Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 21 Februari 2012

Aku Kembali Beraksi...

Kerinchi, 22 Feb 2012 - inilah masjid yang aku maksudkan. Masjid Ar Rahman Universiti Malaya. Aku memulakan tugas bermula 15 Februari 2012 yang lalu dengan hati yang berbunga memandangkan kerinduanku kepada tikar sejadah imam, berada di hadapan jemaah, berada di bilik IMAM, berada di hadapan, kenapa? kerana aku mengimpikan menjadi ketua panglima perang, ketua yang jika peluru itu dilontarkan dan aku bukanlah orang yang bersembunyi pengecut dan takut. Doa aku dimakbulkan Allah sekali lagi walaupun diri ini terpalit pelbagai dosa namun Allah sudi lagi menerima permohonan ini.

Masjid ini dinamakan Masjid Ar Rahman sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana masjid ini dibina pada tahun 1963 dan mengalami 3 kali penambahbaikan dan yang terbaru apabila diumumkan oleh kerajaan untuk membina masjid baharu di sini. setelah 2 minggu aku bertugas aku mula memahami nature atau kesemulajadiaan masjid ini yang akan aku kongsikan. Untuk episod ini biarlah serba sedikit sahaja yang aku ceritakan perihal kehidupan baharu ku di dunia batu kaca. oh ya, sebelum terlupa syukur sekali lagi keputusan MASTER, aku bersemangat menyambung pengajian ke peringkat phD(Doktor Falsafah pada tahun ini juga). Doakan ya, oh dan berkaitan pendidikan ku, aku juga berjaya mencuri perhatian Dekan Pengajian Islam UKM apabila membenarkan aku mengambil peperiksaan pengecualian, aku makin yakin dengan diri sendiri. hehehe...
Muka sebelum bertugas subuh tadi, alhamdulillah aku berjaya mengulang al-Quran seperti di masjid lama dengan tafsirannya sekali, dan ramai juga subuh tadi. Moga ada rahmat dan berkat.
ini suasana dalam bilik imam yang terdapat pentri, kalau haus boleh buat air kat sini. hehehe..
dah nama masjid memang tak lari lah dengan P.A sistem, itulah inilah, aircond xdelah untuk bilik ni, takut rosaklah, banyak tanganlah.. kalau anda baharu nak jadi imam, meh ngadap saya sembang pasal apa itu masjid dan jemaah.. bukan takabbur, pengalaman hidup je...

ini kediaman baharu yang sedang diselenggara oleh Atap. Bilik besar cuma adalah sana sini yang rosak sikit, biasalah tu.. ALhamdulillah aku ada tempat di area Bangsar, kalau nak menyewa di kawasan sini, RM 800 ke RM1500 lah untuk apartmen buruk... KAPITALIS maa.. siapa peduli..
masjid lama memanglah nampak buruk dan uzur, tetapi rahmat dan keredhoan Allah tidaklah berkira dan memilih, hanya ikhlas dan kesungguhan kita ukurannya. TAQWA.
simple dan sederhana...
Pasal masjid lama? sekali lagi aku turun berjuang dan aku akan pastikan hantu-hantu, anjing-anjing, mangkuk ayun tu semua tidak akan selamat di dunia apatah lagi di akhirat. Amanah dan nama hendak, kerja tidak laksanakan, GO TO HELL.. FA. QOF.

Cuba teka gambar apa yang kat bawah ni? hehehe.. ZUMA.. dan akhirnya aku berjaya pecah rekod ke stage 13, atas daripada yang ada kat menu, hehehe.. aku makin yakin, di mana ada jalan di situ ada HIGHWAY... hehehe.. jumpa lagi

Khamis, 16 Februari 2012

Padat, Pekat, Melekat, Menepek..

Bangsar, 17Februari2012 - Lihat bangunan ini tinggi di belahan awanan kotaraya, dunia batu kaca. Pejabat aku di tingkat 9, lif digunakan membawa jasad yang menelan air liur pasrah dan redo mencari rezeki dan pengalaman, dan juga peristiwa hidup. Aku suka gunakan istilah PERISTIWA HIDUP yang mungkin bermanfaat kepada orang lain. Asam garam manis masam adalah rencah kehidupan yang semua orang merasainya, cuma samada masakan anda penuh perasa dan rencah resipi. Lazat sehingga menjilat jari tangan atau dibuang hingga ke jari kaki? Anda tentukan.

Suite 8-9-11,Tingkat 9, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku Off Jalan Riong, Bangsar...
Berhadapan dengan NSTP, Balai Berita. biasanya aku akan parking di depan kalau malas nak bayar kepada sistem kapitalis di kotaraya, semua orang cakap nak kencing pun nak kena bayar, sebenarnya tak pun.. kencing je tepi jalan tak perlu bayar tapi kena tangkap. Hehehe.. jangan lah serius sangat
Menukar topik perbualan dari sudut kerja sabagai pengamal undang-undang kepada kesyukuranku memulakan khidmat sebagai Imam Masjid kembali, setelah sebulan aku berehat dan direhatkan tanpa rela, maka Allah telah memilih aku kembali menunaikan amanah di salah satu rumahnya di bumi batu Kuala Lumpur. Aku akan tunaikan sebaik mungkin dan cuba menghidupkan taman syurga dunia yang nabi galakkan kita. Semalam aku terkesan dengan sms yang dihantar oleh ibubapa pelajar yang marah-marah pasal sekolah agama, nisbahnya satu lah daripada semua, tetapi cara sms nya macam benci sangat apa yang aku buat, aku cuba menenangkan diri dengan balas semula sms, tuan.. tiada siapa yang paksa anak tuan ke sekolah agama, jika tuan rasa yuran bulanan yang dibayar itu tinggi sekarang ini tuan ambil lah risiko menjimatkan duit sekarang dan saksikanlah kesannya 7 tahun dari sekarang, TAHNIAH kerana andan ibu bapa yang TTTEEERRRRRBBBAAAAIIKKK!!! kalau nak baca TERBALIK pun boleh..
Aku gembira bersolat Subuh di salah sebuah masjid di bandaraya ini dengan memerhatikan ramai jemaah sehingga 7 ke 8 Saf. Aku rindukan subuh yang meriah di samping limpah rahmat Allah, teringat akan hadith nabi menyatakan tidaklah mereka dari golongan munafiq orang yang mengerjakan 2 solat malam (gelap) iaitu Isyak dan Subuh, malah dalam surah al-Baqarah ayat 238 apabila lafaz wusto ditafsirkan sebagai solat Asar oleh Jumhur mufassirin tetapi dalam mashaf Ibn Abbas menyatakan bahawa wusto=pertengahan adalah solat Subuh. Kenapa?
Jika dikira bermula dari Subuh, sudah pasti Asar adalah pertengahan
jika dikira dari maghrib, maka Subuh lah pertengahannya kerana bermula hari dalam Islam ialah gelincir matahari dan bukanlah seperti Barat yang menyambutnya 12:00 malam/pagi.

Bagi si dia dan mereka, senyum, jangan tak senyum.. kita akan berhijrah ke satu suana baharu yang diharapakn penghijrahan ini membawa rahmat dan keredhoaan Allah dalam kehidupan kita. Doakan kami ya...

Ahad, 12 Februari 2012

Uijan sedikit, rahmatMu membukit

Bangsar, 13 Februari 2012 - menarik nafas lega dan sedalam-dalam yang boleh tapi bukanlah macam perokok menghembuskan asapnya di kala malam, apatah lagi di saat putus cinta atau mengenangkan kisah muda mudi remajanya, cuma hembusan nafas kali ini adalah tanda syukur, lega, nikmat dan rahmat dari Allah. Pejuang tidak pernah lekang dari ujian tetapi setelah diuji lega dan lapang selapang-lapangnya insha allah. setelah sekian lama aku cuba mencari masa menulis blog ini dengan pelbagai kisah yang berlaku padaku dalam sepanjang tempoh ini aku akhirnya memberi kesimpulan atas diriku sendiri, Allahu ya'lamu mala ta'lamun, Allah amah mengetahui sesuatu yang kamu tidak tahu. Aku menulis setelah pulang dari mahkamah kerana terasa malu hari ini digelakkan oleh hadirin setelah hakim memerliku dengan manja( sambil tangan diletakkan di dada dan mata mendongak ke atas).

