Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 26 Mac 2013

Kerna Dia..

SungaiRamalDalam, 26mac2013 - apakah yang anda cari dalam hidup ini? kebahagian sudah pasti, lantas Allah SWT menyatakan matlamat ini kepada semua manusia di dalam surah al-Baqaroh tentang memohon kepadaNya kebahagiaan di dunia dan akhirat dan bebas daripada azab api neraka. Bagi mereka yang waras itulah bahagia. Bagi mereka yang membaca entri ini dari awal lagi, ya sememangnya aku pernah berniat menceburkan diri dalam dunia politik dan baharu ni pun ada panggilan yang mencari aku bagi memujuk kembali agar aku menjadi calon bagi sebuah parti politik di Malaysia. Dalam usia yang masih 20siri dan sifat semulajadiku yang 'opportunist' dan 'multitasking' sudah pasti aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan merasai bahang pilihanraya di saat ini, erk.. sorry entri ni ditulis lewat daripada tarikh di atas lebih kurang sehari selepas penamaan calon dan seminggu lebih parlimen dibubarkan.
namun selepas menimbang dan melihat daripada pelbagai sudut, siapakah aku sebenarnya? di lewat 20an dan mencecah 30an aku bermuhasabah kembali apakah yang aku cari dalam hidup? nama? jawatan? harta? kedudukan? aku tidak sangka aku juga terjerumus dalam kancah kapitalis, fatamorgana dan sebagainya yang pernah aku iltizamkan di zaman muda dahulu bahawa ini semua adalah musuh bagiku. namun, teringat kata salah seorang ustaz semasa aku di sekolah menengah dahulu, mungkin semasa enta muda enta ada idea dan emosi yang membuatkan enta begitu bersemangat, nanti bila usia dah meningkat, dan berkeluarga, ramainya para pejuang dulu sejuk bak disimpan di dalam peti sejuk baharu ku berjenama samsung.
ada benarnya juga nasihat yang dicurahkan, terima kasih ustaz. apa yang aku utamakan kini adalah keluarga dan aku sendiri terkeliru dengan kaca dan permata dengan apa yang berlaku kini, aku bukan sebut tentang politik lagi kerana mungkin ketokohanku itu bukan pada bidang ini, aku pun tak tahu kenapa aku mengatakannya sedemikian, apa-apa pun aku berkata dari sudut keseluruhan hidupku. sebagai pejuang phd sekarang ini, tugasan dan penulisan yang sewajibnya ku titik beratkan, dengan kajian yang belum tersentuh dan tugasan mahkamah yang makin menimbun. aku cuba mencari ruang bernafas dalam semua ini hingga aku fikirkan aku risau aku akan melonggokkan kesemuanya di saat masa makin suntuk. Oh jangalah itu datang kepadaku, ianya sangat tidak senonoh dan menjijikkan.. bantulah hambuMu ini wahai Allah Tuhan yang sebaik-baik perancangan.
Anas dan Atheef membuatkan hidupku diwarnai pelbagai warna suka dan duka, suka dengan rezeki pemberian Allah dan duka dengan kelemahanku menjadi seorang bapa yang bertanggujawab. Moga didikan yang aku lentur selaras dengan perintah Allah SWT.

Kenangan di Pelangai...

Pelangai, 22Mac2013 - bidang pemotivasian ini adalah salah satu daripada bidang yang telah lama aku ceburi semenjak di bangku sekolah lagi. Aku bukanlah mahir dalam bidnag ini cuma berkongsi pengalaman dan apa yang telah aku laksanakan dalam hidup ini tanpa menyatakan bahawa akulah yang paling bagus. Aku tidak seperti nama-nama besar di Malaysia yang pernah dapat 20As masa SPM dan sebagainya, namun aku hanyalah insan yang pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan pengalaman hidup yang pelbagai. Itu yang aku ada dan itu juga yang akan aku beri kepada adik-adik pelajar aku. Bak kata lain, aku hanya berkongsi pada apa yang aku ada walaupun aku agak memandang skeptikal kepada mereka yang berada dalam bidang ini tetapi menjual nama-nama malah diri sendiri juga tidak ke mana baik dari segi pencapaian atau berbohong atas nama Islam.
Pernah sampai ke Pelangai? Felda chemomi? Aku gembira kerana dipilih oleh JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) kerana memanggilkan menyertai program dakwah rehlah mereka di Bentong Pahang bersama-sama dengan Imam Muda Qaryah. Jumpa kawan-kawan dan pengalaman pastinya yang mahal dan akan kujaga demi meneruskan tradisi dakwahku lagi. Pernah makan daging kerbau? Alhamdulillah.. jangan kata dagingnya, habis semua ku belasah makan sup  daging kerbau yang disajikan di sini secara gotong-royong. oh 2 slot motivasi yang ku kendalikan di sini samada di SMK Pelangai dan Sekolah Kebangsaan mereka.
mungkin dengan bentuk dan potongan tubuh serta muka yang kekampungan belim meyakinkan mereka di luar sana tentang kebolehanku menyampaikan ceramah motivasi dan itulah yang sering bermain di kotak fikiranku bila mana tiada 'job' atau tugasan. Sebenarnya aku tahu apa punca kelemahan diriku sendiri, aku buat banyak benda dan tidak fokus pada satu-satu bidang, dengan guaman puna ku sapu, dengan ceramah khutbah tazkirah pun aku sapu dan macam-macam lagi, dan orang yang bernegatif dalam diri mereka akan menggelarkan aku sebagai tamak, tetapi mereka yang optimis akan kata aku adalah seorang opportunist. Ikutlah apa mereka nak bilang atau gelar, yang aku tahu atas dunia ini aku wajib berpenat lelah bagi mendapat kerehatan di akhirat kelak.
Malam itu, majlis yang sepatutnya dihadiri oleh menteri besar pahang terpaksa hanya dihadiri oleh pengarah JAWI dan ADUN kawasan Pelangai, dan sempat aku melihat Adnan Yaakob menaiki helikopter peribadinya meluncur pulang. dalam hati sempat berbisik, padanlah jalan dari lebuhraya karak nak ke pelangai macam ular kena palu, macam jalan zaman perang seperti dalam filem Sarjan Hassan, sampai ada pegawai JAWI yang muntah menaiki Alphard, dan aku terpaksa undur pada selekoh maut dipanggil selekoh adik beradik oleh penduduk sekitar semasa datang kali kedua menaiki pacuan empat roda walaupun kawasan tersbeut ialah kawasan Menteri Besar sendiri. Dia naik helikopter memanglah tak rasa bahaya jalannya.
Malam itu hujan turun dengan sangat lebat dan guruh sabung menyabung dan aku sendiri dapat melihat beberapa drama dan adegan bila mana ada 2 pengacara dalam satu majlis. ceritanya tuan kepada PA Sistem di kawasan ini digelar seorang ynag gian pegan mikrofon dan bila pengacara dari JAWI sendiri mengacarakan majlis terus diganggunya sehingga ada yang merungut. oh aku juga ada buat nakal semasa majlis ini ketika penyerahan program anak angkat oleh imam-imam muda qaryah kepada keluarga angkat, dengan berseloroh Ustaz Syed dan Ustaz Helmi menyuruh ku memasang lagu 'lodeh mak lodeh' oleh Anita Sarawak. terbahak-bahak dan terkekeh-kekeh mereka ketawa termasuklah aku bila pengarah JAWI juga turut seronok dan tersenyum, tanda suka.
pada saat ini juga aku diberikan amanah menyampaikan khutbah kepada penduduk kampung di sini iaitu Kampung Shafie dan sempat beramah mesra dengan penduduk sekitar. Kenangan ini dikongsikan oleh kawan semasa belajar dahulu, Halim. Moga usaha aku yang sekelumit ini dilihat dan dipandang oleh Allah, betapa lemah dan kerdinya diri, penuh nikmat tetapi sedikit bersyukur, celakalah diri kalau terus tersenugkur.

Rabu, 20 Mac 2013

Makan Malam Keluarga 2013

UnitenBangi, 16Mac2013 - malam kejadian peristiwa makan bersama ini sudah pastia akan kuabadikan dalam penulisan blogku sendiri. mana tidaknya, bukannya senang untuk bersama-sama ahli keluarga, menatapi kedua ibubapa yang dimakan usia tua, melihat raut wajah kedua ibubapa yang bersusah payah membesarkan kami, dan kini giliran kami merasai apa yang mereka rasai pula, membesarkan anak sendiri dan mendampingi mereka.
bercakap soal rezeki, aku bukanlah sekaya mana atau berduit mana, malah aku suka menyatakan aku adalah orang yang sangat banyak komitmen kewangan, kerja dan pelbagai lagi tapi aku tidak mahu menipu diri sendiri kerana aku juga punya masa lebih dan duit lebih pada masa-masa tertentu. bezanya kebijaksanaan kita menghabiskan masa dan duit tadi bergantung kepada apa yang kita fikir dan mahu buat. dalam usia ini, ya memiliki kediaman, kenderaan dan keluarga adalah keutamaan dan sudah berada dalam kendonganku sehingga kini, namun sebagaimana kenderaan minta diperbaiki bila rosak dan menukar minyak hitam enjin bila sampai tempohnya, begitu jugalah keluarga. Maka aku memilih membahagiakan mereka melalui perut mereka.
kegembiraan tidak dapat dibeli dengan wang, tetapi bahagia dan gembira boleh dimiliki dengan wang, apa maknanya? makan malam bersama sebahagian ahli keluargaku ini menelan kos lebih RM200, ada yang kata membazir dengan hanya makan di luar, sekali makan pula. Bagi aku, aku tidak melihatnya dari sudut pembaziran, kerana barang yang paling mahal harganya ialah bila kita tidak boleh belinya dengan duit walaupun kita memiliki sejumlah wang yang banyak, itulah benda dan perkara yang paling mahal. Bukan senang nak ajak abah makan kat luar, last hari tu pun berbuka di Bangi Golf Resort dengan sejumlah Rm70 sekepala, balik dari makan terus tulis kat facebook banyaknya pembaziran makanan di Malaysia berbanding di Palestin yang tidak cukup makan. Hehehe.. insaf sejenak, tetapi adakah itu ertikata dalam Islam makna sebuah pembaziran?  
Sekali lagi aku nyatakan ianya bukanlah pembaziran kecualilah makan mahal-mahal tapi tidak habis atau sengaja tidak habiskan, ya itulah pembaziran, apa yang mahal di sini ialah aku redho membayar erti sejenak bersama dengan keluarga. Oh butterprawn di sini memang menikam kalbu dan juga kesedapan sup ekornya. Insha allah mungkin anda yang sedang membaca entri ini pula akan saya pelawa untuk makan bersama. doakanlah..

Tertelan gigi???

