Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 24 September 2015

DAH SETAHUN TAK MENULIS

Sungai Ramal Dalam Kajang, 25hb. September, 2015 - Entah macam mana malam ni jam dinding di rumah menunjukkan lebih jam 2 pagi, hem macam-macam ada dalam perasaan, dan setelah MacBook Air aku yang dibeli semenjak zaman pengajian diberi nafas baharu, software dan perisian menulis yang baharu, maka bergeraklah jari jemari yang dah mengeras membatu akibat lama tidak mencatat apa-apa, bimbang juga hasil-hasil dari kesan ini semua akan dipersoalkan di Mahsyar. Lama juga tak menulis sehingga tidak pasti samada luras dan gaya bahasa aku masih sama atau tidak. Entah-entah tiada siapa pun nak baca blog ni, hahahaha.. mungkin di saat rindu ahli waris akan menjengah ke blog ni dan membacanya satu persatu. Cuma akan ada gambar atau entri yang aku rasakan tidak patuh syariah akan dipadam.

Kini, setelah tahun ke-3 bergelar Pencetus Ummah maka makin banyak pengalaman yang ku perolehi, terutama dalam dunia dakwah dan pentas dari kacamata kamera dan lensa. Alamak mata dah mengantuk nak tido dulu.. hehehe