Sebagaimana yang diperintahkan oleh Yang Arif agar saya memasukkan draf perintah bagi tujuan penyampaian ganti... kalau kamu tanya saya kamu kena bagilah legal fees tu kat saya.. perghh ada orang gelak kat belakang, macam lah dia tahu sangat... (takpelah hakim duduk atas, lawyer duduk bawah, akur sahaja lah sedangkan memang dia perintahkan sebagaimana yang aku catit pada fail... sabar jelah)

Hidup aku sebenarnya dibahagikan kepada beberapa pecahan yang sewajarnya aku tulis pada blog ini kerana blog aku, ada aku kisah pasal blog orang lain? kalau nak belanja Oblong bagitahu lah. Aku ada syarikat, aku ada keluarga, isteri, anak dan ahli keluarga. Aku ada persatuan organisasi yang aku jadi pengerusi di Bandar Baru Nilai, aku ada pekerjaan sebagai peguam dan beberapa reformasi yang aku akan lakukan, aku juga telah dilantik bertugas sebagai Ketua Imam di salah sbeuah masjid yang berdepan dengan universiti di ibu kota. jika dah stabil di sana akan ku tulis dalam penulisan ku kelak.

Sebenarnya, dalam minggu lepas pada 9feb aku baru sahaja pulang dari Pahang di daerah Chebong kerana menghadiri mesyuarat untuk program pada 6,7,8 Mac. macam biasalah aku ke sana dengan Alphard dan membawa beberapa pegawai dari JAWI ke sana dan dianggarkan program tersebut akan dihadiri oleh menteri dan pengarah JAWI sendiri. Oh sebelum terlupa, gembira juga hari ini melihat result MASTER yang tak pernah aku peroleh semasa di mana-mana pusat pengajian. hehe.. alhamdulillah dan insha allah jika diizinkan akan ku teruskan dengan PHD pada tahun ini juga.

Kembali ke cerita di Pahang, udara yang nyaman membezakan dari keadaan hingar bingar di Kota dan seronoknya adegan memetik buah dokong, hehehe.. tengok siapa JUARA?

tu dia, kaki urut.. eh kaki panjat pokok. Tahniah abg. sha kerana berjaya memanjat pokok walaupun berat lebih dari 100kg, hahaha.. jangan main-main, beliau ini bilal masjid KLCC dan suaranya memang aku kagumi.
aku sebagai tukang ambil gambar jela, nak panjat dah full pokok tu... hehehe alasan buat insan yang tak pernah panjat apa-apa pokok sepanjang hidup. Aku pernah ke rumah seorang pegawai JAWI ni namanya ustaz Syed ABdullah semasa program dalam 2 tahun lepas, dan kali ini bersama sekali lagi dengan misi yang baharu untuk MINDACERAH,
habuan selepas bermesyuarat dalam keadaan kelakar kerana dihadiri oleh orang kampung dan masyarakat sekeliling. itu dia PATIN terbaik dari Temerloh, memang teringat sampai sekarang.. sedapnya... terliur ni..
sebagaimana insan biasa yang lain, kesempatan jadual yang tidak telalu padat sudah pasti aku gunakan untuk keluarga tercinta. Anas pula sekarang ini makin besar, makin manja, makin mengada-ngada. hehehe... itu dia Melaka WONDERLAND... seorang RM30 bro, bersama dengan anak buah dan kakak-kakak ipar.
Hidup ni kena mencuba ya x? itu dia naik Buggy.. hehehe alah buat rasa 2 3 trip apa ada hal sangat.. hehehe yahooooo...
Apa guna ada harta jika tiada bahagia, apa guna wang berjuta tapi bank yang punya, yang penting dalam hidup ini, carilah REDHA ILAHI...

Selasa, 7 Februari 2012

Tanya sama KODOK kenapa memang BONGOK!

