Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 15 September 2014

Pelikat RAM

SungaiRamalDalam, 16hbSeptember2014 - Selamat hari Malaysia, sebenarnya tengah tunggu di radio Sinar.fm rakaman kata-kata ucapan aku semasa temubual aku dengan kak Bed
 
 
 
 





Ahad, 14 September 2014

Restoran Santai PU

Putra Nilai, 14hbSeptember2014 -  Segala puji bagi Allah SWT, siapalah kita tanpa kehendakNya dan rahmatNya, Ya Allah... sudah agak lama aku tidak menulis, hanya sempat mengeposkan kejadian-kejadian sahaja, mujur juga zaman ini mudah merakamkan peristiwa dengan adanya kamera di mana-mana, kalau masih ingat zaman persekolahanku dari awal tahun 90an, pasti akan aku rakamkan peristiwa-peristiwa menarik dalam hidup, darjah dua dah bersajak, masuk pelbagai pertandingan sehinggalah mencipta volcano pada hari sambutan sekolah yang ke-100 tahun sehinggalah mencipta sebuah basikal enjin selepas keluar dari sekolah tahfiz. Semuanya kenangan.
 
kini tanggal 13hb September 2014, dengan izinNya juga aku Berjaya mengembangkan lagi usaha dakwah aku dalam bidang perniagaan restoran. kenapa pula aku gunakan terma usaha dakwah, bukan usaha dalam bidang perniagaan? kerana aku tubuhkannya kerana dakwah. hujung minggu di restoran ini, telah dirancang program-program agama yang berbentuk santai dan berbentuk stand up dakwah. bukan sekadar nasyid dan lagu-lagu dakwah, tapi juga merangkumi diskusi kitab dan sebagainya. ini usaha kecil aku buat pada ummah, apatah lagi aku cuba terapkan nilai-nilai dakwah seperti azan dan solat berjemaah di kedai. apa yang menggembirakan aku bila pekerja juga turut serta dalam solat berjemaah. moga penuh keberkatannya. Insha allah.
 
ini sahabatku Shafarul masa buat Diploma Tahfiz Al-Quran, sahabat dan juga abang yang banyak mengajar tentang hidup berdikari pada aku, yang juga bekas tokey kedai makan di Kuantan, Al Huffaz Kitchen. Tapi entah ada yang tak kena dalam pengurusan kedai akhirnya tutup dan beliau focus pada madarasahnya. Ok lah tu, ada hikmah yang Allah tunjukkan dalam hidup kita semua, aku juga tidak terlepas, ada sahaja yang pernah aku buat suatu masa dahulu tutup dan jadi pengalaman berharga. Kalau nak buka satu persatu ceritaku di sini, tak sempat nak sembang pasal kedai makan ni, aka café aka restoran.. hihihi ikutlah..
amacam logo? power tak? hihihi...yang penting seakan-akan muka gua.. hahahaha..sebenarnya susah nak buka kedai ni, modalnya punyalah tinggi, agak-agak boleh pakai sebiji kereta baru dah kalau tak buka, tambah pula gaji pekerja lagi, hem dengan bahan mentah, macam-macam nak kena fikirkan, tapi aku berserah pada Allah, yang penting aku nak berdakwah dan cari rezeki yang halal.
sebenarnya idea untuk buka kedai ni bukanlah lama dalam perancangan, hanya selepas sembang-sembang di sebuah kedai produser rancangan Hajat, aku panggil dia Bro. Azmee Illanun, hehehe.. dia buka kedai nasi biryani classiq, bila tengok suasana kedai, Alhamdulillah tiba-tiba hati jadi berminat dan entah macam mana terus ada idea nak buka. terus aku pergi cari dan usha kedai-kedai kosong di sekitar Nilai, lebih-lebih lagi target aku nak berdakwah. Maka aku kena pastikan maksud penubuhan ini ialah dakwah, bukan mencari kekayaan semata-mata.
 
Teringat kata-kata Tun Daim, tokoh negarawan dalam rancangan ikon Malaysia, jangan mencari kaya takut nanti tak sampai, tapi carilah Berjaya dahulu kemudian menyusulnya ialah kaya. Ada benar apa yang disampaikan oleh beliau.  Mungkin selama ini ada sisi lain yang aku terlepas pandang, kita insan bukanlah sempurna, demi Allah aku cakapkan, andai tiada sahabat-sahabat di sisi pasti aku tidak mampu sampai ke tahap ini.
Allah Maha Bijaksana. Latarhias dalam kedai ini sebenarnya ada sebabnya. Aku buatkan ia menjadi stage kecil untuk persembahan-persembahan yang diaturkan oleh sekolah aku. sebelum ini kami asyik menumpang sahaja di bawah tapi kali ini kita ada kedai yang dijadikan dewan serbaguna secara tidak langsung. Jadi stage di tengah-tengah kedai ini adalah untuk persembahan dakwah dan macam-macam acara yang akan dianjurkan dari masa ke semasa.
tengah-tengah tu adalah island atau pulau lauk. Cara hidangan adalah menggunakan buffet semasa masak lauk.


semilang lagi masak lomak, sekali ghaso podeh menguak, humangai sodap sampai tak Nampak, bini lalu buek tak nampak...
ayam Dubai di Malaysia, bunyinye jauh tapi dekat, bila dah ghaso lupo si dia, kuahnya pekat melekat buat hati tertambat...
ikan keli masak cili, semilang asal nama negeri, sekali kunyah ghaso tak nak boghonti, lamo-lamo lupo dighi...
sup tulang, sekali pandang sampai malam tinggal kenangan..









ayam goreng ibarat raja, ada ini segalanya terasa, nasi kosong pun tak rasa apa, ayam berempah rasanya teruja
kenapa namanya santai PU, pada asalnya konsep kedai ini ialah seperti hardrock café, iaitu tempat untuk berehat-rehat sambil menikmati makanan. sebenarnya dakwah bukan sekadar di sekolah dan masjid surau, tetapi juga boleh lah di kedai makan, justeru aku mencuba konsep terbaru ini iaitu dengan menghidupkan majlis ilmu bukan sekadar static dan rijid tetapi inovatif dan efisyen, ada faham ka? bahasa terkini hehehe...
inilah wali keramat aku yang masih hidup. terima kasih tidak terhingga buat umi, moga Allah berikan kesihatan berpanjangan buat ibu dan ayahku, keluargaku yang tercinta termasuklah adik beradik ku, siapalah aku tanpa doa dan bantuan mereka. mudah2an Allah pandang usaha kecil ini dan kiranya sebagai amal soleh dan jariah andai aku sudah tiada lagi.
terima kasih kepada PU Fakhrul, Wak Kiut, Rahmat dan izzat kerana sudi melapangkan masa hadir walaupun mereka sememangnya sibuk giler.. maklumlah mereka artis hanya aku je orang kampong, ayat ayahanda ustaz tarmizi Murabbi PU.
alunan Qasidah dari kumpulan Raudhah Tahfiz Al Quran Sg.Long iaitu sekolah pondok lama aku. Alhamdulillah aku juga bangga dengan mereka. Moga dengan pujian kepada Allah dan selawat salam akan menyemarakkan lagi aku mengikuti sunnah nabi SAW. Bab sunnah kawin ramai belum lagi la, hehehehe...
yang paling penting, cermin ini hasil sentuhan tanganku sendiri.