Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 18 Julai 2013

Corat-coret Ramadhan ke10 1434H

SungaiRamalDalam, 19Julai2013 - banyak juga peristiwa yang berlaku dalam bulan ramadhan ini, apabila ketika aku memberikan tazkirah di surau Desa Kasia selepas subuh ramadhan yang ke 7 kalau tak silap, bila aku menyampaikan tajuk hikmah berpuasa dengan menggunakan teknik sentuhan qalbu satu teknik penyampaian dakwah muhasabah secara bermuzik latar, bila ada alunan yang menggesek kesedihan mereka mudah tersentuh dan menitiskan air mata. bukanlah tujuan dakwah ini mahu mereka menangis nampak macam insaf dan kemudian buat semula, cumanya dalam surah an Najm bila mana Allah SWT suruh kita banyakkan menangis daripada ketawa. sekurang-kurangnya, perasaan insaf itu lahir pada masa itu dan ketika itu bukanlah satu pembohongan kerana kita bukan sedang berlakon di hadapan kamera yang menuntut aksi tangisan, tetapi kerana sepi memandang diri sendiri yang banyak melakukan silap dan salah apatah lagi dalam bulan ramadhan, dan perasaan kehambaan dan dambarkan cinta Tuhan menebal dan memanisi sebuah perjalanan kehidupan.
Gambar kedua-dua ini semasa berada di Surau Hidayah Desa Kolej Nilai, dan aku sememangnya melazimi berpakaian seakana imam dari masjidilharam kerana beberapa perkara, pertama semua jubah atau qutrah ini dihadiahkan bermula aku dari sekolah rendah dibelikan oleh umi, kemudian semasa belajar di universiti dihadiahkan oleh pensyarah, Asywaq dan juga semasa menjadi imam di tahun terakhir bertugas dihadiahkan oleh jemaah, betapa aku sangat menghargainya, kedua disebabkan pakaian jubah yang bersulam emas ini, adalah pakaian terbaik yang aku ada untuk aku mengadap dan berkata-kata dengan Tuhan sekalian alam, apalah sangat kita bila berjumpa manusia berjawatan bukan main bimbang jika dianggap tiada imej atau imej ketinggalan zaman tetapi buat selamba bila mengadap Allah, tu yang kekadang solatnya dengan hanya diselimuti singlet buruk dan koyak, walaupun sah tetapi kurang akhlak, dan alasan yang ketiga disebabkan cita-citaku semenjak dahulu mahu menjadi imam masjidilharam.
Hari yang kesepuluh ramadhan penuh dengan keindahan dan kemanisan iman, seolah-olah Allah SWT begitu hampir kepada aku dan dekatnya itu seolah-olah rutin kehidupan biasa sebagai seorang peguam berjalan seperti hari-hari yang tidak berpuasa, bezanya bangkit awal bersahur. kali ini, puasaku dengan sedikit bahan tambahan makanan kerana bercadang untuk mengecilkan sedikit lemak-lemak di perut ini.

ajaibnya, aku tidak berasa lapar di waktu puncak dan masih boleh ke mahkamah sehingga di hujung Melaka, Jasin dan sebagainya dengan momentum tenaga yang sama, bahkan di sebelah malam memenuhi undangan jemputan ramadhan sebagai pentazkirah mahupun imam terawih. Alhamdulillah masih ada ada yang peduli dan sayang.
Kalau bab makan, alhamdulillah tahun ini aku tidak seperti tahun-tahun sebelum yang agak kerap berbuka di luar dan bukannya membazir tetapi mencari kepuasan dan mengubat rasa dukacita bila tidak bertugas menjadi imam masjid. perasaan rasa tersisih dan kosong seolah-olah orang yang kalah di medan perang dan diejek oleh musuh dan orang sendiri kerana tidak berjaya dan dianggap 'looser', pernah ada perasaan itu? anda akan faham, isunya bukan siapa benar atau bathil, tetapi siapa yang masih di dalam berbanding di luar gelanggang.
tahun ini ada perubahan bagiku dalam menangani ramadhan, menjadi imam mahupun jemputan tazkirah sahaja namun agak penuh juga jadualku. Aku memanglah merindui zaman menjadi imam tetapi belum ada rezeki dan pengunduranku dalam bidang ini sebenarnya bukanlah tanda kalah, tetapi aku berundur untuk terbang lebih tinggi. seperti singa yang mahu membaham mangsanya, dia akan berundur ke belakang sebelum melompat.
sebenarnya berazam untuk tidak makan nasi sepanjang bulan puasa kecuali masa bersahur. dan juga berazam untuk tidak makan di luar kerana mahu menjimatkan wang belanja, tetapi apakan daya hari pertama berpuasa dah dapat jemputan berbuka bersama makcik dan juga seorang ASP polis yang baharu peluk Islam. kesian beliau kerana diuji saban hari. moga Allah merahmatinya.
tengok itu budak tak puasa, bukan main senyum dia bila berbuka kat hotel ke, hehehe kut macam mana pun syukur pada Allah sebab dapat belanja keluarga berbuka, sebenarnya nak ambil pahala sebagaimana puasa mereka, itu kan mafhum hadith yang nabi SAW galakkan bila masuk bulan puasa kita belanja orang berbuka. jangan jadi sampai bawah ni sudah lah, hehehe...


