Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 26 Januari 2013

Ya Hanana

Sungai Ramal Dalam, 26Januari2013 - dalam 2 hari lepas kita semua di Malaysia yang berlairan dan berfahaman ahlussunnah wal jamaah sudah pasti menyambut hari kelahiran nabi SAW iaitu maulidurrasul, ada juga golongan yang menyanggah dan tidak mahu menyambutnya bahkan melabelkan amalan tersebut sebagai bid'ah. coretan kali ini bukanlah berkisarkan siapa nak sambut atau tidak, cumanya roh dan inspirasi baginda SAW. Aku seperti biasa agak sibuk dengan undangan berceramah di sana sini, dan aku sangat merasai keberuntungannya aku menjadi umat Muhammad SAW.

Sebelum ke Penang bagi sesi temuduga peguam, aku servis kenderaan di salah sebuah bengkel berdekatan dan setelah pulang ke rumah terdapat kebocoran pada tangki minyak enjin, hello.. ini alphard tau, kalau kancil ke takpelah juga, mungkin ada yang sinis membaca tulisanku ini, yang mengecewakan aku, semua harganya berbeza jika rosak, so kenalah hati-hati, namun sebagaimana yang aku katakan tadi, terasa dekat baginda SAW di hati sehingga perjalanan aku yang jauh sejahtera, seolah-olah disyafaatkan oleh baginda SAW. Begitulah kita di padang masyar, hanya syafaat nabi SAW sahaja yang boleh menyelamatkan kita di waktu kita sendiri tidak beruntung dengan nasib diri sendiri.
Dua orang anak ini adalah berkasih sayang kerana akhlak yang ditunjukkan oleh baginda SAW, benarlah sabda nabi SAW, "bukanlah dari golongan kami mereka yang tidak mengasihani yang muda dan menghormati yang tua".
Alhamdulillah, lagi berita gembira ketika menerima surta dan panggilan dari Majlis Ugama Islam Pahang(MUIS) yang aku telah disahkan diterima sebagai peguam syarie negeri tu, sebab yang aku dengar agak susah untuk menjadi peguam di sana apatah lagi jika bukan anak tempatan, dan kerana nak sangat dapatkan sijil dan bayar fee guaman, entah kenapa malam dan pagi itu aku tidak dapat lena tidur,  jam pukul 4 pagi, aku gegas membelah kelam malam dan hujan lebat ke Pekan, Pahang. Solat subuh di Hentian rehat Maran, dan selesai sahaja uurusan terus berjumpa dengan Shafarul, sahabat baik, teman sepengajian dan telah ku anggap seperti abang sendiri, banyak kisah aku dan dia, Insha allah akan ku ceritakan suatu hari nanti.  
Pasti orang tak sangka dengan gayanya membawa alphard tetapi aku memandu dalam keadaan pakai baju tidur dan tak mandi pun, cuma bila sampai di Maran, baharulah aku bersihkan diri dan menyegarkan diri solat subuh berjemaah. Ya Allah, Ya hanana.. pasti ada yang tidak tahu maksudnya, beruntungnya kami, dengan Islam yang menyinari diri dan ummat, dan hidup sebagai ummat nabi Muhammad SAW. Ya Hanana.. Beruntungnya kami... Terima kasih Allah

Ahad, 20 Januari 2013

Panggilan Pulau

Sg.Ramal, 20hbJanuari2013 - Sebaik mendapat surat temuduga bagi negeri Pulau Pinang, lantas terus aku merencana percutian di sana. Mana tidaknya, sudah lama aku tidak memanjakan diri dengan berjalan rehlah seperti ini, lagi-lagilah bila telah ada seorang anal lelaki yang sihat bijak, dan cergas. Bukan memuji sendiri tetapi segala tenaga dan emosi perlu disatukan agar didikan untuk anak adalah keutamaan kerana mereka adalah harta dan aset kita, baik di dunia dan di akhirat. 

Sesetengah rakan-rakan peguam bertanyakan kepada aku, ko ni kenapa sibuk-sibuk sampai satu Malaysia ko pusing untuk mendapatkan tauliah guaman bagi syariah, dah lah nanti kena bayar banyak, penat, dan sebagainya, dan aku mempunyai jawapan sendiri kerana apa kata nabi SAW tentang umur dan usia kita, masa muda sebelum masa tua, maka aku perlu kejar selagi mampu berlari. ia kan? hehehehe... Sebenarnya aku pernah ditegur oleh seorang kawan, dia perasan setiap kali aku melakukan sesuatu pastinya segera, dan seolah-olah aku menggunakan tenaga tubuh tanpa penat dan semaksimumnya, aku mengiyakan walaupun selama ini aku tidak perasan sebegitu, secara seloroh aku menjawabnya semula, mungkin aku kena naik Ferarri san, cepat sikit berurusan. Hehehe..
Secara hakikatnya, tugas isteriku juga sukar untuk mendapatkan cuti, dan pada asalnya aku pasrah kalau kami tidak pergi bersama, akan ku pergi seorang sahaja. Alhamdulillah, percutian ini walaupun ringkas, pendek tetapi bermakna bagiku. Aku puas hati dalam sesi temuduga, aku puas hati menikmati makanan, aku puas hati tinggal di hotel, perjalanan semuanya, maka benarlah firman Allah SWT di dalam surah ar-Rahman, nikmat yang manakah yang telah kamu dustakan??? Banyak sungguh kasih sayang Allah SWT kepada kita semua, mudah-mudahan kitalah sebahagian daripada hamba-hambaNya yang bersyukur. 
Oh ya, inilah namanya "Pasambuq" atau secara ejaan literalnya ialah Pesembur, memang agak sedap apabila dimakan kerana ianya campuran makanan laut yang disajikan dengan kuah kacang, tetapi senang aku cakap beginilah, maaaahhhaaaalllll, mungkin kerana aku orang luar, atau dalam erti kata lain aku dah sedaya upaya cakap pinang pekat tu, sampai kepala pun duk pusinglah, tetapi jauhari telah mengenal maniam, eh manikam. hehehehe... walaubagaimanapun makan di pinang bukan nak cakap apalah, aku duk makan nasik kandaq baguuuiiihh duk ada di Nasi Kandaq Lineclear satu pinggan samapi RM30 lebih... Udang galah duk loncat atas nasi tu.. hehehe, ini cerita-cerita orang-orang Marhein macam aku, kut adalah anak raja baca blog aku ni dia tak pandang pun, sebab aku ada kenal seorang usahawan lah, jual barang produk jenazah pun, amboi dah berubah dah, dulu makan di gerai je, sekarang kalau jumpa makan di KLCC tu, sekali makan roti je pun dah lebih RM500, hem, yelah banyak duit, masih ramai anak yatim yang belum makan kan?
Mujurlah kedatangan aku pada hari tu sempena Hari Ponggal, bagi penganut agama Hindu dan hotel tidaklah ramai kerana berhadapan dengan hotel ini adalah kuil hindu di Penang di Jalan Macalestar, mungkin aku salah eja sebab duk ingat-ingat je, so sempatlah main kolam dan dapatlah pakai pelampung, hehehehe, sebnarnya misi 2013 selain kuruskan badan aku tengah nak belajar berenang kerana nak ikut sunah.

