Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 1 Januari 2012

Ombak Rindu

Rumahku,Nilai,2Jan2012 - Pejam celik tahun baharu Masihi sudah,pelbagai sejarah dan kisah terakam dibelakang tahun yang kita tinggalkan.. 2011 sehinggalah di saat aku dilahirkan 1984. kesejapan dunia tersebut menginsafkan diriku yang dikala ini sendang dilanda ombak, melankoli dan yang pastinya bukan kerana kematian sesiapa tetapi separuh jiwaku telah pergi. Aku juga yakin dan percaya ramai yang telah menonton dan menilai kisah dalam Ombak Rindu dan yang pastinya kepiluanku ada motif dari cerita ini. Ketika ini, kesugulanku adalah disebabkan kesedihan hati kerana diberhentikan dari jawatan imam di Masjid Putra Nilai. Konspirasi yang aku tiada jawapannya, kerana apabila ditanya, aku diarahkan berhenti oleh pihak atasan.Demi Allah, kezaliman ini aku hanya mohon Allah Taala yang membalasnya.Terima kasih kepada mereka yang berada di belakangku yang mendoakan aku, yang menangisi kezaliman yang telah mereka cetuskan, dan menyiram najis pada namaku, menjatuhkan aku dengan kabel-kabel penjerut leher-leher mereka di neraka JAHANAM! Bullshit!!! Aku pejuang! Aku tak perlu taku pada manusia, aku wajib dan hanya perlu takut pada tuhan yang menciptakan aku!
Hatiku lembut dan rapuh. Aku terasa ombak itu menghempas hatiku, kerana aku rindu berada di atas sejadah itu, berada dalam sekumpulan manusia yang menyembah dan memperakui penciptaan aku dan kamu sebagai hamba. Akur dan redha akan ketentuanNya.
Ku hanya mampu berserah, moga cahaya tiba nanti. Tuhan tolonglah lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya, kerna ku tak mampu hiduptanpa dia di sisiku... Aku rakamkan lirik lagu Ombak Rindu ini pada jiwa dan hatiku yang keras, aku risau jiwaku tidak bersama dengan hamba-hamba yang Engkau redhoi...
Kelembutan watak Izzah yang mampu melembutkan hati Ariz yang keras. Adakah aku mampu tidak beremosi dan mendung di dalam hati? Adakah ini saat reformasi dan titik supaya aku keluar dari zon selesa dan berjuang semula.
Ya Allah, Tuhanku... Engkau mengetahui apa yang ada di dalam hatiku..
Tuhan tolong lembutkan hati Dia, untuk terimaku seadanya kerana ku tak sanggup kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku...
Tuhan aku tahu banyak dosaku, Hanya ingat kamu kala duka ku, namun hanya Kamu yang mampu membuka Pintu hatinya tuk cintaku,
Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku, agar dia tidak kesepian selalu rasa ada cinta agung,
Hujan bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku, agar dia tahu ku terseksa tanpa cinta dia di hatiku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan