Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 20 April 2013

Bila Parlimen Bubar, hati rasa berdebar...

Sg.Ramal Dalam, 19hbapril2013 - sebaik sahaja diumumkan tentang pembubaran parlimen, terus sahaja hati aku menjadi kecut. aku adalah calon yang akan bertanding dan aku telah tinggalkan medan pertempuran terlebih dahulu sebelum bertempur kerana bukan aku tidak kuat atau mampu, tetapi aku diibaratkan sebagai panglima perang yang terpaksa ke luar dari saf peperangan kerana melakukan komitmen lain sebelum semboyan berbunyi lagi. kali ini memang berbunyi dah, segala telaahan dan tekaan di hadapan, aku diam seketika. ada beberapa panggilan amsuk yang mengaku dari parti ni mahu menjemputku kembali ke medan peperangan, semboyan telah dibunyikan dan aku adalah panglima yang dilantik tentera.
erk... aku terpaksa membatalkan hasrat berjuang di medan perang itu dan memilih medan peperangan yang lain sebagai perjuangan. maafkan aku wahai pasukan perangku, aku memilih menerus dan menamatkan pengajian di peperangan pendidikanku terlebih dahulu. aku telah memulakannya dan akan mengakhirinya sedangkan medan itu sekiranya aku telah terjun tidak ku pasti syahid atau tidak ketika bertempur kerana medan itu telah dikotorkan telah dihinakan sehingga bergelumang segala kekejian dan ke'shit'an, aku bukan melabel, aku bukan membuat spekulasi kerana aku pernah terjun ke dalamnya walaupun seketika namun terpalit najis di muka, busuk dan memberi sedikit kesan kepadaku. sehinggakan kebenaran yang mahu ditegakkan dilihat condong senget dan membutuhkan manusia lain.
biarlah aku memilih perjuanganku sendiri pada masa ini, melihat dari sudut pendiidkan masyarakat dan keluargaku sendiri, dan akulah general perang kepada keluargaku dahulu, biar tenteraku ini cukup terlatih dan memahami teknikal peperangan yang itu. maafkan aku kerana tidak sekuat sangkaan mereka, aku terpaksa diam tunduk dan mendoakan pimpinan mereka mencari kebenaran dan keadilan dipermudahkan.
inilah medan perjuanganku mencari ilmu dan menyampaikannya..
ayuh mereka yang di luar sana,  tugasku mengajak dan memberikan contoh yang terbaik selari dengan sabda nabi SAW yang bermaksud, ulama itu adalah perwaris para nabi. aku pilih peperangan ini, turun berjihad, berdakwah pada mereka yang mahu menerimanya
moga ada habuan akhirat pada perjuangan ini...
moga kemenangan syahid yang dicita akan terlaksana, ini fikrahku.. anda bagaimana

Ulangtahun Perkahwinan ke 5

Sg.Ramal Dalam, 21April2013 - menara kuala lumpur adalah lambang kebanggan negara dan semenjak ianya tertegak di atas Bukit Nenas Kuala Lumpur, aku sememangnya tidak pernah menaikinya. bagiku hanya bersama dan pada hari yang istimewa akan membuatkan aku berpuashati dan bersedia untuk ke sana. semasa sebelum kahwin atau selepas tidak terlintas untuk aku bawa permaisuriku ke sana, namun selepas Anas berusia 2 tahun lebih ini, dengan keinginannya melihat 'train', lori, traktor dan pelbagai jentera besar, biasa lah sifat kanak-kanak lelaki, menyebabkan aku cuba untuk mencuba menjejakkan kaki di sana.
sengaja aku memakirkan kenderaan di stesen lrt sungai besi dan akan menuju ke menara dengan kenderaan awam, pertama kali jugalah aku menaiki monorel ke sana dan perjalanan agak sedikit letih kerana Anas hanya berjalan sekejap dan kemudiannya minta didokong dan terpaksalah memikul seberat 12kg. namun pengalaman menarik juga apabila aku datang awal ke sana dan banyak perkara yang baharu dapat aku rasai dan menenangkan fikiran. oh aku terlepas membuat entri percutianku di cherating, pahang. aku akan postkan kemudian. memandangkan tempahan yang aku buat ialah 6.30petang hingga 8.30malam, maka aku telah sampai awal ke kawasan menara sekitar jam 5 lebih kerana ku sangkakan jalan akan jem dan almaklmlah 12 april semasa ini ialah hari jumaat orang balik dari kerja dan ada yang menuju ke kampung. kesesakan itu seolah-olah kewajipan. 
boring juga kena tunggu, penantian adalah penyeksaan. jadi apa yang boleh dilakukan ialah dnegan melihat-lihat sekeliling yang ada bilik tayangan yang menerangkan tentang menara, kedai-kedai sekitar, dan perkampungan Malaysia di bawah menara, sekaligus mood semasa ini adalah menahan kelaparan kerana dari siang tadi bersabar bagi menikmati makanan yang termahal bakal aku rentap dan sentap. satu kepada berharga RM 193 dan hidangan bagi kami ialah RM 396. macam makan sebulan kan, tapi di sinilah aku pertahan keistimewaan tadi yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Alhamdulillah rezeki yang dikurniakan membuatkan aku menikmati sesuatu. 
kami teruja dan tak sabar nak masuk.. Anas dah mula buat ragam dan aku risau dia mengaruk-ngaruk...
tengok dia dah buat muka dia, oh di pemandangan gambar ini kelihatan sebatang pokok jelutong yang menjadi lambang warisan kepada penjagaan flora di kawasan menara ini. jangan jaga sebatang pokok sahaja tetapi menebang berjuta batang di tempat lain.
baju yang kupakai juga adalah baju baharu yang dibeli untuk hari istimewaku. usia perkahwinan kami ialah 5 tahun dan alhamdulillah sehingga kini masih lagi bersama dan mengharungi bahtera dengan apa yang ku kemudikan kompas dan arah tujunya. siapa yang kahwin tidak pernah gaduh? cuma setakat ini yang aku dengar dari mulut Tuan Guru Dato Haron Din bahawa beliau dan isteri tidak pernah bergaduh hingga ke sudah, dan seronok serta iri hati dengan akhlak seorang tokoh Islam yang aku sanjungi. 
kami berada di restoran berputar dan melihat pemandangan Kuala Lumpur. yang peliknya, Anas yang mengaruk-ngaruk di bawah dan apabila berada di atas ini cukuplah baik denganku, diddy.. makan..diddy.. amboi tadi bukan main, dalam hati aku dapat rasakan feel good factor dan walaupun Anas tu kecik lagi dia tetap dapat merasai fatamorgana dunia yang sementara ini. moga aku tidak terpaut dengan penipuan ini.
akhirnya, makanan yang kuidamkan terdapat di sini. Abalon. apa yang aku tahu sememangnya makanan ini mahal dan sukar untuk didapati di kedai-kedai biasa, ianya tidaklah sesedap mana tetapi aku dapatlah rasakan kemahalannya dan berpuas hati berada di atas sana, bila kita tinggi terasalah kita yang berkuasa, tidak hairanlah Firaun juga merasai perasaan ini.
stesen makanan berada di tengah-tengah dan tempat makan berputar dan satu putaran hampir memakan sejam lebih.
cerianya..
suasana malam..
amboi boleh possing lagi tu.. dahsyat lah Anas sekarang ni.. hehehe..
sebelum pulang aku menikmati live band dengan lagu 'my way'.. the road to succes.. sempat solat maghrib walaupun agak lewat di bawah menara, syukur pada Allah semuanya dalam perancangan ku dan diredhoi oleh Mu..