Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 27 Ogos 2013

Jutawan Rumpai Laut

SungaiRamalDalam, 27Ogos2013 - di saat mata melayu-layu kerana matahari luar sedang memanaskan aura-auranya dan tiba-tiba aku terpandang satu tajuk sebuah filem yang aku sedanngkan fikirkan untuk ditonton kerana disenaraikan dalam satu ruangan 10 hebat jutawan untuk mereka yang beminda bisnes dan usahawan. muncul dalam fikiran dan tak semena-mena salah satu filem yang aku fikirkan ditayangkan di Astro 131 walhal aku ada temujanji dengan prof penyelia tesis ku dalam jam 4petang tetapi jam di saat ini jam 3.30petang. kisah usaha yang sangat muda ini. usahawan apa? dalam umur 20-an apa yang telah kita capai dan peroleh? bebanan hutang pelajaran atau limpahan kejayaan?
macam biasa kita lihat di pasaraya-pasaraya giant ke Tesco ke dan pasaraya besar mesti ada produk ni. rumpai laut. dan siapakah di sebalik produk hebat ini, walaupun cop halal yang dikeluarkan oleh syarikat ini tidak mengikut piawaian JAKIM tetapi ada sesuatu tentang usahanya yang layak digelar USAHAWAN. jarangkan kita bercita-citakan USAHAWAN, samada masa kita kecil atau pun besar, anak kita apatah lagi. Jom berUSAHA jadi USAHAWAN.
Jutawan muda yang berasal dari Thailand dan seperti kata orang bahawa kejayaan hanya akan berpihak pada mereka yang mempunyai tekad yang kuat dan pantang menyerah dalam menghadapi kegagalan serta mempunyai kemahuan untuk terus berusaha menghadapi kesusahan cubaan hidup, begitu juga yang dialami oleh Top Ittipat, seorang jutawan yang masih berumur 26 tahun sama seperti Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang mempunyai semangat pantang menyerah dalam menghadapi kegagalan hingga akhirnya mereka ini berjaya dalam mengembangkan usahanya iaitu Tao Kae Noi atau rumpai laut goreng. nama penuh Top Aitthipat Kulapongvanich atau Top Ittipat, ia dilahirkan pada tahun 1984 di Thailand, dia dilahirkan dari keluarga yang sederhana dan biasa-biasa sahaja dan tidak terlalu memikirkan masa depan, tidak ada yang begitu istimewa dalam dirinya sampai Tuhan benar-benar mengujinya.
Bahkan kisah kejayaannya juga diangkat ke dalam filem berjudul Top Secret : The Billionaire yang mengisahkan bagaimana Top Ittipat berjuang jatuh bangun membangun usahanya. sebab tu aku suka cerita-cerita sebegini berbanding banyak siri melayu yang asyik berhasad pasal perempuanlah, cintalah, yang akhirnya tiada elemen pengajaran dan pendidikan dalam filem.
Siapa Top Ittipat? 
Seperti kebanyakan pemuda seusia dengannya, Top mengalami ketagihan game online ketika dia berumur 16 tahun dan pada tahun 2004 di saat masih bersekolah di SMA sehingga mengakibatkannya tercicir dalam sesi pembelajaran di sekolahnya. Bukan satu hal yang baik tetapi perkenalan dunia bisnes bermula dari sini. dia menghasilkan duit dari game tersebut dari penjualan senjata-senjata di game tersebut. duit yang didapatkannya begitu banyak hingga boleh beli kereta dan benda-benda yang diinginkan seperti Play Station 2, dan hasil bisnesnya ini dia mampu meraih penghasilan mencapai 1 juta Baht dan dapat membeli sebuah kereta berharga 600 Baht.
Kehidupan Top boleh dianngap sebagai boros. Para pembelinya adalah daripada pecinta game online dan ada juga yang berasal dari luar negara. Namun kerana perniagaan ini adalah salah dan ilegal maka sudah pasti tak akan dapat bertahan lama. Khidmat game onlinenya diblok kerana telah diketahui melakukan transaksi jual beli yang salah di sisi perundangan.
Orang tua Top sedang mengalami masalah kewangan dan terlilit hutang yang sangat banyak namun masih berusaha untuk membiayai pengajian Top tetapi Top menolaknya. Akhirnya dia tercicir pengajian dan dengan baki duit yang dimilikinya Top beralih usaha ke bisnes DVD Player tapi Top ditipu mentah-mentah sebab semua DVD Playernya ternyata barang palsu dan duitnya tidak dapat dikembalikan.
Top juga berusaha mencari pinjaman duit dari bank untuk memulakan usaha baharu. Namun, pihak bank menolaknya. Di titik inilah Top mulai menyedari kesalahannya karena telah mengabaikan pengajian dan pelajaran. Di titik yang sama ini jugalah, Top mulai berusaha keras dalam dunia perniagaan. Hutang yang membelenggu orang tuanya yang mencapai 40 juta Baht semakin memburuk keadaan. Lebih-lebih lagi apabila rumah mereka disita oleh pihak Bank. Di tengah-tengah himpitan ini Top tetap berkeras hati.
 “Sesuatu itu akan datang kepadamu namun sesuatu yang lain akan menjauh darimu” (Top Ittipat Mother) atau dalam bahasa Jermannya boleh dikatakan You win some and you loose some. Suatu ketika Top berjalan-jalan ke sebuah pameran dan melihat ada sebuah alat untuk menggoreng kacang kemudian terpikir untuk berniaga kacang. Top lalu menyewa alat tersebut dengan harga 10.000 bath perbulan, di sini keberanian Top terlihat. Kemudian dia membuka gerai kacang di Mall bersama pakciknya, di sini juga perjuangan Top bermula untuk mendapatkan cara membuat kacang yang enak dia bertanya kepada tukang kacang dijalanan bagaimana caranya membuat kacang yang enak. Namun walaupun dia berjaya membuat kacang yang enak, jualannya tetap tidak laku sehingga membuatkan Top sedikit frust dan kecewa dan terus mencuba beberapa cara agar laku.
Suatu ketika Top berjalan ke sebuah pasar tradisional dan mendapatkan beberapa inspirasi seperti memberikan diskaun dan lokasi perniagaan sangat memberikan kesan keapda sesebuah perniagaan. Sebab lokasi menjadi salah satu faktor menentukan dalam keuntungan dan peningkatan hasil jualan sesuatu produk.
Kemudian Top berkeras meminta lokasi gerainya berpindah tempat ke bahagian depan Mall dan apabila kacang gorengnya semakin laku dia kemudian membuka beberapa cabang, Namun apabila difrancaiskan memanglah tidak semudah yang dijangka.
Di saat Top mulai melakukan pengembangan perniagaanya secara besar-besaran, timbul satu masalah lain di mana mesin pembuat kacang goreng yang Top gunakan menimbulkan asap dan mengotorkan siling Mall sehingga harus ditutup dan pihak Mall juga membatalkan kontrak kedainya.
Di titik ini Top hampir berputus asa. Orang tuanya pun memutuskan untuk pergi ke China kerana melarikan diri dari hutang. Top tetap berkeras untuk  bertahan di Thailand dan meneruskan usahanya. Dari bisnes jual kacang, Top beralih haluan untuk berniaga rumput laut goreng. Makanan snek yang kekasihnya berikan.  Setelah itu dia mendapatkan inspirasi untuk membuat rumput laut goreng dan ia membeli beberapa rumput laut namun basi dalam waktu 1 minggu, ini membuatnya bertanya-tanya kepada professor di bidang biotek untuk menyelesaikan masalah ini. Profesor tersebut berjaya membantu Top membuat makanan agar tidak mudah basi dengan membuat vakum kemasan dan menggantikannya dengan nitrogen. Kemudian cabaran berikutnya adalah Top tidak boleh membuat rumput laut yang enak karena setelah digoreng rasanya pahit.
Dia dan pakciknya menghabisakan lebih dari 100.000 bath untuk melakukan uji kaji rumput laut tapi gagal, sampai semua rumput lautnya habis. Dalam tekanan yang begitu hebat Top berusaha mencari jalan tentang strategi-strategi penjualan. Bbahkan dia rela belajar berdasarkan pemerhatian dari pasar-pasar basah dengan bertanya-tanya kepada para penjual di pasar. Inspirasi datang ketika dia berbelanja di salah satu mini market, 7-Eleven.
dia menerapkan metod yang pernah diajarkan ketika di tempat kursus yang di pilih ayahnya. Sebelumnya ayahnya terpaksa memasukkan Top mengikuti kursus perniagaan iaitu metod pengembangan jualan ke berbagai negara. Lagi-lagi tidak semudah membalikkan telapak tangan. 7-Eleven ternyata memiliki standard yang tinggi yang harus dipenuhi supaya produk Top boleh  masuk ke pasaran. Berbagai usaha Top lakukan tapi semuanya mengalami jalan buntu.
Kata-kata hikmat beliau
 
“Apapun yang terjadi jangan pernah menyerah, kalau menyerah habislah sudah” (Top Ittipat) Top hampir-hampir sahaja berputus asa dan memutuskan untuk berangkat ke China tetapi sebelum itu, Top telah melakukan usaha terakhirnya demi memenuhi syarat dari pihak 7-Eleven dan supaya usaha terakhir kali ini tidak sia-sia. Kesulitan yang dihadapi mulai dari inovasi untuk kemasan produknya(packaging) sampai Top juga diharuskan memiliki produk dalam jumlah besar. Dengan susah payah semuanya dapat terpenuhi. Untunglah juga ada killing kecil milik keluarganya yang menunggu untuk disita, yang akhirnya Top mengubahnya menjadi sebuah kilang kecil. Dengan begini Top berhasil memenuhi syarat yang ditetapkan dan kuota pengeluaran yang diperlukan.
 
2 tahun kemudian Top berjaya membayar hutang keluarganya dan juga berjaya mengambil kembali rumah keluarganya. Saat ini Top berusia 26 tahun, memiliki 2500 pekerja dan menghantar ke 6000 cabang 7-Eleven seluruh dunia dan mengeksport rumput lautnya ke 27 negara termasuk Malaysia.
 
Top telah memiliki lading pembiakan rumput laut di Korea Selatan dan pendapatannya mencapai 1.5 juta Bath (45 juta Ringgit Malaysia) per tahun. Top Ittipat ini telah berhasil mencatatkan dirinya sebagai a young billionaire from Thailand. Top ittipat membayar kejayaannya dengan berkorban jiwa, raga, waktu, kesenangan usia muda yang suka berhedonisme, termasuk berkorban cinta terhadap kekasihnya.

Rabu, 14 Ogos 2013

Opis baharu Semangat kenalah baharu!

Sg.RamalDalam, 23Ogos2013 - Setelah sekian lama meng'upload'kan gambar-gambar ini baharulah ada masa menulis. Ya, siang tadi seharian menulis kertas kerja yang akan dibentang di Terengganu dan mood menulis dating balik, seronok pula masa ini apatah lagi seorang di ruang pejabat sendiri yang ditambah disebelah rumah dengan hasil wang sendiri. mesti ada yang nak kata kenapa tak plaster dinding ni, hem ini memang sengaja aku buat corak ini kerana aku nak gambarkan aku adalah seorang yang ringkas dan mudah, tak perlu terlalu rumit tapi bercitarasa. macam geng-gen kereta kancil tapi enjin skyline. hahaha..
 
Segala puji bagi Allah SWT, aku pernah berangan memiliki sedikit ruang kecil untuk urusan aku belajar, kerja dan privasi, teringat masa belajar dulu ada seorang pensyarah yang menceritakan bagaimana Allahyarham Ahmad Ibrahim meninggal semalamnya masih mengajar di universiti dengan usia mencecah 80an dan dia meninggal semasa sedang menyiapkan kertas kerja untuk ummah akan datang, begitu juga Prof Emeratus Dr. Uthman El-Muhammady yang sedang membinding kertas kerja untuk disampaikan kepada ummah, begitulah aku kagum dengan pengabdian mereka kepada Allah dengan jalan menyebarkan ilmu maka aku contohi semangat mereka walaupun hati kecilku berdetik, hinanya diri ini dan memang tidak sama aku dan mereka. Takpelah, kalau tak dapat semua, sipi-sipi pun jadilah.
 
