Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 4 Mei 2011

chuck...

5April2011, Nilai-baru lepas menonton drama bersiri chuck. hem kali ni siri ke3 yang baru sahaja dimainkan di Malaysia saluran axn HD, memang x miss cerita ni tapi ada sikit 'ke tak best an' hem heronya telah bertemu dengan heroin lain dan begitu juga heroin nya. mungkin ada ironinya dengan apa yang nak ku perkatakan pada coretan blog kali ini.

cinta datang dan pergi...

terkadang tersinggah dan menjajah hati...

bila dikuasai kerajaan hati, lalu segalanya terpikat dan terkenang...

Inni Qosim, itu sabdanya... tapi aku tidak semaksum nabi, bahkan banyak dosaku sikit amalku, dan mati menerjah tanpa diduga...

tapi itulah indahnya cinta, bila ditinggal kita merana,

bila dilayan menjadi buta nah terus meraba dan merana... kerana

cinta tanpa kayu ukurnya, tanpa batas dan sempadan,

akhirnya cemburu yang datang melawan..

mungkin di saat aku menulis kali ini ada sedikit tekanan dari segala segi berkaitan tugasan seharian ku. perjalanan hidup ini semakin mencabar dan pada saat ini sahaja ada kenyataan dari media yang menyatakan minyak RON97 akan naik selepas jam 12 malam. aduhhaaii letih jadi rakyat, pastinya inflasi akan meningkat namun di Malaysia ini sebagai rakyat aku melaungkan rasa syukur kalau nak dibandingkan dengan rakyat-rakyat negara lain.

oh ya, di saat ini juga aku teringatkan kenangan manis sahabat handai dalam perjalanan mencari identiti dan mengajar realiti. ada kenangan bersama semuanya yang terukir dalam memori. terima kasih samada yang terlibat secara langsung atau tidak hanya Allah yang dapat membalasnya, namun yang pasti pengajianku hingga mati. walau tak tumbuh dah gigi ni, agar segala yang dipatri untuk anak cucu dan bakal generasi menatapi indahnya berkelana mencari ilmu yang diredhoi...

Anakku makin besar. makin cergas dan ligat dan yang pastinya bersyukur kepada Allah walaupun ada kesusahan tetap ada kesenangan dan kejayaan, yang apsti sekarang ini dia imam kecik, sentiasa berada di depan setiap kali aku mengimamkan solat. hem terlanjur aku teringat ni, minggu lepas ada sepasang pengantin yang nak bernikah namun wali tidak hadir dalam majlis tersebut dan macamana nak berwakalah??? pengetahuan am, kepada wali baik ayah, atuk, pakcik amahupun adik beradik tolonglah ambil pengajaran dari apa yang berlaku, sehinggakan peristiwa ini terpaksa aku hubungi Sohibussamahah dato' mufti negeri Sembilan. maaf tok, kacau masa petang. huhuhu... ya allah, agar aku sekeluarga sentiasa dirahmati-Nya. Amiiiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan