Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 14 Disember 2013

Telah berakhir, YES!!! Baru bermula, YES!!!

Sg.Ramal Dalam, 12hb Disember 2013 - sebenarnya proses update blog ni adalah setelah berminggu selepas gambar-gambar ini diupdate. hehehehe.. bukan pemalas tetapi mencari masa menulis dan doakan saya agar terus istiqamah dan memanfaatkan apa-apa yang dipinjamkan Allah kepada saya. Ternyata benar, pengalaman selama 4 minggu dan lebih kurang sebulan berada dalam sebuahprogram  reality yang akhirnya aku berpijak semula dengan reality hidup. aku tersingkir da... hehehe
 
sudah pasti seribu satu pengalaman yang ditimba dalam program seperti ini, bukan sekadar pengisiannya tetapi juga corak kehidupan, bagaimana harus aku mulakan dalam penulisan ini kerana ada pelbagai perasaan dan komentar yang aku ingin kongsikan tentang program ini, tentang diri sendiri, tentang peserta lain, tentang siapa dan apa di sekelilingku, dan macam-macam lagi, ironinya aku telah keluar dan sudah pasti pembaca mahu tahu apa yang aku alami dan bagaimana saat-saat di sana aku atasinya sebagaimana tujuan entri aku ini ditulis agar ada sesuatu yang mereka boleh salami dari sudut aku melihat.
Program realiti, realitinya apa?
 
realitinya aku telah tunaikan hasrat bondaku yang tercinta, pergi ujibakat dan Alhamdulillah Berjaya hingga terpilih di antara 12 peserta Pencetus Ummah yang terbaik dari seluruh Malaysia. Namun bab yang mana aku kurang setuju dan tidak berpuashati aku kira biarlah program itu berlangsung sehabisnya dahulu dan biarlah keadaan menjadi reda dan redho kesemuanya, agar pandanganku ini bukan dinilai dari sudut kebenaran tetapi diadili dengan hujah dan fakta. bunyi macam tak puas hati, tapi inilah diariku, agar aku sendiri mengingatkan diriku kalau kata-kataku tidak seperti tindakan maka aku tercelaka.
 
Indahnya berukhuwah dengan mereka-mereka yang sebelum ini tidak ku kenali dalam hidup ini seperti mereka yang berada dalam foto, abang Dollah Cantik, hehehe Floor Manager(FM) yang mempastikan semua tentatif program berjalan dengan tepat mengikut waktu, aklau terlebih nanti akan berlakulah 'over run'.. istilah sesebuah produksi.
 
mengenali juga watak-watak dalam drama atau program televisyen






Selasa, 26 November 2013

Pencetus Ummah PU Razi

Bagan Lalang, 17hbDis2013 - Menjadi pendakwah atau selebriti? atau kedua-duanya. nak atau pun tidak telah aku laluinya juga, perkara yang tak pernah termimpi sebelum ini, menjadi pendakwah yang keluar tv lah kata orang kampung.
 
 
 













 

Jumaat, 15 November 2013

Isnin, 4 November 2013

Hijrah 1435, melangkah lebih tinggi...

Sri Pentas, 4Nov2013 -  tiba-tiba pagi ahad yang hening dikejutkan dengan sms daripada salah seorang wartawan TV3, faris. ustaz apa khabar? boleh ke kita buat interview tentang awal muharram, dan kebetulan memang lapang hari tu hanya dengan nak menyiapkan beberapa tugasan semata-mata sebelum dikurung. aku ke sri pentas dan agak seronok bila mana jurukamera dan wartawan adalah mereka yang aku bertemu buat kali kedua dan kami pun menyembang sambil merakam sehingga lebih sejam, dari isu on record sampai off record, terasa dengan bila bertemu dan berpisah kerana Allah, aku bukan nyatakan ini sebab dia media, tapi banyak juga insan-insan lain bila aku bertemu terasa hamper hati dengan mereka, namun ada juga yang terasajauh dengan mereka, kerja hati bukan kerja kita, ini semua Allah yang tentukan.
 
