Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 14 September 2011

Bahu ini Bagai Sebuah Beg...

Pejabat UMNO Shah Alam, 15hb September 2011 - Baru nak taip job dah mai.. tungguuuu!!! dan alangkah lamanya untuk aku sambung blog ini dan sebagai signifikan kepada penulisan blog ini ialah aku semakin SIBUK! fuuuhhh.... berpeluh beb, mana taknya sebab aku yang tamak untuk buat semua dan ini adalah kerana aku yang MAHU! bak kata pepatah, di mana ada keMAHUan di situ ada HIGHWAY!

cuba bayangkan yang aku ada 24jam dan sama sebagaimana manusia yang lain juga. cuba bayangkan lagi jadual harianku pada saat ini:

4.30am - bangun, solat sunat.

5.30am - meninggalkan anak kecil itu untuk bagi mengimamkan SOLAT SUBUH BERJEMAAH di Masjid Putra Nilai dan sedikit tazkirah terjemahan bacaan dalam solat.

6.30am - bergerak ke tempat kerja di Bangsar atau ke mahkamah bergantung kepada tugasan semasa, maklumlah court yang aku pernah jejakkan kaki seperti di Seremban, Kuang, Gombak Timur atau Barat, Shah Alam, Wilayah Persekutuan atau berjumpa client di mana temujanji telah dirancang.

12.00 - 2.00pm - ada masanya aku ke Nilai semula bagi mengajar kelas agama di Majlis Perbandaran Nilai.

2.00pm - pulang semula ke pejabat dan mereuskan usaha dan tumpuan kepada bidang perundangan. SOLAT ZUHUR BERSENDIRIAN.

5.00pm - pulang dari pejabat dan terus berdesup ke UKM bagi mengikuti kelas master dalam pukul 6.00pm. SOLAT ASAR BERSENDIRIAN.

6.00pm - sesi pembelajaran SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH.

10.00pm - tamat kelas menikmati makan malam bersama kawan-kawan seperjuangan.

11.00pm - Bangi---> Nilai. pulang ke rumah.

11.30pm - Tiba di rumah menyaksikan anak kecil ini tidur. Ya Allah, selamatkanlah aku dan keluargaku dari bahaman api neraka Jahannam. SOLAT ISYAK BERSENDIRIAN dan rehat diri.

Gara-gara beg inilah bahuku terbeban. Gara-gara jiwa inilah, badanku ditahan. Gara-Gara Hidayah dan Syurga Allah aku berpesan agar peroleh kejayaan.

Isnin, 12 September 2011

Master Sifook...

Kampong Bharu, 13September2011 -disaat aku menulis sedikit coretan ini bermakna aku telah pulang dalam perjalanan bersama dengan Dato' Zaidi Zain melawat tapak sebuah rumah yang menjadi rebutan suami isteri yang telah bercerai di area Kampong Bharu, maklum sajelah semua nak kayo copek, sekaki kalau harga dulu ialah RM250, sekarang kerajaan sanggup bayar sehingga RM400-RM800 kaki persegi, dan harga rumah yang sebelum ini ala-ala setinggan telah menjadi hampir RM 8juta. Fuh.... pengalaman bersama panel-panel hakim rayuan mahkamah tinggi melihat dan akhirnya aku telah jumpa feel aku dalam bidang ni, Ya Allah berkatilah pekerjaanku.

Cuba teka di mana kau? keh..keh..keh.. di mana Dato Zaidi? keh..keh..keh..

oh ya, pada coretan sebelum ini aku sempat menceritakan perihal raya bersama keluarga yang penuh dengan masam manisnya, apa-apa pun inilah ujian kan. Hensem anak daddy ni bila sihat, kemas, pakai songkok lagi, masa raya tak beli songkok raya, lepas raya baru beli, tak kisah lah yang penting 'kemelayuan'nya jelas kelihatan. walaubagaimanapun pada gambar yang di bawah, aku selitkan gambarnya semasa demam, sedih dan sayu tengok bebudak yang demam. tertonggek-tonggeklah anakanda sorang ni dalam ketidakselesaan, sabar ya, Allah sayang Anas dan tanda orang nak besar memang gitu. Malam tadi bila balik ke rumah setelah menghadiri kelas MASTER di UKM dan hati terus sayu melihatnya telah tidur. Aku sendiri keluar ke kl lepas subuh dalam 6.30pagi then balik ke rumah dalam 10.30 malam. Sehari hanya 5 minit je aku main ngan dia, ya Allah aku sedari perasaan rahmat-Mu. Kalau soal anak kita sanggup bergolok gadai tapi bila tiba soal sang Pencipta anak kita lepas pandang je. cuba gunakan otak sebelah kiri kita untuk fikirkan ini, sehari ada 24jam dan 1jam ada 60minit dan ini bermakna kita ada 1440 minit sehari. Katakanlah kita tunaikan solat fardhu hanyalah 5 minit satu waktu 5x5 = hanya 25minit daripada 1440 minit dan bermakna hanyalah 1.47% mini yang digunakan. Insaf diri yang kita ni sering alpa dengan Tuhan kan???


dan pada raya yang ketiga semasa diadakan kenduri doa selamat buat keluarga mentua yang supportif dan menggembirakan dan bertuah kerana aku juga sebahagian mereka, aku berkesempatan bersama-sama memberikan sedikit nasihat dan tazkirah dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan happy birthday daddy lah buat pak mentua. hehe...

yang gambar bawah ini memang celaka, hampeh, tak guno... marah bobonar hati den ni, tarik nafas... huuuu...fuuuuhh moga diorang peroleh hidayah dari Allah. kesian elihat anak bangsaku yang tidak berpuasa, dan melepak di khalayak ramai, kalaulah diizinkan Allah aku jadi pemimpin akan datang, pasti akan ku panggil polis-polis tangkap mereka dan sebat di khalayak kerana beri contoh buruk kepada masyarakat sekeliling dengan menghisap rokok di khalayak ramai semasa bulan ramadhan di depan Giant Nilai, ini belum lagi kes yang dipanajngkan kepada aku geng melayu makan time tengahari di Nilai 3. Na'uzubillah...
Pertama kali menjejakkan kaki ke Pavillion bertemu dengan seorang gadis jepun ynag secantik norika fujiwara sehari sebelum raya, mungkin inilah kesan menonton cerita-cerita jepun semasa usia remaja, macam GTO sampai aku suruh budak junior masa di sekolah Maahad Hamidiah Kajang dulu memanggilku dengan abg.Onizuka, selepas rancangan Condo lovers di tv yang kesannya junior panggil aku abg.Yang Guo, watak hero dalam cerita tu dan sampailah aku pergi ke pusat video mana ntah kat Cheras mencari video lakonan Xio Long Nu, pelakon wanita Taiwan yang masa itu dah berumur 30 lebih. dan kegilaan ini juga jangan cakaplah dalam kes cerita Autumn in My Heart ke, Winter Sonata dan lain-lain.. huhuhu betapa rosaknya masa mudaku dengan cerita-cerita cinta ni. keh.. keh.. keh.. tu yang asyik rasa nak bercinta (ehem..ehem)
budak nak besar memang demam, gigi Anas pun dah banyakkan, atas ada 4 batang, bawah ada 2 batang, tapi yang bawah tumbuh dulu, so.. orang tua2 ada lah sebut kalau bawah dulu ni... yang kelakarnya aku je ada 32batang dengan kelebihan 2 batang gigi yang tumboh baru semasa berumur 17tahun, kalau ikut kata doktor gigi yang kerap aku kunjungi sekarang ni sebab asyik sakit, mungkin tulah daripada menendang seorang doktor gigi cina di Kampar, Perak masa darjah 2 sehingga aku lari dari kerusi.. kah..kah..kah kalau teringat memang lawak.
gaya pelajar-pelajar yang berjaya menyambung dan menyembang dalam MASTER UNDANG-UNDANG, sekurang-kurangnya aku ada cita-cita setinggi awan dan semangat sekuat gunung dan yang paling penting Tuhan Maha Kuasa Allah. moga perjalananku bersama dengan rakan-rakan yang lain dirahmati dan sehingga ke garisan penghujung. Doakan ya...