Sabtu, 13 Julai 2013

Dong Yi

SungaiRamalDalam, 13Julai2013, - Ramadhan tiba lagi bersama seribu satu rahmat, cuma kita ni insan yang lemah sentiasa rasa keluh kesah dan tidak selamat, asyik merungut dan bersungut sampai keluar sesungut keramat, dari manusia kepada semut aduh penat, biasalah kita manusia asyik keluh kesah.. dah beberapa minggu aku ter'miss' cerita ni, cerita klasik sejarah Negara Korea Selatan. asalnya dulu bukan sebab minat cerita ni tapi minat heroinnya, Han Hye Joo, hehehe.. kalau dah minat semua benda jadi cantik, jadi seronok, dan suka termasuklah cerita ni...
 
maklum sajalah, rancangannya hanya pada hujung minggu sabtu dan ahad dari pukul 7pagi sampai 9pagi di TV8, kekadang terfikir juga kenapa pepagi benar cerita ni dan mungkinlah bila cerita klasik mungkin rating tontonan kurang. dan biasanya aku akan berkuliah subuh di surau-surau dan masjid terlepas lah nak tengok cerita ni secara menyeluruh tapi aku telah jatuh cinta pada kisah Dong Yi.

bila diamati, sejarah dunia acapkali merekodkan golongan pejuang adalah dari golongan bawahan yang tertindas yang mempunyai cerita kesusahan di awal kehidupan mereka dan memiliki prinsip-prinsip berkata benar, tegakkan keadilan, lawan dengan geng-geng konspirasi yang memcah belahkan masyarakat, berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya ada kejayaan yang menunggu. itu seakan sifat utama sebuah kehidupan. kalau inilah ramuannya kejayaan maka terbuktilah lagi tiada jalan pintas mengecapi nikmat bahagia dan kejayaan. kisah Dong yi adalah kisah benar Negara Korea Selatan yang bermula dari kuli, dayang istana, dan jadi gundik sehinggalah kepada isteri raja. di belah kita juga tidak terlupa kisah Tun Fatimah, Hang Tuah, atau pula pejuang-pejuang Islam seperti salafussoleh atau sebagainya.
 
moga kesussahan hidup di dunia, berpuasa menahan lapar dan dahaga diganjari Allah SWT sebagai amal yang soleh agar di SANA ada sinar kejayaan buat kita, disamping hati kecil terusik dengan isu-isu di Mesir dan Sirya dan sekitarnya. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku di sana...

Sabtu, 6 Julai 2013

Photo Shoot?? wow artis ke?

Mines Wellness Hotel, 5Julai2013 - tak pernah termimpi untuk menjadi selebriti atau insan-insan yang dikenali melalui media. sejujurnya memang semasa darjah 6 aku pertama kali menghubungi saudara Aziz Desa yang ketika itu adalah pengacara rancangan MHI di TV3 dengan menjawab soalan yang ditanyakan dan suara aku ke udara. bangga lah sekejap. selepas itu semasa aku berada di tingkatan 4 kerana saban hari mengikuti solat teraweh yang diimamkan oleh imam masjidilharam di Masjid Kampong Baharu,  adalah wartawan yang ambil gambar dan tersiar di akhbar walaupun fotonya agak kabur dan kurang jelas. Seterusnya semasa aku di KUIS, pernah juga mengikuti rakaman takbir raya di Masjid KUIS bersama-sama ustaz Farid Ravi dan adalah sekejap keluar di TV1.  
Seterusnya, semasa berusia 19 tahun di saat menjadi imam masjid, adalah seorang penerbit TV3 rancangan al-Kuliyyah yang mendengar khutbahku telah melamar aku menjadi salah seorang panel dalam rancangan tersebut dan digandingkan dengan Ustazah NorBahyah penceramah tersohor. Itulah liputan yang luas untuk aku sebagai seorang panel dan selepas itu aku tidak dipanggil lagi memandangkan aku sendiri yang menolak pelawaan TV9 contohnya kerana aku mengingatkan komitmen untuk belajar. Oh selepas itu adalah mukaku keluar sebagai penulis panel di Harian Metro dalam ruangan Addin pada setiap hari Jumaat. nasib tidak terlupa adalah keluar TV Usim sebagai salah seorang penceramah jemputan tentang ramadhan.
Popular atau tidak bukanlah kerja aku, sebab sehingga kini aku lebih selesa bersarapan dengan keluarga dengan berkain pelekat dan singlet menghirup teh dan roti canai sambil bergelak kuat dengan kawan-kawan. Itu aku. Tetapi setelah berada beberapa ketika dalam proses menjadikan aku seorang pendakwah yang global, mudah didekati, terkini dan 'seleb'riti aku melalui bagaimana mereka yang pernah merasanya, ada ulama dihormati kerana ilmunya tetapi ada juga diangkat kerana peminatnya. namun aku terpaksa akuinya di sini bahawa bukanlah satu proses yang mudah dan senang sebagaimana yang disangka, bahkan untuk mengambil gambar yang beberapa ratus keeping itu sahaja memakan masa sehingg sehari suntuk. Orang Kelantan panggil 'pukul gambar', tu yang rasa nak memukul tu... hehehe
adapun untuk proses perjalanan hidupku yang ini, aku tidak boleh mewar-warkannya terlebih-lebih kerana terikat dengan kontrak perundangan sehinggalah saat semuanya makin pasti dan hampir. insha Allah akan ku maklumkan dari masa ke semasa. Tiba-tiba aku lebih rindukan kehidupanku yang dahulu... Allah knows the BEST! oh amacam lampu alphard kat atas? ini semua gara-gara jerebu dan aku pasangnya empat biji bagi dari jauh orang dah perasaan adalah kete hitam nak lalu, hehehe.. tumpang tepi sikit.