Sebenarnya, dalam masa rakaman aku ditayangkan di Buletin Utama TV3 pada 4Nov ini, aku sedang menyampaikan ceramah atas jemputan surau di Nilai yang sudah lama tidak bertemu, kerana rindukan masa-masa silam ku aku hadir atas tugas pendakwah, inilah kerja sikit dan kecil yang aku boleh buat tanda aku syukur dan sujud pada Allah, teringat masa sakit baru-baru ini, dengan dimasukkan ke dalam wad, dicucuk iu dan ini, malah ketika keracunan makanan juga, aku sampai naik gila dibuat kerana kepanasan dan pada masa itu Allah uji dengan urat tangan kanan yang menarik selepas aku mandi air sejuk semasa badan panas, ya Allah terasa macam kena lumpuh, terasa dengan dengan sebuah kematian, aada unsur insaf di situ.
 
istilah kita adalah pendakwah sepatutnya sentiasa dalam setiap minda kita. dita daie bukan mufti, kita mengajak bukan mengajar, dan sebagainya adalah taklif atas bahu kita keseluruhannya. moga Allah tidak mempertikaikan usaha kecil dakwah kita atas dunia semasa di mahsyar nanti.
 
 

Rabu, 30 Oktober 2013

Pencetus Ummah Astro Oasis 106

KUIS, 28Okt2013 - ketika tengah menulis catatan ini, terdengar pula lagu Ella, di depanmu aku dijagamu dia.. di matamu aku di hatimu dia... mungkin si ella nak bagitau dia dalam dilemma, dan begitu juga aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik yang bakal menjadi tempat penginapan sepanjang program berlangsung.. wah berat juga ni bila dah tua-tau pun nak masuk bertanding, dulu masa kat asrama pun fly inikan pula dah besar gini, ibarat kena kurung, dari bulan 11 sampai bulan 1 atau lebih awal kalau terkeluar awal lah.
 
 
satu bilik 2 orang dan aku memilih partner yang termuda iaitu Rahmat budak baru masuk U, hem aku tak berapa sokong sangat bila dia cuti semester untuk menyertai program ini, memanglah pilihan masing-masing, tapi bagi aku, ilmu itu yang utama kerana tanpanya kita tidak mampu ke mana-mana, aku pesan untuk diri sendiri aku sebenarnya.
ini adaalah bonzer yang bakal menjaga kami. bengis tak muka dia? hahaha.. nama Mahathir dah kena panggil Tun, aku sekarang tengah mengadjust dia untuk balik jika ada hal sepanjang program tu nanti. hahahaha...
dan aku ambil gambar ini semasa di majlis siding media di hotel golden horses seri kembangan kepada pihak media. yang lain memang beriyalah dalam ambil gambar tu, sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku masuk tv bak kata orang Rombau, tapi masuk bertanding ni adalah selepas beberapa tahun selepas tamat zaman university dulu-dulu.
berikut adalah sedikit paparan video yang sempat aku snap semasa dalam majlis rehearsal berlangsung. sebenarnya banyak lagi aku nak story mory terutama bila aku ditiau oleh salah seorang produser kat sini masa aku buat persembahan.
video klip di atas adalah semasa telah tiba di majlis sidang media di hotel, bertemu dengan selebriti yang lain seperti penyanyi lagu rasmi pencetus ummah dakwahku duniaku, the ultimate dan ayai ilusi. aku melihat beberapa peserta muda yang lain bersemangat untuk mengambil gambar dan possing dengan pelbagai gaya tanda mereka seronok dalam keadaan yang mereka sedang alami ini sedangkan aku memikirkan seribu satu kemungkinan dengan pilihan dan tindakan yang aku ambil, masa depan beb. selalu pergi makan roti canai pakai singlet buruk dengan kain pelekat nanti dah tak boleh sebab nak kena jaga imej lah itu ini lah bagai, hem bersediakah aku?
 