 
Di ruang yang kecil ini di bawah tangga, bolehlah menempatkan 3 orang dalam satu-satu masa, terutamanya bilamana ada klien yang datang berbincang tentang guaman dan aku akan mencapai peti sejuk di sebelah tangan kanan dan menghidangkan air kotak barang membasah tekak, Nampak tak permainannya? hahaha.. biasanya bukan klien yang datang pun aku ngap dulu, hehehe.. eh biarlah aku merekodkan pengumuman peribadi di sini, bulan puasa yang lepas aku berjaya mengurangkan 4 kilo lemak dan kuranglah berat dari mencecah 90kg. hehehe.. semangatlah nak puasa biar Allah bukakan pintu ar Rayyan untuk ku. Amin.
 
Sebenarnya, aku tidaklah terdesak sangat untuk membina ruang pejabat di rumah, asalnya segala kerja dan belajar aku seperti fail, buku, meja computer, pencetak, alatulis dan sebagainya di meja makan rumah di sebelah ruang tamu, hem terpaksa aku cakap di sini, rumah yang aku duduk sekarang hanyalah sebesar rumah PPRT(Program Perumahan Rakyat Termiskin) yang kira-kira lebih kurang rumah DBKL ada 3 bilik 2 bilik air. Isunya bukan mampu atau tidak, tetapi selalu aku kongsikan bersama teman-teman bahawa kalau rumah kecil senang nak bercakap tak payah jerit-jerit, kalau isteri merajuk dia lari ke dapur kita ke bilik mesti berselisih, kut terlanggar mana-mana kena Karen dah tak jadi merajuk jadi benda lain, hehehe, harapnya gitulah.. 
Lebih kurang kos kesemuanya lebih belas riban juga, tapi aku seronok melihat orang bahagia sudah cukup menjadikan aku bahagia. teringat rumah lama kami di Hulu Langat tempat aku membesar.
walaupun aku 'tokey' yang membayar upah tukang buat ni, topi kontraktor tu dah lama aku pakai bila buat kerja. Safety First.
Alhamdulillah ada rezeki sikit, pintu yang biasa aku tukarkan jadi nampak cantik sikit, bukan apa, nikmat ni manusia mana yang menolak, sekurangnya aku tidak membazirkan duit ke tempat lain cukup jika isteri dan anak bahagia dan seronok balik ke rumah daripada lepak di luar. Satu yang aku akui, aku sekeluarga sudah jarang makan di luar dan lepak-lepak di luar kerana selesa berada di rumah sendiri, mungkin itu hikmahnya, apa-apa pun janganlah nikmat-nikmat yang dapat ini sebagai istidraj pula, minta Allah jauhkan aku dari itu.
hem adalah yang tidak seronoknya bila tambah rumah ini, bila mana adalah terkasar bahasa aku dengan abah, mungkin nature kerja aku yang bila ada salah terus aku akan bangun dan ubah agar jadi betul pada pandangan mataku sendiri, entahlah tiba-tiba kisah itu menjadikan aku renggang dan tidak seronok pula. Aku mengaku aku bersalah sebab banyak sebab, tapi tak seronok sebab aku bukan anak takde pelajaran atau anak kurang ajar, tetapi bila tersilap nada suara mungkin sebab emosi balik kerja penat dan tiba-tiba abah cakap benda yang aku malas nak dengar, Ya Allah ampun kan aku, Abah.. Akoi minta maaf.
Aku serahkan segala nikmat pemberian-Mu ya Allah untuk Mu jaga dan tetapkan aku dalam redho-Mu

