Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 3 Jun 2013

Sambil kerja sambil cuti-cuti Terengganu

Kuala Terengganu, 27Mei2013 - dalam coretanku yang lalu, kerap aku menyatakan minat kepada bidang guaman kerana selain bermain dengan hujah iaitu dalil dan fakta, aku juga gemar meneroka suasana baharu, travel. berjalan, bermusafirlah melihat ciptaan Allah. Alhamdulillah ada satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan kebetulan isteri juga bercuti dan menyebabkan aku bercadang kali ini kerja sambil bercuti. Perjalanan tidaklah terlalu jauh hanya lebih kurang 5jam dengan pemanduan terus dan hanya berhenti untuk isi minyak dan ke tandas. ini merupakan kali pertama aku ke terengganu memandu yang mana sebelum ini dengan menaiki bas sahaja.

selepas mengambil lebuhraya LPT untuk ke sana dan keluar ke Jabor dan lalu jalan 'shortcut' di Bandar Al-Muktafi Billah seterusnya potong terus ke highway Kuala Terengganu. banyak jalan berlubang dan tidak rata yang menyakitkan badan kenderaanku. hehe dan anakanda Anas yang kelilau dalam kereta sekejap nak tengok cerita kartun sekejap nak tidur dan susu adalah lagu semasa bermusafir ini yang pasti mereka menemaniku sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

kat sini cuba perhatikan gambar Anas semasa diambil gambar dan yang menjadi lucu dan pelik ialah cara dan posing dia bergambar ni dari mana yang dia belajar dan ambil sehingga aku juga tergelak melihatnya. sekejap menonggenglah, pusing lentok badanlah sedangkan tidak pernah pula aku mengajar atau memperlakukannya seperti itu di hadapannya atau dibelakangnya. hem.. betapa kuat pengaruh kepada anak kecil maka benarlah sabda nabi SAW yang bermaksud, anak-anak itu ibarat kain yang putih.
setibanya di sana, dan selepas sahaja cheik-in ke bilik hotel, maka langkah pertama ialah berehat dan keluar semula selepas Asar ke Taman Tamadun Islam. apakan nasib sebab ianya ditutup kepada umum pada hari selasa, maka aku hanya boleh pergi ke masjid kristal yang diheboh-hebohkan itu. tengok gaya si Anas lagi, amboi..amboi..amboi.. ada sahaja mimik mukanya yang melucukan.

Caaa... inilah gaya ultraman Mebius berikan sinaran kepada raksaksasa.. itulah yang disebutkan dalam nada kepelatan budak yang mahu belajar bercakap. moga kasih sayang yang aku curahkan menjadikan dia anak yang soleh insha allah.

sempat juga membeli keropok lekor yang tak berapa pada penialain makanan aku lah tetapi menjadi tidak elok di penghujungnya bila sampai di rumah kerana berkulat dan masam. hem, biasalah tugas beli-beli barang camni bukanlah tugas aku sangat. hehehe..

Oh obsesi anak kecil ini kepada Bomba dan kereta bomba, lalu sahaja dah sibuk nak ambil gambar juga.. ok jom lah
pada malamnya agak tidak selesa untuk berehat mengenangkan kes esok di mahkamah tinggi, apatah lagi berdepan pula dengan peguam senior di sebelah pihak sana. moga-moga Allah permudahkan.

sebenarnya semasa tulisan ini dibuat, aku telah pun mengharung kes ini dengan kejayaan mengenepikan waran tangkap dan denda ynag dituntut oleh pihak sebelah sana. dan gembira juga di sini bila mana hakim mahkamah tinggi yang sporting dan baik sehingga memudahkan urusan aku di sini. alhamdulillah dan makin bersemangat menjadi somebody dalam bidang ini.

jangan ganggu saya nak makan steamboat ni Argrghhhh..
siapalah yang ajar Anas gambar begini? hehehe...

Selamat Pengantin Baharu Kaba

Universiti Malaya, 4Jun2013 - sambil-sambil menyiapkan beberapa helaian warkah penulisan ilmiah maka aku merehatkan jari-jari menulis dengan menulis sedikit catatan kisah hidup walaupun bukanlah menggambarkan 100 peratus tentang hidupku. hem kaba atau nama sebenarnya ahmad fahmi Othman, ada sesuatu yang menarik dalam kisah perkahwinannya. kes ini bukanlah untuk mengaibkan siapa-siapa tapi mungkin boleh dijadikan iktibar dan contoh yang bermanfaat kepada pembaca.
 
Dia kawan sekolah menengahku dan juga ketua kumpulan nasyid semasa kami berdakwah menggunakan nasyid dan dia merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah sekitar kajang. apa pandangan anda apabila anak anda menyatakan hasrat mahu berkahwin dengan seorang janda yang ada anak 3 orang sedangkan usia anak anda baharu sahaja 27 tahun. jarak umur dan status kepada bakal menantu anda apatah lagi dengan status anda yang dihormati di kalangan masyarakat. inilah kisah dia dan pasti anda telah terfikir apa dah takde anak dara lain ke dalam dunia ni.
kehadiranku ke majlis berbahagianya menjawab kesemua soalan 2 atau 3 tahun lepas di mana dia dating ke rumah dan mengadu pasal masalahnya dan menangis. lelaki menangis, inilah yang aku mahu kongsikan betapa air matanya itu menjadi ubat dan penawar dalam kesakitan penderitaannya ini. teringat sebuah hadith bai SAW apabila ada sahabat yang berkahwin dengan janda dan nabi SAW bertanya kepadanya, kenapa tak kawin dengan anak dara kerana kamu dapat bermain-main dengannya dan dia pun begitu, maka jawab sahabat tadi beliau berkahwin dengan janda kerana adik beradiknya yang masih ramai dan usia kecil, maka kalau kawin ngan janda ada pengalaman membantunya menguruskan kehidupan tetapi kalau kawin dengan anak dara kurang pengalaman.
 
ada hikmahnya dalam setiap perkahwinan, sesiapa pun yang dijodohkan dengan kita adalah takdir dan ketentuan Allah SWT tanda pasangan kita selayaknya dan sepatutnya pada kita. dalam kisah ini pengajaran yang paling besar ialah usaha tanda kejayaan, man jadda wajada.. man jadda wajada..
 
macam Anas, asyik berusaha mengganggu daddy untuk menengok ultramannya walaupun dah lebih 100 kali ditonton, kan bagus kalau hafaz quran sekarang.

Love 911 Korean Movie by Han Hyo-Joo

Sungai Ramal Dalam, 3Jun2013 - Annnyang Sayo.. lama juga tidak berblog kerana kesibukan rutin biasa sebagai seorang peguam, pelajar, penceramah, papa dan pape jelah.. hehehe.. kadang-kadang yang selalu bermain di fikiran ialah kenapa aku begini dan kau bagaimana? kejar dan berlari untuk apa? kerana di celah-celah kesibukan itu menyebabkan aku akan berusaha mencari ruang merehatkan minda. ada yang kata kerja yang paling penat ialah menggunakan fizikal seperti tukang tetapi orang yang bekerja dengan minda juga akan penat walaupun kerjanya duduk dan mengadap komputer. agak adil dari sudut kepenatan walaupun tidak berpeluh dan duduk dalam bilik yang berhawa dingin. pokoknya sekarang ialah kita tak dapat lari dari rehat kalau tidak badan akan tidak stabil dan berasa lemah.

Aku memilih cara merehatkan diri dengan menonton rancangan televisyen. aku tahu ramai yang akan komen dan kata, alah nama je ustaz tapi kaki tv, tengok itu dan ini, tahun 1984 aku dilahirkan di saat itu sejak celik sahaja mata sudah ada tv baik yang dalam almari kepunyaan arwah atuk, atau tv yang dalam  kereta, sebab tu kereta ku sekarang ada skrin tv ni sebagai satu bentuk kerehatan fikiran bagiku. cuma persoalannya, apa yang ditonton dan berapa lama menonton.
terlihat sebuah filem korea di tv di saat jam lebih 2pagi menyebabkan sehingga subuh mataku berjegil kerana melayan keseronokan erti sebuah karya yang dicipta manusia ilham dari pencipta. ya, aku terasa rugi dan berat pada malam itu kerana tidak mendirikan tahajjud dan merasakan cukup terinsipirasi dengan rancangan ni. LOVE 911. bukan kisahnya atau pelakon jelitanya yang menjadi tarikan tetapi aku terbaca artikel tentang negara yang mempunyai peratusan tertinggi dalam kes bunuh diri ialah Korea Selatan. kenapa tulisan kali ini ku talakan kepada negara ini, siapa yang tidak tahu jenama SAMSUNG, bahkan di tanganku sahaja ada 3 telefon bimbit yang berjenama samsung buatan negara ini. begitu juga kenderaan seperti KIA, HYUNDAI dan lain-lain yang sememangnya diketahui umum tentang kekoreannya. Apatah lagi karya bermutu mereka seperti di bawah ini:

WINTER SONATA. bagi yang hidup segenerasi denganku pasti akan terkesan dengan 2 kisah ini yang dimainkan di tv tempatan masa tu, bahkan aku bermula dengan kisah AUTUMN IN MY HEART. Sedih dan ketika itu tergila-gilakan pelakon-pelakon mereka yang cantik dan terkesan juga mencari ister yang chinese-look. jangan tanyalah dapat ke x tetapi isunya ia menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia pada masa itu. aku teringat pertama kali dapat menonton rancangan ini sepenuhnya dengan lebih 20cd kalau tak silap aku dengan meminjam daripada kawan. zaman tu zaman aku berdiploma lagi dalam belasan tahun, sehari semalam menonton, bayangkan kalau 1 cd sejam dan ini bermakna 22jam aku menonton tanpa henti dan menyebabkan aku ponteng ke kelas pada esok harinya.


bukanlah hasrat aku tulis topik ini menjadi fitnah kepadaku, kerana ini adalah catatan peribadiku yang aku kongsikan baik dan buruk. teringat semasa zaman di Maahad Hamidiah bilamana aku terpengaruh dengan rancangan CONDOR LOVERS yang heroin dia pelakon Taiwan Xiao Long Nu dan pelakon lelaki hero ialah Yang Guo. masa ti di sekolah tiada bilik TV dan pelajar memang tidak akan dapat tengok tv dan apa yang aku buat ialah berbaik dengan tukang kantin yang pada masa itu seorang Bangladesh bernama Abdullah yang jaga. dari luar kantin dengan jeriji besi di kaunter kantin sampailah dapat tempat khas dalam kantin untuk aku tonton. dan paling kelakar bila habis sahaja masa prep dan berkumpul di dalam dorm, aku akan melakonkan watak yang guo dengan adik-adik dan kawan-kawan bawah dan panggilan tu lekat sehingga kini. gila betul. hahaha... kenangan.

dan kali ini sememangnya ia mempengaruhi ku sekali lagi, bukan pasal K-Pop ke, yang itu jelas maksiat mata dan bagi yang menghafaz quran akan mengganggu keseimbangan hafazan. seronoknya ada perasaan meminati dan diminati yang Allah berikan. Insha allah aku akan ke korea di masa hadapan dengan berbekalkan tujuan murni mencari peluang berdakwah dan belajar jika ada peluang pada tahun ini.

ironinya, negara mereka yang maju dan cantik ini tetapi rakyat dan penduduk mereka masih kosong jiwa dan rohani. aku cuba memikirkan untuk menjadi pendakwah antarabangsa, mungkin inilah masanya Allah gerakkan hati ku dengan cara ini.. mudah-mudahan.. Han Hyo-Joo

Isnin, 13 Mei 2013

Konvokesyen UiTM ke 78

Sungai Ramal Dalam, 12Mei2013 - Berjaya, semua orang mahukan kejayaan. Bahkan dalam Islam kejayaan amatlah dituntut bahkan 5 kali sehari dengan laungan azan adalah tanda bahawa kejayaan itu sewajubnya dituntut oleh orang Islam. Aku? Alhamdulillah ada sesuatu yang telah aku usahakan setahun yang lepas dan aku sambut kesyukuran pada tamatnya sementara usahaku tu. macam majlis perasmian tetapi jika acara tu adalah acara tahunan maka kat situ yang dipanggil majlis perasmian penangguhan. tak kisah lah tangguh ke rasmi ke tapi catatan kali ini tanda syukur. Aku berkonvo lagi tahun ni.
 
Oh ya sebelum menyentuh bab konvo mengkonvo ni, 10Mei2013 yang lepas telah diadakan satu majlis seni guaman yang dianjurkan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia(PPMM) di 101 Palms Garden Marriot Putrajaya, lebih kurang gitulah. Hebat. cuma aku ditugaskan untuk membaca doa itupun aku minta slot tu dari kawan Ihsan memandangkan dia lah nak jadi MC dialah nak jadi tukang picit slide dan macam-macam lagi maka aku tawarkan diri buat apa yang aku boleh buat. Lepas mulutku mengalunkan bacaan doa, aku disapa oleh rakan bijaksana, Mon atau Irsamuddin, sedap suit ko baca doa.. dalam hati kecil aku berkata, Alhamdulillah.. hem tapi memang selalu aku baca doa macam ni. Kemudian kak Fadhlina, bekas superviso aku semasa praktikal dan juga rakan bijaksana yang penuh dengan kehebatan sekeluarga, wah bertarannum baca doa dan yang paling best dan seronoknya apabila Yang Arif Hakim Mahakamh Tinggi Shah Alam Tuan Fouzi yang menjadi speaker dalam majlis tu dan juga pensyarahku semasa di UiTM, menyebut namaku semasa menyampaikan syarahan dan beliau berkata yang aku akan ingat dia sampai mati, fakhrurrazi tu saya kenal dia anak murid saya.. dia baca kitab arab seperti mughni muhtaj ke iqna' ke... Ya Allah satu penghormatan kepada insan lemah seperti ku. Guruku mengiktirafku.. Getar jantung ni walaupun ramai yang mungkin tak faham apa yang aku rasakan. Alhamdulillah.
 
Baliklah kepada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-78 di UiTM sempena aku berjaya menamatkan Diploma Lepasan Ijazah Guaman Syariah. Jatuh pada hari ahad 12Mei2013 dan pada sidang ke-4. Ironinya aku sambut konvo berseorangan kerana pada asalnya memanglah aku pelawa umi dan keluargaku, tapi bila dapat tahu kenderaan kena parkir di PKNS Shah ALam dan ada bas yang akan turunkan di Dewan Konvo, hem.. tak payah lah aku nak bawa lagi-lagi si Anas tu kang mengaruk dan konvo ni dah lah ramai orang, diploma pun  je, lantas aku mengambil keputusan menerima diploma ini berseorangan dan dating dengan hanya naik motor, jubbah konvo, mortar board ke apa barang semua bawah seat moto dan parking di betul-betul depan dewan. 12.30petang kena ada di hadapan dewan, oh Ya Allah rupanya majlis bermula pukul 3petang dan habis pukul 6.30petang. bayangkanlah dengan majlis yang begitu lama dan memenatkan.

Anyway, ni adalah partner dalam firma guamanku, kami jumpa dan berkawan disebabkan belajar di sini. Alhamdulillah Maha Hebat perancangan Allah SWT dan manusia hanya akan dapat mengakuinya bilamana dia peroleh nikmat atas usahanya tetapi jarang yang bersyukur bila ditimpa musibah. Terima kasih Allah, aku akan bersyukur dengan nikmat yang telah kau rezekikan ini dengan mengembalikannya semula berbakti untuk agamaMu ini.
bawah ni kawan-kawan yang seangkatan. ada yang tua dan ada yang muda dan ada yang sedang-sedang, macam aku lah. ehehehe...
oh gambar berdua aku di bawah ni dengan kawan semasa belajar di peribgkat sarjanamuda tetapi semangatnya kuat dan dia belajar bersama-samaku. Aku kagum dengannya dan aku telah menyuarakan kata-kataku ini di facebook alumni. Namanya Hazli dan dia bukanlah STAR semasa belajar dulu, tetapi dalam ramai-ramai kawan dialah yang mempertingkatkan diri sambung belajar dan kental untuk menjadi seorang peguam. Ketika saat gambar ini diambil aku terdiam bila dia bertanyakan kepadaku macam mana nak ambil MASTER. Well, dia ni lecturer macam tak harapkan apa-apa asal lulus boleh tamat belajar lah, tapi aku tahu realitinya orang yang berjaya bukan kerana dia bijak, tetapi perlu wajib bijaksana, sini dna mana-mana. Dan aku bangga dengan usaha dan kecekalan dia. Aku? aku memang gila belajar kerana seringkali ku rasakan tidak cukup dengan ilmu yang ada dan perlu lagi gali-gali mengaji.
Sekali lagi ku rakamkan mukasurat ini ditujukan khas kepada umi dan abahku, Prof.Dr.Asmah Rahmat dan Tuan Haji Hanapi Bin Yaacob. Terima kasih atas segala-galanya, tunjuk ajar, didikan, teguran, nasihat, kasih saying, peluh yang dikau curahkan buat anakmu yang nakal dan keras kepala ni, hanya Allah yang selayaknya membalas dan syurga Firdauslah yang sentiasa kutitipkan dalam doa harianku saat ini sehinggalah hujung nyawa. Siapa aku tanpa mereka?

Ini Kalilah VS Lain Kalilah

Sungai Ramal Dalam, 8Mei2013 - beratur panjang pada 5 Mei yang lepas, mujur datang awal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan mendatangi Sekolah Kebangsaan Sungai Serai Hulu Langat menggamit kenangan pengundian semasa kali pertama dan tempat jati aku dibesarkan. Teringat zaman persekolahan mewakili sekolah ke acara kuiz matematik di sini, berlawan dengan seluruh pelajar dari zon ini dan calon di hadapanku menggunakan tangan sebagai teknik pengiraan, maksudku bukan yang sampai sepuluh je sebab jari sepuluh, mana tidaknya semasa ini femes dengan kaedah campur banyak-banyak tapi guna jari, aku apa lagi? Jangan mengaku jalah, maklumlah masa ni dah jadi Ketua Pelajar, aku terus buka stoking kaki dan pakai kaki mengira. Hahaha.. kenangan sekitar tahun 1995-1996.
 
Setelah banyak perkara berlaku dalam hidup aku berkaitan arena politik kepartian dan akhirnya aku mengeluarkan diri daripada lingkungan ini dan menjadi pengundi biasa sahaja kerana pelbagai factor. Apa-apa pun sebelum berlakunya pilihanraya rasmi bagi Negara telah heboh di sana sini isu dakwat yang kekal tetapi tidak kekal. Nasib baiklah aku bukan orang yang suka mendeposkan di facebook dan katakana saya telah mengundi dengan hanya menunjuk jari. Negara tercinta ini wajib dipertahankan daripada sebarang bentuk pengkhianatan. Aku ada fikrah tersendiri tetapi isu pilihanraya ini memang menyakitkan hati dan aku bermohon kepada Allah agar dibukakan petunjuk dan kebenaran akan menjelma.

Sebelum penceritaan pada hari mengundi, sehari sebelum aku sekeluarga telah bersama ke walimatul urus sepupu yang duduk di Batu Pahat dan secara kebetulannya juga aku diminta oleh keluarga di sana untuk membacakan doa buat pengantin. Masakannya sungguh menyelerakan dan sehabisnya majlis di sana aku pergi menziarahi Pak Long di Hospital Batu Pahat yang baharu. APa yang aku sayukan kelihatan Pak Long semacam arwah Bak dulu, maksudku susut badannya makin kurus dan terlantar di wad. Teringat dulu zaman belajar memancing dan bela burung, aku bersamanya dan kerap ke kolam-kolam memancing bersama. Kini dia uzur dan tua. Apa yang paling menyentuh hatiku bila abah juga menziarahinya. Hem ada sedikit kisah hitam yang tidak perlu aku dedahkan di sini tetapi doa daripada orang-orang yang mahukan kebaikan kepada keluargaku akhirnya abah turut hadir menziarahi Pak Long. Aku kagum ngan abah, begitu juga Pak Long. Ya, sudah hamper lebi berbebelas tahun disebabkan salah faham yang berlaku dan abah tenang berjumpa semula seolah tiada salah faham itu. Terima kasih Allah.. Terima kasih..
Lihat saje Anas bila berjumpa dengan sepupu yang lain semasa di hospital, ada je perangai dan mimik muka dia. Alangkah indahnya silaturrahim ini..
Oh ya, sebagai hadiah kepada isteriku yang seorang ini, aku denagn apa yang termampu menghadiahkannya set cabinet dapur. kecik tapi boleh lah dnegan rumah yang kecik ini. moga dia akan rajin memasak dan kami lebih banyak masa bersama di rumah berbanding makan di luar. aku tak boleh beli kegembiraan tetapi jika dia dan mereka gembira aku pasti turut sama.
Oh gambar di bawah tercuit dengan gambar cabinet juga, oleh pelajar di UKM sebab berlatarbelakangkan poster Majlis Perwakilan Pelajar. Mungkin ceritaku kali ini tidak berapa panjang dans eronok tetapi aku menulis apa yang terlintas dan yang teringat tetapi menjaga adab dalam penulisan agar tidak berlaku dosa yang terpalit padaku di kemudian hari.

Sabtu, 20 April 2013

Bila Parlimen Bubar, hati rasa berdebar...

Sg.Ramal Dalam, 19hbapril2013 - sebaik sahaja diumumkan tentang pembubaran parlimen, terus sahaja hati aku menjadi kecut. aku adalah calon yang akan bertanding dan aku telah tinggalkan medan pertempuran terlebih dahulu sebelum bertempur kerana bukan aku tidak kuat atau mampu, tetapi aku diibaratkan sebagai panglima perang yang terpaksa ke luar dari saf peperangan kerana melakukan komitmen lain sebelum semboyan berbunyi lagi. kali ini memang berbunyi dah, segala telaahan dan tekaan di hadapan, aku diam seketika. ada beberapa panggilan amsuk yang mengaku dari parti ni mahu menjemputku kembali ke medan peperangan, semboyan telah dibunyikan dan aku adalah panglima yang dilantik tentera.
erk... aku terpaksa membatalkan hasrat berjuang di medan perang itu dan memilih medan peperangan yang lain sebagai perjuangan. maafkan aku wahai pasukan perangku, aku memilih menerus dan menamatkan pengajian di peperangan pendidikanku terlebih dahulu. aku telah memulakannya dan akan mengakhirinya sedangkan medan itu sekiranya aku telah terjun tidak ku pasti syahid atau tidak ketika bertempur kerana medan itu telah dikotorkan telah dihinakan sehingga bergelumang segala kekejian dan ke'shit'an, aku bukan melabel, aku bukan membuat spekulasi kerana aku pernah terjun ke dalamnya walaupun seketika namun terpalit najis di muka, busuk dan memberi sedikit kesan kepadaku. sehinggakan kebenaran yang mahu ditegakkan dilihat condong senget dan membutuhkan manusia lain.
biarlah aku memilih perjuanganku sendiri pada masa ini, melihat dari sudut pendiidkan masyarakat dan keluargaku sendiri, dan akulah general perang kepada keluargaku dahulu, biar tenteraku ini cukup terlatih dan memahami teknikal peperangan yang itu. maafkan aku kerana tidak sekuat sangkaan mereka, aku terpaksa diam tunduk dan mendoakan pimpinan mereka mencari kebenaran dan keadilan dipermudahkan.
inilah medan perjuanganku mencari ilmu dan menyampaikannya..
ayuh mereka yang di luar sana,  tugasku mengajak dan memberikan contoh yang terbaik selari dengan sabda nabi SAW yang bermaksud, ulama itu adalah perwaris para nabi. aku pilih peperangan ini, turun berjihad, berdakwah pada mereka yang mahu menerimanya
moga ada habuan akhirat pada perjuangan ini...
moga kemenangan syahid yang dicita akan terlaksana, ini fikrahku.. anda bagaimana

