Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 28 Jun 2013

Ahad, 23 Jun 2013

Bath Tab punya pasal...

Kota Bharu, 23Jun2013- setelah dua tahun memiliki sijil guaman di negeri Che Siti Wan Kembang, tuntutan sebagai pemegang tauliah peguam syarie negeri Kelantan memanggil dengan membantu seorang kawan yang diuji dalam perkahwinan mereka. Kedua-duanya dari kalangan orang yang baik-baik, cuma mungkin kerana faktor balas dendam sesame pasangan yang menyebabkan perkara-perkara seperti ini mudah terjadi. krisis rumah tangga bukanlah sesuatu yang baharu, ianya menuntut kecekalan kedua2 pasangan, bukan hanya sebelah pihak.

Kenapa entri hari ni pasal bath tab? pada hemat aku jarang rumah-rumah orang melayu memiliki bath tab dan berendam dengan masa yang agak lama menikmati hidup bak kata orang putih la, hem.. aku ada dua pandangan di sini, pertama Islam melarang buang masa dan duduk lama-lama dalam bilik air, samada jamban atau pun tempat mandi kerana ada orang bezakannya, selagi mana ianya tempat kotor yang digemari iblis maka kita wajar jauhkan, sebab tu ruma orang dulu-dulu jamban atau bilik mandinya di luar, rumah. kenapa aku cakap bilik mandi pun kotor? sebab kita membersihkan diri dengan meratakan air ke seluruh badan dengan membuang kekotoran yang terdapat pada badan dan tidak semestinya najis. sebab tu kita tak kata sinki itu tempat yang kotor walaupun kita membuang sisa makanan sebab kita tidak mandi di sinki, bahkan niat mandi wajib pun sebut kita berhadath besar, maka samada bilik air atau jamban maka kedua2nya tempat kotor yang makruh kita berlama-lama di dalamnya.
 
Isu kedua ialah berendam dalam bath tab yang diamalkan oleh firaun pada zaman dahulu sehingga menghindarkan pelbagai penyakit, sebab tu barat akan merasakan berendam di bath tab dengan ubat aroma terapi akan mengurangkan stress dalam hidup, kita pun pernah dengar orang tua2 kata kalau berendam di kolam air panas akan menyembuhkan penyakit gatal2 dan kudis, penyakit menggatal tak boleh sembuh melainkan kalau dah ajal. hehehe..
 
malang tidak berbau, malang satu kawasan di Indonesia, maling ialah pencuri dalam bahasa Indonesia dan begitu juga rezeki, juga tidak berbau, yang berbau hanyalah makanan-makanan yang berbau atau baulu, gabungan bau lu buka kuih bahulu.. hehehehe.. setelah tiba di kota bharu dan mencari hotel yang penuh di Kelantan ni akhirnya aku redho memilih hotel yang mahal di sini iaitu renassaince dan pada mulanya call kata penuh sampai 4 5 kali call dan akhirnya operator kata ada kekosongan tapi business class, hem berapa tu? oh kerana istimewa pihak hotel membenarkan aku bayar kadar deluxe sahaja dalam 3ratus lebih dan diupgrade ke business class, wow.. ini namanya rezeki dan Alhamdulillah bath tab yang aku bayang2kan dalam 2 minggu lepas kerana teringin nak berendam atau main air kat swimming pool ke akhirnya dimakbulkan Allah. Tak caya tanya bini aku? hehehe..
kekadang melihat telatah Anas yang berselera dan ceria je kalau gi tempat mahal-mahal, makan mewah-mewah, hem macam manalah anak-anak yang bukan makanan ada depan mata malah peperangan yang sedang dihadapi, sebab tu aku memang tak boleh tengok anak-anak di Syria, Mesir  atau Palestin yang dibunuh atau diserang menggunakan senjata kimia. Bersyukur lah duhai anak...


makanan sarapan pagi di mana-mana hotel pun rasanya lebih kurang sahaja, kalau takde telur separuh masak maknanya belum cukup heaven lah orang kata, sebba tu hotel-hotel banyak bagi free sahaja, hehehe.. apa-apa pun pagi ini akan bersemangat memperjuangkan kes Saman Penghutang Penghakiman yang aku mewakili pihak isteri yang minta suami bayar segala nafkah-nafkah yang tertunggak mereka. moga diberikan kekuatan itu.
sengaja aku masukkan beberapa keeping gambar sekitar program motivasi sebelum ke Kelantan yang lepas.. Ada yang kata seronoklah jadi motivator, dapat banyak duit, boleh jadi kaya.. Oh.. Bullshit!
 
Jangan confius antara motivator, ustaz, pendakwah, kaunselor atau pakar psikologi... Mengajar ni luas ... jadi pensyarah, juru latih, cikgu and many more career including penceramah dan pendakwah semuanya mengajar tapi mereka berbeza ...walaupun ada ustaz yang juga pendakwah, ada motivator yang juga ustaz, ada kaunselor yang juga mot...
ivator etc... but they are actually different ...!!

Ada ramai yg tanya abang on how to be a motivator ... my answer is simple ... I never want to be a motivator ... this is not my choice of career .. infact being a motivator is not a career ... for me being a motivator is not a choice ... it is a responsiblities ... a task given by God ... 

You can become a doctor and also a motivator
You can become an accountant and also a motivator
You can become anybody and also a motivator ...
When God choose you to do so ...

If you have been choosed by God then God will equip you with all the skills and the things needed for you to be a motivator such as :-

Extra ordinary energy to travel night and day thousands of kilometres everyday

Extra ordinary challenges and difficulties in live to make you strong and humble ...

Extra ordinary patient and passion on something you do to make you learn they value of sacrifices ...

Extra ordinary achievement on something you work out to let you being thankful ...

Extra ordinary miracles and many more to let you close to God ...
If you just want to be a motivator because you enjoy talking, you enjoy handling a program, you enjoy being a pubilc figure and you enjoy to see the RINGGIT etc ... YOU ARE TOTALLY WRONG !

Being a genuine ... I REPEAT ... GENUINE MOTIVATOR (Which means there are thousands of fake motivator outside) ... you will be tested by God every single night and day with so many difficulties and challenges in live ... can you cope with that??

Majlis Sambutan Maulidurrasul yang berada di surau sementara akasia Park dengan dipersembahkan bacaan al Quran oleh juara kebangsaan Sutaz Anuar Hassin yang juga kawanku semasa di Sekolah Menengah Agama Slimriver Perak, biasalah kalau kawan tu yang baik-baik je, hehehe.. Dia dari dulu lagi memang bagus dan sangat bersemangat atau Enthusiastic dalam bab quran ni, aku ni suam-suam kuku je.
sekitar gambar bilik yang kalau ikut normal rate untuk business class around 500-1000 hengget.

bukan lah jakun sampai nak ambil gambar toilet, tapi kut kalau boleh buat kat rumah tak payah la gi ke hotel ke mana-mana. hehehe..
jauh perjalanan luas pemandangan, ini kali kedua aku memandu Alphard dan sampai ke bumi bertuah serambi mekah. sepanjang perjalan yang agak jauh dah meletihkan tetapi tidaklah letih sangat kerana perjalanan yang telah dirancang dan bersungguh-sungguh walaupun kes seperti ini bukanlah kes yang menguntungkan. hehehe.. aku kira buat probono kes je ni sebab kawan kan, hehehe anyway aku happy itu yang penting dan semoga Allah membalas amal jariah ku ini.
 
Yang paling seronok sepanjang perjalanan ini adalah si kecil yang duudk di belakang sambaing menonton rancangan kesukaannya, wah macam aku juga kan, dan orang lain pasti akan ada rancangan kegemaran mereka. 

Ahad, 16 Jun 2013

Percutian di Cherating

Cherating, 6April2013 - manusia perlukan rehat sebagaimana mesin juga perlukan rehat dan juga penambahan keperluan sesebuah mesin atau alat, sebagaimana motor juga perlukan minyak dan juga rantai minyak supaya perjalanannya berada dalam keadaan yang terbaik. dalam keserabutan menguruskan perihal diri dan keluarga serta bisnes dan urusan belajar, aku perlu juga defrag otak dan tubuh badan agar semakin bersemangat dan aktif. Oh ada cerita pasal ni yang aku tertarik bila baca di FB salah seorang rakan.
 
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, oran...g tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tan...pa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”
 bercuti di Cherating atau lebih tepat di Impian Resort menennagkan fikiran melihat jauh di sudut alam amat mengasikkan dan menenangkan kerana Allah Maha Kaya menjadikan kita sentiasa perlukanNya. Subhanallah cantiknya alam dan para makhluk yang Dikau ciptakan dan bagaimana boleh kita hubungkaitkan dengan memberikan ketenangan kepada manusia. secara automotifnya bagaimana kita boleh bayangkan, ibarat kereta yang panas kerana enjinnya kerosakan radiator kerana kipas tidak berfungsi namun masih lagi membelah jalan pada waktu malam dan cuaca dingin tadi mengurangkan suhu kepanasan enjin tadi dan membolehkan kenderaan tadi masih berkhidmat kepada tuannya. ini tidak boleh terjadi jika cuaca panas , lebuhraya sesak dan perkara sebaliknya tentang pemanduan semasa dingin tadi. 
sungguh indah ciptaan laut membiru, nyiur melambai, ombak menderu, memukul pantai, hati yang resah menajdi damai... di hari minggu cuti sekolah... di tepi pantai yang sangat indah.. bersama keluarga, rakan dan saudara, sungguh indah ciptaan Allah.. di pantai ayah berpesan, ombak yang kecil menjadi kawan, bila membesar menajdi lawan begitulah fitrahnya alam..
amboi tersenyum melihat anas yang seronok berenang dan bermain air kolam.. padahal dulu bukan main takut dia, kalau belajar berenang ikut macam sunnah nabi SAW suruh belajarkan...
tujuan rehlah kali ini hanyalah satu, agar hari-hari mendatang lebih baik dan terbaik. moga Allah SWT mendengar permohonan hambaNya yang serba kekurangan dan tidak serik bergantung harap denganMu Ya Allah.

Pencetus Ummah atau Pencetus Huru Hara???

SungaiRamalDalam, 16Jun2013 - minggu ni amat mencabar dengan kes yang makin membukit dan juga jemputan ceramah hari israk mikraj dan juga hari-hari dateline chapter tesis dan juga penghantaran tesis yang kedua, hanya perlukan sedikit masa, nafas dan kesempatan. Namun kitakan khalifah, pemimpin atas muka bumi ini, jika kita diberi masa dan peringkat umur yang sama, mana alas an untuk kita kata tidak. mana ada orang yang tua dulu baru muda melainkan namanya tuah, hehehe walaupun masih muda tetap dipanggil tua oleh kawan-kawanya semasa mengejek beliau. kuikuikui.. tinggi tak imiginasi aku?  
dalam firma guaman aku, adalah kawan yang tercampak dari firma orang lain







Ahad, 9 Jun 2013

Wisma Mindacerah Ar Razi Sdn.Bhd

Sungai Ramal, 9Jun2013 - baharu sahaja pulang dari berjoging di tengah malam di Tasik Cempaka Bangi. Badan rasa sedap selepas berpeluh dan bersukan ditemani kawan Ikhsan Mazlan, mungkin bakal partner di firma guamanku. cabaran betul semenjak dua menjak ni apatah lagi dengan nak menguruskan segala amanah-amanah Allah atas muka bumi ni. kalau nak jadi orang biasa dah lama aku diam dan mengikut arus dan menyusahkan kedua ibu bapa. tapi itu bukanlah aku. walaupun tidak dinafikan ummi abah dan kelaurga akan bantu kita juga sebab kita tidak boleh buat seorang diri.
 
 
Anggota GIG(dalam watak otromen) sedia untuk menjalankan tugasnya dengan topi terbalik cara pemakaian kegemarannya. terkadang menjadi generasi ini memerlukan pengorbanan yang lebih tinggi bagi kesinambungan generasi yang akan dating. Lalu aku memilih




Isnin, 3 Jun 2013

Sambil kerja sambil cuti-cuti Terengganu

Kuala Terengganu, 27Mei2013 - dalam coretanku yang lalu, kerap aku menyatakan minat kepada bidang guaman kerana selain bermain dengan hujah iaitu dalil dan fakta, aku juga gemar meneroka suasana baharu, travel. berjalan, bermusafirlah melihat ciptaan Allah. Alhamdulillah ada satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan kebetulan isteri juga bercuti dan menyebabkan aku bercadang kali ini kerja sambil bercuti. Perjalanan tidaklah terlalu jauh hanya lebih kurang 5jam dengan pemanduan terus dan hanya berhenti untuk isi minyak dan ke tandas. ini merupakan kali pertama aku ke terengganu memandu yang mana sebelum ini dengan menaiki bas sahaja.

selepas mengambil lebuhraya LPT untuk ke sana dan keluar ke Jabor dan lalu jalan 'shortcut' di Bandar Al-Muktafi Billah seterusnya potong terus ke highway Kuala Terengganu. banyak jalan berlubang dan tidak rata yang menyakitkan badan kenderaanku. hehe dan anakanda Anas yang kelilau dalam kereta sekejap nak tengok cerita kartun sekejap nak tidur dan susu adalah lagu semasa bermusafir ini yang pasti mereka menemaniku sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

kat sini cuba perhatikan gambar Anas semasa diambil gambar dan yang menjadi lucu dan pelik ialah cara dan posing dia bergambar ni dari mana yang dia belajar dan ambil sehingga aku juga tergelak melihatnya. sekejap menonggenglah, pusing lentok badanlah sedangkan tidak pernah pula aku mengajar atau memperlakukannya seperti itu di hadapannya atau dibelakangnya. hem.. betapa kuat pengaruh kepada anak kecil maka benarlah sabda nabi SAW yang bermaksud, anak-anak itu ibarat kain yang putih.
setibanya di sana, dan selepas sahaja cheik-in ke bilik hotel, maka langkah pertama ialah berehat dan keluar semula selepas Asar ke Taman Tamadun Islam. apakan nasib sebab ianya ditutup kepada umum pada hari selasa, maka aku hanya boleh pergi ke masjid kristal yang diheboh-hebohkan itu. tengok gaya si Anas lagi, amboi..amboi..amboi.. ada sahaja mimik mukanya yang melucukan.

Caaa... inilah gaya ultraman Mebius berikan sinaran kepada raksaksasa.. itulah yang disebutkan dalam nada kepelatan budak yang mahu belajar bercakap. moga kasih sayang yang aku curahkan menjadikan dia anak yang soleh insha allah.

sempat juga membeli keropok lekor yang tak berapa pada penialain makanan aku lah tetapi menjadi tidak elok di penghujungnya bila sampai di rumah kerana berkulat dan masam. hem, biasalah tugas beli-beli barang camni bukanlah tugas aku sangat. hehehe..

Oh obsesi anak kecil ini kepada Bomba dan kereta bomba, lalu sahaja dah sibuk nak ambil gambar juga.. ok jom lah
pada malamnya agak tidak selesa untuk berehat mengenangkan kes esok di mahkamah tinggi, apatah lagi berdepan pula dengan peguam senior di sebelah pihak sana. moga-moga Allah permudahkan.

sebenarnya semasa tulisan ini dibuat, aku telah pun mengharung kes ini dengan kejayaan mengenepikan waran tangkap dan denda ynag dituntut oleh pihak sebelah sana. dan gembira juga di sini bila mana hakim mahkamah tinggi yang sporting dan baik sehingga memudahkan urusan aku di sini. alhamdulillah dan makin bersemangat menjadi somebody dalam bidang ini.

jangan ganggu saya nak makan steamboat ni Argrghhhh..
siapalah yang ajar Anas gambar begini? hehehe...