Bandar Sri Putra, 7Feb2012 - Penulisanku kali ini SERIUS dan perlu diambil PERHATIAN. Aku tak pasti ada orang atau manusia atau sesiapa sahaja yang membacanya, kerana aku meluahkan apa yang terbuku di mindaku ke atas skrin ini. Ambillah sebagai iktibar! Terhenti penulisanku sebentar kerana menjawab panggilan dari Hj. Mansur yang duduk di sekitar Nilai yang risau tentang borang khairat kematian yang baharu, suaranya cemas, uzur dan takut. Allah, iktibar bagi kita yang SIHAT, ALPA dan DALIH. Aku berjanji pada dia yang aku akan ziarah dia kerana telah 3 bulan dia tak ke masjid dan aku yakin dia juga tidak tahu aku telah dibuang dari masjid.
Ya Allah janganlah aku menjadi seorang yang lupa dengan nikmat Mu. Ini adalah gambar semasa di Mahkamah Kelantan dengan rakan sekelas.
Tak sangka aku dipilih sebagai ketua bacaan tauliah penerimaan masuk, Alhamdulillah dan di dalam gambar adalah seorang pensyarak Politeknik Ungku Omar yang memberikan nasihat berharga kepada aku, katanya, 'nak jadi peguam kena sabar sikit kerana nak bermula memang susah tetapi nanti berlari pun boleh, lihat lah pada bayi yang makin membesar, bayi tidak terus berjalan kan?
Penulisan aku kali ini berkongsi kan gara-gara isu aku dibuang dari jawatan imam kerana konspirasi busuk dan mereka yang hasad, maka satu surat penghargaan dari Pejabat Agama Islam Daerah S***** di Negeri ****** yang diketuai oleh Qadi nya yang bernama Al-Fadhil Ustaz R******patutlah dia ditukarkan ke daerah menggantikan seorang Qadi sebelumnya yang garang tetapi BENAR dalam menilai masalah umat. Cukup suka aku menulis nama dengan jelas agar diketahui oleh umat terkemudian bahawa ada ulama su'(ulama busuk) dan ulama' hakiki yang perlu berhati-hati tetapi kerana isu undang-undang aku menjaga tindakanku agar tidak melebihi had.
Nampak baik bila satu surat penghargaan ucapan terima kasih kerana berkhidmat sebagai pegawai masjid selama 7 tahun. dengan surat dia fikir aku akan tutup mulut dan bersetuju dengan pengkhianatan dan kezaliman? Agar mulutku terkunci seribu bahasa? Tak berbunyi walau sepatah kata? BULLSHIT!!! FA. QAF. KODOK. Aku memang tulis blog ini dengan beremosi tetapi emosi aku bukan kerana pemecatan aku atas arahan orang tertentu, tapi aku KECEWA dan SEDIH dengan perihal seorang ustaz yang ada pengetahuan agama yang menjadi ANJING dan TALI BARUT orang yang zalim. Zalim kerana perkara aku telah dihukum tanpa sebarang pembelaan dan bukti. Zalim kerana melantik orang yang bukan ahlinya sehingga menimbulkan banyak masalah walau baharu sebulan aku dibuang kepada ahli jemaah masjid Nilai. Zalim kerana KAU menyokong dan mengampu orang yang ada pangkat Dato' dan BERJAWATAN walaupun KAU tahu mana yang salah dan benar. KAU sembunyikan kebenaran yang sepatutnya KAU cegah MUNGKAR. KAU lah BANGSAT dan PENGKHIANAT AGAMA!

Apa alasan KAU bila ditanya? ARAHAN ORANG ATAS bukankah KAU sepatutnya buat ARAHAN TUHAN??? Ustaz yang TERLAMPAU, lupa mahsyar dan hari kebangkitan. Doa aku yang dizalimi, moga Allah menghukum mereka yang terlibat sama dan bersetuju dengan kemungkaran tersebut.

Aku? Aku tidak mahu jadi ANJING atau BABI kepada agama aku sendiri. Aku terus tulis atas surat tersebut 'SAYA TUNTUT DI AKHIRAT' dan mengoyakkan surat subahat itu dan poskan semula kepada dia. GANAS? BRUTAL? X PATUT? KASAR? Di antara 10 sahabat baginda s.a.w yang dijamin masuk ke SYURGA, ialah antaranya Saidina Umar AL-Khattab yang garangnya menakutkan bukan sahaja manusia tetapi juga iblis laknatullah, sehingga diriwayatkan dalam hadith jika Umar telah melalui satu jalan, nescaya iblis tidak mahu melalui jalan tersebut.
Alhamdulillah walaupun mereka telah pecatkan dengan ZOLIM aku masih dirahmati Allah kerana aku merasai ketenangannya dan juga 2 jawatan yang terbaik untuk ku. tunggu dalam penulisan yang akan datang... hehehe Rezeki itu ketentuan Allah bukan manusia KODOK lagi BONGOK macam KAU!

INGAT lah wahai diriku, INGAT lah wahai mereka yang mengucap, mengakui SYAHADAH, janganlah KAU jual AGAMA dengan gaji, wang ringgit yang sedikit kerana KAU tidak mampu membayarnya semula!

Khamis, 2 Februari 2012

tanya sama pokok... apa sebab bongok?

Bangsar, 3Feb2012 - Baru masuk opis selepas lama 'mengular'. Sebagaimana penulisanku sebelum ini, aku suka kerjaya ini travel+hujah+skill+jumpa orang dan yang paling penting, setiap hari adalah baharu bagiku. dan coretan kali ini banyak cerita panas tapi aku tak dapat nak disiplinkan diri untuk letakkan masa menulis. Sekarang? aku menulis di atas sebuah meja di sudut bengkel kenderaan Lamry di Bandar Sri Putra. Alphard dan Kelisa on progress. kenapa aku servis di sini? tokey dia, Fahran anak jiranku, dan aku bangga kerana kedai mekanik melayu yang besar, habis lah cina-cina sebelah tunggu customer x datang. Ayuh jihad ekonomi!
Sebenarnya aku baru, eh jap.. apa beza baharu dan baru? Menurut seorang guru bahasa melayu yang pernah aku sembang, baharu adalah kata yang betul. bahru atau baru adalah tidak tepat so gunakanlah yang benar dan betul ya. sambung balik, sebenarnya aku baharu balik dari Kelantan menerima masuk pentauliahan sebagai peguam sana, bagi mereka yang tiada info pasal ni, bagi area bidang shariah, mereka memerlukan keizinan masuk atau pentauliahan dari setiap mahkamah negeri bagi berkhidmat sebagai peguam. Berbeza dengan sivil yang mana hanya akan ada 2 kaedah untuk diterima masuk di seluruh Malaysia, dengan cara 'short call' kemudian chambering selama 9 bulan dan kemudian 'long call' di mahkamah dengan memaklumkan latar belakang peguam muda dari dilahirkan sehingga kini, dan juga tampalan sehingga tiada bantahan untuk diterima masuk sebagai peguam. Biasanya syarat utama diterima masuk ialah tidak muflis atau bankrap, tidak pernah ada sejarah jenayah dan memiliki kelayakan akademik... oiit 'miscall' xde lah bro.. hehehe
tak sedar tekan meternya, so tu yang berdesup ke Kelantan dari Bangi 12.15 sampai bukit beruntung amik anak buah atheef gerak ke simpang pulai rehat di Gua Musang berhenti solat, makan dan isi minyak teruskan sampai Kota Bharu dalam pukul 8 malam itu pun setelah tersesat di KB, hehehe... Perjalanan kali ini menarik kerana aku bersama-sama keluargaku, Abah, Umi, Atheef, Anas, Wife dan juga mak mertua. Penuh kereta tetapi penuh bahagia kerana itulah tujuan utamaku memiliki kenderaan mewah ini. Balaslah jasa orang tua, kerana masa inilah kita ada bagi membahagiakan mereka.
betul, buka wang ringgit yang mereka pinta, bahagia mak ayah ni bila mana anak-anak dia bahagia juga. Aku seorang bapa, berani aku kata demikian. Gambar di atas juga pengalaman aku bersama keluarga di sebelah mertua yang sama-sama kami keluar makan malam di Umbai, tempat yang tersohor dengan Ikan Bakar Kedai Pameswara. Buktinya, semua orang gembira berkongsi cerita bila bersama, aku? macam biasalah semakin mesra dan rapat dengan anak-anak buah.
nikmat yang sedikit dikongsi sama-rata. nikmat yang banyak dikongsi dengan ramai orang lagi jika mampu. Bukanlah bermakna kita membazir makan mewah-mewah, cuma ada hadith nabi tanda seorang hamba itu dilimpahi nikmat dan rahmat dari Allah bila mana ia memperolehi nikmat keluarga bahagia, rumah yang selesa dan kenderaan yang selesa - mafhum hadith.
kegembiraan atau 'feel good' kita tak boleh beli di mana-mana, kekadang dengan sedikit usaha dan pengorbanan ianya membawa sejuta kegembiraan dan silaturrahim, cubalah.
cubalah, walaupun harganya RM1.20 di kedai mamak dan di restoran menjadi RM6.20, beza ini lah 'feel good' kerana anda akan berusaha lebih untuk memenuhi hajat tersebut tetapi ingat JANGAN JADI HAMBA DUNIA.
berapa harga ni? presentation yang sedikit hias, harganya 2 atau 3 kali ganda daripada biasa.
untuk dua wajah insan kesayangan hamba, daddy akan cuba berusaha apa yang terbaik dunia dan akhirat.
Tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang baru mendirikan rumah tangga, kena ingat dirikan senang, tetapi untuk menyelenggara rumah tu daripada musnah, perlukan ILMU, KESABARAN dan KEBIJAKSANAAN. Insha Allah ada petunjuk dari Allah kelak.