SungaiRamalDalam, 20mac2013 - Kalau dilihat kepada statistik entri ini, memang tiada siapa yang membacanya, apatah lagi dengan tajuk yang mungkin tidak menyelerakan untuk menjamu selera. hahaha.. bukanlah niat mahu menulis kerana tertelan gigi pun nak masukkan ke dalam blog, well... ini tulisan akulah, apa yang nak bising, kalau tulisan dia ambil gambar air teh tarik dan letak status di facebook sedang minum teh tarik dan ada pula yang komen oh sedapnya air tu.. seolah-olah meluahkan  perasaan pada perkara yang enteng. So do i..
Alhamdulillah, anas kini mahu memakai helmet. topi keledar. kalau dulu memang dia degil tak mahu kerana merimaskannya, maka kali ini dia kaur dan mudah untuk aku membawanya menaiki motosikal bersama-sama. Perubahan ini mungkin faktor pembesarannya juga. Dia akan besar, sihat dan bijak. maka awaslah para ibubapa di luar sana jika tidak perasan faktor pembesaran anak sendiri sehingga terlupa anak mereka makin membesar. kesianlah.. erkk
dan dengan rezeki dan nikmat dari Allah juga, aku dapatlah menyediakan keselesaan kepada keluargaku, dengan 3 biji penghawa dingin di sebuah rumah kecil bagiku adalah untuk keselesaan mereka. aku sedar bahawa agak bahaya berisiko bila mana mendidik anak semasa kecil dengan keselesaan kerana bimbang anak tersbeut tidak dapat menerima hakikat jika dia kehilangan nikmat ataupun sedang diuji Allah dengan kesusahan, dan dalam hal ini aku mengambil sikap keperluan. kalau dulu orang menyatakan tentang sesuatu barang ini sebagai keselesaan tetapi hakikat perubahan zaman menyebabkan barang tersebut adalah keperluan dan tidak semestinya kehendak, contoh mudah yang boleh dilihat seperti penghawa dingin, kereta dan sebagainya. Bagi aku, selagi kita mampu, tidak membazir dengan maksud beli barang jangan tidak pakai pula, samalah kalau kita ke pasar, beli itu dan ini tetapi akhirnya kita tidak makan dan esok buang ke tong sampah. walaupun ianya berharga 40 sen bagi sebiji kuih.
aku pada asalnya hairan kenapa gigiku boleh patah secara retak dan sedikit tetapi cuma di satu tempat. puas berfikir barulah aku teringat bahawa aku pernah menjalankan pembedahan kecil bagi mematikan akar gigi kerana sakit gigi. sekaligus aku teringat kebenaran kata doktor yang menyatakan bahawa gigi aku akan reput kerana akarnya sudah tidak ada dalam tempoh jangkamasa 2 tahun, ia 2 tahun lepas lah aku buat proses tersebut. Mahal juga proses ni dekat RM 500, di klinik gigi swasta melayu di Bangi.
dalam masa yang sama, aku dan 2 orang lagi sahabat seperjuangan seperti ikhsan dan izzat masih meneruskan perjuangan yang kami mula bina dan berkongsi pengalaman tersebut kepada yang sudi mendengarnya. mereka mungkin digula-gulakan oleh individu tertentu yang jual nama Islam yang menganiya amanah yang diberikan Allah dan sebagainya. Bagi aku mudah, esok di hadapan Allah samada mereka boleh jawab atau tidak aku serahkan pada yang Maha Berhak, kalau ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya. tahniah buat yang sabar dan teruskan menggunakan model senjata itu kerana sememangnya ia utuh dan berbisa, cuma perlukan sedikit pengorbanan masa.. sabarlah hati
dan anak ini di permulaan gambar dan di penghujung cerita entri kali ini, ada yang bertanya bila lagi yang nombor dua, aku menyatakan, Andai Allah rezekikan buatku, itu rezekiku.

Jumaat, 8 Mac 2013

Gelombang Ombak Laut (G.O.L)

Sg.Ramal, 9Mac2013 - Ombak lautan berombak, hembus di awan memukul pantai... aku kini ada masa lapang di hujung minggu tanpa sebarang jadual perkuliahan yang sangat aku rindui, semangat belajar yang tidak dapat ku gambar betapa manisnya membawa kedamaian setiap kali habis peperiksaan dan tamat belajar. Belajar membuat aku terus muda dan hormon adrenalin berfungsi dengan baik tetapi persoalannya sampai bila? teringat setiapkali musim peperiksaan, sudah pasti kecut perut bak kata omputih, butterfly in my stomach... oh butterprawn kat d'Tasik, Uniten Bangi ni memang terbaik dengan panaromanya yang indah, alhamdulillah Allah masih mengizinkan nikmatnya kami rasai sekeluarga.
Aku kini berhadapan dengan banyak persimpangan yang perlu aku tempuhi selaku insan yang lemah. Demi Allah, kalau bukan dengan izinNya, satu apa pun aku tidak boleh laksanakan amanah ini, mana tidaknya dnegan tugasan PhD yang bergerak semacam siput, maklum sahajalah aku membuat penyelidikan tentang yang tiada bahan rujuk di Malaysia, ditambah pula wang biasiswa PhD masih belum diterima bagi membolehkan aku melakukan kajian di Brunei dan Pakistan, aku bersungguh tetapi kekangan seperti ini yang menyebabkan agak perlahan kayuhanku, manakan tidak di saat ini juga aku turut melakukan penulisan ilmiah, dengan kes bicara yang sedang kemuncak, dengan bahtera rumahtangga yang perlu disisip rapi, keperluan dan komitmen bayaran itu dan ini, dengan pejabat, dengan jemputan ceramah sana sini, menyebabkan terkadang aku terduduk di sudut itu dengan doa, Ya Allah jika aku engkau pilih ke syurga Mu, nescaya akan ku laksanakan semua bebanan itu sebagai ujian untuk ke sana.

