Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 30 Julai 2012

10 ramadhan 1433H

Gombak, 30julai2012 - pejam pelik kini dah masuk ke ramadhan yang ke 10, alhamdulillah segala puji dan syukur kepadaNya atas segala nikmat kurniaanNya, ramadhan datang dan pergi, cuma sedikit rasa dalam hati, aku masih begini, aku tidak PUAS. TIDAK PUAS. pernah aku bercerita pada teman-teman, sekarang umur aku sekian-sekian dan masih belum ada satu perasaan PUAS dengan pencapaian aku,.....zi, ko nak apa lagi, semua dah ada, kitaorang ni yang baharu nak merangkak, ko dah established dah pun,.... kata-kata penyejuk hati. aku masih dahagakan ilmu dan yang paling kurasakan ialah perasaan ini, ada sesuatu yang belum memuaskan hatiku, benar di usia aku ini ada nikmat yang haram aku nafikan pemberian Allah tapi, aku tak tahu.... adakah ini rasa? kehendak? mahu atau tahu?

kesempatan cuti, atau 'mencutikan' diri dipenuhi dengan adegan buffet ramadhan yang telah masuk tahun ke-2 aku berbuka puasa di hotel uniten. aku ada reason tersendiri kenapa aku menghabiskan duit di sini, yelah mesti ramai yang cakap, kat anak yatim ramai yang belum diberi makan...
Allah masih beri nikmat kepada kita, samada kita bazirkannya atau tidak mensyukuri berlaku dalam kondisi samada anda KAYA atau MISKIN, ingat, Allah lebih benci orang miskin yang sombong!


Rabu, 25 Julai 2012

Soalan Metro: Puasa tapi tak Solat

Bangsar, 26Julai2012 - Penat berpuasa? Jom baca artikel ni..


Soalan 1
BAGAIMANA dengan hadis Rasulullah SAW yang bersabda, "Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (Hadis riwayat Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah). Kemudian, mengambil kira berpuasa di bulan Ramadan ini, apakah hukum seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas atau beralasan terlalu sibuk?
Isu orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat telah banyak dibincangkan bahkan menjadi konflik kepada masyarakat. Pada hakikatnya permasalahan ini dibahagikan kepada masalah asas iaitu tidak menunaikan solat tetapi berpuasa di bulan ramadhan. Bagi mereka yang mengingkari suruhan solat dan menolak kewajipan solat dengan sengaja maka dihukumkan sebagai murtad(terkeluar daripada agama Islam) oleh sepakat (ijmak) ulama dan tidak sah puasanya, manakala bagi mereka yang tidak menunaikan solat kerana malas atau sengaja tanpa keuzuran syarie tetapi tidak menolak kewajipan solat maka sesetengah ulama mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana dia masih beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan tidak mencela atau menafikan apa yang dibawa oleh nabi SAW dan hanya dihukumkan sebagai fasiq.
Pendapat Syeikh Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya Fatawa Muasirah, “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat iaitu mendirikan solat, membayar zakat, dan berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran maka dia telah melampaui batas terhadap Allah”.
Namun demikian, janganlah kita mengambil ringan isu ini dengan menganggap puasanya tetap diterima walaupun tidak solat, kerana puasa itu mendidik kita agar lebih bertaqwa sebagaimana dalil pensyariatan puasa di bulan ramadhan dalam surah al-Baqarah ayat 183 dan 184. Bahkan puasa sebegini sah jika memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa iaitu dimaksudkan sah ialah dia tidak dituntut dalam fiqh untuk qadha (gantikan) puasa. Namun persoalan yang harus ditanya oleh setiap mereka yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat ialah adakah puasanya diterima oleh Allah sedangkan terdapat hadith berkaitan dengan puasa yang diberi ingat oleh nabi SAW kepada kita semua, ada yang puasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Sebagai contoh, orang yang berpuasa tetapi memfitnah dan berkata bohong, sebagaimana sepotong hadith riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah, nabi SAW bersabda, “sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya.”
Hanya dengan kerana berakhlak mazmumah(buruk) telah menyebabkan puasanya ditolak Allah apatah lagi solat fardhu yang dosanya berkali-kali ganda jika ditinggalkan. Janganlah menang sorak kampung tergadai. Puasanya penuh tetapi solatnya diketepikan.

Soalan 2
ADA umat Islam yang silap kerana meletakkan keutamaan tidak pada tempat sepatutnya seperti menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid tetapi solat wajib lain tidak pula dilakukan secara berjemaah. Komen ustaz.
Solat fardhu yang ditunaikan secara berjemaah itu dihukumkan sebagai fardhu kifayah oleh mazhab Syafie dan disokong oleh hadith Ibn Umar yang menyatakan mereka yang menunaikan solat fardhu secara berjemaah adalah lebih utama daripada solat bersendirian dengan 27 darjat bahkan ada hadith yang menerangkan nabi SAW sanggup membakar rumah mereka yang tidak mahu menunaikan solat secara berjemaah. Namun, alasan popular bagi mereka yang tidak menunaikan solat fardhu secara berjemaah berbanding menunaikan solat terawih secara berjemaah ialah disebabkan kekangan masa dan faktor kerja seharian yang membataskannya. Alasan tetap alasan kerana pepatah melayu ada menyebut hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika dilihat dari sudut yang positif, dengan menunaikan solat terawih secara berjemaah juga boleh mendidik kita mengamalkan solat fardhu secara berjemaah. Lihat sahaja bila waktu solat sunat terawih, berapa ramai jemaah-jemaah baharu yang ‘baru nampak muka’ hadir ke masjid dan surau-surau bersama-sama menghidupkan malam ramadhan dan ketika ini sewajarnya pihak jawatankuasa perlu memikat mereka untuk terus menghidupkan solat berjemaah ini pada tiap-tiap kali solat fardhu. Musuh-musuh Islam cukup takut jika solat fardhu Subuh di masjid-masjid seperti solat jumaat atau solat terawih. Isu mendahulukan solat sunat lebih utama berbanding solat fardhu adalah faktor pentarbiayahan(pendidikan) yang berterusan tanpa menuding jari menyalahkan sesiapa, tetapi mulakanlah dari diri sendiri dan keluarga lebih-lebih lagi ketika musim didikan jiwa semasa ramadhan yang mulia.
Soalan 3
ADA sebilangan umat Islam yang faham berpuasa di bulan Ramadan itu hanya sebagai adat saja bukannya ibadah wajib. Bagi mereka, jika tak puasa selama 30 hari maka tidak 'syoklah' apabila hendak beraya nanti jika ada hari yang mereka 'tuang' puasa. Komen Ustaz.
Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 183 dengan menyebutkan, “wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” Dari sini jelas, puasa adalah ibadat yang juga dilakukan oleh umat terdahulu bahkan dalam bidang perubatan juga mengakui puasa perlu dilakukan sebelum pembedahan atau sebagainya. Bagaimana mengkoreksi diri dengan benar-benar beriltizam puasa yang ditunaikan tidak menjadi adat semata-mata dan bukan hanya dengan alasan tidak seronok beraya jika tidak puasa penuh adalah satu soalan besar kepada kita. Dalil pensyariatan tadi menyebut, Allah memanggil mereka yang beriman dengan diberikan tugasan istimewa menunaikan perintah berpuasa. Bayangkan jika majikan kita memberikan ‘tugasan khas’ kepada kita kerana kelayakan dan kemampuan kita melaksanakannya, tidakkah ianya menjadi kemegahan? Puasa hanya diperintahkan kepada orang yang beriman dan kita yakin bahawa orang tersebut adalah kita lantas menunaikan perintahNya dalam keadaan taat dan sukacita, misalnya guru besar memanggil kesemua pengawas sekolah daripada keseluruhan pelajar yang sedang berhimpun untuk tunggu selepas perhimpunan, maknanya orang yang beriman itu adalah mereka yang terpilih untuk menunaikan ibadah puasa dan sepatutnya perasaan berbangga ketika menjalankan perintah Tuhan kerana dalam banyak-banyak manusia hanya yang diiktiraf sebagai beriman sahaja yang akan melaksanakannya. Melalui pencerahan minda sebegini sahaja, ritual puasa yang dianggap adat menjelang ramadhan dapat ditukar kepada ibadah dengan menghargai perintah yang telah diberikan dengan menjalankannya sebaik mungkin kerana ganjaran seperti orang yang berpuasa diberikan kemakbulan doa, nafasnya adalah ibadat dan pahala, memperoleh kesihatan yang baik, amalan diganda-gandakan, diberikan 2 kegembiraan, malam al-qadr dan banyak lagi ganjaran terhebat ditawarkan bagi mereka yang menunaikan ‘tugasan’ ini. Ketika ini, perasaan ‘syok’ beraya tanpa ‘tuang’ puasa akan bertukar kepada tangisan sedih di saat berpisah dengan ramadhan yang dicintai.