Isnin, 14 Januari 2013

Fakhrurrazi & Associates = Ya'Qub Ayub & Co

Sunway Hotel Pinang, 14Januari2013 - di kala ini hati ku bergetar juga apabila mengenangkan hari esok iiatu hari temuduga kepeguaman di Penang, dan aku memilih akomodasi yang terdekat dengan tempat interview. Bagi misi 2013 aku memilih misi dalam guaman ini dengan cara yang lebih tersendiri dan memajukan diri, bengang dengan sikap majikan lama yang tidak membayar gaji atau boleh ku katakan gaji lebih dari 2 bulan. Nama sahaja yang besar, tetapi rupanya banyak dah peguam atau pelajar chambering atau juga klien-klien yang merungut tentang dirinya dan aku mujur aku mengambil tindakan awal untuk keluar daripadanya. mudah-mudahan bila ini berlaku, sekurang-kurangnya aku mengambil pengajaran besar supaya tidak melakukannya kepada orang lain. what comes around goes around.
Aku bertekad membuka firma guaman sendiri bersama-sama abang-abang ni yang telah aku kenal lebih dari setahun di UiTM. Yang atas duduk kat belakang Alphard tu namanya Yaqub, pakar Conveyencing atau hal perumahan, dia ni orang Penang dan sempoi je, sebab tugas hakikinya adalah di  pejabat, hehe.. dan bawah ini ialah abg Ayub, pakar litigasi sivil dan jenayah, orang Kelantan, dan ternyata hebat di dalam dan luar mahkamah, syukur Alhamdulillah yang mempertemukan aku dengan mereka dan kombinasi yang baik bagi kami semua.
Lantas, gabungan ketiga-tiga kami memohon dari Allah SWT agar segala kerja dan usaha ini adalah demi mencari keredhoan Mu ya Allah, aku berjuang dengan cara ku dan kamu dengan cara kamu, apa-apa pun semua kita akan dibangkit dan dipersoalkan segala usaha yang telah kita lakukan. Mudah-mudahan kita diberkatiNya. 2013, nyata berbeza dan lebih berjaya.

Suatu petang yang damai di Tasik Mines

Georgetown, 14Januari2013 - masih lagi berlegar-legar di sekitar Penang mencuba kelainan dari negeri-negeri lain, adakah pasambuq nya, atau rojaknya, atau bahasa perbualannya atau apa sahaja yang boleh aku kenali dan perhatikan, berjalan... bermusafirlah.. melihat keagungan Allah.. meninjau menelitilah... antara bait-bait lagu Raihan yang segar dalam ingatanku...
Secebis gambar bersama kelaurga ketika berada di Tasik Mines pada suatu petang menyenangkan pemikiranku walaupun dihujani keserabutan di kepala dengan seribu satu perkara, maklumlah selagi masih hidup di dunia inilah hakikat yang wajar semua Bani Adam AS tempuhi. Air adalah anugerah Allah SWT pada nya ada kelebihan dan ketenangan. Maka benarlah sabda nabi SAW di antara ketenangan dengan memikirkan kejadian alam dan juga menyentuh kepala anak-anak yatim.  
Gambar kenangan yang kurakamkan ini bukanlah bersifat mempromosikan Mines dan sudah pasti ada di kalangan pembaca yang sudah pasti mengetahui tentang water boat di sini, suatu petang yang damai, ku lihat kau menanti seorang teman, teman yang takkan datang... hehehe ni kan lirik lagu XPDC, hehhe saya sebut mana yang saya pernah dengar, sebab bila kita tahu perkara lagho juga, akan menyebabkan kita bercakap benar tentang perkara tu dalam dakwah, kerana kita telah melaluinya.
ini harga tiketnya yang hampir RM50 untuk 15 minit bagi 2 orang, duit boleh pergi dan datang, tetapi kenangan yang manis akan terpahat di jiwa untuk dikenang semasa tua.
ini bila dalam kawasan apartmen yang ada di tepi highway yang bumbung dia macam chinese design.

Apakah hukum memelihara binatang peliharaan seperti ikan atau burung? maka aku simpulkan pandangan jumhur ulama dari perbincangan mereka yang panjang, sekiranya kita dapat mengelakkan kezaliman dan kemudharatan dalam menjaga binatang tersebut maka hukumnya harus, termasuklah burung yang sepatutnya boleh terbang tetapi dikurung dalam sangkar maka hukumnya berubah jadi haram.

itu rumah pemilik The Mines, seorang berbangsa cina yang kaya raya di tanah orang Melayu. Racist? inilah kecuaian kita, sepatutnya kita jadikan pengajaran dan bukannya iri hati, kerana orang yang berfikir akan memperbaiki kesilapan mereka.