Selamat Pengantin Baharu Kaba

Universiti Malaya, 4Jun2013 - sambil-sambil menyiapkan beberapa helaian warkah penulisan ilmiah maka aku merehatkan jari-jari menulis dengan menulis sedikit catatan kisah hidup walaupun bukanlah menggambarkan 100 peratus tentang hidupku. hem kaba atau nama sebenarnya ahmad fahmi Othman, ada sesuatu yang menarik dalam kisah perkahwinannya. kes ini bukanlah untuk mengaibkan siapa-siapa tapi mungkin boleh dijadikan iktibar dan contoh yang bermanfaat kepada pembaca.
 
Dia kawan sekolah menengahku dan juga ketua kumpulan nasyid semasa kami berdakwah menggunakan nasyid dan dia merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah sekitar kajang. apa pandangan anda apabila anak anda menyatakan hasrat mahu berkahwin dengan seorang janda yang ada anak 3 orang sedangkan usia anak anda baharu sahaja 27 tahun. jarak umur dan status kepada bakal menantu anda apatah lagi dengan status anda yang dihormati di kalangan masyarakat. inilah kisah dia dan pasti anda telah terfikir apa dah takde anak dara lain ke dalam dunia ni.
kehadiranku ke majlis berbahagianya menjawab kesemua soalan 2 atau 3 tahun lepas di mana dia dating ke rumah dan mengadu pasal masalahnya dan menangis. lelaki menangis, inilah yang aku mahu kongsikan betapa air matanya itu menjadi ubat dan penawar dalam kesakitan penderitaannya ini. teringat sebuah hadith bai SAW apabila ada sahabat yang berkahwin dengan janda dan nabi SAW bertanya kepadanya, kenapa tak kawin dengan anak dara kerana kamu dapat bermain-main dengannya dan dia pun begitu, maka jawab sahabat tadi beliau berkahwin dengan janda kerana adik beradiknya yang masih ramai dan usia kecil, maka kalau kawin ngan janda ada pengalaman membantunya menguruskan kehidupan tetapi kalau kawin dengan anak dara kurang pengalaman.
 
ada hikmahnya dalam setiap perkahwinan, sesiapa pun yang dijodohkan dengan kita adalah takdir dan ketentuan Allah SWT tanda pasangan kita selayaknya dan sepatutnya pada kita. dalam kisah ini pengajaran yang paling besar ialah usaha tanda kejayaan, man jadda wajada.. man jadda wajada..
 
macam Anas, asyik berusaha mengganggu daddy untuk menengok ultramannya walaupun dah lebih 100 kali ditonton, kan bagus kalau hafaz quran sekarang.

Love 911 Korean Movie by Han Hyo-Joo

Sungai Ramal Dalam, 3Jun2013 - Annnyang Sayo.. lama juga tidak berblog kerana kesibukan rutin biasa sebagai seorang peguam, pelajar, penceramah, papa dan pape jelah.. hehehe.. kadang-kadang yang selalu bermain di fikiran ialah kenapa aku begini dan kau bagaimana? kejar dan berlari untuk apa? kerana di celah-celah kesibukan itu menyebabkan aku akan berusaha mencari ruang merehatkan minda. ada yang kata kerja yang paling penat ialah menggunakan fizikal seperti tukang tetapi orang yang bekerja dengan minda juga akan penat walaupun kerjanya duduk dan mengadap komputer. agak adil dari sudut kepenatan walaupun tidak berpeluh dan duduk dalam bilik yang berhawa dingin. pokoknya sekarang ialah kita tak dapat lari dari rehat kalau tidak badan akan tidak stabil dan berasa lemah.