Lihat sahaja tempat makan di atas, andai tiada tukang yang memasaknya, maka tiadalah makanan kan terhidang, andai tiada tukang membina bangunan, peralatan termasuklah segala kelengkapanya, dan inilah masalah bagi mereka tetapi nikmat bagi kita, aku mesti lebih positif, teringat kata Dato' Dr. Maznah Hamid tentang orang yang mampu berniaga ialah mereka yang ada modal pada diri sendiri terlebih dahulu. Itulah asas dalam perniagaan kerana jika dia sendiri tidak kuat manakan mampu istiqamah dalam perniagaannya... Yes! (hehehe bersemangat sendiri)

Rabu, 6 Mac 2013

Akhirnya sireh pulang ko ganggang...

Seremban, 6Mac2013 - sebenarnya satu penulisan yang panjang telah aku ukirkan di blog ini, namun ianya terhilang kerana tertekan butang undo, maklumlah semasa menaip ini aku diganggu-gugat oleh anakand yang juga mahu menekan. dengan tajuk sireh pulang ke ganggang menzahirkan perasaan dan isi hatiku yang selama ini mahu berkhidmat di tempat sendiri. setelah lebih 8 tahun aku berada di bumi ini, inilah tempat di mana aku bertugas sebagai seorang Imam di masjid, menjadi juru nikah, menyambung pengajian, bertemu jodoh, bercinta, membina empayar perniagaan sendiri, mendapat zuriat, jatuh bangun hidupku.. dan akhirnya.
Sesi pembukaan di mulakan dengan ceramah yang menyedarkan kembali siapakah seorang peguam. Disampaikan oleh seorang tokoh peguam yang tersohor di bumi ini dan bagi aku yang menegnalinya walaupun tidak secara terperinci namun dia antara tokoh yang menjadi rujukanku terutama bila mana kes yang dipertahankan ialah antara Fathul Bari Mat Jahya dengan Mufti negeri dan Syeikh Fuad berkaitan kebebasan bersuara artikel perlembagaan Malaysia dengan enakmen kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dia sebagai peguambela dalam isu ini bagi pihak mufti dan syeikh fuad.
Di Barat sebelum zaman masihi dan ketika zaman pertengahan kerajaan Rom, peguam akan memakai jubah yang mempunyai kantung di belakang dan bertujuan bagi orang yang dibela oleh peguam tersebut itu memasukkan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih membelanya atas kesalahan yang dipertuduhkan. Maknanya dulu peguam buat kerja 'probono', tetapi sekarang ada fulus baru bagus. hehehe... al fulusu fid dunya, wal mampusu fil akhirah. Dalam Islam, kita juga akan didedahkan sejarah seorang peguam iaitu berlaku pada zaman nabi SAW semasa saidina Ali RA membela orang yang dituduh dengan kesalahan hudud dan berjaya membuktikan bahawa orang tersebut tidak bersalah. Kerja ini mulia jika betul dan amanah landasan yang dilalui tetpai azab bagi sebaliknya.

