Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 19 Ogos 2012

terimalah amalanku ya Allah...

Sungai Ramal, 19Ogos2012 - masih di dalam mood ramadhan. Indah dan setiap detik dirasai kehadiran limpahan magfirah dan rahmat dari Allah. Alhamdulillah walaupun aku bukanlah imam rasmi di mana-mana masjid pada tika ini, namun undangan sebagai imam jemputan di masjid dan surau mengubat kerinduan itu, dan alhamdulillah malam yang ke-27 ini dijemput mengimamkan solat sunat teraweh dan witr beserta Qunut nazilah di sini, Masjid KLIA Airport Sepang. 

Aku bukanlah insan yang terbaik, namun aku mahu jadi yang terbaik. Aku merasai kehadiran perasaan ini apabila menjadi imam. Imam paling hadapan di dalam barisan jemaah dan memimpin solat. Bahkan nabi SAW bersabda, orang yang di belakang imam pula hendaklah mereka yang telah baligh dan ahlunnuha(ahli yang bijak) iaitu yang berilmu kerana dikhuatiri jika tersalah imam dapat ditegur dan digantikan agar memelihara solat, dan falsafah ini seperti membina sebuah negara, jika pemimpin tersalah dalam membuat keputusan dan percaturan maka bakal penggantinya perlualah menyiapkan diri dengan kebijaksanaan bagi mengambil tampok pemerintahan.

jangan sesiapa sebut pasal keimaman kerana ianya soal sensitif di hadapan ku, aku merinduinya(tugasan berkhidmat) mungkin ini adalah masa aku diuji oleh Allah, lantas teringat ayat-ayat Quran membicarakan tentang ujian bagi mereka yang disayangi Allah tanda Allah menaikkan darjatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan