Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 29 Jun 2010

AKU HIDUPLUARBIASA!!!


30 JUN 2010 - Its my birthday! Tapi belum ada yg wish selamat kepadaku.. xmengapalah, bukan itu pun yang aku harapkan. dah lama aku x menulis sesuatu di blog ni, maklumlah sibuk yang amat, tapi bila sebut busy semua orang sibuk sampailah mati baru x sibuk dengan dunia tapi pening dengan amalan semasa hayat dahulu. oklah, saat ini aku nak berkongsi erkaitan dengan kesempatan aku pergi mendengar ceramah dr.azizan osman seorang motivator jutawan terkenal. well, alhamdulillah banyak ilmu yang ku kutip walaupun pada asalnya aku hanya ingin memerhatikan sekiranya ada sesuatu yang menyalahi hukum syarak, tapi setakat ini aku berpuas hati keseluruhannya dan bangga ada sebangsa dan seagama denganku mampu berkongsi ilmu tersebut. katanya, ramainy manusia di luar sana berdoa namun tidak mengerti apa maksud doa yg dipohon terutama dalam bahasa aab. otak manusia secara metafiziknya amat mudah mengingati gambar. so, biasanya kita doa minta, Ya Allah bagilah aku kaya. KAYA??? apa visual bagi kaya? xde? kesiankan, selama ini minta tak reti pun kaya tu apa... hem seenarnya bila dr.azizan sebut perkara ini, dalam x sedar aku juga telah buat dan keputusannya ALHAMDULILLAH, yang masih memberikanku nikmat, mudah2an aku xsesat. bila bangun, ada aim lah senang citer, insya allah doa itu bertepatan dengan visual, hasrat hati, pergerakan ucapan bibir mulut dan isnya allah dimakbulkan. banyak lagi ilmu yang dikongsikan cuma sekadar ingin membuat perkongsian bersama, ayuh jadi umat Islam yang cemerlang dan berdkwah bil hal, bahawa Islam suruh kita jadi LUARBIASA!!!

Selasa, 15 Jun 2010

benci bilang cinta


15jun2010/11.24pm-kini telah pertengahan jun tanpa sedar ataupun tidak, betapa cepatnya masa berlalu pergi, umpama sesaat itu seperti 1 nyawa yang dicabut dan dikupas satu persatu... dan kerana itulah manusia tetap manusia. terasa nak melancong dan melencong, nak ke sana tapi ke mana? nak ke situ tapi siut je xberpeluang begitu... akhirnya duduk sahaja di tempatku tanpa hala tuju... sesekali nak juga hiburkan hati melihat kebesaran Ilahi. sedangkan aku sendiri telah daki gunung tertinggi, telah selami lautan berisi, apatah lagi ke sana sini, oppss... blog ini perlu aku ubah susun katanya agar tidak asyik puitis aje, ye x? so nak kena update canggih2 sikit baru ada yang nak baca kut, tapi hakikatnya blog ini hanya untukku coretkan rasa isi hati, dan sebagai permintaan dari rakan2 yang membaca blog tapi tidak jadi pengikut, enggak apa deh, akan ku sertakan sedikit pengalaman, dan panduan bagi kalian bersama-sama dalam perkongsian hidup dunia sebelum akhirat kelak, so nantikan pada tulisan akan datang samada pengalaman bercuti, pandangan sesuatu perkara atau benda, atau perkongsian sketsa hidup. adios!!!

Rabu, 2 Jun 2010

hanya puisi isi hati


2Jun2010 - 11.41pm, keletihan kerana bekerja. kegembiraan kerana berjuang. kesuraman kerana kesedihan. sedih kerana apa yang terjadi. sandiwara dunia yang kejam gila. siapa yang mendengar tangisan kita??? GAZA.=MANUSIA. hanya Dia Yang Maha Mendengar. jelas tiada ragu, namun hati masih pilu, melihat si kecil tiada baju dan buku, namun peluru sebagai susu. malam ini ku berpuitis, kerana hati bagai digilis dan dihiris, sebak lantas menangis teresak-esak kerana itulah selemah kehendak, dapat ku buat selain melihat, hanya berharap, berdoa dan bermunajat, agar dikurniakan semangat, biar musuh keparat, dapat dilipat, agar dihimpit serapat-rapat, nyah kau dari dunia ini... wahai si laknat!!! NAMUN, atas nama agama, aku juga tertanya, bagaimana saudaraku di luar sana, masih leka berpoya-poya, anak-anak mudanya masih bergumbira, dengan nada malam masih muda, yang tua kan pergi segera biarlah kami berpesta sementara usia belum mencecah ubannya, aduhai, lesu dan pilu melihat di sini hampir sama di sana, cuma yang berbeza, pengkhianatan dan dosa, bayi ditanam, bagai si bayam, nyawa ditoreh bagai kad menang dan gores, harta dirampas tanpa mengira apa sahaja asalkan jalan pintas agar boleh dikebas, seperti lipas, terkipas bak kipas lipas, akhirnya... dunia kecewa, hampa dan luka, tua dan berbongkok tiga, tiada kudrat tiada semangat, telah bertongkat lalu patah tak dapat diangkat, priiiittt.. TIMEOUT!!! ayuh kita beringat!