mengimbau kenangan semasa di bangku sekolah rendah, bila mana aku bertanyakan soalan kepada seorang usatazah yang aku sayangi, Ustazah Hanim namanya, anak kepada imam masjid Pekan Batu 14 Hulu Langat. Banyaknya kenangan keluar di hujung minggu ni bila tiada apa yang dibuat, hahaha.. "ustazah, tak berdosa ke kerja seorang peguam bila mana dia membela seorang yang bersalah seperti pembunuh?" mungkin sedikit mengejutkan dia bila soalan itu ditanyakan di dalam kelas dan menyebabkan kawan-kawan lain terfikir dan mengeluarkan pandangan masing-masing, teringat semasa aku lah orang pertama yang habis ujian PAFA(Penilaian Agama dan fardhu Ain) dan mendapat hadiah dan membantu kawan-kawan yang lain.. sejka kecil lagi aku telah dipanggil ustaz, haji, alim dan lain-lain yang menggambarkan aku dari kecil memang telah dididik berkopiah oleh umi dan abah. Bila dah remaja sampai KL terus masuk kopiah dalam beg, hehehe.. tapi aku rasa dah kesan positifnya. Bagaimana aku jadi orang yang terawal habis PAFA? Kerana pada hujung minggu aku akan datang ke rumah ustazah tadi dan membuat ujian sehingga selesai, sebab itulah baru 2 bulan diperkenalkan di sekolah aku telah tamatkannya.
menurut Tuan Hanif lagi, satu kajian yang dilakukan oleh satu-satunya anak melayu yang hebat yang menjadi pensyarah di University Oxford London, yang mampu menguasai pelbagai bahasa dan menghafaz quran sejak kecil dan juga banyak hadith, dan yang paling mengkagumkan kau dia adalah bekas pelajar pondok kampung, Dr. afifi namanya dan kisah hidupnya pernah direncanakan dalam sebuah siaran di TV. Menurut kajian beliau asal pakaian bergraduasi oleh Barat yang juga ditiru oleh kita iaitu jubha dan topi petak yang selalu kita tengok mereka melambung-lambungkannya setelah menerima skrol ijazah masing-masing, ya itulah.. sebebnarnya adalah berasal dari cara Timur orang islam. menurut beliau lagi, jubah dan topi petak itu sebenarnya adalah jubah dan alquran yang dijunjung di atas kepala dan diikat dengan serban apabila tamat berguru dengan syeikh-syeikh mereka, kerana itulah bujur petak itu adalah lambang al-Quran yang dicedok oleh barat. kajian ini memang tidak menambahkan apa-apa dari sudut keilmuwan tetapi ianya sangat memotivasikan orang Islam kerana kita adalah bangsa yang ditiru dan bukan peniru. 
majlis pentauliahan ini dihadiri oleh Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan, menteri besar negeri sembilan merangkap pengerusi majlis agama Islam negeri sembilan. antara kata-kata beliau yang diingati dalam ucapannya bila mano manusio tak buleh berperangai jadi ogahng baik boronti jadi oghang... hehehe dan semasa menerima tauliah di atas pentas, dia teringat ke aku, eh bokeh imam masjid Nilai ni, ya kerana aku pernah berceramah di hadapannya.
detik yang sangat berharga kepada aku sebagai orang yang lama duduk di negeri itu walaupun kini aku berada di sebelah jirannya.

Ahad, 3 Mac 2013

Hidup dalam Jemaah, Kukuhkan Ukhwah, Tingkat Qudwah Tak Paham dah!

Jalan Gombak, 4Mac2013 - masuk ofis sekejap setelah hampir sebulan tidak masuk, dengan membuat pembayaran sewa ofis kepada abang ayub dan aku menulis sedikit pada blog ini. Sebenarnya semalam aku telah menghadiri satu majlis kesyukuran hari jadi anak kepada seorang pelakon ni, kalau lihat gambar di bawah mesti semua kenal. isunya bukan pasal pelakon tersebut tetapi pengalaman yang aku dapat ambil daripada majlis tersebut. Namun pada 2mac juga aku telah bersama sahabat yang juga seorang peguam menghadiri majlis minum petang para peguam di sbeuah hotel di Kuala Lumpur. Isunya mudah, tuntutan mengadakan sidang parlimen khas berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu.
anak aku dan kamu masih lagi dapat menghirup udara segar dan bermain-main di halaman ruma di tanah bumi pertiwi sendiri. tetapi anak-anak mereka ada yang menjadi yatim hanya sekelipan mata seolah-olah tidak disangka suratan takdir itu tersurat buat mereka. bagi aku mudah kita mahu tahu yang benar dan itulah hak rakyat yang dituntut daripada sebuah kerajaan apatah lagi yang mewarwarkan kerajaan yang menunaikan janji.
kekuatan tentera Sulu yang menuntut kepulauan Borneo iaitu Sabah seoalah-olah kembali mengenangkan kisah pernag di antara Saidina Ali RA dan Muawaiyah RA yang kedua-duanya adalah orang Islam dan sahabat nabi SAW. seorang sahabat yang juga penasihat undang-undang Angkatan Tentera memaklumkan kepadaku bahawa jumlah mereka di Sabah adalah lebih ramai daripada apa yang dilaporkan. Ini bermakna, segala jenis radar, sistem keselamatan negara, petugas-petugas keselamatan adakah ketika mereka memasuki perairan negara mereka tidak berfungis, oh tidak? atau ada teori konspirasi dikaitkan sebagaimana kisah kecurian senjata api di kem tentera yang dilakukan oleh Ahlli al-Maunah di Sauk. atau teori taktik pilihanraya yang mahu mengadakan darurat sebagaimana kes memali yang akan memihak kepada kerajaan dengan undi pos secara besar-besaran atas faktor keselamatan negara. wah, terlalu banyak elemen politik yang dipolitikkan. kah..kah..kah.. aku minat juga mahu menyambung pengajian di UIA dalam sains politik jika diizinkan Allah.
Tinggal sebentar kisah yang menarik tegang urat-urat otak dalaman sehingga berkerut memikirkannya. kembali kepada kisah yang agak merehatkan kepala otak, melihat salah seorng kenalan artis yang berubah dan berhijrah yang pernah menjadi tetamu dalam forum yang aku pengerusikan di Masjid KLCC, Yatt Hamzah. dia menghantar wassup kepadaku dengan menjemput ke majlis hari jadi anaknya, dan aku telah membelikan hadiah buat anaknya agar kehadiran aku bukanlah dnegan tangan kosong di samping aku bukannya kenal siapa-siapa di situ. Kebetulan petang itu memang aku tiada majlis apa-apa dan tidak pernaha ku belikan apa-apa untuk anak orang lain untuk majlis harijadi mereka. takpelah janji isteriku juga hadir yang kami mengenakan tema arab sebagaimana diminta dalam jemputan. 
Anas pun berjubahlah, bahkan dia menyangka bahawa dia nak masjid sebab jubah akan dikenakan pada kebiasaan dia mengikuti aku ke masjid untuk ceramah dan solat berjemaah. pada asalnya aku tidak berminat menghadiri majlis yang ramai orang tetapi terkadang terfikir perlu bagi aku memberikan sokongan kepada artis yang berhijrah agar mereka tidak merasakan tersisih, maklumlah selama ni mereka berkawan dengan siapa dan sudah pasti selepas penghijrahan mereka, mereka perlukan kawan-kawan yang baharu yang sealiran dan sefahaman dengan mereka. Namun ucapan tahniah dari aku kerana dia sendiri membawakan tabung aman Palestin dan diumumkan mahu para hadirin memenuhkan tabung tersebut sebelum pulang, jurucakap tidak rasmi bagi bantuan jariah.
Sebenarnya ada kisah menarik dalam majlis ini, bila mana aku bersembang dengan Amin Idris, pengacara TV Al-Hijrah dan juga junior yang aku jumpa yang sedang mengajar Dato Siti Nurhaliza sekeluarga di syarikat mereka Simplycity. Yang pasti aku bertambah maklumat tentang mereka dan makin bersangka baik kerana Dato Siti dan K bukan sahaja mahu anak keluarga mereka dilimpahi cahaya agama tetapi juga pekerja-pekerja mereka agar jadi lebih  beriman.
Cuma bila dalam perjalanan pulang, hati jahatku ada berkata, mentang-mentanglah aku bukan artis terkenal atau pengacara rancangan apa-apa, jadi layanan kepadaku tidak se VIP yang lain, aku juga bukan VIP cuma kekadang bila ada perbezaan layanan yang mungkin bisikan syiatan menghasutku agar berkata buruk dalam hati, Ya Allah ampunkan aku. buat mereka terima kasih atas jemputan.