Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 18 September 2010

kupasan yang baru


18 sept 2010, Nilai - berada dalam keadaan batuk dan jam di dinding baru pukul 11.01pm pada syawal yang ke 9. Mungkin bagi ada yang tahu di fb akan menjengok ke blog saya yang dhaif dan hampir pupus ni... persepsi sendiri kerana angka viewers masih sama setahun yg lalu. hahahaa... mungkin lepas ketiadaan diri ini, blog ini jadi sesuatu yang amat bermakna, biasalah dunia. (terkesan selepas melihat dokumentari Tun Razak di TV1). Alhamdulillah... panjatkan syukur pada Allah s.w.t kerana berikan aku kesempatan menziarahi rumahnya dan menziarahi makam nabi s.a.w dan sahabat-sahabat baginda serta kawasan sejarah yang lain. Perasaanku hanyalah airmata seorang hamba yang hina di hadapan rumah-Mu yang diriku ini penuh dengan debu-debu dosa zahiriyah dan batiniyyah. engkau sudi terima hambai ini sebagai tetamu di rumah Mu ya Allah. tiada perkataan yang selayaknya aku gunakan untuk menzahirkan keberterimakasihku padaMu ya Rabb. dan aku bercadang pada siri-siri penulisanku yang akan datang akan aku selitkan kisah2 dari tanah haram dan catatanku sendiri sebagai diari blog aku untuk diriku dan sesiapa yang sudi membacanya. dikesempatan ini saya mengambil peluang jika ada kekurangan pada diri ini kepada mereka2 yang di luar sana, aku menyusun 10jari tanda kemaafan dan bukan tanda kekalahan namun aku hamba Allah yang tidak sunyi dari kesilapan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.