Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 31 Ogos 2011

Syawal Kethalith... FERRARI FERRAZI

Alor Gajah, 1092011 - ada kesempatan di raya ini aku curi-curi menulis seketika, dan terkejut juga bila buka blog dah ada 21 followers, terharu juga ni, mana taknye, aku bukanlah sepopular YUNA yang baru dilabel sebagai artis tempatan bertaraf antarabangsa dengan pengiktirafan followers puluhan ribu orang di facebook dan tweeternya. Memanglah bukan dia yang minta tetapi teringat aku akan hadith dan ayat al-Quran di hujung-hujung surah al-an'am apabila di padang mahsyar esok Allah s.w.t akan panggil semua makhluk yang menjadi pujaan, sembahan kepada pengikut-pengikutnya yang sesat termasuklah para artis, patung-patung berhala dan juga Nabi isa a.s beserta dengan ibunya Maryam a.s. Mafhum hadith Qudsi, Allah akan memanggil terlebih dahulu Raja-raja, pembesar-pembesar.. "aina mulukal ar-dh?" Mana dia raja-raja dunia... bila duduk di atas tikar sejadah tatkala malam makin rebah, ketika iman bertambah dan saat bermuhasabah, nescaya air matakan jatuh ke bumi. Pelbagai soalan bermain di fikiran, akukah alhli syurga itu? Akukah ahli neraka itu? Akukah yang Allah sayangi atau dibenci? kedinginan berqiamulail semasa ramadhan terimbau saat manis berkhalwah dengan Ilahi. Ayat di atas macam pernah disebutkan dalam beberapa penulisanku tapi ini yang aku beratkan.


sekiranya ditanyakan aku tentang sambutan aidilfitri yang baru hari ketiga ini, aku hanya tersenyum kerana penuh nikmat dan keringat bergaul bersama rahmat. Raya pertama selepas aku bertugas kali ini ada sedikit kelainan, iaitu mengambil gambar di studio, maklumlah Anas pun dah dekat setahun kemudian terus aku ke Melaka berjumpa mentua, namun mata yang tidak lena malam tadinya kerana Anas meminta untuk dibelai sentiasa, demamnya belum kebah, kahaknya belum musnah, ah.. jahatnya kamu, jahatnya kamu!!! aku.. aku... bagaikan sudah terkena.. lalalala.. apasal lagu STACY yang masuk plak ni??? ehem... serius balik. sampai Melaka aku lena. Petang dalam pukul 3 aku meneruskan ke Batu Pahat dan setiba disana dalam pukul 6petang dan Anas merengek sakit. Buat pembaca yang belum jadi ibubapa di sini ku titipkan tips:

TIPS ANAK COMEL

Anak itu adalah fitnah berdasarkan dalil Quran, kenapa? Kalau anak itu bagus mesti akan terdengar suara sumbang dia anak orang kayo boleh sekolah bagus, NAFIKAN! ini pengalaman aku disaat menulis ini. Tidak semestinya anak yang bagus adalah anak orang kaya dan tidak semestinya anak yang comel ibubapanya segak dan wajah mukanya. Aku ada pengalaman bersama seorang jemaah semasa menunaikan umrah di Mekah. dia menceritakan bagaimana anak-anaknya seramai 5 orang semuanya putih tetapi sampai anaknya yang bongsu mukanya hitam dan lenggok wajah pun berlainan. aku bertanya, kenapa macam tu plak bang? dia menyambung cerita, masa mengandungkan anaknya itu dia dan isterinya bersama-sama mengerjakan umrah, dan sesampainya di Lapangan terbang Jeddah, isterinya terkejut tengok Pak Arab - Pak Arab yang hitam-hitam dan besar-besar, dan sepanjang berada di Tanah Haram isterinya asyik terfikirkan hal tersebut sahaja. Lahir anak yang bongsunya berkulit gelap. Terinagt kata Dr.Azizan di radio, kita apa yang kita fikirkan, kalau kita fikir negatif maka negatiflah kita. Apa yang kita fikirkan semuanya adalah dari kita juga, tiada siapa yang salah, tetapi kita sebagaimana yang kita fikirkan. So menyambung cerita tips anak comel tadi, kenapa orang kaya-kaya selalunya anak-anak mereka cantik-cantik berbeza dengan orang-orang pedalaman, contoh mudah ginilah, kenapa anak orang asli akan dapat muka anak mereka macam mereka juga, iyolah memang kita akan kata pasal anak mereka sebenarnya segalanya bermula dari saat bersama dengan isteri, pernah aku berkongsi cerita dengan Tan Sri Hasrizal, CEO Iktikad Raya yang menjual kereta-kereta mewah dan yang paling best hanya syarikatnya mempunyai pomen kereta FERRARI di Malaysia. Cerita kesusahannya semasa mula-mula berniaga menjual belon, bunga, anak patung semasa majlis konvokesyen universiti dan hanya memiliki 20sen di dalam poket semasa membentang kertas kerja perniagaan di Kementerian. aku kagum kejayaannya kini. Beliau ada berpesan, orang kaya-kaya dapat anak comel di saat suami isteri bersama dengan pakaian tdur sutera, tilam dan suasana mewah di dalam bilik dan juga persekitaran yang sihat dan positif tidak macam orang kebanyakan atau marhain, kadang-kadang bila nak bersama dengan isteri kat tangga rumah pun jadi, dengan kain batik dan pelekat sahaja. Hahaha.. ini bukan ayat aku ya. Pengalaman aku membenarkan kata-katanya kerana aku pernah bersama dengan keluarga angkat yang duduk di kampung yang betul-betul kampung di Kelantan, so banyak minda yang perlu diubah. mindacerah.

sambung cerita pasal raya, sampai je di Batu Pahat terus cakap pada Umi dan Makcik Yea Khamisah, hem kena bawa Anas ke Klinik sebab suhu badan naik dan kalau dia merengek nangis malam ni terpaksalah aku pulang juga ke Nilai, sebab tidak mahu menyusahkan orang lain sampai tak dapat tidur disebabkan gangguannya. Mujur sekali lagi ada klinik buka dan manisnya ada 2 orang jururawat berbangsa cina, comel..comel... hehe teringat Nur aishah Junko, wanita Jepun yang persis Norika Fujiwara yang aku jumpa sehari sebelum raya, nak tahu ke???

Sabtu, 27 Ogos 2011

Shopping Raya...

Nilai, 28ogos2011 - lagi sehari sahaja untuk menyambut Syawal dan sudah menjadi rutin seluruh muslimin ketibaan Syawal disambut dengan segembira boleh, dan di Malaysia sudah pasti aku tidak lari daripada adat ini akan menyambut raya dengan sesuatu yang baru. Ironinya, nafsu beraya telah lesu mungkin kerana faktor usia pun makin maju. Orang tanya, ustaz baju raya warna apa? Berapa helai? hahahaha... soalan yang aku suka nak pangkah. Saya tahun ni tak beli lah baju melayu sebab segala set warna pensil warna LUNA saya dah ada, lagipun pakainya pun jarang-jarang, kadang-kadang.



Fokus yang diutamakan ialah keluarga tercenta. Dieja dengan sedemikian bagi menekankan bahawa centaku masih pada yang sama, ialah orang gembira bila berbaju baru, berkasut baharu, bini tetap lama, kuikuikui... baru A best! So aku pun ber'shopping' jugalah untuk keluarga semalam. Oh ya, pagi ini selepas mengimamkan solat subuh seorang rakan yang telah lama tidak berjumpa memelukku dan mengucapkan alhadulillah malam tadi dapat berterawih bersamaku wajah gembiranya terpancar setelah kami dipisahkan selama hampir 10tahun ketika sama-sama menuntut di Pusat Bahasa Arab Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri. hahaha banyak kenangan di sana. Sangat berkenangan, sehingga dulu aku telah mengusiknya aku nak tengok dia kawin tak dengan kawan perempuan yang bercinta semasa kursus dahulu, jawapannya TIDAK. hahahaha... indahnya jodoh.



Dipendekkan cerita, berikut adalah list raya yang telah dikopak-kopekkan poketku menyambut raya, tetapi terbalas dengan kegembiraan mereka adalah juga kegembiraanku.


1) Baju raya ANAS = RM 120(nasib baik nenek dia bagi baju raya juga, tq umi..)

2) Baju raya isteri = self sponsored (kongsi berkongsi membawa bahagia) dia dah ada lah beberapa pasang tetapi semalam bertanyakan padaku, 'nak baju lagi boleh tak?' mudah je aku balas, 'kan dah ada, kain kapan tak beli sekali ke'... kuikuikui.. ini bukanlah ayat cari pasal, tetapi pasal baju dia je sealmari tapi takpun pakai semua... hehehe defence seorang suami.

3) Kasut raya isteri = RM 60

4) Baju raya aku hanyalah 2 helai kemeja = RM 150 (hehehe.. DURBAN) lagi praktikal aku beli baju ni kerana lepas raya nak masuk belajar balik, so boleh guna.

5) Akseseori butang raya = RM 15


wah... chan... jimatnya, lebih kurang RM 345 je,, hahaha.. best..best.. TETAPI!


- bayar ALPHARD = RM2,100

- bayar TRITON = RM 1,120

- tukar 2 biji tayar ALPHARD raya = RM 945

- tukar 2 biji tayar TRITON = RM 1,030

- bayar superbike = RM 750

- bayar rumah = RM 2,500

- bayar LIVINA = RM 920

- bayar URVAN = RM 1,054

- hidup roadtax ALPHARD = RM 4,300

- standby minyak kereta, tol nak balik raya = RM 500

- duit raya untuk anak buah, adik beradik, makcik pakcik = RM 500


tarik nafas jap, ni tak termasuk utilitis... hehehe bukan nak kecoh tetapi kalau yang baca blog ni seorang isteri nasihat guaman percuma saya ialah simpan resit-resit ni semua ya untuk jaminan masa 'hadapan' jika berlaku lah...


raya 2010, masih berdua... lalala dalam perut lagi ANAS masa ni
raya 2009 di studio Batu Pahat, tahun ni cadang lepas solat nak ambil gambar sekeluarga
raya 2007, masa ni Atheef jadi kesayangan semua, hehe... senyum...


raya tahun 2006, masa ni arwah Bak masih sihat dan banyak bercerita. aku juga gembira kerana setiap kali satu Syawal menjelma maknanya hari kelahiranku pada tahun 1984...

Khamis, 25 Ogos 2011

Soalan Wartawan METRO.. lepat, jangan tak lipat

KLCC, 26ogos2011 - sebagaimana dijanjikan antara soalan yang perlua aku jawab dengan cara yang sesantai boleh... hehehe, harap lepas ni jangan malas baca artikel agama

1.Amalan ziarah mahabbah menjadi satu kemestian setiap kali musim perayaan dan amat dituntut dalam Islam. Apakah cara terbaik yg boleh dilakukan umat Islam menambahbaik amalan itu?

Bagi menambahbaik amalan ziarah maka umat Islam perlulah meneladani dan mencontohi amalan ziarah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tiada nasihat yang lebih baik selain nasihat berpandukan al-Quran dan as-Sunnah malah tiada teori ajaib yang membolehkan ini campur ini jadi sebagaimana jawapan yang dikehendaki. Minda kena cerah malah tulisan yang agak panjang ini juga menyebabkan kita malas menelitinya sehingga habis dan dijadikan peringatan.


Berbalik kepada topik perbincangan, beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar hasil amalan semasa Ramadhan yang baru berlalu dapat dipamerkan kejayaannya pada Syawal yang menjelang. Kenapa? Kerana penambahan usia kita dari semasa sudah pasti sewajarnya penambahan ilmu dan kematangan kita berfikir. Kalau zaman kanak-kanak kita sentiasa menantikan baju dan duit raya adakah wajar situasi itu masih sama pada masa kita dewasa? Kita pula yang sewajarnya memberi duit raya dan menghadiahkan baju raya kepada ibubapa tercinta dan itulah bukti kita makin sepatutnya lebih taat menjadi hamba Allah. Kadang-kadang kita hairan kalau sudah dewasa pun masih teruja membeli baju raya yang pelbagai warna sedangkan semua warna yang ada dalam set pensel warna telah pun kita miliki, hati-hati khuatir bisikan iblis berjaya menguasai kita.

Lihat faktor-faktor negatif menyambut hari raya. Pembaziran dari sudut makan minum, berhias dan berbagai lagi. Ditambah dengan sikap buang masa melepak di hadapan kaca TV menonton rancangan TV yang lebih 20 kali ditayangkan, kesian kan kita? Lebih meruncing jika pendedahan aurat, menjaja cerita buruk orang lain, dan macam-macam lagi perkara yang tidak baik menjadi kesempatan bagi kita melakukannya semasa ziarah menziarahi. Padahal kesemua amalan negatif itu yang kita telah berjaya tinggalkan pada Ramadhan lalu dan perlulah difahami ianya bukanlah dihalalkan dengan kedatangan Syawal yang mulia. Termasuklah perkara yang kita selalu lepas pandang iaitu adab pergaulan ipar duai sehingga biasa terjadi apabila bersalaman antara lelaki dan perempuan tanpa menjaga batas hubungan malah sekiranya kita pulang berhari raya dengan tidak menjaga halal haram tersebut dengan acara tidur beramai-ramai di ruang tamu. Takut-takut adegan tertukar bini pula maklumlah siapa sedar semasa tidur. Ditambah lagi kunjung mengunjung inilah peluang bagi dewasa muda ingin memperkenalkan buah hati masing-masing kepada bakal mak mentua. Kemudian disusuli dengan keluar beduaan ke pusat-pusat hiburan kerana sangka mereka itulah Hari Raya, kalau inilah anggapan masyarakat sewajarnya berwaspada menyambut hari raya merbahaya seolah meniru barat menyambut 'New Year'.


2.Komen ustaz mengenai ada kalangan anak2 remaja yg tidak lagi menyuburkan amalan ziarah menziarahi ni kerana mereka lebih gemar duduk di rumah menonton televisyen. Malah jika ada saudara mara berkunjung ke rumah, mereka pula kurang mesra seakan tidak rapat dgn saudara sendiri.Bagaimana cara dan nasihat kpd golongan berkenaan terutamanya yg tnggal di kawasan perumahan di bandar yg kurang penghayatannya mengenai amalan itu berbanding suasana di kampung yg lebih meriah?

Sudah menjadi kebiasaan kepada generasi muda pada hari ini apabila pulang ke desa berhari raya terasa bosan apabila berada di rumah datuk dan nenek mereka. Lantas menjadikan TV sebagai gelanggangan mereka melepak dan terhakisnya budaya ziarah menziarahi. Apatah lagi bila mereka pulang ke rumah di bandar-bandar dari desa dengan tiada apa tujuan dan pengajaran yang dapat diambil dari semangat ziarah di kampung. Antara yang perlu ditekankan oleh kita beberapa adab ziarah yang selalu kita abaikan, sebagai contoh jarang daripada ibubapa yang memaklumkan kenapa perlu ziarah menziarahi terutama semasa Hari Raya dan kesannya anak-anak memandang suram dan lesu untuk berziarah walaupun tetamu yang bakal dikunjung akan menjamu dengan makanan yang lazat dan duit raya. Ini disebabkan hidangan siaran di kaca tv lebih menarik perhatian anak-anak disamping wang raya yang diberikan oleh ibu bapa telah cukup bagi mereka. Jadi wajar ibu bapa memaklumkan kepada anak-anak semasa berziarah akan tujuan, mengenali saudara mara dan juga adab-adab ziarah agar mereka teruja, contoh ini Pak Lang kamu yang dulu jadi askar sehingga mencapai kemerdekaan banyak cerita semasa bertempur dengan musuh, ini bakal membakar semangat anak-anak untuk ziarah rumah Pak Lang mereka samalah juga jika kita maklumkan pada anak-anak kita yang khayal menonton Rancangan Ultraman dengan menyatakan Ultraman mesti menang bila lawan raksasa sebab ayah dah tengok 20 tahun dahulu.

Memahami tujuan dan kepentingan ziarah sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila kita menerima tetamu yang datang ziarah dengan layanan yang mesra dan sempurna akan beroleh seribu rahmat dan menjauhkan dari seribu kecelakaan. Justeru wajar di kawasan-kawasan perumahan di bandar menghidupkan semula amalan ziarah di kampung kembali ke bandar. Aktiviti yang ada di kampung perlu di hidupkan di bandar. Amat sedih lagi namanya sahaja yang kampung seperti kampung pandan, suasana kampung hampir langsung tiada, wujudkanlah marhaban, baraan dalam adat orang jawa atau budaya disebelah Johor dengan ziarah secara bergilir-gilir dari satu rumah ke rumah dengan melibatkan anak-anak muda. Pasti mereka bersemangat sekaligus proses menziarahi jiran yang selama ini kita tidak kenal dapat dijayakan kerana kita berkunjung secara beramai-ramai. Malu dapat disapu. Ingat, pesan nabi jiran tetangga itu 40 rumah di sekeliling kita.


3. Apakah hikmah memeriahkan amalan kunjung mengunjung ni kpd umat Islam?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tuntutan dalam Islam itu sendiri yang menuntut penganutnya bermuafakat dalam pergaulan, maaf-bermaafan, doakan kebaikan kepada saudaranya, bahkan nabi s.a.w bersabda iman seseorang Islam itu bergantung kepada kasih sayang saudaranya yang lain. Inilah hikmah jika kita dapat menyemarakkan amalan ini sehingga mencapat target ziarah, bukannya kuih raya popular di rumah mereka. Kadang-kadang anak-anak kita mesti bertanya, 'ayah kenapa kita nak pergi rumah orang itu? Sebagai ibubapa janganlah kita mematikan semangat ingin tahunya dengan menjawab, 'ikut sahaja, atau dia saudara kita sahaja', malah berilah jawapan yang menarik minat mereka seperti, kita ziarahi dia kerana kita nak bertanya khabar tentang mereka kerana ayah dan ibu sudah lama tidak bertemu. Semoga kunjungan itu dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita dan dapat bermaafan disamping melengkapkan amalan ramadhan kita dengan doa yang bakal kita doakan dan didoakan. Jawapan sebegini walaupun mudah namun anak-anak pasti dapat mengingatinya kerana mereka dapat fahaminya. Contohnya, membantu orang itu indahnya apabila yang ditolong mengucapkan terima kasih. Indahnya ziarah apabila senyuman diukir, persaudaraan dirapat, Rahmat Allah pastikan didakap.


4. Pendapat ustaz mengenai situasi ada kalangan ahli masyarakat kita yg bersengketa namun tidak memanfaatkan peluang bermaafan di hari mulia ni. Mereka saling keras hati dan hanya menunggu salah seorang menghulur maaf dahulu sehingga penyudahnya tiada yg mahu mendahulukan maaf. Bermakna hubungan mereka tidak berjaya ditautkan. Ia bertentangan dgn semangat persahabtan dan nilai2 murni saudara sesama Islam.

Nabi s.a.w ada menyebut di dalam hadith dengan mafhum tangan yang di atas lebih baik dari yang dibawah. Memberi lebih hebat dari yang menerima. Mereka yang menghulurkan tangan kemaafan dan perdamaian lebih bertaqwa dan diangkat darjat mereka seperti yang tarcatat dala surah al-Hujurat tentang orang bertaqwa. Kita merasa seseorang itu kagum dan hebat jika memiliki harta benda yang banyak sedangkan atlit bina badan itu juga terpaksa menyembur racun serangga jika diganggu oleh nyamuk. Apa maknanya? Tiada makna.

Kita juga tidak boleh memaksa orang supaya menghulurkan kemaafan terlebih dahulu, lantas doakan hidayah itu diperolehi oleh puak yang bertelagah agar menyelesaikan pertelingkahan. Ingat pesan nabi s.a.w mereka yang memutuskan silaturrahim lebih dari 3 hari tidak akan menghidu bau syurga. Ego kita ni sejauh mana? Setinggi menara KLCC? Sedalam lautan? Sifat kehambaan ini akan subur jika mereka berjaya semasa persekolahan Ramadhan lalu.


5. Mungkin ustaz boleh jelaskn beberapa adab kita berkunjung ke rumah teman,saudara atau jiran tetangga?

Diantara adab-adab ziarah yang kita terlepas pandang ialah seperti waktu berziarah, ramai di kalangan kita yang beristilah raya sakan sehingga menganggap 12.00 malam masih relevan untuk ziarah, sepatutnya kita juga wajar memikirkan sekiranya kita adalah tuan rumah yang telah diziarahi oleh tetamu sehari sehinggalah lewat malam dengan rasa kepenatan sudah pasti tetamu yang terakhir akan dilayan dengan acuh dan tidak acuh.

Seterusnya tekankan juga tentang adab-adab ziarah di dalam perjalanan, contohnya semasa berkunjung ke rumah dengan kenderaan yang mengaum bak singa kelaparan kerana salur asap 'ekzos' sebesar meriam gajah dengan membawa secara laju dan lagak. Wajib kita sedari firman Allah s.w.t di dalam surah isra' ayat 37 yang menyatakan 'janganlah kamu jalan atas muka bumi ini dengan perasaan sombong'. Akibatnya, banyak kemalangan terjadi kerana menurut nafsu. Harapkan ketupat dan lemang, kemalangan pula menimpa.

Para tetamu wajar datang pada masa yang betul dan dahulukan salam sebanyak 3 kali sahaja dengan nada suara yang sewajarnya. Jangan terlalu kuat sehingga mengejutkan tuan rumah atau terlalu perlahan kerana sebenarnya kita malas dan tidak mahu menziarahinya namun hanya buat syarat kalau ada, baru nak masuk mungkin disebabkan sengketa yang lalu dan inilah realiti tibanya Syawal. Kebanyakan dari kita main redah dan terus melulu masuk sehinggakan kadang-kadang tuan rumah dalam keadaan yang tidak bersedia terutama apabila tidak sempat menjaga auratnya. Silap-silap hanya bersampin sahaja tuan rumah tanpa baju melayu. Ini bukan rancangan Bang Bang Boom.

Pesan pada anak-anak duit raya yang diberikan oleh tuan rumah sekadar bersedeqah kepada kita kerana mahu menggembirakan sahaja, pupuk perasaan tidak mengapa jika tiada kerana bukanlah satu kewajipan malah mengikut kemampuan. Semaikanlah satu budaya ziarah menziarahi di hari raya dengan mengunjur kepada agama nescaya hidup kita sejahtera dunia, syurga pasti menunggu kita. Wallahua'alam.

Rabu, 24 Ogos 2011

Hantu Bonceng??? Hantu Masjid

Bangsar,25ogos2011 - Jam pukul 8.41pagi. Aku seorang di ofis melihat semula artikel berkaitan menyambut hari raya yang diminta oleh seorang wartawan dari harian metro semalam. Bila baca balik macam kelakar pun ada. Aik, mana boleh diri sendiri cakap kelakar kat diri sendiri. hahaha.. Anyway sebelum keluaran tu keluar di dada-dada akhbar, lebih baik aku masukkan di laman blog ini agar dapat dikongsi jika ada manfaat kepada pembaca.

Sebelum tu, .saje aku kongsikan juga tentang gambar di bawah ini. kalau ikutkan lagi 4 hari sahaja lagi nak menyambut syawal namun di tengah-tengah kecoh berqiamulail ada satu gambar yang secara tidak sengaja diambil oleh pengawal keselamatan masjidku. Ambil gambar malam dalam dewan syarahan masjid. hasilnya... kalau nak best lagi cuba zoom sebelah kiri anda. memang diizinkan Allah untuk kita melihatnya.

Ustaz, kata bila bulan puasa hantu iblis kena tangkap, gambar ni ada nampak entiti tu, macam mana ni ustaz? hehehehe... betul hadith tu malah Allah juga berfirman yang mafhumnya kita tidak akan melihat mereka namun mereka iaitu iblis syaitan melihat kita semua. ini lah kuasa Allah, jika diizinkan kita untuk melihatnya maka kita dapat melihatnya. moga gambar ini bukanlah menjadi fitnah, mak.. takutnya ke masjid... ada...haaaaa ...... nnnnnn....??? moga jawapan kita masih menggunakan ilmu.

bagi pembaca blog ini mesti mencari-cari apakah kekuatan untuk menjauhi gangguan seperti ini. semua orang tahu baca ayat kursi dan lain-lain, tapi bila ternampaklah atau diganggu, habis terkelu dan tak tahu nak buat apa.. kesian. kerana itu al-Quran dan amalan itu bukan bermusim mahupun bertempoh. perlua diamalkan sentiasa. kesempatan dijemput memuliakan al-Quran tidak akan aku lepaskan lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan. Jmeputan dari pihak SMK Mantin semalam dengan majlis Khatam al-Quran dan ceramah berkaitannya. Tergelak-gelak mereka apabila diusik, tetapi dapat sesuatu tak apa yang aku ucapkan??? hem..



Di kesempatan ramadhan ini juga tidak salah jika kita juga turut menyumbang sesuatu kepada yang perlu. Sumbangan tersebut kerana menggalakkan masyarakat memuliakan dan beramal dengan Quran. Allahumaj'alil Quranu Qarina wa Mu'nisa wa Shodiqo... Ya Allah jadikanlah al-Qiran itu sebagai pendamping, pembimbing dan Teman kami...


Isnin, 22 Ogos 2011

Semua ingat pasal RAYA...

Bangsar, 23Ogos2011 - Semalam seorang rakan dari Harian Metro menghubungi aku dengan memaklumkan temubual aku bersama dia akan ada pada keluaran 2 September ini dan akan menghubungiku dalam masa terdekat bertanyakan tentang kaedah terbaik sambutan aidilfitri yang sewajarnya yang patuh SHARIAH. Ok. Itu sahaja reaksi yang aku pamerkan, yelah takkan nak beriya yahooo aku di interview wartawan oh aku masuk TV oh aku terkenal dan sebaganya, untuk apa dan siapa serta kenapa? Mungkin merasakan nama, pangkat, harta dan segalanya itu lebih penting, bermakna dan hebat berbanding Tuhan yang menciptakan segalanya. Tuhan yang penyayang dan Maha Mengasihani memberikan kita ruang bertaubat dan mengkoreksi diri terutama dalam bulan Ramadhan yang kian pergi. Sayunya.. kerana amalan kita tak seberapa cuma.

Merenungkan musibah yang melanda Somalia dengan kebuluran melampau yang mana Allah uji mereka dengan kurangnya makan menyebabkan negara mereka terasa mati. Aku pernah dimaklumkan oleh wartawan yang ke Dafurr, di Afrika yang mana kedhoifan mereka sehinggakan lapangan antarabangsa mereka hanyalah padang-padang pasir yang lapang. Benarlah Allah menguji kita dengan ketakutan, kelaparan, kematian dan kekurangan harta benda.

Lihat sahaja gambar ini yang perlu difikirkan sedalam mana yang mampu kerana kita di Malaysia mati kerana terlebih makan. Aku juga berazam pada diriku bahawa aku akan banyakkan berpuasa sunat sebaik sahaja Ramadhan berlalu, kerana masa kerja dan belajar sememangnya berbeza, masa belajar kita takut nak puasa sunat kerana takut kelaparan mengganggu fokus dalam pelajaran atau mengganggu kosentrasi ketika ujian, kerana apa? Takut dapat markah sedikit. Nah, fasa kerja yang dirasakan ini biasa sahaja dan membolehkan aku berpuasa sebaik mungkin kerana selesa berhawa dingin.

Sambung balik perihal Raya, di antara tabiat yang buat tebiat kita pabila sambutan raya ialah segala-galanya yang baharu sedangkan nasihat para alim 'ulama ialah menggantikan pakaian yang baharu itu semasa menyambut kedatangan ramadhan kerana setiap hari akan melakukan solat-solat sunat dan khuatir jika hanya satu pakaian akan menyebabkan pakaian putih menjadi kuning Komuter Seputeh pulak. hahaha, (gelak pula) padahal aku juga sama juga dengan perangai mereka manakan tidak sebelum ramadhan aku sibuk bertanyakan pasal KERETA di bawah ini.


Fuuuuuhhhhh... namun apakan daya, namaku sahaja ada 8 biji kenderaan yang menyukarkan aku untuk menambah lagi. Bila syukur Allah akan tambahkan? hehehe...

Kesimpulan coretanku padaku kali ini ialah semua manusia ada jalan yang mereka pilih cuma janganlah tersalah pilih kerana hidup ini hanya sekali. Aku kongsikan kegembiran, keduakaan, keriangan dan kehampaan pada keluarga tersayang dan semasa berbuka di Hotel Equatorial Bangi aku terjumpa seorang yang jemaah yang regular dan pernah berguru mengaji denganku dan katanya dia suka cara penyampaian syarahanku kerana ianya masuk ke dalam hati. Alhamdulillah, guruku pernah menyebut kalau kita ucap dari hati ia akan sampai di hati. Hanya Allah aku titipkan syukur ini.

Ahad, 21 Ogos 2011

Yahoooo Rayooooo

Bangsar, senin, 22ogos2011 - Rasalah ketupat ini,....lalala dengan rendangnya sekali, ..lalala... oh lagu raya kiri kanan atas bawah dah dengar, kalau nak diikutkan dalam lebih kurang 7 ke 8 hari je lagi nak sambut raya maka berlalulah ramadhan yang dicintai yang dirindukan kedatangannya sekali lagi dan yang dirisaui adakah kita berpeluang bersamanya lagi. Ya Allah jumpakan kami dengan ramadhan akan datang.

Kena dengan tema ramadhan 1000 bulan dan 1000 rahmat dan ramadhan ini mengecapi segala nikmat kurniaannya dengan terasa manis dan indah walaupun pahit pada asalnya. bagi mereka yang mengikuti blog yang tak glamour ini mesti terhidu apa yang cuba ku maksudkan ialah Allah taala uji aku berkaitan masalah pentadbiran masjid kerana sabar dan benar alhamdulillah segalanya kembali ke arah penjernihan dan sejahtera. Anakku sihat gembira setelah terganggu kesihatan dia. Allah juga mengizinkan beberapa rancanganku berjaya dilaksanakan. Pengiktirafan tadika Islam di bawah kelolaan syarikatku. Alhamdulillah ya Allah, syukur..syukur..syukur.. moga ditambahkan lagi sejahtera dan makmur(teringat kuih makmur).

kenangan para jemaah muslimat Ustazah Dato Siti Norbahyah Mahmood, teringat tahun 2005 pernah digandingkan dengan beliau dalam rancangan al-Kuliyyah di TV3 dengan tajuk cinta. hahahahaha.... masa tu baru berumur 2o tahun dan bercakap tentang CINTA, macam i ni Doctor LOVE lah. kuikuikui... berkat cara khutbah ku telah memikat penerbit rancangan iaitu Ustaz Wan Jejak Rasul.

alahai si encem ni tengok kamera. hehehe ni masa berbuka di Restoran Atap-atap di Nilai dengan kawan-kawan semasa belajar di USIM. sekejap je masa berlalu, tahniah untuk mami yang nak berkahwin dalam 3 hari lepas raya (x sabar ke.. hehehe) xsempat nak collect duit raya.

Semasa pertengahan Ramadhan, Anas kena lagi penyakit Bronkitis. Batuk, kahak, xlena tidur, badan panas dan sehingga aku tertanggu dari bertugas di masjid, kerja di pejabat kerana ulang alik ke Hosptal Serdang dan Az-Zahrah Bangi, cemas sehingga doktor pakar kanak-kanak mengesyaki dia boleh kena Asma sekiranya keadaan berlarutan lebih 3 hari. Ya Allah, betapa berharganya kesihatan di kala hamba-Mu kesakitan. So, mana yang kawan-kawan tengah makan berbuka tak hengat dunya, so kena kawal makan, minum semua ingat...






Jumaat, 12 Ogos 2011

Memori semalam di Residence Uniten

Nilai, 13Ogos2011 - Mesti ada yang tertanya-tanya membazir sungguh diriku pergi berbuka di hotel lah, elok bagi ke anak yatim. Jawapannya, apa pun yang kita fikirkan adalah betul kerana tiada apa yang salah, semuanya hanyalah persepsi. Bagi aku, ada reason aku tersendiri selain bersyukur atas pemberian Allah dan berkongsi bersama keluarga, aku merasakan inilah satu bentuk motivasi terbaik. Feel Good Factor (FGF).


Apo ko bondonya tu? Cenggini, pernah tak korang terfikir apa bezanya kereta kancil dan kereta BMW? Sudah pasti kita akan jawab membazir duit jo boli keto mahal-mahal, itu bagi orang yang x berapa nak ada duit, tapi bagi mereka yang berkemampuan atau buat-buat mampu macam aku hihihi... so ini adalah satu kepuasan. Kedua-duanya tetap sama dalam ketagori kenderaan 4 roda dan boleh membawa pemandu dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Yang pentingnya ialah, aku secara peribadinya akan lebih berusaha bersungguh-sungguh untuk memandu kenderaan yang terbaik mengikut kemampuan tanda kesyukuran aku dan juga memotivasikan agar aku terus maju dan tidak MALAS. Penyakit kita hari ini adalah rasa seronok dalam ZON SELESA MAK BAPAK KO YANG PUNYA. ahahaha... Subuh-subuh gini bukan sengaja aku meningkatkan emosi pembaca, tepuk dada tanya 'dia'. jujur pada diri sendiri, aku lebih memandang tinggi mereka yang berdikari berbanding anak yang kikis duit mak bapa tanpa peduli katanya nak pakai kat universiti rupanya berjoli dengan bidadari duniawi, akhir sekali diri sendirilah RUGI!!!


makanan yang pelbagai dan alhamdulillah tempat di sini lebih selesa berbanding Singgahsana tetapi suraunya tak berapa selesa kena naik lift tingkat 2. Singgahsana tempat solat best!




Hahaha... so kesimpulan coretan kali ini, dari segi makanan, aku akan pilih Singgahsana lebih baik dari Uniten, dari segi tempat keselesaan makan Uniten lebih luas space makan dan jarak dari meja ke meja. anyway, harga kedua-dua tempat sama lebih kurang just beza 2-3 hengget, dan paling penting balik dari ni lebih memotivasi bukan MEMOTIBASI ya!.. Tahniah juga untuk isteri yang lulus exam semester lepas, sebab tu belanja nih.. Senyum dengan ucapan terima kasih dia.

Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan, Pesta Makanan


Meja kecil, Bangsar, 11Ogos2011- Seringkali kita dengar para ustaz ustazah menyampaikan dakwah dengan mengajak masyarakat bersungguh-sungguh ibadah di bulan ramadhan. kata mereka penuh dengan rahmat, keampunan dan ganjaran istimewa, lebih-lebih lagi malam al-Qadr. Kehadiran ramadhan memang dinantikan, tetapi soalan yang perlu dijawab dengan realiti kita hari ini. dan hakikat penelitianku sendiri ramadhan adalah pesta makanan, bukannya pesta taat tuhan dan penulisanu ini juga adalah pesanan untuk diri sendiri, manakan TIDAK...



kau tau jah, semalam aku pegi lah ke Singgahsana Hotel, alah tempat yang selalu time buka pose ada artis nasyid rabbani, maklumlah jah kita hidup ni mesti merasa sumenye, yg baik lah jah, yg jahats tu sendiri lah tanggung, ehem..ehem.. kena betulkan rahang bibir supaya di adjust sikit x bernada becok, hehehehe..... ooii sambung balik, makanannya semuanya sedap jah, besar-besarlah dengan tempat untuk solat dan toilet selesa. Luar nampak biasa aje, oh ya plus dengan pelayan yang ramah mesra dan memang enjoy lah makan semalam, biasalah jah kalau bawa anak kecil si Anas ni meragam lah sikit hehehehe


manusia dah x peduli apa, asal dapat makanan masing-masing. dari 5 bintang personally saya bagi 4 bintang, Makanan memang best, cuma sesak sikit nak makan asyik terlanggar orang...



