Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 19 Ogos 2012

terimalah amalanku ya Allah...

Sungai Ramal, 19Ogos2012 - masih di dalam mood ramadhan. Indah dan setiap detik dirasai kehadiran limpahan magfirah dan rahmat dari Allah. Alhamdulillah walaupun aku bukanlah imam rasmi di mana-mana masjid pada tika ini, namun undangan sebagai imam jemputan di masjid dan surau mengubat kerinduan itu, dan alhamdulillah malam yang ke-27 ini dijemput mengimamkan solat sunat teraweh dan witr beserta Qunut nazilah di sini, Masjid KLIA Airport Sepang. 

Aku bukanlah insan yang terbaik, namun aku mahu jadi yang terbaik. Aku merasai kehadiran perasaan ini apabila menjadi imam. Imam paling hadapan di dalam barisan jemaah dan memimpin solat. Bahkan nabi SAW bersabda, orang yang di belakang imam pula hendaklah mereka yang telah baligh dan ahlunnuha(ahli yang bijak) iaitu yang berilmu kerana dikhuatiri jika tersalah imam dapat ditegur dan digantikan agar memelihara solat, dan falsafah ini seperti membina sebuah negara, jika pemimpin tersalah dalam membuat keputusan dan percaturan maka bakal penggantinya perlualah menyiapkan diri dengan kebijaksanaan bagi mengambil tampok pemerintahan.

jangan sesiapa sebut pasal keimaman kerana ianya soal sensitif di hadapan ku, aku merinduinya(tugasan berkhidmat) mungkin ini adalah masa aku diuji oleh Allah, lantas teringat ayat-ayat Quran membicarakan tentang ujian bagi mereka yang disayangi Allah tanda Allah menaikkan darjatnya.

Selasa, 7 Ogos 2012

Musafir di Ramadhan al-Mubarak

Kepala Batas, 7ogos2012 - sebaik sahaja menerima surat dari JKSM Pinang yang memintaku memusing Pulau Pinang untuk mendapatkan pengesahan dari Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tingginya, maka aku menggerakkan jentera dan nekad ke sana, pertama di saat ini bonda dan kakanda sekeluarga sedang menunaikan umrah di bulan ramadhan, kedua perjalananku ini hanya memerlukan masa sehari kerana mempunyai tugasan yang lain untuk diselesaikan dan ketiganya, ia berlaku dalam bulan ramadhan al-Mubarak, dan seusai sahaja mengimamkan solat isyak dan teraweh berjemaah di Surau al-Umm, Sungai Ramai Dalam atas jemputan ke sana, maka aku menguatkan semangat perjalanan akan diteruskan juga kerana bimbang  masa menyemburuiku kelak, aku pernah menulis di blog ini mengapa aku memillih untuk menjadi peguam rakyat, ya kerana aku suka merantau iaitu 'travel'.
Aku terpaksa menyusahkan opah di Gopeng Perak dengan berehat sebentar di sana dan sampai pada jam 12 tengah malam, asal di hati hendak sahaja meneruskan perjalanan dan tidur di Pinang, namun kerana pesan dari sahabat, tak selamat lah kalau tidur sana kerana ada juga geng-geng mat rempit kat situ. Lagipun apalah salahnya aku singgah di rumah Opah melihat wajahnya dimamah usia namun cekal dan tabah menjaga 2 orang insan, iiatu seorang pakcikku yang ku panggil cak din yang gila dibuat orang kerana dengki, dan seorang lagi makcikku yang ku panggil mak opah, cacat disebabkan demam kena hujan panas, dalam kiraanku umur opah sahaja mencecah 90 tahun atau lebih dari itu lagi, dan sekaligus ingatanku teringat pada arwah atok yang meninggal di mekah, banyak nak ku ceritakan dan simpan di simpanan maya agar tatapan generasi ke generasi, mungkin di masa yang lain. Insha Allah.
ini destinasi pertamaku, JAWI masjid yang berada di tepi jalan, dan aku sahur di dalam kenderaan, melihat keadaan yang pelbagai menyebabkan aku banyak berfikir, bermuhasabah dan menambah atau mengurangkan atau mengadakan atau menghapuskan yang mana kuasa tindakan itu bermula dari aku sendiri. 
jemaah subuhnya dan terasa hangat mesra dan bangun bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah apatah lagi di bulan ramadhan yang mulia. di samping itu, aku terpaksa juga membeli helaian peta di stesen minyak kerana tidaklah mahu sesat ataupun aku ini sombong dengan tidak menggunakan GPS, hehehe..

Kenapa gambar ni ada? inilah gambar atau mahkamah pertama yang ku kunjungi, tepat jam 8pagi aku dah terpacak dan bertanyakan ke kaunter, kak saya nak buat tampalan peguam syarie pulau pinang, akak ni membalas soalan ku dengan muka.. "blur'.. tampalan??? Apa tu dik? awak ni peguam ke dari mana? kak ni mahkamah syariah kan? ni mahkamah majistret dik oooii, mahkamah syariah kat sebelah, eh yeke, malunya aku... keluar... patut lah keliru, sebab ada tulis JAWI, hahaha inilah kalau nak cepat sangat, tapi memang aku laju bayangkan satu pinang aku selesai sebelum pukul 12tengahari, kau ada? hehehe...


Seingat aku, masa ke Pinang dulu ketika sahabat aku berkahwin di Masjid Negeri Pinang, kira-kira 6 atau 7 tahun yang lalu... Banyak kenangan juga semasa di sana pada saat itu, itupun dengan menaiki bas dan kini aku ke sana atas nama tugasan. Moga adalah rezekiku, insha Allah.



