Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 30 Mei 2011

Alamak... hujan lah, alhamdulillah

Bangsar, 31Mei2011- hem 9.15am baru sampai ke firma. hari ni naik kerete kerana isteriku memaklumkan yang hujan turun renyai di KL. dia pegi keje pun area sini gak tapi sebelum subuh dah gerak kerana parking susah dapat. hem, semalam naik motor, pukul 8.00am masuk highway plus sampai depan pintu ofis dalam 8.30am, main fb depan pintu sampai pukul 9.00am. xserabut sangat kerana bigboss belum masuk ada kes di Kelantan 2, 3 hari ni. hari ni lewat kerana jem, balik nanti macam mana lah plak, semalam je dah balik dekat pukul 8.15pm. teringat lagu Ramli Sarip, pergi pagi balik malam. cari rezeki buat yang tersayang, ooohh...ooooohhh... hem, seronoknya zaman belajar berbanding zaman keje ni, dan yang paling best semalam, kepulanganku dari kerja disambut oleh anak kecilku yang melompat dengan jelingan tawa yang ingin minta didukung, alahai... berbunganya rasa hati, syukur nikmat kurniaan Ilahi...


Namun, adakalanya hidup kita tidaklah selalunya indah, teringat lagu dalam kereta tadi semasa kesesakan lalu lintas, pasti ada sinar disebalik suram, pasti ada jalan disebalik semak, ujian adalah tarbiyyah dari Allah... mana tidaknya, pagi-pagi tadi je hati aku berdetik cemas kerana S/U aku yang baru dan terbaik setakat ini menghantar surat perletakan jawatan kerana tidak tahan tekanan yang dia sedang harungi, sebaik sahaja di dalam hatiku berdoa agar Allah membantuku menguruskan sekolah agama di Nilai ini aku cuba hubunginya 3-4 kali, dan alhamdulillah berjaya juga aku menyabarkannya dan memberi sedikit suntikan semangat buatnya. Dik, inilah realiti dunia dan hakikat kehidupan. orang tidakkan senang melihat orang lain senang, lebih-lebih lagi berjuang di jalan agama, ramainya yang pandai bercakap.. dan melontarkan komen dan kritikan membunuh, akhirnya tiada apa pun yang mereka perjuangkan selari dengan apa yang mereka ucapkan. hati kecilku sentiasa berkata, bukankah itu sifat munafiq? dan Ya Allah aku berdoa padamu, agar diriku ini tidaklah terdorong dalam golongan mereka yang abkal menghuni neraka yang paling dalam.

Musuh kita ramai, wahai pejuang di luar sana, namun sahabat dan penyokong kita juga seramai mereka cumanya yang membezakan kita dan mereka adalah apa yang kita dan mereka perjuangkan. Aku dilahirkan sama seperti mereka, namun aku dilatih untuk berjuang, dan aku akan berjuang hingga digelar seorang pejuang namun bukan dinilai oleh manusia ramai, tapi Tuhan pencipta segala alam damai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan