Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 28 Mac 2018

bukan setahun, tapi dah 3 tahun tak update blog

29hbMac2018, Sg. Ramal Dalam Kajang - Salam semua, bagi mereka yang tersinggah blog ini dan mula membaca, perjalanan hidup aku dan keluarga yang mungkin agak caca merba dan tidak teratur susunan tahunnya, namun bila dibuka kembali ini pun setelah beberapa ketika mengingatkan email apa yang digunakan dan pasword apa yang dipakai, akhirnya dapat juga membuka blog yang sudah hampir 3 tahun tidak update.

menulis semenjak zaman universiti dan sehinggalah Dato CT pun dah ada CT Afiyah, dan aku akhirnya jadi MAHASITUA dari MAHASISWA. Syukur.. syukur... syuker,, semua perjalanan aturan Allah baik belaka. Allah memang TERBAIK. 

Di kala aku menulis ini juga, setelah beberapa hari keluar dari ditahan di hospital pakar di Bangi kerana disyaki meghidapi sakit di bahagian buah pinggang. Ketika aku menulis ini juga ibu ku yang tersayang telah disahkan juga menghadapi sakit buah pinggang dan dinasihatkan mengambil dialisis namun ibu ku kuat semangatnya dan mencuba terlebih dahulu beberapa kaedah perubatan yang lain.

bangkit dari hal-hal i ni semua, aku perlu melakukan satu saham jariah dalam penulisan, aku mesti tulis yang baik-baik, sangka yang baik-baik, dan berdoa yang baik-baik. Aku berazam 2018 ini akan aku lebih kerap mengaktifkan blog dan menulis beberapa ringkasan hidup buat tatapan generasi mendatang dan mereka yang sudi mengambil ibrah dari kisahku.

Hujung 2015 yang lalu, direzekikan Allah aku dapat membawa isteri dan anakanda ku Anas Haziq menunaikan umrah semasa cuti sekolah. Bukan niat kemegahan atau apa yang aku mampu lakukan, namun perasaan ingin berkongsi hal yang baik-baik, apatah lagi dalam mengerjakan ibadah umrah dan pengalaman membawa anak adalah suatu pencapaian dalam hidup aku yang biasa-biasa sahaja.

Untuk membuat penebusan dalam satu penulisan adalah satu kekejaman, apatah lagi kerja menulis yang bertangguh setelah 3 tahun. Maka aku cuba memendekkan dan melengkapkan berdasarkan gambar-gambar yang diberika. Aku masih sama dan macam dulu-dulu juga. Makin berusia makin tua makin kurang garangnya. hehehe...


Ladang ternakan unta yang dilarang untuk minum susunya, namun kerana ingin cuba aku try seteguk dan akhirnya mendapatlah setelah pulang dari sana, qiam di toilet. JANGAN MINUM SUSU UNTA kerana ada wabak, bahkan semasa aku sampai di sana pun, lalat punya la banyak di ladang-ladang mereka.


Sahabat yang turut serta dalam menunaikan ibadah umrah dan masa ni macam aku ketua rombongan umrah. Brother yang macam pak arab tu dengar kata masuk dah rancangan menyanyi dan dia ni memang penyanyi kumpulan rock kapak zaman dulu-dulu. 








Ole-ole yang dibeli buat kenangan adalah baju askar arab kegemaran Anas. Bukan main seronok, orang suruh tawaf dia gi tawaf kidai cari baju ni. Layan jelah sebab kecik lagi..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan