Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 18 Februari 2010

Sebuah Impian


19Feb2010 - Impian. sebuah perkataan yg ringkas namun tuntas untuk dipersembahkan. aku, kamu dan sesiapa jua sudah pasti ada impian yang tersendiri. namun realitinya untuk menggapai impian itu kadang-kala perlukan sesuatu untuk dikorbankan. jiwa, masa, tenaga, wang ringgit dan paling menyayat hati jika sanggup dikorbankan yang 'tersayang'. Hem... nissan fairlady350Z dengan pecutan yang selaju 220km sejam sudah pasti mempercepatkan masa impian aku jatuh ke riba. adakah aku pasti? yang pastnya aku suka kelajuan! Kelajuan membunuh! Pembunuh. Panjang lagi yang boleh diperdebatkan, tapi itu bukan tujuan aku menulis blog tapi sekadar menjadikan blog aku sebgaai sebuah catatan yg boleh dikongsi bersama dengan mereka yang mungkin sekepala, seiya atay sekata atau mereka yang mencari kelemahan aku. dipersilakan semuanya.

hari ini bermula dengan situasi yang kurang enak semasa membuat pembayaran KWSP buat satu-satunya pekerja aku. akibatnya si 'tersayang' menjadi mangsa kepada pemburuan impian. ini biasa terjadi, untuk mendapatkan sesuatu aku mesti korbankan sesuat. bak kata orang putih, you loose some, you win some.

apa yang boleh aku kongsi, setinggi mana pun pemburuan kita, untuk mencapai impian perlu kepada pengorbanan dan sesuatu atau seseorang bakal terkorban... pohon ampun dan maaf kepada yang dikorbankan kerana kita hanya satu matlamat.