ingin merdeka tanpa batasan; tidak mahu terikat dengan peraturan, memperjuangankan serta meletakkan ketinggian hak asasi mengatasi segala-gala, dan tidak boleh ditegur dan dicabar?

Hari ini terdengar beberapa kelompok manusia yang memahami Islam menurut hawa nafsu mereka atau akal semata-mata, mereka dikenali sebagai Islam liberal. Secara dasarnya, jika dilihat kemerdekaan dari sudut kebebasan tanpa batasan dengan melakukan menurut akal fikiran dan kehendak sendiri maka Islam menolak kemerdekaan yang semacam ini bahkan Islam juga menentang kebebasan ini yang menjajah pemikiran manusia, perilaku mereka, budaya dan semua aspek kehidupan penjajahan tersebut sehingga manusia menurut sebagaimana yang diajar di dalam Islam. Islam tidak pernah ajar menyambut kemerdekaan dengan pesta arak, atau perlumbaan haram di jalanan, atau berpeleseran tanpa batas sempadan lelaki dan wanita kerana akhirnya kesemua contoh tersebut akan menjahanamkan kembali diri mereka sendiri. Ibarat meludah ke langit, air ludahan tersebut akan terpalit ke muka semula, betapa kasihannya mereka yang salah faham konsep kemerdekaan yang sebenar. Bayangkan kemerdekaan yang diperolehi hasil daripada pengorbanan jiwa umat terdahulu buat generasi mendatang yang bukannya dipinta dibayar dengan harta, mahupun pangkat berdarjat, tetapi sudah pasti dengan mengahrgai kemerdekaan dan mewarnainya agar segala kongkongan semasa zaman penjajah dapat dirungkai. Dalam bidang pendidikan misalnya, penjajah tidak mahu anak bangsa kita menjadi cerdik pandai maka dibuat struktur pekerjaan warisan yang mana jika ayahnya seorang nelayan maka anak tersebut akan menjadi nelayan, tetapi selepas kita merdeka, walaupun ayahnya seorang pesawah anaknya mampu menjadi doktor pakar di hospital. Bagi mereka yang memahami konsep kemerdekaan adalah kebebasan tanpa sekatan, ingatlah hadith nabi SAW yang berbunyi, “dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang tidak beriman”. Tidak perlu cabar-mencabar, dan tidak boleh ditegur kerana dunia ini bukan kita diaminya sendiri, jadilah resminya padi lagi tunduk lagi berisi dan jangan jadi resminya penggali, diam-diamnya besi berkarat.

Soalan 3
Islam menyeru umatnya supaya membebaskan/ memerdekakan diri mereka dari dibelenggu pemikiran jahiliah, perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman musuh. Semasa awal perkembangan Islam, Rasulullah sendiri membawa kemakmuran kepada Madinah dan memerdekakan Makkah daripada cengkaman kafir Quraisy. Begitu juga perkembangan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin yang banyak memerdekakan negara dari cengkaman kekufuran. Islam meletakkan asas kukuh dalam membentuk sistem negara, bermasyarakat serta muamalah sesama manusia. Komen Ustaz.


Kehadiran Baginda SAW sebagai rahmat keseluruh alam amatlah bersesuaian dijadikan contoh sehingga sepanjang zaman. Dalam pembangunan kota Madinah sehingga berjaya dan makmur dan dikenali di seluruh semenanjung arab ketika itu ialah dengan menguasai tampuk pemerintahannya terlebih dahulu, dan ini bermaksud baginda SAW dan umat Islam berjuang bagi memperolehi kemerdekaan daripada cengkaman kafir Quraisy dan orang yahudi sekitarnya. Maka kuasa tertinggi bagi kedaulatan sesebuah negara ialah kemerdekaan daripada dijajah oleh musuh, dan bagaimana ada yang tergamak menjual negara, memburukkan negara, mencabar kedaulatan sesebuah negara hanya kerana memiliki pemahaman yang berbeza dengan sesuatu pemerintahan melainkan pemerintahan tersebut bersifat mungkar dan menentang Islam. Seharusnya generasi hari ini melihat kemerdekaan bukan setakat merayakannya pada setiap 31 Ogos tetapi menghayati kemerdekaan dengan bercorakkan Islam, contohnya pada hari perayaan kemerdekaan dirayakan dengan sambutan memperingati pentingnya memelihara kemerdekaan dan diperingatkan agar hargai kemerdekaan dengan sebaik-baiknya, bahkan dalam jangka masa yang berterusan, kemerdekaan tersebut diperjuangkan oleh generasi kini dengan meningkatkan taraf kehidupan dengan meninggikan tahap pendidikan, menambahkan ekonomi keluarga dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara, bahkan juga jangan diketepikan dengan meningkatkan mutu ibadah kita kepada Allah kerana doa yang selalu kita titipkan, Wahai Tuhan kami, berilah kesejahteraan kepada kami di dunia dan di akhirat dan jauhkan kami dari api neraka.

Soalan 4
SOAL pertelagahan atau perpecahan dikalangan masyarakat juga mampu melunturkan semangat persaudaraan yang menjejaskan kesinambungan kemerdekaan yang kita kecapi. Kemerdekaan rohani dan jasmani yang dibawa Rasulullah terbukti apabila masyarakat Arab Jahiliyyah pada mulanya hidup bermusuhan tetapi mampu tampil membina tamadun insaniah yang membanggakan. Rahsia di sebalik kejayaan itu adalah keamanan yang dibawa Islam dan pejuangnya. Umum mengetahui, pertelagahan berpanjangan yang berlaku memberi peluang mudah kepada musuh-musuh Islam mengambil kesempatan untuk melemahkan kita. Komen ustaz.

Pandang ke hadapan itu wawasan, dan menoleh ke belakang itu sejarah dan peringatan. Dunia ini berputar dan begitu juga kehidupan kita di bawah dan di atas. Apakah kita terleka dengan sejarah Kota Melaka dijajah disebabkan orang dalam yang membuka pintunya, adakah kita terlupa bahawa sejarah juga merakamkan perpecahan pada zaman saidina Ali dan Muawiyyah terdiri daripada musuh-musuh dalaman juga sehingga memberi tanggapan negatif terhadap Islam, bagaimana kita boleh bermimpi bahawa kemerdekaan ini akan kekal selama-lamanya jika tidak dipelihara, firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 27, “wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan rasulnya...” ayat tersebut jelas menyatakan bahawa pertelagahan sesama sendiri adalah salah satu bentuk pengkhianat kepada Allah dan rasulnya kerana kita sudah maklum, musuh-musuh kita sangat menantikan meluang memecahbelahkan kita dan memudahkan mereka melakukan penjajahan yang tidak kelihatan iaitu penjajahan minda. Ingatlah bahawa panduan kita adalah syariat Islam dan selain itu ianya tidak diterima sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 85. Kesimpulannya, tolehlah pada sejarah agar kita beringat, waspadalah musuh-musuh yang tidak mudah penat, kemerdekaan hari ini sebagai amanat yang berat, namun hanya dengan keringat dan sepakat, ianya dapat diangkat.  

Jobs Hunting

Sg.Ramal Dalam, 2 September 2012 - semua orang mahukan kehidupan yang sejahtera, nak sejahtera kena kerja, ada pendapatan baru ada kebahagian, sebab tu jangan kerana CINTA anda GILA, lagipun memang cinta tu BUTA sebab tu bila bercinta MERABA-RABA. Aku? sahaja aku berkongsi pengalaman menulis kisah hidup sendiri walaupun bila 'di sana' ianya lain dengan apa yang dicatatkan. Kenapa aku tidak berkerja? Maksudnya bukanlah aku tidak melakukan apa untuk menghasilkan pendapatan, cumanya aku tidak bekerja dengan orang, aku bekerja sendiri dan mencipta kerja sendiri.

kali ini aku ke Melaka, Kuala Sungai Baru, jauhnya kira-kira sejam perjalanan dari Kajang. Jawatan kosong di sini ialah pensyarah undang-undang. Teringat akan hadith nabi SAW, "sebaik-baik di kalangan kamu ialah mereka yang belajar Quran dan yang menagjarkannya" aku mencari kerja yang boleh mendekatkan ku dengan Tuhan, memang ada banyak kerja di luar sana namun aku bersifat selektif kerana aku tahu kondisi diriku sendiri. 
Kalau aku dapat jawatan ini, sekurang-kurangnya aku mngajar undang-undang dan syariah pengkhususan yang aku telah bealajr sehingga saat ini di peringkat Ph.D, maha suci Allah yang mengindahkan semuanya, masjid di mana ku parking kan kenderaan ialah Masjid Al-Ilmi, mungkin sebagai asas ilmu di universiti bermula dari masjid, namun masjid yang terletak di luar KUIM dan di hujung mungkin tidak menarik perhatian pelajar ke sana, enatahlah aku tidak mahu menghukum terlalu awal. nampak smart plak triton ni, hehehe
Sebenarnya, aku pun xtahu apa yg aku nak jadi? kerana aku ini insan yang nak buat pelbagai benda, bukanlah bermaksud aku tidak boleh fokus, namun aku terkesan dengan kata-kata mutiara isteri baginda SAW, cagarkan segala-galanya demi Islam. Aku nak masuk syurga, aku akan berusaha sedaya upaya di dunia ini walaupun ku tahu aku mungkin tersadung, atau tersungkur semasa berlari ke arah sana, moga Allah berikan aku kekuatan.
Aku juga telah pergi temuduga jawatan ketua imam di Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara, entah kenapa bila kaki melangkah di sini aku terasa sejuk dan gembira bukanlah karana struktur binaan bangunan yang seakan di amsjid luar negara, tetapi AJK dan kakitangan masjid ini sangat peramah dan berbudi bagiku, siap bantu aku menjejenjeng beg belakangku, dan terasa sayu dengan memori menjadi ketua imam di masjid dahulu, pejam celik dah bulan 9,  selama itulah juga aku meninggal tempat tugasanku yang telah 7 tahun, alhamdulillah semuanya diatur cantik oleh Allah, untuk jawatan ini, aku meletakkan harapan yang tinggi juga maklumlah aku tersangat rindu dengan masjid, ya Allah berilah aku terpilih sebagai pemuda yang tergantung hatiku pada rumah Mu...



Raya Mereka, kitakan dah tua..

Sg.Ramal Dalam, 2September2012 - Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin. Minal aidil wal faizin. Moga segala amalan kita diterima Allah dan dirahmati kita dunia dan akhirat, ucapan ini ditujukan khas kepada rakan-rakan bloggers semua. Terima kasih kerana membaca. Lihat sahaja gambar di bawah ini, ya kedai gunting rambut moden yang dimiliki oleh orang cina, pokoknya di hari raya ini rambut ku semacam pokok dengan ketiadaan kedai gunting melayu maka aku mengambil keputusan mencuba guntingan di sini. jangan salah ertikan, walaupun yang gunting ni perempuan cina, namun dia menggunakan lapik bagi menjaga aurat dan yang paling penting bini ikut sekali la... hehehehe

beraya bersama keluarga ke rumah-rumah saudara, seronoknya bila silaturrahim terjalin, jumpa anak-anak buah dan yang lain, moga syarak kita juga terjaga... Anas, semakin ligat dan bermain-main, dulu macam takut-takut, mungkin dia juga makin dewasa, nak masuk 2 tahun lah katakan, hehehe...
tu dia si comel daddy.. amboi dah pandai possing depan kamera, ni mesti atok ajar ni...
dulu cemburu bila pegang baby orang lain, kini dia pun dah penyayang, nak adik kut.. hehehe kalau direzekikan.. insha allah.
sempat juga mencuri masa balik ke batu Pahat selepas Yea dan Cik Yem seminggu pulang dari umrah, yang sebelah anas ni anak abg kamal, hehehe.. Yea cakap sama muka macam anas, alah nek misah x sama lah..
tu dia anak daddy, kita rally raya pulak kat rumah kawan-kawan, sampai ke atas bumbung dia beraya ek, yang baby ni namanya baby dina, amboi nak ngorat ke, hehehe
ke rumah kawan Cidot aka Fazri Daud, satu maahad juga, dia ni kira budak pandailah, teringat masa sekolah rendah dulu, dia ni wakil matematik sekolah sungai serai dan aku wakil sekolah tun Abdul Aziz Majid dari Hulu Langat dan kami ni memang bersainglah juga.
dan ini beraya di kawasan rumah bos, Dato Zaidi Zain... makan selagi mampu ye tak
Hafizal Parcho, apa yang anda buat? hehehe... macam cover dengan bos je, hehehe

