Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 30 September 2013

Kimchi

Shah Alam, 27September2013  - saat menghadapi kursus kepeguaman syariah di Selangor yang diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Selangor berhadapan dnegan masjid negeri shah alam, aku mengambil sedikit ruang masa dalam menyatakan sedikit maksud yang telah terjadi dalam hidupku. minggu yang penuh dengan program-program memajukan diri menjadikan aku maju ke hadapan dan berundur dalam perkara yang bertentangan dengannya. Mudahnya bila kita sedang rajin maknanya kita mengurangkan volume malas kita. dalam erti kata yang lain, keseimbangan antara rajin dan malas adalah citarasa sempurna dalam kehidupan.
bersama dengan partner se-supervisor phd aku, menghadiri taklimat konvensyen kewangan islam sedunia yang diadakan baharu ini di hotel istana, dan paling seronok bila nama kami dicatat sebagai pensyarah UKM, hehehe.. mudah2an...

tertarik dengan salah satu soalan yang dilontarkan kepada ahli panel forum dalam bahasa arab apabila beliau menanyakan persoalan tentang perbankan Islam yang masih ada unsur-unsur riba yang disifatkan sebagai masih haram namun apabila turut membabitkan sektor kewangan Islam di manakah Islamnya perbankan Islam?

maka dijawab oleh tokoh perbankan Islam iaitu Sheikh Nizam yang didatangkan dari saudi, menyatakan bahawa walaupun terdapat kelemahan dalam perbankan Islam, tetapi kaedah menyatakan bahawa jika tak mampu buat semua jangan tinggal semua, kalau seseorang itu minum arak buat maksiat, buat perkara yang haram adakah dia tidak perlu menunaikan solat, sebab Allah SWT ada berfirman dengan mendirikan solat maka dapat mencegah daripada perkara keji dan mungkar, maknanya bila kita solat kita tak buat perkara terkutuk, tapi bila solat tetap buat maksiat maka tidak menggugurkan hukum wajib solat tadi.
dah lama tak solat di masjid negeri, kali terakhir pun masa kecik-kecik dulu abah bawa aku sekeluarga ke masjid ini, oh rupanya ada tangga bergerak untuk naik ke tingkat atas masjid, dan paling seronok bila bacaan imam di sini merdu dan terasa ke dalam hati. Allahu akbar! terus menusuk ke dalam qalbuku dan melabelkan diri sendiri berada dalam 'zulumat'. Tahu satu hal, sedar satu hal, nak perbaiki supaya keluar daripada ruangan dimensi yang dicipta sendiri agak sukar dan perlukan kepada tahap jihad. betul lah kata nabi SAW, tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota mekah, melainkan jihad dan juga niat melaksanakan jihad tersebut.
setelah beberapa hari ini mendengar ceramah dan input yang bermanfaat, tiba masanya aku diberi penghormatan dengan  menunaikan tanggungjawab 'output' pula, kembali ke zaman kecil-kecil dahulu semasa bersekolah di kampung sri broleh batu pahat. aku ingat lagi masa di sini bersekolah sekejap sementelah ummi dan abah menerima jemputan Ilahi menunaikan haji dan aku ketika itu baharu darjah dua. kenal erti 'budak kampung'. main banjir, tangkap belalang, mandi sungai, main longkang, berbasikal keliling kampung dan juga jatuh cinta dengan budak kampung, hehehe..  kalaulah cinta itu bukan jatuh, sudah pasti sampai ke langit ke tujuh. 

tapi kali ini ceritanya lain, aku diminta untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar-pelajar darjah 6 sekolah johor dan darjah khas tingkatan 1, hasil dari usaha keras makcik ku  yang bersungguh menjemput, dan kebetulan aku pulang ke kampung, tetapi slot motivasi yang bermula seawal jam 8pagi telah menyedikitkan masa ku menonton cerita korea kegemaranku pada setiap pagi hujung minggu.
ummi juga hadir bersama isteri dan anas, yang mana semasa sesi ceramah diberikan tiba-tiba anas menjerit takut bila para peserta menjerit tanda semangat dalam hati. hehehehe..muka macho, perangai ganas, tapi ada taman dalam hati, anas..anas...
dalam sesi ini, aku tuliskan apa yang teringat dan tersempat aku rakamkan dalam diari ini, setelah lebih setahun duduk di sini, baharulah aku boleh mencari sedikit hobi baharu dan cuba mengahayati sunnah nabi SAW. ya, aku belajar menunggang kuda, dan anggapanku pada sunnah ini meleset kerana bukanlah semudah yang aku sangkakan. kena belajar bahasa kuda, melompat di atas kuda dan akhirnya baharulah boleh menguasai rentak permainan kuda. patutlah orang yang menyukai sukan kuda akan kurus kerana sememangnya perlukan stamina yang kuat. baharu sehari mencuba terasa sakit tubuh badanku semua.
dan akhirnya kembali kepada tajuk penulisan hari ini, KIMCHI. ada sebuah rancangan di tv2 setiap jam 5 petang pada hari rabu dan jumaat rasanya yang mengisahkan pasal sebuah keluarga di korea yang mengusahakan makanan kimchi dengan resipi tuurn temurun, bahkan makanan ini dimakan oleh orang korea pada setiap kali waktu makan, baik pagi, tengahari atau malam. kebetulan baharu-baharu ini aku bersama dengan guru koreaku menikmati makanan kimchi ini, dan dia memberitahu bahawa rasanya seakan tomyam tetapi menggunakan kubis cina yang panjang dan diperam dengan digaulkan sedikit cuka, garam, dan bahan-bahan tertentu, atau aku andaikan ia seperti arca bila makan kenduri. tapi bila makan terasa dah macam orang korea walaupun baru makan sikit, hehehe... orang korea sibuk migrate ke malaysia, tapi aku pula sibuk-sibuk nak ke sana. oh tidak dilupakan ramen yang rasanya seperti maggi tawar..

apa konklusi daripada makanan yang aku ceritakan ini, jika kita ni orang melayu malaysia dan biasa dah dengan makanan melayu kita tetap akan jadi melayu. walau sesedap mana pun makanan asing bila sampai ke makanan yang paling kita inginkan, ia tetap makanan sendiri dan jatidiri sendiri.


Ahad, 22 September 2013

Kelas Korea Saya

Sri Hartamas 28September2013 - aku cuba tambah add value dalam diri lagi dan sekali lagi membuat perkara yang tak pernah aku buat sbeelum ini, belajar bahasa KOREA. hehehe... dan aku dah boleh dan membaca sedikit sebanyak bahasa asing ini, bukan sebab program Runningman or kemaruk drama korea, tapi sebenarnya semua ini adalah sebab aku makin suka belajar bahasa ini dan aku ada perancangan untuk ke sana suatu hari nanti. Insha allah ada misi dakwah di sana. cuma macam biasalah terkadang bila kita minat suatu perkara tak semestinya pasangan kita akan minat perkara yang sama, jadi kenalah meletakkan minat tersbeut dalam keadaan yang tidak melampau walaupun kita sedih sebab terlepas beberapa episod kerana memberi laluan kepada rakan serumah melihat saluran lain, hem, walaupun ko yang bayar.

Oh ya, sekali lagi saudara mara yang perasan aku di tv telah menghubungiku dan sibuk bertanyakan pasal program tersebut dan aku masukkan sedikit potongan rakaman semasa ujibakat tersebut. bukan untuk takabbur pun sekadar diari siberku sahaja.

bagi aku, aku sertai program ini bukan nak memalukan diri sendiri, tetapi mencari identiti diri yang aku boleh harunginya dan membawanya ke akhirat dalam bekalan bertemu Tuhan kelak, sudah pasti aku berharapan optimis dengan meletakkan kejayaan, pengalaman serta ilmu sebagai bonus sebaik menyertai rancangan ini. apatah lagi, ketandusan teknik berdakwah yang dimiliki kerana bukanlah bidang ini yang acapkali aku persembahkan dalam perwatakan di hadapan insan lain, aku banyak lemahnya, banyak sangat celanya, lantas aku memikirkan satu jalan pintas dan segera menyelami lautan dalam arena dakwah. Tambahan pula semenjak tidak memegang jawatan imam masjid, hampir setahun setengah menyebabkan aku rasa hampir 'zhulumat'. kalau dahulu setiap kali hari jumaat aku akan sentiasa berada di masjid awal kerana berkhutbah mahupun menguruskan persiapan masjid, tapi kini aku malu dengan diri sendiri mencari saf-saf bukannya di hadapan malah sebaliknya agar cepat keluar dan mudah habis, hem malunya aku padaMu Allah. sebab itulah, aku perlu lakukan sesuatu agar aku tidak terkebelakang dengan malu dan akhirnya tergelincir ke lembah kerugian, dalam masa yang sama aku yakin bahawa setiap kejadian ada hikmahnya dari Allah, cuma masa dan keadaannya belum lagi terungkai.

aku bertuah kerana bertemu dengan seorang guru korea yang sebenarnya seorang migrain yang lama duduk di Canada dan berketurunan korea. Perempuan dan telah bertunang, seorang guru di international school, berbahasa inggeris dan memang orang korea lah, Anyong Ha Sayo.. hehe so baharu 2 kali belajar tak lebih dari sejam lebih sikit setiap sesi, aku dah boleh menguasai prosedur bahasa ini, tahu huruf-huruf korea, menulis huruf-huruf korea dan telah hafaz beberapa konsonen penting dalam bahasa ini. Menarik bukan, itu yang guru aku, Mink katakan senang dibelajar berbanding bahasa inggeris tetapi agak susah dalam menyambung perkataan.

Mink beritahu lagi, ada kawan-kawan dia lelaki melayu yang berhasrat nak kahwin dengan orang perempuan korea, tetapi bila bab tukar agama mereka tidak sanggup sebab negara korea ada 4 musim dan bila masa musim sejuk mereka susah mendapatkan bekalan daging melainkan daging babi, jadi  kalau mereka makan daging babi ini, mereka akan dimasukkan dalam neraka kerana makan benda-benda yang haram. Kahkahkahkah.. aku tergelak, dalam hati aku dah tak masuk Islam lagilah akan dicampak ke dalam neraka. salah nye orang Islam berdakwah, bukannya berkhatan, buang tatu, atau berhenti minum arak dan berjudi itu tanda Islam pada seseorang. Eloknya didakwahlah terlebih dahulu dan bila imannya telah kukuh barulah bercakap soal halal dan haram. Perlukan kepada Pencetus Ummah.
Inilah tulisan korea ku, kerana setiap kali kelas mink akan adakan ujian bagi subjek sebelum ini, dan kini aku memang dalam pengkorean tau.. chaiyl heyo!!!
ini orang ke memerang? hehehe.. sengaja aku masukkan gambar ni bagi mereka yang ikuti cerita karoot komedia, gelagat jep sepah yang selamba badak mensound partnernya, angah yang melakonkan watak wanita suci yang bakal dipinang, ada yang tanya aku kenapa ko tengok cerita-cerita bodoh ni? hehehe..  bagi aku, mesej sitkom ini mudah dan ringan dan boleh diterima tanpa berfikir. ada gelak, ada kisah dan ada teladan. wah mudahnya, bila nasihat dilakonkan dan kita boleh ambil ia atau tolak ia. so, salah ke?

dan akhirnya dalam penulisanku kali ini, walaupun aku menulis lopong sana dan lopong sini, mungkin aku kena ubah cara penulisanku ini, supaya aku dapat menghasilkan karya ilmiah menjadi taujihat kepada ummah bagi bersama-sama dalam keredhoaanNya, ya aku berjaya juga akhirnya menyiapkan tesis degree ketiga yang penuh dengan pancarobanya, segala puji bagi Allah.

Ada di kalangan kawan-kawan seperjuangan yang belum berjaya siapkan dan terpaksa menangguh pengajian semata-mata kerana latihan ilmiah ini, dan insha allah aku akan ceritakan sedikit sebanyak kisah ini di masa-masa hadapan, kalaulah ada jodoh kita, hehehehe...

Ahad, 8 September 2013

Unisza here we come!!!