Isnin, 1 Julai 2013

Alam baharu di akhir 2siri usia

Lebuh Pantai Georgetown, 2Julai2013- di saat ini aku menulis dari dalam kereta, kerana menantikan majlis pentauliahan peguam syarie bagi negeri Pulau Pinang. Ada gambar yang aku kumpulkan sebelum tarikh ini iaitu pada 30jun yang lepas bersamaan pada hari Ahad adalah jatuh hari jadiku yang ke-29 tahun. Selamat Hari Jadi Razi!!! aku sambutnya juga di Kuala Terengganu di kedai tepi jalan dengan nasi berlaukkan sup ekor dan sotong bakar. Keseorangan. Tidur juga di dalam kereta. Aku sampai di KT dalam pukul 12tengahmalam dengan merasakan buat apalah nak membazir tidur hotel sebab kes esok pada pukul 9pagi di mahkamah tinggi KT. Hidup aku pun simple je, lagipun kita semua akan bersendirian. aku makan apa yang ada dan Allah masih rezekikan pada aku, tetapi perasaan sayu ada. mungkin inilah rasa dan syahdunya mak ayah bila anak-anak mereka tidak pulang lagi ke pangkuan mereka.

Namun, bila sampai sahaja di rumah, dengan muka yang comel dan menggembirakan hatiku ini, Anas sambut dengan sebiji kek tanda kebahagiaan keluarga kecilku ini. Terima kasih buat isteri dan anak daddy, mmmuuuaaahh.. kekadang tulisan lebih mudah untuk diluahkan daripada kata-kata. terukkan aku sebagai suami. eh, bukan selalu tau!
tapi esok aku terpaksa bersiap bagi menghadiri kursus selama seminggu bersama rakan, kenalan, dan orang-orang yang tidak pernah aku kenali sebelum ini. Baharu sahaja balik dari Terengganu dan aku terpaksa seminggu pula berpisah dengan mereka demi misi dan cita-cita yang berikutnya. Memang benarlah perjuangan itu pahit tetapi manis bagi mereka yang berSABAR.
aku  tak pernah membayangkan suasana seperti ini, tapi aku telah hadapinya. sebaik sahaja sesi petang ini mengikut jadual aku akan berangkat pula ke Pulau Pinang bagi misi seterusnya dan teringin sangat berjumpa Opah di kampong, lama juga aku tidak menziarahinya.
sejuk bro...
dalam banyak-banyak peserta, aku terserempak dengan rakan semasa mengaji di pondok, Allah.. berpuluh tahun dah, dan dia adalah salah seorang peserta yang akan memberikan ku saingan. Aku tidak risau pasal pertandingan kerana Allah telah menetapkannya dari awal siapa yang bakal menang tetapi selagi ada daya usaha akan ku atur dengan strategi dan perancangana agar berjaya dan bersungguh-sungguh disamping teruja belajar sesuatu dari mereka yang pakar.
Namanya pelik, Tantowi dan sekali imbas macam orang Afrika tetapi dia orang Uganda, hahaha.. bukanlah dia orang Kedah habaq hang.. hampir 20tahun aku tidak berjumpa dengannya. Hebatnya perancangan Allah. ok, di saat petang aku menggerakkan rumah kedua ku ini ke Gopeng dahulu bagi ziarah opah di samping mandi dan berehat dan dalam jam 10.30 malam aku mereuskan perjalanan ke Padang Kota. Aku tidur di stesen minyak berhadapan dengan bangunan UMNO yang runtuh tiang komunikasinya dalam kenderaan dan banyak pula post komen kawan-kawan dari FB termasuklah umi di Indon semasa ini. Ya malam kedua aku tidur di dalam kereta. banyak nak cerita tetapi Alhamdulillah selamat kerana aku mencari pejabat agama sampai 2 pagi rupa-rupanya hanya di depan mata kerana signboard di letakkan di atas bangunan, oh sedih!!! nanti aku tulis lagi pengalaman ni.