Oppa Gangnam Style Raya

Felda Adela, Kota Tinggi - 9Ogos 2013 - Raya kedua ialah pada hari Jumaat. Seperti yang dirancang, aku akan ke Kulai dan seterusnya ke Kota Tinggi untuk menziarahi Pak Long yang berada di rumahnya. Satu-satunya pakcik sulong dalam keluarga di sebelah umi, dan kami semua satu kereta menaiki Alphard. Alhamdulillah selesa dan itulah sebenarnya harapanku bagi orang lain selesa dengan kederat dan usaha yang ada, tapi muqaddimah ni nak menyedapkan hati kerana sepanjang jalan ke sana dengan keadaan jalan yang hina dina menyebabkan aku menyumpah-nyumpah si pembuat jalan kerana tayar dan badan kereta banyak kali berlaga dan mengganggu ketenteraman pemanduan walaupun umi tidur sepanjang perjalanan tanpa kisah sangat. hehehe, 8 orang dalam kereta memang absorber pun turun.
 Pak long semasa hidupnya seorang yang aktif dan semangat, aku teringat zaman kecil semasa aku memancing di kebun milik umi yang mana aku dan pak long meredah hutan untuk ke kebun menangkap ikan dan akhirnya keseronokan memancing mula terasa apabila seekor demi seekor ikan berjaya di tangkap, aku anak kampung tau, paya mana yang tak diredah, hehehe.. memang banyak memori bersama pak long. namun dia semakin lemah dan tua, selepas terkena angin ahmar, dia makin lemah lebih-lebih lagi selepas peninggalan arwah bak. 

semasa dia sakit dan ada di Batu Pahat, iaitu kampung ku di sana, aku berkhidmat mana yang mampu dan bukanlah aku katakan aku anak saudara yang bagus, tapi aku sedih bila terdengar suara-suara si penjaga anak di luar sana yang mahu menghantar ayah atau emak mereka ke rumah orang tua lah, berkira bila ibu bapa tua ini dihantar ke hospital dan semua perbelanjaan di catat dan direkodkan seolah-olah semuanya akan di'claim' semula. Paling malang bila isteri sendiri yang berpaling tadah meninggalkan suami yang sakit begini, aduhai seolah-olah gambaran dalam cerita melayu semakin menjadi-jadi dan diterjemahkan dalam frame sudut pandang hakiki aku, wow... bersabarlah iman, kerana dikaulah teman di dalam kegelapan. terkadang terfikir, tidakkah ianya akan di balas semula? what comes around goes around, kan ghost?

Aku harap penyakit yang menimpa umat ini tidak menimpa diriku dan keluarga dan orang lain. Anas sekarang memang pandai berjoget-joget dan menari, pantang dengar muzik sudah pasti akan meliut-liut badannya dan aku tidak pernah pula mengajarnya sedemikian dan inilah cabaran ibu bapa sekarang untuk memastikan acuan anak-anak mereka betul. kalau orang lain mungkin agak kurang kepedulian kita tapi bila darah daging sendiri, Allah sahaja yang mengerti.

Selasa, 13 Ogos 2013

Warna warni Aidilfitri 1434H

Sg.RamalDalam, 1Syawal/8ogos2013 - dengar, beduk berbunyi, memanggil insan di subuh hari... hehehe taqabbalallahu minkum, minna wa mikum taqabbal ya kareem.. minal aidi wal faizeen.. semoga amalan kita diterima Allah SWT pada bulan ramadhan yang lepas dan selamat menyambut aidilfitri dan kita berada di kalangan orang yang berjaya. Selamat hari lahir aku mengikut kalender Islam, terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan dan hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa memberikannya dan menariknya semula dan aku hambanya yang hina bersyukur dan memuji Tuhanku Yang Maha Hebat. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

 Sehari sebelum syawal menjelang, satu panggilan dari bilik berita TV3, meminta aku datang ke Sri Pentas untuk ditemuramah tentang sambutan aidilfitri menurut Islam. Hampir 7 tahun selepas kali pertama keluar sebagai panel al-kuliyyah di TV3 dan usai menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga kini kembali ke kaca tv, bukanlah sesuatu yang membanggakan tetapi aku dapat rasakan perubahan dan perbezaan diri dengan 7 tahun yang lepas, oppss ni bukan pasal saiz pinggang tetapi tahap keyakinan di hadapan kamera. maklumlah aku anak kampung bukannya macam anak moden sekarang, pakai baju dalam apa pun nak masukkan dalam youtube lah, fb lah dan sudahnya bahana dan wahana yang dapat. agar dakwah lebih universal dan terlintas aku bercita-cita mahu menjadi pendakwah antarabangsa.