Rindunya pada Ramadhan yang lalu 1433H

Sg.Ramal Dalam, 2September2012 - Masih dalam bulan ramadhan al-Mubarak, jangan lepaskan ianya berlalu begitu sahaja dengan kita diperbodohkan tanpa amalan dan bekal yang secukupnya. Corat-coret kali ini adalah gambar-gambar yang diambil semasa mengadakan jamuan berbuka puasa dengan rakan-rakan sekolah menengah dari Maahad Hamidiah Kajang. Silaturrahim dan ukhuwwah yang dibina tidakkan terpadam sekiranya jujur kita bersahabat kera Allah, dan teringat sabda junjungan nabi SAW, selagi mana 2 orang sahabat yang bertemu  kerana Allah, maka akan diampunkan dosanya sehinggalah mereka berpisah.

Majlis yang dibuat di rumah Apad, anak orang kaya yang duduk di Bangi, maklumlah ayahnya adalah kontraktor kelas A, maka faham-faham sahajalah. Di Malaysia ni, kalau nak jadi kaya memang berniaga sebagaimana yang disabdakan baginda SAW, tetapi sektor perniagaan yang menajadikan kita kaya apabila berniaga biasanya lah di saat ini, dengan menjadi kontraktor binaan kerana perkiraannya begini, harga sesebuah projek biasanya dikaligandakan dengan 3, iaitu modal+kos+untung. Maknanya jika harga sebenar sebuah projek itu RM 1maka ianya perlu didarabkan dengan 3 maka menjadi RM3 apatah lagi jika projek itu ialah projek MEGA.
majlis ini ialah majlis berbuka secara potluck, masing-masing mebawa juadah masing-masing dan apa yang aku bawa? Sepinggan kek secret recipe dan juga sempat mengimamkan solat teraweh di sana walaupun ada rakan-rakan yang sekolah agama tetapi tidak turut serta, well... agama bukan diwarisi atau sebab sekolah, sejauh mana anda memahami agama.

ini adalah pada hari terakhir ramadhan pada tahun ini, kalau di negeri sembilan dan sibuk di pasar-pasar daging atau dikenali sebagai hari mantai, kalau mo mantai dalam bahasa mandarin maksudnya tiada masalah dan setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke pasar, aku membawa anas mengajarnya  melihat pasar basah di Batu 9 Cheras, tempat yang biasa umi dan abah pergi masa aku kecil, dan kini aku membawa anakku pula, nostalgianya, adakah aku ini bersifat kejiwangan? hahaha, soalan ini ahanya aku yang wajib jawab.
tengok muka cenyum dia, ni dah raya kedua kalau tak silap, almaklumlah raya tahun ni hanya di sini sahaja, di rumah di kajang dan ini muka Anas bangun tidur mencari sarapan di Bandar Sri Putra, jauh juga cari makan.
Alang-alang sketsan dan ceritanya berkaitan hari raya, kenderaan sekolahku dilanggar oleh sebuah motosikal, menurut kata adikku, Asyaraf yang kini menguruskan sekolahku, bak kata Dr.Fauziah iaitu jiran kami di Nilai Impian, tahu tak Tika(nama anaknya) siapa yang uruskan sekolah ustaz fakhrul? Si Atap(asyraf) Ha? yang rock-rock tu ke? Manusia boleh berubah, sampaikan baca doa ke semua ustaz asyraf yang bawa tau... aku tersenyum, sekurang-kurangnya dia adikku.