 Inilah pemandu pelancongku di Pinang, yang mana dia menghubungiku dan aku juga bertanyakan kepadanya setiap kali berlakunya kesesatan dalam perjalanan, kalau takda lah sahabat ni memang x ketemu kut dengan semua mahkamah yang dicari tu.. alhamdulillah.




Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan semua dan bergegas untuk pulang ke rumah, terasa pula macam main Explorace, dan kurakamkan penghargaan ini kepada sahabatku Hisham yang membantuku dengan bersungguh  dan tanpa jemu sehinggalah aku dapat menyelesaikan tugasan ini, kesemuanya berjalan dengan baik dan cemerlang.

Khamis, 2 Ogos 2012

Walaupun sepi tapi tidak sunyi

Bangsar, 3Ogos2012 - aku masih di opis, setelah sekian lama tidak pergi ke sini eh sana, entah lah sehingga aku sering di'usik' kerana lama tidak ke ofis, maklumlah, kalau masuk ofis sekadar untuk bermain facebook lebih baik aku di rumah dan menyiapkan tugasan yang diberikan, kaedahnya sama dan jangan pula ada rasa tidak puas hati kerana matlamat yang sama dengan cara yang berbeza. 

Kisahku kali ini sebenarnya aku tidak pasti samada aku sedang mengalami proses kejatuhan, kesuraman, kegagalan atau sbeagainya namun teringat petikan dalam buku EMyth ditulis oleh Michael E. Gerber yang menyatakan halangan dan ujian bagi orang yang gagal ialah satu kejatuhan tetapi bagi sang Wira adalah cabaran yang menyeronokkan. 



Aku tidak lagi imam masjid rasmi, namun aku diberi peluang berkhutbah di sana-sini, Aku bukan lagi penceramah tetap di masjidku sendiri, namun ada juga jemputan teringatkan ku lagi, aku dikeluarkan dari bumiku sendiri, tapi Allah memberikan aku bumi dan tanahnya berkali-kali, Apa lagi yang tidak mencukupi andai silap dan kurang itu ialah atas perbuatanku sendiri..

Di tengah-tengah berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini juga aku mendapatkan keputusan peperiksaan ku di UiTM, alhamdulillah... seronoknya rasa hati, kerana usaha yang kecil telah diganjari berkali-kali sekali lagi, tiada alasan untuk ku kufuri, terus lah mara wahai hati, kerana sunnatullah jika diriku dan kamu juga diuji, berkali-kali...

Di tengah-tengah perbincangan bersama-sama rakan, terlintas pula keratan akhbar ini di depan, lantas ada idea yang akan ku keluarkan...




Rabu, 1 Ogos 2012

Imam Mekah

Alor Gajah, Melaka, 1ogos2012 - balik rumah mentua berbuka di sana kerana dijadualkan isteri akan bertugas semasa 1 Syawal. So balik awal dulu dan sekurang-kurangnya, rasa rindu pada keluarga akan dapat ditampung, kasih sesama insan adalah sunnah baginda SAW. Namun terkadang membaca laporan akhbar manusia yang hidup kebinatangan sehingga sanggup membunuh anak kandung sendiri adalah tidak masuk akal dan sememangnya perbuatan itu tidak berakal. Kita janganlah menghukum orang atau manusia lain, contohnya begini, si Ibu membunuh anaknya dengan membaling anak kecil itu dari tingkat bangunan sehingga anak itu mati. Lantas masyarakat zalim dan lebih zalim dari binatang. Aku mengambil kesimpulan begini, mungkin ibu tadi di saat ia melakukan jenayah tersebut ialah ketika dia tidak berakal waras, mungkin kerana tekanan emosi yang kuat dan boleh dikatakan ia GILA. Di sinilah beruntung jika agama menajdi pakaian kita, hidup kita bersyariat dan terpelihara. mudah-mudahan.
aku ada anak kecil, dan aku berpengelaman membesarkan anakku dari dilahirkan sehinggalah di saat ini, ragamnya, sakit demamnya, perangai ragamnya, aku rasai dan menerima keletahnya dengan pandangan positif. Bila pandangan mata kita menilai sesuatu dengan positif, maka ianya kan jadi positif dan lebih terasa kemanisannya walaupun ianya sebuah penderitaan, tengok sahaja anakku berperangai semasa di dalam bulan puasa. Sedar-sedar dari tidur dia habiskan bedak sebotol main-main dengan muka tak bersalah, macam nak buat capati je, hehe... dah lah kerajaan tengah kempen Janji dicapati, hehehe... ok no komen pasal politik kerana terasa masih tidak bebas.
tidak mengapalah nak oooiii, mainlah asal anas gembira. masa kecil ni tidak mengapa, tapi bila dah besar jangan tewas membesar menjadi ulama dan bantu masyarakat ya!
Aku tidak meletakkan apa-apa syarat atau paksaan buat anakku samada dia mahu jadi apa, namun aku mahu dia jadi yang terbaik di dunia dan di akhirat. Begitu juga aku, aku sangat bercita-cita mahu menjadi imam Masjidil haram dari kecil lagi, sehinggakan di saat ini aku masih teruja melihat mereka di kaca tv semasa siaran langsung dari mekah, semasa aku berumur 12tahun, aku telah dilatih setiap kali ramadhan akan ke masjid Kampong Bharu untuk mengikuti teraweh bersama Syeikh Idris dari Mekah.
semuanya pasal masjid kan? Masjid adalah tempat sujud dan dikenali sebagai rumah Allah, dan sesiapa yang menghadirinya akan dianggap sebagai tetamu Allah. adakah hati ku hitam dan tidak bersih kerana sehingga saat ini doa ku masih belom berjawab dan terjawab.... hem, mungkin aku tidak layak mengimarahkannya.