Nasib baik gambar kambing golek tak masuk dalam blog ni, kalau x ada yg sekali lagi berbuka kek sano, hehehe

ni kat dalam surau, dah terlena dah si tenit ni dah puas makan kat hotel, sampai ada pelayan auuww sikit asyik tanya Anas je, comelnya budak ni, itulah, inilah, Alhamdulillah


Mesin basuh yang juga turut berpuasa setelah 7 tahun digunakan dan terpaksa di bawa ke Hospital Mesin Basuh, hehehe..


kembali kepada point asal dalam ramadhan, seribu rahmat yang digambarkan itu membawa kepada rahmat makan, rahmat berpuasa, dan rahmat pelbagai termasuklah kalau nama dia pun Rahmat. Kesilapan bulan puasa yang aku perhatikan ramai yang jaga puasa tapi mengabaikan solat dan aku sokong kata2 Dato Hasan Din al-Hafiz, kalau orang tu solat, mesti dia pose tapi ramai yang pose x tunaikan solat. kalau solat tak pose gak mesti ada bengong kat otak dia, samalah macam orang-orang biasa kat luar sana, ada yang solat tak tinggal tapi pakaian harian berskirt menjolok mata.

Kesimpulannya, bulan ramadhan ini sememangnya bulan rahmat dan aku secara peribadinya merasai rahmat tersebut dengan segala ujian yang aku telah tempuhi. Thank You Allah.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Minggu pertama menghisab diri

Melaka Perdana, 6 Ogos 2011/6 Ramadhan - Jam baru pukul 5;30 petang dan ini bermakna ada kurang lebih setengah jam untuk berbuka bezanya aku di Melaka kerana selama ini aku telah berbuka di atas jalan, dalam kereta dan di rumah. hem kesempatan berarah atau bertukar angin di rumah mertuaku adalah satu kenikmatan kerana diberikan kelapangan masa untukku bermesra bersama keluarga. Pernah isteriku merungut kerana jarang pulang ke kampungnya setelah berkahwin denganku, apa nak dikata sunnah orang berjuang. Susah dan menderita malahan kedua ibubapaku yang di sebelah pun jarang sekali aku bergaul mesra. Hakikat.


Pagi tadi sewaktu menitip khabar ke kampung di Melaka, Mak lang ku sibuk menceritakan perihal menantunya ada lah nada rungutan dan tak semena-mena nada pujian kepadu ku anak beranak, kerana antara isu yang diperkatakan perihal anak. Alhamdulillah aku dikurniakan Anas. Ingin saje aku khabarkan kepada dunia, rezeki dari Allah memang tidak disangka dan ditambah lagi rasa kesyukuran kepada Allah sebagaimana firman Allah anak pinak adalah fitnah bagi kamu. Aku pula amat menitik beratkan perihal pendidikan dan disiplin. Sekarang ni xpelah baru nak setahun boleh lah main puas-puas, esok lusa dah membesar dan pandai bercakap dan buat itu dan ini, bertambah lah cabaran sebagai ibubapa. Mudah-mudahan yang terbaik dunia akhirat yang ku pinta.

Semenjak dua menjak masuk tiga menjak ni memang aku selalu bercerita perihal keluarga, sekiranya inginku sentuh pasal bab kerja aku akui aku bukanlah pekerja terbaik, selalu sahaja aku 'mengulor' dan alhamdulillah baru 2 bulan aku bertugas aku telah berjaya memperolehi kes-kes sendiri. Aku yakin dalam bidang aku cumanya aku perlukan masa memperbaiki apa yang ada agar lebih berjaya. Doakan aku..

Isnin, 1 Ogos 2011

Kedatangan Tetamu Mulia

Bangsar, 2OGOS2011=2Ramadhan1432, - Tetamu yang mulia telah kunjung tiba, hari kedua disaatku mengutai tinta, manakan tidak diriku ini terasa hina dek kerana dosa berkontena, terasa tidak layak duduk bermesra bersamanya. Itu semua was-was iblis, buatkan kita lemah, berperasangka buruk dan sadis saling kilis mengilis, jangan ditenung dosa semalam, kerana khuatir akan demam. sebelum ramadhan punyalah takut, risau perut menjadi kecut, apa dibuat pergi ke pusat, cuba melihat apa-apa yang patut dibuat sebagai ubat, punyalah hati teringin semacam, udang galah sebesar talam, di kedai dijual buat santapan, tolak tepi harga dua ekor duit lipan, yang penting tetamu ini tiba aku tidak kempunan.

jangan ditiru perangai naga, apatah lagi perangai buaya, orang lain puasa kita pun serta, cuma risau markah tak cukup nak ke syurga. pagi tadi nak dijadikan cerita, lepas subuh terbukalah puaka, kesal aku bertikam lidah, dengan si dia pembawa fitnah, mana nak sabar aku dikatakan itu dan ini, xsayang mulut pun ini bulan yang dirahmati, mana akhlakmu yang terpuji, semuanya lupa kita sedang diuji, akhir sekali aku membawa diri, berjuang hanya dalam diri sendiri.

sebelum nak bekerja ku coretkan sesuatu, kerana terasa berdosa diriku menulis tentang si Hindu, aku pula yang bawa kes dia, apatah lagi untuk dia keluar agama, dari nama muslim ke non-muslim apa maknanya, namun jangan dinilai dari tulisanku ini, kerana takut salah bertambah jadi dua kali, kesimpulannya akan ku sudahi, ayuh semarakkan cinta ilahi di bulan yang penuh diberkati...