sebenarnya, feeling aku mungkin tak berapa seronok sebelum sidang media ini kerana latihan semalam. aku duduk menampakkan gemuk katanya, jadi itu dilihat salah, aku persembahkan latihan semalam dengan bercakap korea juga salah, dan ada sahaja aku buat tak kena, sebenarnya pada asalnya bila aku telah sampaikan si produser ni sibuk baca sms yang masuk ke telefon dia, pastu dia kata aku cuba buat kelakar, mesej tak sampailah perghhhhh.. terasa macam kena kritik kat dalam Akademi Fantasia jadinya. balik malam tu dari tempat latihan terus aku mengadu pada isteri dan menghiburkan hati sambil tengok rancangan korea, kalau dah tu tak kena dan tak bagus so buat apa pilih aku? terasa bila aku berhujjah pendapat tentang apa yang aku buat aku mahu penonton berfikir, dan dia terus canggah pendapat aku, aku balas balik, well loyer katanya.. sorrylah kalau tak suka ehehehe.. ada yang kata be yourself, then Im be myself.
 
Kesimpulannya, aku meletakkan tawakkal aku kepada Allah dalam cabaran hidup ini, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.. TERLAJAK DAKWAH...
 

Sesuci Konvokesyen itu... UKM kali ke 41

Sg.Ramal Dalam, 30Oktober2013 - Alhamdulillah, sekali lagi merasakan nikmat berkonvo bagi ijazah yang ketiga, dan yang paling manisnya kursus yang selama 4 tahun ini, dibayar oleh duit sendiri semasa jadi imam masjid dahulu, dan yang paling manisnya juga sabtu dan ahad ku setiap minggu dipenuhi dengan kelas pengajian ilmiah dari 8pagi hingga 6petang dengan membuktikan lagi bahawa aku tidak berpoya-poya atau bersenang-lenang seperti orang lain, apa yang aku ingin nyatakan ialah susahnya belajar dalam masa yang serentak seperti ini namun akhirnya Allah izinkan aku juga menyiapkan tugasan dunia ini. Ada kawan-kawan yang tidak sampai ke garisan penamat dan ada yang sedang berlari, moga Allah bantu mereka.
Konvo kali ini memang sempoi sangat bagiku, tiada tetamu jemputan di kiri dan kanan, umi juga tidak hadir, manakala isteri dan anak mereka nak hadir tapi disebabkan kesesakan lalulintas dan usia anas yang tengah mengada-ngada, lebih baik mereka di rumah sahaja, dan kebetulan pula aku baharu sahaja pulang dari Jakarta seusai buat tugasan di sana dan esoknya terus menghadiri konvo. penat dan sempoi je.
sebenarnya banyak yang boleh aku kongsikan kisah-kisah semasa belajar di sini, malah watak-watak manusia yang seringkali aku jumpa semasa belajar samada mereka ikhlas berkawan, ikhlas belajar atau apa-apa sahaja sehinggakan aku kekadang merengus dengan beberapa rakan-rakan sekelas tentang agenda dan watak mereka seolah-olah hasad yang semacam perangai budak-budak, sedangkan masing-masing dah tua dah tu, apalah nak caras-caras masa belajar mahupun rezeki, kan Allah dah sediakan untuk masing-masing, so tak perlulah nak cemburu, iri dan hasad. Sampai tak maklum kelas ganti kat mana, burukkan imej kepada pensyarah, simpan nota yang pensyarah beri, kelakarnya, sebab tu syukur Alhamdulillah Allah rezekikan aku lagi.
macam biasalah bila hadir majlis konvo macam ni semua ada protokol, tak boleh nak bangun buang air kecil sembarangan ke, sahaja-sahaja nak keluar ambil angina ke memang tak boleh la, namun tak seperti tahun lepas semasa aku konvo master, rupanya sesi petang sekejap sahaja dan yang paling seronoknya bilamana pada sesi bagi fakulti pengajian Islam ini, dipuji oleh NC kerana pandai berniaga sehinggakan mendapat geran dana luar Negara lebih kurang 200ribu US dollar. sebenarnya bukan sebab budak pengajian Islam, sebab memang Islam suruh kita berniaga bahkan itulah yang dimaklumkan kepada kita oleh nabi SAW supaya berniaga.
sekitar suasana majlis dalam dewan DECTAR UKM. rupanya ramai kenalan semasa diploma di KUIS juga yang menyambung pengajian dan  pegawai-pegawai masjid JAWI yang kutemui. Alhamdulillah kerana ilmu kita bertemu, dan moga makin bijaksana kita dalam menyemarakkan dan membina tamadun ummah di Negara kita. Aku??? dengan ilmu aku laksanakan apa yang termampu..
 sebenarnya, dalam konvo kali ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan sangat, pertama kawan seperjuangan yang menangis bersama, ketawa pun bersama dalam bidang ini tidak dapat bersama-sama dalam konvo ni, sebabnya mereka tidak menyelesaikan lagi disertasi yang sepatutnya. biasalah rakan-rakan seperjuangan lain sememangnya telah bekerja dengan kerajaan dan aku rezekiku dengan bekerja sendiri boleh menguruskan masa sendiri, sebenarnya aku juga mengalami masa-masa kecederaan dan hanya selesai menyiapkan tesis tersebut seminggu sebelum tarikh muktamad mesyuarat senat untuk konvo.
 
patutlah aku rasa lain, pada istiadat konvo tahun lepas aku dianugerahkan oleh Tuanku Mukhriz, Yang Dipertuan Negeri Sembilan manakala kali ini aku dengan Reaktor Laxsamana Naqiuddin, bekas anak Almarhum Tuanku Jaafar.

Setelah majlis selesai, rasmilah aku sebagai alumni UKM yang entah kali ke berapa entah, hehehe.. dengan perasaan sangat bersyukur, walaupun hari gembira aku tidak ada umi atau abah yang hadir mahupun keluarga, aku juga hadir hanya berskuter dan parking di tempat motor dan keluar dari ukm dan balik rumah dalam 10 minit tak sampai. Allah mudahkan urusanku bagi menggalas tanggungjawab memperingatkan kepada umat ini tentang keagungan Mu.
 

Isnin, 30 September 2013

Kimchi

Shah Alam, 27September2013  - saat menghadapi kursus kepeguaman syariah di Selangor yang diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Selangor berhadapan dnegan masjid negeri shah alam, aku mengambil sedikit ruang masa dalam menyatakan sedikit maksud yang telah terjadi dalam hidupku. minggu yang penuh dengan program-program memajukan diri menjadikan aku maju ke hadapan dan berundur dalam perkara yang bertentangan dengannya. Mudahnya bila kita sedang rajin maknanya kita mengurangkan volume malas kita. dalam erti kata yang lain, keseimbangan antara rajin dan malas adalah citarasa sempurna dalam kehidupan.
bersama dengan partner se-supervisor phd aku, menghadiri taklimat konvensyen kewangan islam sedunia yang diadakan baharu ini di hotel istana, dan paling seronok bila nama kami dicatat sebagai pensyarah UKM, hehehe.. mudah2an...

tertarik dengan salah satu soalan yang dilontarkan kepada ahli panel forum dalam bahasa arab apabila beliau menanyakan persoalan tentang perbankan Islam yang masih ada unsur-unsur riba yang disifatkan sebagai masih haram namun apabila turut membabitkan sektor kewangan Islam di manakah Islamnya perbankan Islam?

maka dijawab oleh tokoh perbankan Islam iaitu Sheikh Nizam yang didatangkan dari saudi, menyatakan bahawa walaupun terdapat kelemahan dalam perbankan Islam, tetapi kaedah menyatakan bahawa jika tak mampu buat semua jangan tinggal semua, kalau seseorang itu minum arak buat maksiat, buat perkara yang haram adakah dia tidak perlu menunaikan solat, sebab Allah SWT ada berfirman dengan mendirikan solat maka dapat mencegah daripada perkara keji dan mungkar, maknanya bila kita solat kita tak buat perkara terkutuk, tapi bila solat tetap buat maksiat maka tidak menggugurkan hukum wajib solat tadi.
dah lama tak solat di masjid negeri, kali terakhir pun masa kecik-kecik dulu abah bawa aku sekeluarga ke masjid ini, oh rupanya ada tangga bergerak untuk naik ke tingkat atas masjid, dan paling seronok bila bacaan imam di sini merdu dan terasa ke dalam hati. Allahu akbar! terus menusuk ke dalam qalbuku dan melabelkan diri sendiri berada dalam 'zulumat'. Tahu satu hal, sedar satu hal, nak perbaiki supaya keluar daripada ruangan dimensi yang dicipta sendiri agak sukar dan perlukan kepada tahap jihad. betul lah kata nabi SAW, tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota mekah, melainkan jihad dan juga niat melaksanakan jihad tersebut.
setelah beberapa hari ini mendengar ceramah dan input yang bermanfaat, tiba masanya aku diberi penghormatan dengan  menunaikan tanggungjawab 'output' pula, kembali ke zaman kecil-kecil dahulu semasa bersekolah di kampung sri broleh batu pahat. aku ingat lagi masa di sini bersekolah sekejap sementelah ummi dan abah menerima jemputan Ilahi menunaikan haji dan aku ketika itu baharu darjah dua. kenal erti 'budak kampung'. main banjir, tangkap belalang, mandi sungai, main longkang, berbasikal keliling kampung dan juga jatuh cinta dengan budak kampung, hehehe..  kalaulah cinta itu bukan jatuh, sudah pasti sampai ke langit ke tujuh. 

tapi kali ini ceritanya lain, aku diminta untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar-pelajar darjah 6 sekolah johor dan darjah khas tingkatan 1, hasil dari usaha keras makcik ku  yang bersungguh menjemput, dan kebetulan aku pulang ke kampung, tetapi slot motivasi yang bermula seawal jam 8pagi telah menyedikitkan masa ku menonton cerita korea kegemaranku pada setiap pagi hujung minggu.
ummi juga hadir bersama isteri dan anas, yang mana semasa sesi ceramah diberikan tiba-tiba anas menjerit takut bila para peserta menjerit tanda semangat dalam hati. hehehehe..muka macho, perangai ganas, tapi ada taman dalam hati, anas..anas...
dalam sesi ini, aku tuliskan apa yang teringat dan tersempat aku rakamkan dalam diari ini, setelah lebih setahun duduk di sini, baharulah aku boleh mencari sedikit hobi baharu dan cuba mengahayati sunnah nabi SAW. ya, aku belajar menunggang kuda, dan anggapanku pada sunnah ini meleset kerana bukanlah semudah yang aku sangkakan. kena belajar bahasa kuda, melompat di atas kuda dan akhirnya baharulah boleh menguasai rentak permainan kuda. patutlah orang yang menyukai sukan kuda akan kurus kerana sememangnya perlukan stamina yang kuat. baharu sehari mencuba terasa sakit tubuh badanku semua.
dan akhirnya kembali kepada tajuk penulisan hari ini, KIMCHI. ada sebuah rancangan di tv2 setiap jam 5 petang pada hari rabu dan jumaat rasanya yang mengisahkan pasal sebuah keluarga di korea yang mengusahakan makanan kimchi dengan resipi tuurn temurun, bahkan makanan ini dimakan oleh orang korea pada setiap kali waktu makan, baik pagi, tengahari atau malam. kebetulan baharu-baharu ini aku bersama dengan guru koreaku menikmati makanan kimchi ini, dan dia memberitahu bahawa rasanya seakan tomyam tetapi menggunakan kubis cina yang panjang dan diperam dengan digaulkan sedikit cuka, garam, dan bahan-bahan tertentu, atau aku andaikan ia seperti arca bila makan kenduri. tapi bila makan terasa dah macam orang korea walaupun baru makan sikit, hehehe... orang korea sibuk migrate ke malaysia, tapi aku pula sibuk-sibuk nak ke sana. oh tidak dilupakan ramen yang rasanya seperti maggi tawar..

apa konklusi daripada makanan yang aku ceritakan ini, jika kita ni orang melayu malaysia dan biasa dah dengan makanan melayu kita tetap akan jadi melayu. walau sesedap mana pun makanan asing bila sampai ke makanan yang paling kita inginkan, ia tetap makanan sendiri dan jatidiri sendiri.