Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 22 Disember 2010

Daddy Cool

22dis2010, 4pm, Nilai - dikala ini hujan lebat mencucuri atap rumahku dan mereka, namun kepenatan hari ini adakalanya disulami kebahagian kerana bergelar bapa. teringat lagu Raihan, "Duhai anak" dalam bahasa Iban dan Kebangsaan, sentimentalnya lagu itu terasa kini dengan kelahiran Anas. Baru sahaja selesai memuat turun semua2 gambar ketika bersamanya dan 170anak orang yang lain pulang dari Petrosains, KLCC. Badan letih, hati berbuih, jiwa merintih, doaku pipih, senyum dalam sedih, ada hiburan buat yang kutagih, kasih...



maka sama2 kita saksikan jadual seorang bapa mithali ni lah(ewah up diri sendiri plak, dah xda sapa nak up, terpaksalah...)
3am -dodoikan Anas dan bagi susu
5.10am -bangun pagi bersiap nak ke masjid bertugas subuh
5.30am -letak Anas dalam bakul dan terus ke masji
5.40am -tenok tafsir dan ayat yang nak dibaca dalam subuh sambil susukan Anas
6.30am -balik ke rumah dan mandi sama2 Anas (cibuk najis, syampoo rambut, pakai pampers, pakai baju, bedak, minyak yuyi, panas air, bancuh susu bla..bla..)
7.am -bawa Anas dalam bakul dan letak kat seat depan ke KL, keje... (dalam kete xleh dengar Sinar.fm dah, kena pasang zikir bagi dia dengar, sambil jalan jem susukan Anas lagi sebab dah biasa susu lepas mandi)
8.am -sambil mengajar dodoi Anas biar tido
9.45am -Anas menyanyi lagu lapar(bancuh susu lagi kali ni xtido nak main plak)
10.30am - "
11.45am - "
1.09pm - "
2.09pm - "
3.00pm -aku cabut balik dari keje dalam kete susukan lagi masa jalan sesak sikit, harap2 polis xnampak
4.00pm -sampai rumah, alhamdulillah - mummy dia dah sampai. habis lah part daddy cool
walaupun is3 penat balik keje, suami mithali ni tetap tolong walaupun is3 berada di rumah, maknanya... ehem..ehem..


kenapa anda berkahwin? keseronokan? atau ketanggungjawaban? kesemua sekali adalah jawapan. sunnah rasul ikutan zaman. setelah berhempas pulas, bertungkus lumus, bergolok-gadai, bila dirasa madu kejayaan, kebahagian, bagaikan hilang segala pilu menahan rindu, bagaikan tercucuk tayar kereta lawan, bagaikan terpegang tangan sang puteri, bila malam memunculkan diri, bagai dinasour dilahirkan semula, bagai api dalam sekam, bagai anjing dengan bayang-bayang, murid-murid itulah peribahasa kita untuk hari ni, terima kasih.

Sebagai lipatan sejarah dan kenangan bersama Undang Luak Sungei Ujong, kebawah Kaus YTM Dato' Klana Petra, dalam majlis bersama rakyat sambutan Maal Hijrah 1432H, bersama tajdidkan keazaman kita semula menjunjung segala syariat Allah di atas muka bumi ini.

Sabtu, 11 Disember 2010

Happy New Year!!!!!

Nilai11dis2010- oh before I forgot, selamat menyambut maal hijrah slash awal muharram to all takbengap readers... hahaha actaully dah 6 muharram dah, its better then never right? lama tak speaking berabuk pula... hem, sebenarnya aku baru balik nikahkan orang, pergh... majlis dah elok lancar dan tertib tiba2 ada gangguan plak dari jemaah yang buat kecoh, geram je aku tahan marah, dia plak nak tnujuk pandai, sape yang jadi tok kadi sebenarnya, aku dengan selamba cabut ngkat kaki blah meninggalkan majlis, dalam hati ni menahan marah tuhan saje yang tahu, adakah aku seorang yang pemarah dan tak boleh melihat orang buat salah? semoga apa yang terbaik dapatku petik. amin.


Anas dah 3 hari di kampung. sunyi sepi rasanya. rindu kat dia. rindu anak tangan-tangankan, rindu isteri tambah-tambahkan. eh, ke situ plak... tak patut. petang tadi semasa kuliah di UKM, pensyarah ni mengigantkan berkaitan dengan tulisan-tulisan yang kita tinggalkan, baik di blog atau di mana2, semuanya bakal ditanya oleh Tuhan atas apa kerja tangan, inilah peringatan lontaran Allahyarham Othman Puteh.


apa cer hakim mahkamah syariah kena tangkap khalwat? apa kes mahathir nak tarik balik kata2 dia kalau boleh? hem, dunia-dunia, tak habis2 bergaduh, korea serang korea, adik abang accident kena himpit lori, semuanya sandiwara dunia.. selagi boleh sibuk dengan akhirat ayuh kita melangkah kaki berjihad sempena tahun baru ini, kita ke arah perubahan yang lebih baik... jom kawan2, mulakan langkah kecil dan yang pertama sekarang sebelum terlambat kerana langkah yang mula itulah yang utama sebelum seribu langkah lain digerakkan.

topeng hidup - suka - duka - manis - cuka....

Ahad, 5 Disember 2010

autoshow PWTC 2010

Nilai5dis2010-Malas betul aku nak tulis blog ni, namun kerana cuba mendisiplinkan diri buat sesuatu istiqamah so aku teruskan agar ianya dapat dibaca. hem exam dah habis walaupun ada gundah di hati pasal exam hari tu, mudah2an semua lulus cemerlang gemilang dan bukan kepalang.

oh ya, pagi tadi dek kerana xtau nak pegi mana, aku tersesat la ke autoshow di PWTC KL, dengan famili, perghhhh melihatkan kereta2 terkini, terliur rasanya lihat kete satu2... wah, terus smangat kereta ni.. hehehe.. apa yg ada kita syukuri lah, insya Allah... so malam ni malas nak ngarut banyak om saksikan ramai2 autoshow yg sempat aku tangkap... hem nak tambah lcd la aphard ni... perghhh...






Anyway, time exam baru ni la 10 hari mulut aku kena ulser x boleh nak becakap barang sepatah, 10 hari juga la aku xbleh nak makan apa, hanya minum air... rasa Allah tarik nikmat makan sampai aku boleh kurus la, ramai member yg cakap, tapi dalam hati happy la gak, maknanya.. aku boleh kurus, malas je takut kang ada awex2 lain yg ngorat plak, hehehe...