Kuala Terengganu, 7Sept2013 - Panggilan terakhir bagi memenuhi syarat penganugerahan doktor falsafah ialah dengan menghadiri sesi pembentangan di mana-mana seminar yang dianjurkan oleh institut pengajian tinggi. dan kini, aku memilih Unisza. 






Rabu, 4 September 2013

Serampang 2 Mata di Singapore




 

 
 
 
 





 
 

Atap Bertunang

Banting, 31Ogos2013 - Merdeka! Merdeka! Merdeka! teringat semasa zaman di sekolah dahulu, di saat ini, ada sahaja idea bagi mewarnai dan memaknai erti sebuah kemerdekaan. ingat lagi semasa berada di sekolah menengah, detik 12 malam adalah saat dinantikan, di mana aku and the gang akan mengepam, atau bahasa jermannya 'menflush' semua jamban di tandas asrama dari tingkat bawah sampai ke atas. bodoh betul masa tu, nasib baik tak jumpa hantu asrama makcik jual karipap ke dan lain-lain. 

satu lagi memori masa merdeka, pada sebelah malamnya terasa lah nak ke dataran merdeka melihat bunga api atau gelagat muda-mudi remaja, almaklumlah, dahulu sekolah pondok mana pernah nak buat  jahat, tetapi memang tidak berjayalah agendaku semasa itu, budak muda darah panas dan pendek akal, masa sekolah dahulu aku ada menyimpan sebuah motosikal kriss110cc bagi digunakan untuk aku keluar dari asrama secara bebas, hahahaha... nakal sangat kut masa dahulu, aku dan awang asmawie, budak sabah. dia terjebak dalam kes aku naik motor menuju ke dataran merdeka. nak dijadikan cerita entah macam mana pada jalan dari cheras ke dataran ada pulak roadblock, dan masa tu lesen aku hanyalah lesen L, mana boleh bonceng orang dan kalau lah kena tangkap malam tu, mesti memalukan keluarga dan silap-silap kena buang asrama, kalau aku sorang je takpe, ni pulak member kamcing dari sabah ba.. kesian dia nanti dan macam-macam aku berfikir dan berpeluh malam tu walaupun 12 malam suhu di KL agak sejuk jika menghirup udara luarnya.

Apa lagi, bagi nak mengelak dari kena tahan ngan tok misai, aku ngan awang angkat lah motor tu melepasi  devider dan ke sebelah jalan sana, hahaha.. keluarlah semua peluh jantan duk angkat moto entah berapa kilo tu, tapi ringan je, manakan tidak aku bercakap demikian sebab aku sendiri pernah angkat superbike aku yang jatuh di depan masjid seorang diri, hehehe.. tu pun ada kenangan. masa mula-mula pakai motor besar er6, balik raya dengan orang rumah ke gopeng, masa nak balik semula ke kl, lepas salam opah dan saudara-saudara, kira macam berlagak lah bawa moto besar, bini duk belakang, sekali boleh tergolek depan mereka masukkan gear 2, sebab langgar lecek masa di depan rumah opah, jatuh berdebub la macam nangka busuk... malunya hehehe
 sambung ke cerita atap bertunang, ya tarikh tersebut adalah tarikh pertunangan adinda saya yang di bawah saya yang sedang menguruskan sekolah dan syarikat saya di Nilai. tema kami pada hari itu adalah warna ungu tetapi nampak gayanya ketua rombongan pun tak pakai warna ungu dan yang seronoknya aku baharu sahaja pulang dari singapura dengan keadaan kaki yang sakit dan aku minta atap bawa alphard ni sementara aku duduk di belakang, barulah rasa nikmatnya ada kereta besar. baru tahu rasa hebat jadi bos dan ada pemandu. hehehe, kalau ada kemampuan kena cari ni driver untuk ku...
pasangan atap adalah ain, kerani di syarikat aku. maka aku kata dah jadi keluarga dah keadaan ni dan oklah tiada apa-apa halangan atau masalah pun, asalkan jangan berlakulah perkara-perkara yang tidak wajar di masa hadapan.
sebelah aku tu ialah makcik aku yang juga seorang guru, tengok muka buat macam tu tak senonoh betul, hehehe...