Soalan 4
'TREND' ibu bapa pada masa kini sering menekankan kepada pendidikan dan latihan kepada anak kecil mengenai puasa. Alhamdulillah ia satu perkembangan yang amat baik. Contohnya, anak yang berumur lima tahun dikejut untuk bersahur untuk berpuasa. Apabila mereka kata lapar hendak berbuka, kita pujuk supaya mereka dapat bertahan. Malah menyediakan upah tertentu jika mereka dapat berpuasa. Namun sepatutnya ia mesti diiringi dengan solat sekali iaitu ingatkan anak untuk solat juga dengan mengatakan puasa dan kena solat juga. Jika tidak, setiap tahun kita didik anak untuk berpuasa tanpa menitikberatkan kewajipan bersolat yang perlu dilaksanakan setiap hari lima kali sehari semalam. Ulasan dan komen Ustaz
Dalam masyarakat yang pelbagai ragam, adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika terdengar anak mengadu bahawa arwah ibu atau bapanya tidak pernah berpuasa, sudah tua tetapi tidak puasa, cerita puasa tetapi tidak solat juga adalah sebahagian daripada ‘cerita-cerita’ di musim puasa. Berbalik kepada didikan dalam beragama itu sendiri iaitu memahami agama. Pemahaman yang betul dan tepat akan membuahkan akhlak yang terpuji dan hebat. Nabi SAW menyuruh kita mendidik anak-anak mengenal agama dan bukan hanya fokus kepada perbuatan dalam agama kerana kelakuan ritual menandakan kepatuhan kita kepada Allah. Didik anak menahan lapar dahaga dalam berpuasa tanpa memahami tujuan sebenar orang Islam perlu berpuasa. Ada benarnya bila ibubapa menyatakan budak-budak tidak faham tujuan dan matlamat berpuasa atau bersolat dan sebab itulah ibubapa hanya menyeragamkan mereka melakukan ibadat tersebut semata-mata. Satu kisah tentang seorang bapa yang telah bersara dan anaknya yang pulang dari sekolah agama. Anak tersebut bertanyakan kepada bapanya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. “Ayah, tadi sekolah ustazah cakap malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada nabi.” “Betul”, jawab bapa tadi dengan yakin. Anak tadi bertanya lagi, “kalau begitu malaikat jibril sedang buat apa sedangkan nabi SAW sudah wafat.” Maka ayah tadi menjawab dengan keadaan ego walaupun di hatinya tidak tahu akan jawapan soalan anaknya dan menjawab dengan selamba, “agaknya tengah ‘makan’ pencen macam ayah”. Senario ini jelas berlaku lahir daripada kesan tidak memahami agama tetapi hanya agama itu dibaca, dihafaz dan ‘dimuntahkan’ semula semasa peperiksaan. Mulakanlah dimensi baharu dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak dengan memahamkan mereka lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ini dengan memberitahu anak-anak matlamat, keperluan dan halatuju dalam ibadah seperti puasa. Sekecil usia 3 tahun boleh memahami wang ringgit berwarna hijau dan biru boleh membeli apa dan sebanyak mana, apatah lagi dalam ibadat puasa dan solat yang janganlah dipisahkan. Kalau ganjaran seperti wang ringgit bagi anak-anak yang puasa penuh boleh kita tawarkan kenapa tidak tawarkan mereka juga dengan janji-janji Allah dengan balasan yang baik. Seimbang dari sudut galakan dunia dan ganjaran di akhirat.


Sabtu, 14 Julai 2012

Kembali berombak...

Sg.Ramal, 15hb Julai 2012 - mencari masa dan kesempatan menulis untuk diri sendiri dan di saat ini telah pelbagai kisah dan rencah yang berlaku pada hidup aku. sambil menulis dan sambil diulit-ulit oleh anakku Anas Haziq. Lihat gambarnya yang terlena di kerusi kerana mengada-ngada, anak lelaki baharu berumur 2 tahun sememangnya begini. Aku telah berkorban untuk anak ini namun tidaklah layak aku mengaku di sini aku telah melakukan segalanya, tetapi di saat ini aku telah dipecat daripada masjid ar rahman. Aku belum bersedia untuk ulas segala-galanya di sini, tetapi perasaanku seperti dahulu, kecewa dengan jodoh yang tidak panjang, puncanya masih lagi seperti dahulu cuma dalam versi yang baharu, aku akur dengan takdir dan qada qadar Ilahi.

Andai itu bukan rezekiku aku redho, cuma memiliki tanggungjawab sebagai penanggung quran membuatku khuatir andai ada ruang dan peluang untuk aku mengulang hafalan tersebut. terima kasih kepada mereka yang membantu dalam hidupku setakat ni termasuklah yang menjatuhkan ku.
keluargalah yang sewajarnya diutamakakan, biar pun mereka adalah tanggungjawab kita, seolah membebankan namun merekalah penyejuk hati kita.