Aku memilih cara merehatkan diri dengan menonton rancangan televisyen. aku tahu ramai yang akan komen dan kata, alah nama je ustaz tapi kaki tv, tengok itu dan ini, tahun 1984 aku dilahirkan di saat itu sejak celik sahaja mata sudah ada tv baik yang dalam almari kepunyaan arwah atuk, atau tv yang dalam  kereta, sebab tu kereta ku sekarang ada skrin tv ni sebagai satu bentuk kerehatan fikiran bagiku. cuma persoalannya, apa yang ditonton dan berapa lama menonton.
terlihat sebuah filem korea di tv di saat jam lebih 2pagi menyebabkan sehingga subuh mataku berjegil kerana melayan keseronokan erti sebuah karya yang dicipta manusia ilham dari pencipta. ya, aku terasa rugi dan berat pada malam itu kerana tidak mendirikan tahajjud dan merasakan cukup terinsipirasi dengan rancangan ni. LOVE 911. bukan kisahnya atau pelakon jelitanya yang menjadi tarikan tetapi aku terbaca artikel tentang negara yang mempunyai peratusan tertinggi dalam kes bunuh diri ialah Korea Selatan. kenapa tulisan kali ini ku talakan kepada negara ini, siapa yang tidak tahu jenama SAMSUNG, bahkan di tanganku sahaja ada 3 telefon bimbit yang berjenama samsung buatan negara ini. begitu juga kenderaan seperti KIA, HYUNDAI dan lain-lain yang sememangnya diketahui umum tentang kekoreannya. Apatah lagi karya bermutu mereka seperti di bawah ini:

WINTER SONATA. bagi yang hidup segenerasi denganku pasti akan terkesan dengan 2 kisah ini yang dimainkan di tv tempatan masa tu, bahkan aku bermula dengan kisah AUTUMN IN MY HEART. Sedih dan ketika itu tergila-gilakan pelakon-pelakon mereka yang cantik dan terkesan juga mencari ister yang chinese-look. jangan tanyalah dapat ke x tetapi isunya ia menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia pada masa itu. aku teringat pertama kali dapat menonton rancangan ini sepenuhnya dengan lebih 20cd kalau tak silap aku dengan meminjam daripada kawan. zaman tu zaman aku berdiploma lagi dalam belasan tahun, sehari semalam menonton, bayangkan kalau 1 cd sejam dan ini bermakna 22jam aku menonton tanpa henti dan menyebabkan aku ponteng ke kelas pada esok harinya.


bukanlah hasrat aku tulis topik ini menjadi fitnah kepadaku, kerana ini adalah catatan peribadiku yang aku kongsikan baik dan buruk. teringat semasa zaman di Maahad Hamidiah bilamana aku terpengaruh dengan rancangan CONDOR LOVERS yang heroin dia pelakon Taiwan Xiao Long Nu dan pelakon lelaki hero ialah Yang Guo. masa ti di sekolah tiada bilik TV dan pelajar memang tidak akan dapat tengok tv dan apa yang aku buat ialah berbaik dengan tukang kantin yang pada masa itu seorang Bangladesh bernama Abdullah yang jaga. dari luar kantin dengan jeriji besi di kaunter kantin sampailah dapat tempat khas dalam kantin untuk aku tonton. dan paling kelakar bila habis sahaja masa prep dan berkumpul di dalam dorm, aku akan melakonkan watak yang guo dengan adik-adik dan kawan-kawan bawah dan panggilan tu lekat sehingga kini. gila betul. hahaha... kenangan.

dan kali ini sememangnya ia mempengaruhi ku sekali lagi, bukan pasal K-Pop ke, yang itu jelas maksiat mata dan bagi yang menghafaz quran akan mengganggu keseimbangan hafazan. seronoknya ada perasaan meminati dan diminati yang Allah berikan. Insha allah aku akan ke korea di masa hadapan dengan berbekalkan tujuan murni mencari peluang berdakwah dan belajar jika ada peluang pada tahun ini.

ironinya, negara mereka yang maju dan cantik ini tetapi rakyat dan penduduk mereka masih kosong jiwa dan rohani. aku cuba memikirkan untuk menjadi pendakwah antarabangsa, mungkin inilah masanya Allah gerakkan hati ku dengan cara ini.. mudah-mudahan.. Han Hyo-Joo