Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 17 Mei 2011

Merangkak...tersungkur, bangkit dan cuba lagi...

17Mei2011, Nilai - teh 3 layer memang ada rasanya yang tersendiri. Petang tadi sambil ditemani 4 orang sahabat, dan Anas ada bersamaku menikmati 2 gelas. ini entah kali yang ke berapa puluh sejak aku jatuh cinta padanya. ahahaha.. harap tidak ada mudharat ketagihanku ini. seteguk air yang dihirup melambangkan seteguk kepuasan nikmat yang dikurniakan selepas terjatuh dihimpap dugaan Tuhan. kekadang melihat keletah Anas, bermain ligat. pusing sana pusing sini. menjerit. kemudian melalak menangis tanda kehausan lantas menyusu. kemudian sambung lagi bermain. ah anak ini, memberikan ku tanda hidup manusia pabila terjatuh, tersungkur, jangan mudah kering tenaga. jangan mudah kering idea. harus bangkit dan cuba lagi.
hidup ini cepat bosan sebagaimana nabi memberi penjelasan kepada seorang sahabat yang meminta baginda sentiasa menasihatinya dengan majlis-majlis ilmu, lalu baginda menjelaskan kekhuatiran penuntut ilmu berasa jemu dan bosan walaupun ilmu itu tinggi nilainya. manakan tidak, teh 3 layer tadi kalau setiap saat menghirupnya sudah pasti kurang kepuasannya untuk dirasa semula.


chapter 3 dalam hidup aku:
selama ini orang pijak kepala aku. kini aku sudah tidak sanggup dipijak lagi. biarlah masa ini akan jadi masaku pula untuk memijak bumi kerana terciptanya tanah sebagai alas kaki-kaki manusia. walaupun agak berpuitis namun nadanya berbisik sinis. walaupun teh 3 layer itu manis, be.. kere rebuh semangkuk dehh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan