Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 26 Oktober 2012

Sabtu, 20 Oktober 2012

Allahyarham Haji Rahmat dan Allahyarham Haji Hassan

Sungai Ramai Dalam, 21Okt2012 - 






Konvokesyen Master Of Law UKM 20 oktober 2012

Sungai Ramal Dalam, 21Okt2012 - Semalam sejarah dalam hidupku terlakar setelah berhempas pulas selama beberapa ketika, sebenarnya bukan kebanggaan yang mahu ku kongsikan dalam coretan ini, tetapi salah satu catatan yang menunjukkan kepuasan kerana akhirnya berjaya menamatkan sebuah perjalanan pengajian. Alam study adalah yang terbaik, kerana itu menjadikan ku muda dan mematangkan pemikiran, maaf cakaplah, di zaman ini bukan usia menjadikan kita bijak dan matang, tetapi pengalaman daripada setiap inci masa yang mendewasakan. Aku mudah membuat analogi begini, lagi berfikir dan belajar, lagi banyak ubankan keluar.
lentokan manja di sebelah teman seperjuangan merehatkan diri yang keletihan dalam menggali telaga-telaga ilmu, sekali lagi aku mengingatkan diri ini, pengajianku bukan keegoaanku, tetapi tanda kebodohanku dan tanda aras bahawa aku mengakui kebengapanku sehingga aku mencari penawarnya dengan menuntut ilmu. Benarlah sabda nabi SAW, perjalanan menuntut ilmu adalah perjalanan kehidupan, perjalanan dari hidup menuju mati, permulaanya dari dalam kandungan ibu dan berakhir dalam kandungan tanah. Itulah kewajiban semua makhluk yang mengakui kebesarannya dan secara jujur aku memikirkan bagaimana kita manusia akan dihalau di mahsyar Allah ibarat binatang yang akan dihalau ke ladang yang besar dengan keadaan yang pelbagai dan akan ditanya dengan 4 soalan:

1) Apakah agama kamu? 2) Apakah yang kamu habiskan dengan usia muda mu?
3) Dari mana harta yang engkau perolehi dan ke mana ianya di habiskan? 4) Dari manakah ilmu yang diperolehi dan ke manakah ianya dimanfaatkan?
Terjawabkah kita empat soalan tersebut? Sehingga kini aku masih gusar dan bimbang dengan kehidupan abadi ini, ramai yang bertanya kepadaku , adakah aku ini gila sehingga masa ku semua dihabiskan dalam lingkungan menuntut ilmu dan mengajarkannya, duit ringgit jangan cakap, bergolok bergadai aku rasainya, lagi-lagi semasa ditimpa musibah, dua tiga ringgit dalam poket, mujur masih



Khamis, 18 Oktober 2012

Sayang sakit ke sayang???

KUIM, 19okt2012 - tak sangka satu hari ni boleh pula buat banyak artikel kat blog  sedangkan banyak giler kerja dokumentasi yang perlu aku laksanakan. Tanda paper students yang tak habis-habis lagi, adoooii.. xpelah kepenatan sebegini dibayar dengan hasil dan manfaat yang diperolehi dengan kemudahan hidup di dunia dan insha allah di akhirat. Buktinya apa? bagi mereka yang merasainya sahaja akan dapat memahaminya, kerana itulah Firman Tuhan jangan dipandang sepi, lantas kau wajib menghayatinya, dunia dan akhirat takkan rugi, dan hidup taklah sondol sana sini, macam lah ba alif ba ya bunyinya ba**.

Mungkin dah lama aku tak servis apa yang patut tentang sayangku ini, hem Z750, dan dah lama juga aku tidak menge'check' apa yang patut maka terasalah berat bila dipandu, terpaksalah bawa ke bengkel melihat apa yang patut. 6.00petang aku dari KUIM dan sampai di Nilai lebih kurang 6.30 dan terus je mendaftarkan diri di kedai motor cyclepoint. kedai yang mahal dan cekik darah tetapi setakat ni servis ke apa ke, masih tip top. dan aku gunakan pepatah melayu, menang membeli, alah memakai, alah.... habis duit lah aku, Allah.. dalam pukul 7.00 petang nanti pula nak mengajar di Bandar Sri Putra Bangi, kuliah maghrib. nak tak nak tayar depan mesti ditukar segera.  

sebiji tayar hadapan sahaja berharga RM430 lebih-lebih campur servis tukar minyak hitam bagai maka keluarlah duit pada petang yang hening-bening itu dalam RM640 lebih, duit datang dan pergi namun itulah hakikat hidup yang dinamakan sementara dan pinjaman. Apa yang kekal? simpan duit pun akan ditinggalkan, bahkan disebut dalam kaedah fiqh "at-tabi' tabi'" - pengikut akan mengikut apa yang diikutnya. Kereta yang dipakai atas dunia apabila mati akan dipakai pula oleh si waris, dan dinamakan kereta itu.. KERETA ARWAH. tapi yang bawah ni kereta mainan lancer yang dibeli dengan harga bawah rm50 tapi dah dijahanamkan oleh Anas, biasalah anak kecik.

Pesta Ketam - bila ada yang khianat jom ketam dia

KUIM, 19okt2012 - Tak tahu kenapa Pesta Ketam aku jadikan tajuk utama penulisanku kerana yang pasti di saat ini ada dua tiga jenis perasaan yang bercampur baur dalam hatiku. Subuh tadi terasa semangat kerana mahu melihat artkikel ku keluar di akhbar, ketika selesai menajga peperiksaan di sini, aku menerima panggilan mahkamah yang menyuruh aku menghantar dokumen sebelum pukul 3 dan kelam kabut aku hubungi despatch hebat ZZ, Rahman untuk menghantarnya, selesai perasaan itu dan perasaan untuk membaca khutbah Jumaat di KUIM hambar kerana Ketua Imam masjid tersebut memaklumkan protokal yang dijaga oleh 'Dato' tidak memungkinkan aku berkhutbah, hampa... selepas itu pula panggilan telefon dari ummi menyatakan Tok San telah meninggal dunia. Aku akan menulis khusus tentangnya dalam penulisanku. Kita manusia kan, akur lah kepada Pencipta yang telah menciptakan perasaan-perasaan yang berbolak-balik ini, hebatnya. Sekelip mata boleh berubah.

siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri. Manusia ni macam-macam, dan aku di saat gambar di atas dirakam adalah di hadapan rumah seorang 'kenalan' yang telah meminjam wang daripadaku berjumlah RM5ribu. Amaun tu tidaklah banyak sangat untuk aku mengaibkan dia sehingga ke dalam blog, cumanya apa yang menyebabkan aku tidak tahan sikap sombong dan tak mengaku salah. Mungkin kisah aku boleh dijadikan iktibar untuk pembaca blog ini, kisah ni dah lebih ari setahun, peminjam adalah kawan sekelas walaupun tidaklah rapat mana, tapi memang dikenali sebagai orang yang sembang lebat, pinjam dari aku pun sebab katanya untuk buka firma guaman dan aku adalah share partner daripada 4 orang, bila tembelang dah pecah bagilah satu cek ke aku, dan lagi sekali aku kena yang mana akaun tersebut telah ditutup, menambahkan bengang dan berang, bila dihubungi tak angkat termasuklah isterinya, dah kawin dah anak seorang kut, kemudian boleh pula post di facebook seolah-olah muka tak bersalah, bila aku komen maki dalam fb baru pm aku mencabar aku kalau berani datang rumah, kepada mereka yang mengenali ku, aku jarang berkira tentang duit, lagi-lagi kalau orang minta bantuan dalam kesusuhan, tapi ini dah penipu, sombong pulak tu, mengaku pulak tak bersalah, ingat kita ni senang ke nak dibudak-budakkan, so janji 2 minggu up sampai 3 minggu dan kita akan tengok adakah manusia bertukar biawak, kerana lidah bercabang-cabang... hehehe, Ya Allah berilah mereka dan aku hidayah-MU.

nasib baiklah aku masih bergelah prasiswazah yang dah pun siswazah, tak kisahlah jangan panggil aku ustazah sudah. Ini salah satu simulasi lakonan dalam kelas ketika sesi kaunseling guaman, aku macam biasalah tidak serius dan nak buat kelakar je, aku ni kelakar ke? cuba tanya isteri aku, mestidia cakap aku garang.. hahaha
dan habuannya setelah berhempas pulas berlakon dan berceloteh dalam kelas, inilah masanya mengadakan pesta ketaaaaammmm...nyam..nyam... aku tidak pernah makan ketam nipah ni, sehinggakan isinya penuh sdan ketika menulis ni pun terasa kejejeran air liur menghirup ke tengkuk, memang sedap dan seekor ini harganya kira-kira RM 30.










SOALAN HARIAN METRO 19hb Oktober 2012: Perbezaan pendapat adalah Rahmat


KUIM, 19okt2012 - sedang menjaga peperiksaan, menjadi ketua pengawas peperiksaan, hehehe... sebelum ini aku yang menduduki peperiksaan namun masa berubah dan kini akulah yang mengajar dan menjaga dewan peperiksaan pula. Pagi ini membawa Alphard ke KUIM untuk akli kedua kerana aku akan menjemput kedua mentua ku yang berada di Alor Gajah Melaka. Mereka akan menghadiri konvo isteriku di Universiti Malaya(UM) dan aku bersama Ummi ke konvokesyen ku  di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Abah dan Anas di Universiti Rumah(UR) hehe..

Alhamdulillah aku diizinkan menulis dan mencurahkan idea, namun seperti biasa kiraanku hanya sekitar 60% sahaja penulisan sebenarku dimuat ke dalam akhbar dan selebihnya mungkin di simpan di bilik Editor akhbar tersebut, dakwah ni jangan putus asa, jangan kecil hati tapi kena sabar. 


Soalan 1
PERKEMBANGAN dakwah Islam berlangsung begitu baik. Namun, terdapat sesetengah pendakwah bersikap tidak menghormati pendapat/ idea rakan lain dalam membicarakan sesuatu perkara membabitkan kepentingan umat Islam. Perkara itu amat mendukacitakan dan menjadi mangsa sudah tentu orang ramai sehingga sehingga mereka pula terus bercakaran sesama sendiri. Jika itu terus berlaku nampaknya keadaan semakin membuntu terutamanya kepada masalah perpaduan serta pembangunan umat Islam itu sendiri. Komen Ustaz.

Nabi SAW amat menyayangi kita semua dengan memberikan petunjuk dan pedoman ke jalan yang benar. Bahkan nabi SAW juga menganjurkan kepada kita agar sentiasa menyampaikan berkaitan agama kerana sabda nabi SAW, “Agama adalah nasihat”. Namun, perkembangan dakwah yang berlangsung dengan baik ini seringkali dicemari dengan sikap dan keperibadian pendakwah yang hanya menggunakan kalam dan kata-kata mereka tetapi mengabaikan konsep dakwah bil hal(iaitu melalui tingkah laku mereka) sehinggakan terjadi percakaran di kalangan para ustaz sehingga mengakibatkan pengikut- pengikut ustaz- ustaz tadi turut terlibat bertelagah hanya kerana menegakkan hujah masing-masing. Inilah yang diingatkan oleh nabi SAW akan berpecahnya umat Islam ini berpunca kerana pertelingkahan sesama mereka. Dimulakan oleh mereka dan disemarakkan oleh umat Islam sendiri. Berbalik kepada isu utama, sebelum seorang ustaz bergelar ustaz mereka adalah seorang pelajar dan kita semua adalah pelajar sehingga kita mati sebagaimana sabda nabi SAW, “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”. Nabi SAW mengingatkan kita dalam hadithnya, daripada Ka'ab Bin Malik RA katanya, telah aku dengar nabi SAW bersabda, “siapa menuntut ilmu supaya menyamai ia dengan 'ulama, atau dia menuntut ilmu kerana mahu berhujah dengan orang jahil, atau menuntut ilmu dia kerana mahu manusia pandang kepadanya apabila dia berhujah, maka kesemua kategori tersebut akan dimasukkan ke dalam neraka.” (hadith riwayat at-Tirmizi). Jika buluh yang dilentur tidak tegak mendongak langit, tetapi menyusur di bawah akar, maka buluh yang tumbuh tidak seperti yang diharapkan. Amanah seorang pendakwah atau ustaz itu bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan agar manusia yang mendengarnya peroleh petunjuk kejayaan di dunia dan beroleh bahagia di akhirat tetapi juga menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Pelbagai pendapat itu bukanlah suatu kepincangan tetapi adalah rahmat kerana boleh diikuti oleh umat sesuatu bangsa dan tempat kerana bukan semua dari budaya dan geografi yang sama. Soroti kembali sejarah kejatuhan kerajaan Islam Abasiyyah yang mengakhiri kedaulatan kerajaan Islam yang tersohor hanya apabila umat mereka taksub dan hanya mengangkat mazhab masing-masing dan tidak dapat menerima pandangan ulama lain, adakah kita tidak belajar dari sejarah dan hanya mahu mementingkan hujah kita sahaja sehingga mengecil dan menutup pintu ijtihad yang telah dibuka seluas- luasnya oleh imam-imam
 mazhab.

Soalan 2
DAKWAH ke jalan Allah SWT adalah kaedah (manhaj) yang benar dan jalan yang lurus iaitu jalan para nabi, rasul dan orang-orang yang saleh. Pendakwah hendaklah berpegang dengan seruan dakwahnya dan menunjukkan contoh akhlak yang mulia serta beramal dengan prinsip asas dalam perlakuan dan kata-katanya. Pendakwah perlu beriltizam mengenai apa yang didakwahkannya kepada orang ramai. Mereka perlu berdakwah melalui perbuatannya, bukan dengan kata-katanya saja. Bagi menjayakan usaha dakwah, apakah sifat terpenting yang perlu mereka miliki dalam usaha menjadi seorang pendakwah yang baik serta sabar dalam melaksanakan tugas dakwahnya?

Firman Allah SWT di dalam surah as-Soff ayat 3, yang bermaksud “celaka besar di sisi Allah mereka(ulama) yang hanya bercakap tetapi tidak melaksanakan sebagaimana yang dikata”, bahkan dalam surah berikutnya Allah SWT berfirman dalam surah al-Jumuah ayat 5 dengan menempelak ulama- ulama Yahudi dengan menggambarkan kehinaan buat mereka seumpama binatang keldai yang hanya memikul kitab- kitab, tetapi tidak mahu memahami kitab- kitab tersebut bahkan mereka mendustkannya. Oleh itu, Maha Adil Allah memberikan perincian tentang ciri- ciri seorang ustaz pula, ada pelbagai jenis pendakwah namun yang manakah ciri- ciri ustaz yang menyamai contoh yang digarispandukan oleh Islam dan kerana itulah sifat utama ciri seorang ustaz itu ialah mewarisi contoh para nabi. Dalam erti yang mudah difahami, banyaknya imu di dada para ustaz ini bukan memacu ke arah kesombongan dan perkelahian tetapi lagi tawaddu' dan rendah diri, kerana orang yang berilmu resminya padi, makin tunduk makin berisi. Maka sifat inilah yang dikehendaki agar lahirnya umat yang rabbani, terdidik dari peribadi ustaz yang sejati.



Soalan 3
AMANAH menjaga amanah agama Islam perlu dipertahankan. 'Naqalan' (pindahan/ambilan maklumat) yang tidak teliti kebenarannya sduah pasti mendatangkan mudarat besar kepada golongan yang disasarkan. Sikap suka menyandarkan perkataan tanpa penelitian sudah menjadi 'mainan' dengan alasan mereka berhak atas kapasiti sudah dikenali dan mempunyai pengikut yang ramai. Yang mendukacitakan di sini ialah, ada antara daie menyampaikan apa sahaja yang didengari tanpa mengkaji kedudukan atau kesahihan sesuatu perkara. Bagaimana dengan sestengah individu yang 'menelan' bulat-bulat apa yang mereka terima itu sebagai maklumat sahih? Bahkan ada yang menyandarkan ucapan/ ceramah mereka dengan penggunaan hadis atau dalil al-Quran yang tidak bertepatan langsung dengan matlamat sesuatu perkara. Perkara itu cukup bahaya. Bagaimana, sebagai orang awam kita boleh menangkis atau menapis setiap yang didengar/ belajar benar-benar terpelihara?

Di antara penyakit- penyakit kesombongan yang menjangkiti para ustaz apabila mereka tidak mahu menyatakan 'tidak tahu'. Lantas mereka sanggup menggunakan segala dalil bagi menegakkan hujah mereka walaupun mereka sedari tindakan mereka hanya mengundang 'kelegaan' sementara sebelum ianyu dihidu oleh orang lain. Rendah diri seorang ustaz dengan menyatakan 'saya tidak tahu' tidak akan merendahkan kedudukan ilmu seorang ustaz, ini sebagaimana kisah yang terjadi kepada Imam Malik yang ditanya dengan 40 soalan dan hanya menjawab 4 soalan sahaja dengan jawapan lain hanya dengan menyatakan 'saya tidak tahu'. Hebatnya pekerti ulama' yang bertaraf mujtahid ini kerana tidak malu mengaku tidak tahu dan sangatlah bertentangan dengan zaman ini kerana ustaz hari ini jarang mengaku mereka tidak tahu tentang sesuatu masalah malah bertambah buruk lagi dengan menambah dan mendustai ajaran Islam. Wahai para ustaz sekalian, ingatlah sabda nabi SAW, daripada Abdullah Bin Mas'ud, nabi SAW bersabda, “barangsiapa berbohong atasku dengan sengaja, maka ambillah tempat duduknya daripada neraka”, (hadith riwayat at-tirmizi). Dari sudut orang awam pula, kaedah yang jelas dalam memperhalusi maklumat yang diperoleh daripada mana- mana sumber, baik dari internet, akhbar, ceramah- ceramah dan sebagainya hendaklah ditapis dengan menggunakan ilmu juga, ini sebagaimana firman Allah SWT, “tanyalah ahli ilmu, jika kamu tidak mengetahui”, ini jelas bermaksud untuk mentashihkan sesuatu jawapan hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan juga, kaedah ini juga bertepatan dengan sabda nabi SAW, daripada Abdullah Bin Mas'ud RA, nabi SAW bersabda, “Allah akan menjernihkan muka seseorang bila mana ia mendengar daripada hadith(ilmu), maka dihafaznya dan disampaikannya kepada orang yang lebih faqih(mahir) daripadanya dan boleh jadi orang yang lebih faqih tadi menjelaskan hadith tersebut kepada orang yang mendengar tadi. Inilah rantaian yang sepatutnya, kita peroleh satu ilmu, kita neracakan juga dengan ilmu dengan berkongsi kepada para ilmuwan(yang ahlinya) akan apa yang kita fahami dan ulama tersbeut akan memperbetulkan kita jika kita tersalah faham. Turutannya sebagaimana anak- anak kita mengaji al-Quran, di dengar oleh ustaz dan ustazahnya dan dibetulkan bacaan tersebut jika tersalah.


Soalan 4
TERDAPAT golongan yang tidak layak lagi (dalam erti kata tiada/ masih cetek ilmunya dalam bidang agama tetapi diberi peluang menyampaikan apa yang difahami secara dasar saja. Mereka diberi peluang hanya berbekalkan populariti atau pengaruhnya dalam masyarakat. Yang menyedihkan ialah ada yang berani mengeluarkan pendapat/ fatwa peribadi yang menimbulkan kontroversi serta percangahan di kalangan para ilmuwan lain. Di sini, penting sekali faktor akhlak diberi penekanan kerana jika seseorang itu sombong dan riyaí sudah pasti akan melemahkan kedudukan seseorang menghadapi perjuangan dakwah. Disebabkan perkara itu juga akan muncul sifat mudah membuat kesimpulan dan keputusan. Jelas cara itu berbahaya kerana mereka boleh terjebak dalam pandangan melangkaui jangkaan kemudian mudah memperlekehkan/ meremehkan kedudukan orang lain.

Seringkali masyarakat terkeliru dalam memahami siapakah dia ustaz, jika di negara arab ustaz ini bermaksud encik, tetapi di Malaysia, gelaran ustaz ini merujuk kepada orang yang mahir ilmu agama. Apa yang terjadi bila mana masyarakat tidak tahu latar belakang ilmu agama seseorang tetapi kerana perwatakkannya berjubah dan berserban maka mereka terpedaya dan terus memnggelarkan mereka ustaz tanpa menyelidiki terlebih dahulu dan menerima sahaja apa yang diucapkan 'ustaz-ustaz' ini dengan menyangka ia suruhan agama. Bagi mengatasi masalah ini, ia dapat diselesaikan dengan memperbetulkan di peringkat dua pihak, pertama orang awam dan kedua para ustaz sendiri. Orang awam sewajarnya mengetahui dahulu keilmuan mereka yang dipanggil ustaz, bukan memperkecilkan ukuran ilmu ustaz tersebut tetapi mengetahui latar belakang pengajiannya memudahkan kita menerima pandangan mereka, ustaz yang mahir tentang sesuatu disiplin ilmu adakalanya kurang mahir dalam disiplin ilmu yang lain, ustaz yang pandai mengaji tidak semestinya tahu ilmu perubatan Islam sebagai contoh, kerana itu masih ada lagi orang awam terpedaya dengan bomoh- bomoh paslu dengan mendakwa mereka ustaz kerana memulakan jampi dengan ayat- ayat Quran. Keduanya di sisi para ustaz, beramanah dalam amanah amat berat sehinggakan terleka dengan permainan iblis selaku musuh yang nyata dalam melaga- lagakan para pendakwah. Tujuan para ustaz semuanya sama, mahu melihat Islam gemilang dan umat mengikut Quran dan Sunnah, justeru carilah titik persamaan ini berbanding perbezaan. Hormatilah pandangan ulama yang lain kerana terkadang mereka menjatuhkan hukum atau fatwa berdasarkan kondisi sekeliling dan siapa yang bertanya. Contohnya, orang yang baharu memakai tudung walaupun berfesyen atau sedikit- sedikit perlulah diberi galakan daripada mencemuh dan menjatuhkan mereka. Ambil pengajaran daripada kisah bagaimana nabi SAW menguruskan ikhtilaf(perbezaan pendapat) di antara sahabat- sahabat di dalam kes Bani Quraidzah bahkan perbezaan ini dianggap rahmat kerana memberi impak positif dalam perkembangan ilmu dan pemikiran. Teras dalam perselisihan ini adalah adab yang mengutamakan ukhuwah di antara mereka. Kita mungkin terfikir, “aku mungkin betul dan mungkin mereka salah tetapi tidak mustahil mereka betul dan aku yang salah. Inilah tugas para pendakwah yang mengangkat kebersamaan daripada perselisihan, bahkan jika diamati perkara yang menjadi topik perkelahian hanyalah isu-isu furu'iyyah(cabang) yang sememangnya mempunyai pelbagai pendapat kerana perbezaan masa dan tempat. Apa yang penting ialah kerjasama di antara orang yang berilmu dalam mengangkat keilmuan di kalangan masyarakat dan menguruskan perbezaan tersebut dengan bersetuju untuk tidak bersetuju dan janganlah menggunakan laman muka buku dalam melaga- lagakan konflik pandangan tersebut.



Rabu, 17 Oktober 2012

Senamrobik ke senamrobek...

KUIM, Melaka, 17Okt2012 - Aqal yang sihat dari Minda yang sihat dan Minda yang sihat bermakna MINDA yang CERAH. ahaha promote lagi, dan semenjak duduk di Bandar Baru Bangi, ni aku ada masa untuk bersama keluarga bersenam terutama di hujung minggu dan lokasinya ialah di Tasik Cempaka bertentangan dengan Shopping Compleks Giant Warta. Lihatlah gelagat si cilik ni bersenam, orang nak joging dia pun sama juga. Melihat kelateh mereka, aku tertawa, terhibur dan terkentut. Kenapa? Siapa yang tahu masa joging dia tak kentut, ahhahahaha... aku tidaklah mengimpikan bentuk badan masa sekolah menengah dahulu, tetapi sekurang-kurangnya sihat dan boleh beribadat dnegan mudah.


Dah macam ayam terkedek-kedek dia, hehehe.. tengah-tengah kami sekeluarga berjoging, terserempak pula dengan ayah cik dan isterinya. Beliau adalah guru kaunseling semasa aku berada di Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah, Kajang. Kalau budak maahad mesti kenal sangat ayah cik ni, perwatakannya lembut dan sentiasa memotivasikan orang lain, aku teringat masa trip kepimpinan ke Terengganu, di saat aku terlena dalam bas dengan air liur basi,boleh ayah cik ni ambik gambar dan letak pula gambar tu di sudut pameran bilik kaunseling, kira jatuh lah saham dnegan awek-awek, hadooiii.. kenangan.
dan bersemangat berjogging tengah tinggi, aku jumpa pula junior masa Sekolah di sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil Hulu Langat, yang pakai baju oren di gambar bawah ni, tapi yang lelaki lah, so  aku hanya mengangkat tangan sahaja tanpa bertemu mereka sebab ada kawan-kawan dia yang perempuan di depan sana, kenapa tak jumpa? Gila apa, bini di sebelah sana, mengusha mataku yang usha ke mana, hahahaha.. apa-apa pun, I sayang U lah my wife, dont worry... sekadar coretan semasa berhujung minggu
dan tidak disangka, aku telah turut serta dalam senamrobik, bersenam sambil bermuzik dan berjoget, sebenarnya peluh juga buat benda ni, oklah juga tapi yang best lepas ni ambil jubah konvo. hehehhe.... jom cergas badan cerdas minda.

Selasa, 9 Oktober 2012

Temuduga bukan Temulawak

Sungai Ramal Dalam, 9Oktober2012 - menghadap laptop dan komputer serentak dalam mengusai hujahan agar anak guam tidak dikenakan komital untuk dihumban ke dalam penjara. Apabila sebuah kisah penceraian mula meniup tiupan maka anak-anak lah yang akan menjadi mangsa dalam agenda memperjuangkan keegoan masing-masing. Hakikatnya Allah memberikan kuasa talaq kepada sang suami, dan isteri mempunyai 3 kuasa bagi mendapatkannya, samada fasakh, khuluq atau ta'liq, Apa yang penting, bak kata ustaz wonderpet(memanggilnya ustaz kerana cerita itu mengajak berbuat baik).... KERJASAMA!

Entah kan siap entah kan tidak, mana tidaknya, pukul 11 baru nak mula menaip membuat hujah, pukul 3 dah nak kena failkan di Mahkamah Wilayah Persekutuan. Dewan Mahkamah Tinggi pula tu, haish... berpeluh juga lah bila mengadap Yang Arif, mujurlah dah semakin biasa dan yakin.
Ok, minggu ni, bulan depan, tahun ni ada banyak lagi temuduga kepeguaman. Sebab itu temuduga adalah bukan temulawak kerana temulawak tu sejenis herba yang digunakan untuk menghilangkan bau busuk ketiak..... bau masham... ketiak siapa busuk... la..la..la.. lala.. pok..pok.. bujang lapok...
...dan nak dijadikan cerita, inilah Kompleks Mahkamah Syariah Jasin Melaka, yang sangat mesra pelanggan, bukan apa ada sahabat yang bekerja di sini dan alhamdulillah atas dasar persahabatan yang baik, beliau bukan sahaja memperkenalkan ku dengan klien-klien di sini malah membantu dalam urusan permahkamahan... hahahaha inilah contoh kabel yang baik
dan suasana dalam masjid ini adalah surau jumaat di dalam TNB Bangsar, di mana pada setiap minggu pertama dan kedua, aku akan mengajar fiqh jinayat di sini dan alhamdulillah permintaan mengajar di sini bukanlah disebabkan melobi ke mana-mana pihak, namun atas izin Allah dan pinangan yang ku terima atas kapasiti menyampaikan ilmu. Apa ada pada kita jika tidak dimanfaatkan.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Tinggal kenangan, rojak jawa... moga makcik tenang di sana

Sungai Ramal Dalam, 7September2012 - di saat kerja menimbun, dia pun pakat tambahkan jadi bertambun, di saat kerja nak kena submit urgent, time tu juga dia duk buat ragam macam sarjan, kita nak cepat, dia jadikan lambatgggb... sengaja biarkan ejaan ayat sebelah macam sebab ni memang kerja dia, time nak berblog dia pun nak buat sibuk, macam dalam gambar ni lah, habis biskut kegemaran dia teraburkan... ni tengah tulis pun dia sedang memegang sekotak air kotak yang pada bila-bila masa bakal dipancutkan ke aku... itulah BAHAGIA, hairan juga kenapa ada mereka yang di luar sana sanggup menganggap anak-anak kecil ini sebagai NERAKA, humban sana-sini tanpa rasa SIMPATI, ingat, bagaimana kita mencoraknya, begitulah kita akan merasai lukisan kita.


kenapa tajuk tulisan ni? macam bunyi sebuah kisah kematian. Ya, ianya cerita sebuah kematian, dan aku telah kehilangan insan yang ku kenali. Aku hanya memanggilnya makcik iaitu isteri kepada Pakcik Gunawi yang ku anggap seperti keluarga sendiri ketika menjejakkan kaki ke Nilai pada 2004. Pakcik Gunawi menjawat jawatan siak Masjid Putra Nilai ketika itu dan aku Imam yang pertama di sana. Hubungan baik kami sehinggakan aku berkawan baik dengan anaknya, Alfian dan kerap datang ke rumah mereka di Desa Kasia. Ketika inilah 'rojak jawa' diperkenalkan. 

rojak tersebut memang menyelerakan, sedap dan resipi turun temurun makcik ni. Apa yang aku kenal, makcik ni seorang guru agama, guru mengaji dari rumah lama mereka di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kehilangannya membibitkan memori kepada ku, setiap kali aku singgah menziarahinya setiap kali itu juga akan dihamburkan dengan pelbagai persoalan agama, memang tidak jemu dan hubungan kami akrab, cuma aku dengan kesibukan hakiki menyebabkan aku kurang menziarahi mereka semenjak aku kahwin. Mungkin aku anak yang tidak baik kepada keluarga angkat ku ini, tetapi aku teringat saat akhir aku menikmati rojak tersebut ketika hadir ke jamuan raya bersama keluarga aku, dan aku juga sempat membelikan arwah senaskhak al-Quran kerana arwah sangat seronok dapat bertalaqqi dengan syeikh Solah.
Aku pada malam pemergiannya, kebetulan aku berada di Nilai, di Surau Desa Indah bagi mempromosikan Badan Khairat Kematian kepada penduduk sekitar, dan diberitakan oleh Pakcik Gunawi yang kematian arwah amat mudah dan mungkin ketika sedang tidur arwah pergibuat selama-lamanya. Arwah juga menjaga ibunya yang berusia daripadanya yang aku juga menyaksikan depan mataku sendiri betapa aku boleh mengambil contoh, sempat ziarah arwah semasa raya tahun ni dan memberinya kata-kata perangsang agar sembuh dari sakit.
Sebagai jasa yang terakhir, aku bersyukur kerana dapat mengimamkan solat jenazahnya, dan membaca talqin kepada mereka yang hadir pada malam tersebut, jenazah dikebumikan dengan mudah sehingga jam 12.30 malam tersebut dan ramai yang hadir dan menyembahyangkannya. Moga Allah merahmati arwah dan meletakkan arwah bersama-sama mereka yang SOLEHAH... al-Fatihah

Isnin, 1 Oktober 2012

Penat VS Penat sangat

KUIM, 2oktober2012 - baru sahaja aku berjumpa kerani di Unit Pentadbiran kerana memperbetulkan beberapa kesilapan berkaitan sistem kehadiran pegawai dan pensyarah secara elektronik dan menggunakan cap jari tangan. Nombor kakitangan aku sebelum ini ialah 0681 kini telah ditukar kepada 0682. Ditambah lagi panggilan dari admin KUIM berlaku semalam dan aku malas untuk datang kerana mahu menyiapkan pembetulan dalam penambahbaikan proposal aku semalam dan soalan-soalan peperiksaan yang terpaksa aku buat untuk peperiksaan akhir pelajar KUIM namun semua angan-angan dan pernyataan ku tadi musnah belaka, kerana TAK SIAP, hahahaha... huhuhuhu!!!

Yang paling melainkan aku pada hari ini ialah aku ke KUIM dengan menaiki moto LC135, bayangkan Kajang ke Kuala Sungai Baharu adalah lebih kurang 1jam30minit perjalanan, 50minit dengan menaiki superbike dan 1jam15minit jika menaiki kereta. Analoginya begini:

1) motor LC135cc - kelajuan max 110km/h minyak 2 hala RM15 - masa 1jam15minit
2) superbike 750cc - kelajuan 172km/h(yang berani) minyak 2 hala RM20 - masa 50minit
3) kereta wira 1.3 - kelajuan 140km/h minyak 2 hala RM20 + tol RM20 - masa 1jam15minit

mana yang jimat? kalau nak masa, kurang duit, kalau nak duit kurang masa, kalau nak selesa mesti ada duit dan masa.


...dan habis sahaja penulisanku ini yang sekarang ini jam di tangan baru 8.45am dan aku bersama partner sebilik pensyarah ustaz Aziz yang mana dia tekun menyemak kertas peperiksaan pertengahan pelajar sedang aku rajin memfacebook dan menulis blog, hehehe... manakan tidak sebentar nanti aku akan cabut dan mengajar di Cyberjaya bagi kuliah zuhur di sana dan akan pulang ke melaka semula. Secara kiraan jarak perjalanan ialah dalam 100km. Hari ni, 400km dengan 4 hala akan aku laksanakan termasuklah besok kuliah zuhur di TNB Bangsar. Kenapa aku begini? Wajarkah aku begini? Sampai begitu sekali perjalanan hidupku? Orang lain takde pun begini..
kerana AKU adalah AKU dan bukan KAMU! AKu berforum pada 30 september lalu dengan peha membangku Anas, aku bercakap sambil menyusunya, aku pernah memandu kenderaan sambil makan dan baca fail kes klien. Aku memang banyak buat macam-macam benda dalam satu masa, KAMU tidak boleh jadi seperti AKU dan begitu juga AKU. Alasan kita bermalasan hanyalah kerana PENAT tapi aku meletakkan ukuran merehatkan diri hanya jika PENAT SANGAT.