Ulangtahun Perkahwinan ke 5

Sg.Ramal Dalam, 21April2013 - menara kuala lumpur adalah lambang kebanggan negara dan semenjak ianya tertegak di atas Bukit Nenas Kuala Lumpur, aku sememangnya tidak pernah menaikinya. bagiku hanya bersama dan pada hari yang istimewa akan membuatkan aku berpuashati dan bersedia untuk ke sana. semasa sebelum kahwin atau selepas tidak terlintas untuk aku bawa permaisuriku ke sana, namun selepas Anas berusia 2 tahun lebih ini, dengan keinginannya melihat 'train', lori, traktor dan pelbagai jentera besar, biasa lah sifat kanak-kanak lelaki, menyebabkan aku cuba untuk mencuba menjejakkan kaki di sana.
sengaja aku memakirkan kenderaan di stesen lrt sungai besi dan akan menuju ke menara dengan kenderaan awam, pertama kali jugalah aku menaiki monorel ke sana dan perjalanan agak sedikit letih kerana Anas hanya berjalan sekejap dan kemudiannya minta didokong dan terpaksalah memikul seberat 12kg. namun pengalaman menarik juga apabila aku datang awal ke sana dan banyak perkara yang baharu dapat aku rasai dan menenangkan fikiran. oh aku terlepas membuat entri percutianku di cherating, pahang. aku akan postkan kemudian. memandangkan tempahan yang aku buat ialah 6.30petang hingga 8.30malam, maka aku telah sampai awal ke kawasan menara sekitar jam 5 lebih kerana ku sangkakan jalan akan jem dan almaklmlah 12 april semasa ini ialah hari jumaat orang balik dari kerja dan ada yang menuju ke kampung. kesesakan itu seolah-olah kewajipan. 
boring juga kena tunggu, penantian adalah penyeksaan. jadi apa yang boleh dilakukan ialah dnegan melihat-lihat sekeliling yang ada bilik tayangan yang menerangkan tentang menara, kedai-kedai sekitar, dan perkampungan Malaysia di bawah menara, sekaligus mood semasa ini adalah menahan kelaparan kerana dari siang tadi bersabar bagi menikmati makanan yang termahal bakal aku rentap dan sentap. satu kepada berharga RM 193 dan hidangan bagi kami ialah RM 396. macam makan sebulan kan, tapi di sinilah aku pertahan keistimewaan tadi yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Alhamdulillah rezeki yang dikurniakan membuatkan aku menikmati sesuatu. 
kami teruja dan tak sabar nak masuk.. Anas dah mula buat ragam dan aku risau dia mengaruk-ngaruk...
tengok dia dah buat muka dia, oh di pemandangan gambar ini kelihatan sebatang pokok jelutong yang menjadi lambang warisan kepada penjagaan flora di kawasan menara ini. jangan jaga sebatang pokok sahaja tetapi menebang berjuta batang di tempat lain.
baju yang kupakai juga adalah baju baharu yang dibeli untuk hari istimewaku. usia perkahwinan kami ialah 5 tahun dan alhamdulillah sehingga kini masih lagi bersama dan mengharungi bahtera dengan apa yang ku kemudikan kompas dan arah tujunya. siapa yang kahwin tidak pernah gaduh? cuma setakat ini yang aku dengar dari mulut Tuan Guru Dato Haron Din bahawa beliau dan isteri tidak pernah bergaduh hingga ke sudah, dan seronok serta iri hati dengan akhlak seorang tokoh Islam yang aku sanjungi. 
kami berada di restoran berputar dan melihat pemandangan Kuala Lumpur. yang peliknya, Anas yang mengaruk-ngaruk di bawah dan apabila berada di atas ini cukuplah baik denganku, diddy.. makan..diddy.. amboi tadi bukan main, dalam hati aku dapat rasakan feel good factor dan walaupun Anas tu kecik lagi dia tetap dapat merasai fatamorgana dunia yang sementara ini. moga aku tidak terpaut dengan penipuan ini.
akhirnya, makanan yang kuidamkan terdapat di sini. Abalon. apa yang aku tahu sememangnya makanan ini mahal dan sukar untuk didapati di kedai-kedai biasa, ianya tidaklah sesedap mana tetapi aku dapatlah rasakan kemahalannya dan berpuas hati berada di atas sana, bila kita tinggi terasalah kita yang berkuasa, tidak hairanlah Firaun juga merasai perasaan ini.
stesen makanan berada di tengah-tengah dan tempat makan berputar dan satu putaran hampir memakan sejam lebih.
cerianya..
suasana malam..
amboi boleh possing lagi tu.. dahsyat lah Anas sekarang ni.. hehehe..
sebelum pulang aku menikmati live band dengan lagu 'my way'.. the road to succes.. sempat solat maghrib walaupun agak lewat di bawah menara, syukur pada Allah semuanya dalam perancangan ku dan diredhoi oleh Mu..