CERITA 2
aku tak nak komen apa-apa, cumanya gambar yang menceritakan ini belum tahu akan kebenarannya, biarlah kata-kataku terkunci dahulu kerana apa yang aku lakukan adalah ikhlas kerana Allah dan aku ketepikan kesan sampingannya.
mereka perlukan bantuan dan sapaan.
Andailah aku diizinkan kekayaan dan nikmat, aku berjanji pada diri agar dapat membantu mereka yang memerlukan, ketepikan sentimen politik, didiklah hati mencintai Allah barulah akhlak kita terdidik, Ya Allah tulisanku tidak berbeza, cuma rahmatMu yang ku rasa, walau sesusah mana, agar hati ku tidak lalai dan leka...
CERITA 3

Biar rumah terbakar tetapi tidak dibakar Tuhan di akhirat...


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam meneruskan hidup ini dengan keredhoaan Mu dan tabahkan lah hati kami agar menempuh hidup dengan berlandaskan syarak dan peroleh syurga dari Mu.

Khamis, 5 Julai 2012

Sebulat kek... pusing keliling dah pening...

Masjid Ar Rahman, 6 Julai 2012 - saat ini adalah saat terakhir aku berada di masjid ini. dan inilah masjid ketiga yang pernah aku bertugas secara rasmi menjadi imam dan sebagainya, ceritanya panjang dan akan aku kupusakan di lain masa penulisanku. Cerita kali ini bukan lah kesinambungan cerita happy birthday walaupun tajuk kek masih menjadi perdebatan. Ianya lebih kepada putaran atau pusingan kehidupan kita, ada turun naik dan kekadang di atas dan kekadang di bawah adalah adat dalam kehidupan.

di saat duka, carilah yang menggembirakanmu, dan di saat ada, hargailah sebelum ianya tiada kerana pusingan itu telah pun menjadi sunnatullah bagi kita semua. itulah konsep yang aku berpegang dan beringat selagi masih terdaya. Aku suka mencari masa bersama keluarga dengan membawa mereka berjalan-jalan meluaskan pandangan dan impian disamping mencar makan. hehehe...

sekali-sekala bila bertukar selera, anak mata pun boleh berubah, dari belacan menjadi western...
yang penting, harga sebuah kegembiraan tidak mampu diukur dengan wang ringgit tetapi sejauh mana ikhlas kita sebagai pemberi dan yang menerima, apatah lagi Tuhan Yang Maha Memberi dan lemahnya insan yang tidak putus menerima, namun itulah kita namanya HAMBA.
hari ini, daddy dan mummy belikan Anas sebuah set permainan padang, agar Anas tidak gentar dengan ujian,agar Anas boleh kecapi apa yang diimpikan tetapi INGAT, betul pada LANDASAN.
Coklat? Van Houten? kisah isteri yang nak buat kek, tak jumpa serbuk, keping ciklat ku tibai. dan hasilnya, boleh lah untuk first attempt. tahniah!

Isnin, 2 Julai 2012

Happy Birthday Daddy... I'm 28 now, siighhh

Sg.Ramal, 30jun2012 - Allah selamatkanlah aku... Allah selamatkanlah aku.. Allah selamatkanlah si bapa Anas, moga hidupnya selamat dunia akhirat... Akulah tu... hehehe Yup, genap 30jun1984 bersamaan 1 Syawal aku ditakdirkan melihat alam ini, dengan tujuan menjadi khaifah Allah di muka bumi. Segala puji baginya, aku masih lagi bernyawa dan diberikan kehidupan sejahtera, rezeki dan keluarga yang bahagia, hanya amalan perlu diperbanyakkan. Insha Allah.

dan Anas yang memegang pisau pembelah kek yang dibelikan oleh isteri tersayang, sebenarnya aku bukanlah orang yang selalu menyambut hari lahir dan bukan juga meniru sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi mahupun Nasrani, cumanya bagiku dengan penapisan Ilmu yang aku ada, sambutan hari kelahiran yang tidak diiktiqodkan(ditaqlid) untuk menyerupai kaum laknatullah itu tetapi menjadi tiitk pertemuan sanak keluarga, saat-saat kegembiraan sekeluarga yang akan mengharmonikan keluarga melalui tarikh-tarikh penting dalam hidup, seolah satu bentuk penghargaan kepada diri sendiri dan orang yang menyambutnya adalah dituntut dalam Islam. Moga amalan ini tidak menyeleweng daripada pegangan Ahlus Sunnah.
dan hadiah dari isteri tersayangku, sehelai tali leher.. hermm, maaflah abang dah terlupa ikat tali leher, dulu suruh orang je, hahaha.. alhamdulillah mengingati lebih baik dari tidak dihargai.
dan sekeping kad ucapan yang penuh bermakna... TQ sayang, harapanku di usia yang baharu agar aku lebih kaya dan berjaya, sihat dan ceria, gembira dunia dan akhirat. Moga kita semua juga begitu sentiasa diredhoi Allah.