Iklan sekejap... biasalah rancangan ada iklannya.. 
Vaquero 1700cc tiba-tiba ia menukar paradigma penglihatanku terhadap motor berkuasa besar 'easy rider'. seolah-olah campuran semua jenis superbike dan mengahsilkan satu prototaip yang sangat mengkagumkan. memang hasrat di hati untuk menukar moto kesayangan menajdi sebuah motor hebat ini namun apakan daya kerana hidupku bukanlah seperti orang-orang yang memetik jari akan peroleh semua yang dihajati, dengan erti kata lain setakat ni banyak lagi yang perlu difokuskan berbanding memiliki motor idaman ini. Insha Allah jika ada jodoh kita.
Kita bersambung semula, hehehe.. apa yang sedikit menjadikan keluhan perasaan apabila wartawan yang menemubual ku mengatakan bahawa klip video rakaman ini akan ditayangkan pada malam raya, maka aku sampaikanlah pada keluargaku, keluarga mentua dan kawan-kawan terdekat sengaja nak kongsi ramai-ramai melihatku di kaca TV, tunggu punya tunggu sekali sejam berita di TV3 Buletin Utama takda pula keluar pasal aku, yang ada cerita pasal lagu raya dan ucapan Pak Jib, hem.. kecewa juga sebab bila tunggu punah harapan... sesi selama sejam lebih ini lebih seronok apabila aku berjumpa klien ku di sebelah malam di hadapan masjid kajang kisah perihal rumahtangga yang mana isterinya bersikap biadab dan tidak meghormati suami, lebih menyeramkan apabila umur pasangan ini sebaya dan usia perkahwinan mereka lebih daripada 10 tahun. satu usia yang panjang dan akhirnya mereka memilih untuk bercerai dan mengenepikan nasib 3orang anak mereka. seram sejuk juga bila dengar keluhan kisah-kisah mereka ni, al-maklumlah aku juga manusia biasa dan sedang dalam alam rumahtangga.
lupakan seketika tentang itu, menghirup nafas 1 syawal membuatkan kita terlupa kepayahan mengharungi sebulan berpuasa ramadhan. seronoknya bila terasa diri kembali kepada fitrah dan hamba Allah yang kita ini kerdil dan hina, lupa tentang hasad sesama manusia yang ada hanyalah rasa ber'Tuhan'. Tiba-tiba selepas bertugas mengimamkan solat aidilfitri dan berkhutbah, aku menerima sms bergambar rupa-rupanya rakaman untuk berita buletin utama kelaur masa buletin pagi lebih kurang jam 9 hingga 930pagi. mujurlah kawan yang hantar gambar tu solat di johor yang mula jam 8pagi, sedangkan aku mula bertugas jam 845pagi, balik terus ke Melaka manalah sempat nak tengok TV, hahahaha..
hari raya kali ini sungguh warna warni dengan aku ke Kota Tinggi menziarahi saudara di samping bertemu dengan saudara-saudara yang lain, seronok bila bersaudara atas ukhuwah islamiyah, walaupun ada duka melihatkan saudara seislam lain kebuluran bila negara berperang, kucar-kacir kerana perbezaan mazhab dan pegangan Islam, dizalimi kerana menyatakan kebenaran, aku, keluargaku dan keluargamu juga begitu masih bisa tertawa dalam negara ini, walaupun derita dan bahagia kita berbeza makna, tapi kita masih cukup keperluan asasi kita. Ya Allah SWT selamatkan lah saudara-saudaraku di seluruh dunia, lindungilah mereka dari malapetaka dan musuh-musuh agama-Mu.
lihat anak-anak kita berbanding anak mereka, syukurilah nikmat ini dan elakkan pertelingkahan sesama kita. apa pun cara kita berfikir dan menjalani kehidupan, selagi ianya tidak menyalah syarak maka ruang perbezaan tidak perlu melampaui batas-batasnya.