Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 25 April 2012

Lembaran Baharu lagi...

Bangsar, 26 April 2012- sebenarnya penulisanku ini adalah backdated kepada karangan-karangan yang telah dipostkan selepasnya memandangkan kekangan masa yang ada amatlah terhad aku fikirkan, ditambah masa yang ada itulah hanyalah untuk diri sendiri dan keluarga. Kekadang ketika tengah mengadap skrin komputer mengusahakan PhD yang bakal ku teruskan pengajian ini sehingga ke akhir hayat, nah.. datang permata hatiku meminta didukung atau turut bersama-sama dalam keseronokannya bermain nescaya tanpa rungut akan ku dukung, kejar cium dan peluk sehingga dia puas. Aku anak kedua dan berada di kalangan empat adik beradik lelaki yang pelbagai ragam tersendiri, poin aku jelas, aku tidak mahu menghampakan anak ku selagi aku mampu berusaha sepenuhnya. Ya Allah dikau Maha Mengetahui maksudku ini.

oleh kerana prinsip ini jelas, apa yang aku mampu dan ada akan ku kongsikan sepenuhnya walaupun wang di saku hanya beberapa keping ringgit bernot RM1 asalkan anak dan keluarga tersenyum kepuasan dan kegembiraan. Bagi seorang suami, ini juga adalah jihad untuk ke SYURGA. Aku hanya mampu menyediakan teratak ini sebagai penghubung kepada kehidupan kita. Alhamdulillah, dari hanya sebuah bilik  kepada sebuah unit rumah, bagiku da keluarga ini adalah nikmat yang ditingkatkan oleh Allah kepada kami. Moga kami tidak lalai dan alpa.
senyumanmu... melegakan kepanasan yang menggelegak di hati kami... tangisanmu adalah nyanyian merdu menenangkan jiwa kami.. keletah dan ragam mu adalah memori  manis yang bakal kami ingati seumur hidup... terima kasih Allah meminjamkan kepada kita perasaan bahagi ini.

hai NCF.. nasib baik bukan NFC.. hehehe..

Ahad, 22 April 2012

Drafting AKTA

Sg.Ramal, 21-22 April 2012 - kursus drafting AKTA PEGUAM SYARIE. kalau ada di antara pembaca blog aku yang perasanlah, walaupun jumlah mereka yang add blog ciput ni hanyalah 30 orang sahaja semenjak dahulu kerana mereka membaca diari kehidupanku yang berbeza ini yang berlaku di lingkungan kehidupanku sahaja dan amat jarang aku mengisahkan berkaitan dengan dunia kepeguaman syarie terutamanya.

bagi aku,sehinggalah aku sampai ke satu tahap yang aku inginkan dan sukses ke sana maka ketika itu baharulah aku sangat berkeyakinan dan  akan meluahkan isi rasanya samada sedap atau tidak. Pahit atau manis akan ku maklumkan bila tiba masanya. Yakinlah saudara saudari, kemanisan itu tidaklah diketahui sebelum kepahitan mutlak itu yang hakiki dirasai sehingga ke tulang sum sum yang putih.

Aku? masih tertanya akan diri sendir dan aku amat yakin tiada siapa yang berjaya menemui dirinya sekiranya jauh menyimpang dari ajaran yang sebenar.

Semakin kerap aku memasukkan wajah kesayangan hamba ini memandangkan dialah segala-galanya buat masa ini, moga Allah menjaga kami sekeluarga. Manalah tidak sayang, kalau memandu pun nak duduk ngan daddy, bahaya nak... tapi duduk sebelah lompat-lompat lagi bahaya bila kereta berhenti mengejut dan atas pertimbangan yang mana kurang kemudharatan amka daddy memilih memegang Anas sambil memandu, harap pihak polis tidak dinampakkan dengan kesalahan duniawi daddy.

Khamis, 19 April 2012

act like "Tony Fernandez"

Bangsar, 20 April 2012 - Aku ke Semarang di mana dari sebelah ibu aku berketurunan dan berasal dari sini di area Qudus, Semarang. inilah kali pertama juga aku menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. maklumlah, Mekah Madinah adalah bumi pertama yang aku kunjungi keluar dari Malaysia dan alhamdulillah perjalanan lumayan... hehe kena belajar juga bahasa asing ni pak, agar enggak susah ngomong. 

inilah barang pertama yang aku beli ketika di kapal terbang, memang aku aim lama dah tapi bila tanya kat AirAsia xdelah itulah inilah dan kebetulan alhamdulillah ada pula kali ni. Hehe.. pergi dengan kawan-kawan ni semangat nye lain sikit, member-member pun masih ramai yang bujang jadi terasalah juga, ada batasnya.
gambar ni saje je aku snap nak bgtau kepada seantero dunia, muka comel pun kalau perangai burok maka buruklah jadinya, kalau pramugari ni pakai topeng gitu dah x lawa juga. kadang-kadang tertanya juga, kenapa pramugari mesti lawa-lawa duduk atas langit, cuma bagiku konklusi terbaik ialah apabila jika berlaku yang tidak diingini, sekurang-kurangnya mereka yang lawa ini menyejukkan mata. Fitrah manusia kan suka kepada yang cantik.
Beda(beza) masa Malaysia dan di Semarang adalah di sini lewat 1jam. Kalau di Malaysia baharu sahaja pukul 10pagi bermakna di sini baharu sahaja pukul 9pagi. Tiba di Semarang pada jam 6.00petang Malaysia dan aku tidak ubah jam tangan aku kerana kunjungan ku hanya sekitar 24jam sahaja. Oh kadar matawangnya yang besar menyebabkan terkadang keliru, maklumlah di sini kalau 100 000Rupiah maksudnya baharu dalam rm30 lah lebih kurang, jadi aku juga telah bawa lebih dari itu dan dipanggil jutawan di sana. hahaha.. oh gambar diatas adalah Lawang Seweh bermaksud kota seribu pintu. Penduduk tempatan di sana menceritakan ada seorang gadis yang telah hilang selama 2 hingga 3 hari dan keluar dari kota itu dalam keadaan bingung dan mamai sehingga kini. Bagi mereka yang suka bercakap besar dan tidak mendengar kata, mungkin pengajaran seperti ini boleh diambil iktibar, aku juga ada cerita seperti ini ketika mendaki gunung kinabalu dahulu.
teman-teman yang bersama-sama mencari pengalaman ketika di Semarang. Hisham di sebelah kanan ku adalah kelahiran Sarawak dari Tebakang, sekalipun banyak suara, tetapi persahabatan yang diasaskan kerana Allah, bagiku tiada masalah selagimana kita bergelar orang, bukan beruang. Fizree pula seorang pegawai LHDN, di Jalan Duta.  Dari zaman Degree ke zaman Master, alhamdulillah amsih bersama walaupun kali ini untuk ke PhD, mungkin akan ada yang undur diri buat sementara waktu. Ya Allah kuatkanlah semangat dan keazaman ku.
cerita korea di siaran indonesia semasa berada di Semarang menarik perhatianku, maksudku pelakon ini, aku lupa namanya tetapi masa siaran rancangan lakonannya yang bernama "Autumn in My Heart" di kaca tv, aku memang ternganga melihat kejelitaannya, itulah cerita korea pertama yang ku tonton dan  mencuri hati malah diikuti dengan "Winter Sonata" yang berpuluh keping cd yang aku habiskan tonton selama 2hari 1 malam dengan tidak tidur. Bayangkan lebih 48jam vcd player aku berpusing dan hanya diberhentikan ketika solat sahaja. Aku dah tahu yang aku ni seorang visualizer, ahahaha betul ke istilah yang digunakan aku pun tak tahu.
juga menarik perhatianku apabila rancangan dakwah agamanya di kaca tv indonesia adalah berbentuk interaktif. Pak ustaz nya bisa menyanyi, melawak, dan berbicara bersama audien yang di sekeliling malah rancangan mereka diterbitkan dari masjid mahupun madrasah dan bukan sekadar dari studio. bagiku ianya menarik walaupun tajuk yang ku tonton pada pagi tersebut ialah hanya berkaitan selawat. Teringat seorang atok saudara pernah menasihatiku agar seperti Pak Hamka yang berdakwah bukan sekadar berkata-kata atau bersyarah malah menggunakan muzik seperti gitar dalam menyampaikan nasihat.
dan aku, inilah kali pertama membentangkan tugasan di luar negara walaupun di 'seberang' dan di 'semarang'. Orang kampung keluar kota, saingan pula dari kalangan mereka yang hebat-hebat, ada yang dari AG lah, lawyer litigation lah, dan aku dari pesantren pondok burok dari lembah itu, dan aku bukan lah promoter Air Asia cuma aku berlagak gaya CEO Air Asia, kisahnya sangat menarik dan mencetuskan inspirasi, harap Allah mengasihiku dan menerimaku sebagai ahli syurga bersama-sama para nabi, solehin dan syuahada.. tajuk pembentangan ini "madarasah & terrorism"

Selasa, 17 April 2012

Ke Semarang, Indonesia

UKM, 17April 2012 - esok aku akan ke Semarang, Indonesia untuk tugasan pengajianku yang memerlukan satu pembentangan di Universiti Dipenogoro. Pemergianku bersama dengan keserabutan yang amat berat dan belum pernah dirasai sehingga kini. Aku dikaitkan dengan politik. Salah sangat ke? Berdosa sangat ke sehingga aku dihukum untuk tidak menghadiri temuduga di mana-mana agensi kerajaan yang terasa macam bagus sangat. Dah lah aku dibuang dari jawatan Imam kerana aku didapati di barisan pembangkang. Cuba kita lihat bagaimana Allah melayan orang yang membangkangnya. Ada ke orang yang caci Tuhan, syirik dan tidak mahu sembah Tuhan, menuduh Tuhan itu dan ini kerana tidak memenuhi keperluan dan kehendaknya, mereka yang membangkang Allah adakah mereka tidak diizinkan berpijak di bumi ciptaan-Nya? makan dengan lahap akan pemberian rezeki-Nya, meneydut oksigen ciptaan-Nya tanpa membayar satu sen, begitu RAHMAT dan BELAS KASIHAN nya Allah kepada kita malah kepada PEMBANGKANG-Nya.. Allah... zalim nya mereka.

 Aku pernah catatkan dalam penulisanku, segala yang boleh ku abdi dan korbankan untuk agama ini, akan ku laksanakan sedaya mampu, aku bukanlah yang TERBAIK, cuma berusaha menjadi yang TERBAIK walaupun aku tahu kekuranganku juga berada di tahap yang TERBAIK.
 Biarlah aku pergi seketika ke bumi asing, mungkin itu mampu me'restart' kembali diriku agar kembali bertenaga dan diberikan kekuatan. Ya Allah, peliharalah zuriat keturunanku dan keluargaku, agar mereka terhindar dari musuh-musuh-Mu dan yang memusuhi-Mu.

Rabu, 11 April 2012

Bukan lagi omongan

Bangsar, 12 April 2012 - Bangsat! Bangsat! Bangsat! Aku mahu agamaku, tanah airku, bangsaku, keluargaku, dan kesemuanya BERSIH dari tangan-tangan najis dan tahi basah yang busuk dan tengit yang mementingkan perut dan usus-usus kentut mereka selahap boleh dan semahu boleh. Kau ZALIM! ZALIM! ZALIM! 
Rakyat marhaen ini hanya cebisan anjing-anjing kurap yang mengemis kepada golongan yang menindas. Tolong... bagi bantuan kami bekerja, bagi bantuan kami untuk belajar, BULLSHIT.. mungkin aku bukan mereka yang akan kata ya, baik, oraiitt.. aku akan soal selidik andai itu boleh bawaku jumpa TUHANku dan TUHAN mereka.
Ada yang cuba memisahkan ulama dan poltik, kerana melabelkan politik adalah kotor dan ustaz yang bercakap tentang politik adalah USTAZ POLITIK. Kapitalis yang membezakan agama dan politik, Nabi s.a.w juga berpolitik dan mentadbir negara. Aku tahu perjalanan dan pilihan ini bukanlah senang dan mudah, penuh ranjau dan lancau(maaf bagi mereka yang tidak selesa dengan penggunaan bahasaku) aku kena bersikap jujur bukan sahaja kepada manusia lain tapi terutama bagiku.
Surau ini adalah tempat kuliahku sempena hari cuti pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baharu. Ironinya ini ialah kuliah subuh yang berada di sebuah surau di Sungai Merab yang hampir 7 tahun dahulu aku pernah menjadi imam solat tarawih jemputan. Allah, kalau sudah diaturkan dan ditentukan tiada siapa yang mampu mengelaknya.
Teringat akan hadith nabi... akhir zaman umat islam ibarat buih di lautan, ramai, tapi tiada gunanya kerana semua perlu diikat dengan sesuatu bagi melakukan sesuatu. Kalaulah surau yang ku hadiri ini sepenuh solat Jumaat di masjid-masjid, itulah ukurannya kita akan menang menentang Yahud dan Nosoro dan tanda Qiamat makin hampir.

Aku bakal berhijrah ke kawasan baharu. Sungai Ramal di atas tanah umi yang telah lama dibeli namun belum tahu apa yang hendak dibuat, dijual atau dibuat rumah. Akhir sekali, izin Allah kepada kami sekeluarga rumah ini akhirnya dapat disiapkan sebaiknya.
Rumah saya mesti lah Unit A di belah bawah... Insha Allah pada 1 mei nanti akan diadakan sedikit kenduri kecil-kecilan buat sahabat handai dan saudara mara yang hadir bagi berdoa bersama-sama agar majlis ini diberkati Allah...

3 bilik dan 2 bilik air...

Moga anak ini dapat membesar dengan persekitaran yang terbaik dan pendidikan yang mencukupi bagi melahirkan ulama di generasi mendatang. Ya Allah, moga usahaku ini diberkati oleh Mu.

Dimensi baharu, Detik permulaan...

Nilai, 13April2012 - memandangkan tajuk yang aku letakkan untuk penulisan ini bermakna, penuh dan sarat dengan makna satu alam baharu yang aku kini ceburi dan terlibat secara langsung atau tidak telah menjadikan pelbagai polemik yang pelbagai sehingga aku juga dikecam, merasa tidak tenteram dan akhirnya keputusan adalah di tanganku. Aku akui, aku TELAH terlibat dengan POLITIK. Gambaran keratan akhbar pada penulisan sebelum ini menceritakan lagu dan kisahnya. Kenapa aku terlibat? Biarlah blog ini menjadi satu entiti penyaksian penulisanku bagaimana aku boleh terlibat dengan politik. 
Politik sememangnya sinonim dengan politik KOTOR. Kotor bukan kerana politik tetapi tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab melontar najis dan memakan daging saudaranya yang lain. Aku juga takut dengan ancaman manusia yang menakutkan insan yang sedia takut ini, tetapi aku lebih TAKUT dengan TUHAN yang menciptakan manusia ini dan bertanyakan KEKOTORAN yang dilakukan. Apakah kalian ada jawabannya? Aku bukanlah pandai dalam hal ini, malah masih hijau lagi, tahinya masih belum cukup hitam dan gelap, nah.. tapi aku memiliki 2 faktor utama yang tiada siapa mampu pertikaikan keputusanku..
Pertama, apabila aku dengar dan tahu setelah disiasat dan mendapati berlakunya kemungkaran. Berapa ramai yang telah tertipu dengan calon di sebelah lawan apabila secara terang-terang mereka menjual tanah melayu dan dijual kepada syarikat perumahan dengan mendapat untung lumayan hasil penipuan yang melampau-lampau. Melayu layu bila lihat wang bertimbun, melayu layu bila tiada lagi yang hendak diperjuangkan melainkan hanya bangsanya.. BANGSAT kalau aku berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa..
Kedua, ialah disebabkan tiada calon yang berwibawa dan layak mengisi kekosongan tersebut. Para alim dan ilmuwan ramai aku kira namun mereka lebih suka apabila telah keluar dari Gedung Ilmu, mereka mendirikan rumah tangga, kemudian peroleh zuriat dengan pekerjaan yang mendatangkan gaji dan pencen bagi mereka, buat apa mereka perlu berjuang lagi malah risau akan nasib diri terutama apabila membangkang kerajaan. Lantas mereka ini mengingatkan aku akan ayat quran dalam surah al-mukminun yang mana Allah menemplak manusia dengan persoalan, adakah kamu kira kamu ini diciptakan dengan 'sia-sia'??? makan tidur, beranak, muda, tua, di mana Jihad dan perjuangan??? ke kita bukan melahirkan MUJAHID tetapi MUJAHAT!
bagi aku cukup mudah, dari Allah kita datang, dan kepadaNya juga kita akan kembali. Atas kira-kira itulah, aku amat yakin segala kurniaan Allah kepadaku adalah pinjaman, dan Dia mampu mengambilnya pada bila-bila masa, bila lebih memberilah.
Maaf kepada yang tidak menyukai tindakanku dan menyatakan aku telah tersilap langkah dan sebagainya, hidup ini ada pilihan dan keyakinan masing-masing. Aku mohon agar Allah menunjukki aku jalan yang lurus dan dirahmati keluargaku seluruhnya. Aku dilahirkan sebagai PEJUANG!

Jumaat, 6 April 2012

UKM, 7April 2012 - dalam kelas Islamic Finance aku mengambil peluang menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman hidup yang sedikit. Bukan untuk dibangga, tetapi dikenang, kerana suku duka, gagal dan berjaya adalah kewajiban hidup kan? Blog ini adalah perakam bergerak sahaja dan bertulis. Minggu lepas merupakan kelas pertama di UiTM Shah Alam, dan kerana belum biasa dengan kelas tersebut menyebabkan aku balik awal kerana hendak pulang ke Gopeng. Alhamdulilah perjalanan berjalan lancar sehinggalah pada pagi esok untuk ke pasar Gopeng. Betul kata orang, malang tidak berbau, tetapi bila dah malang baharu boleh bau.. bau tayar pecah. Dah lah malang tersebut berlaku pada hari Ahad, Gopeng bukan KL kerana barang susah dapat dan tak semestinya ada.. kali ini janganlah kata sediakan payung sebelum hujan, kerana waktu tengahari terik dan aku hanya perlukan tayar spare-part, bukan payung..

Abah lagi bengang, call AAM bayar bulan-bulan tetapi hampeh, apa pun x boleh dengan pelbagai alasan, kami cuba tahan kereta dan hampir setengah jam tiada orang nak berhenti pun,.. Allahumma robbi yassir wala tu'assir.. Ya Allah mudahkanlah dan janganlah susahkanlah... mujur ada orang tempatan yang juga seorang pomen membantu, dari satu kedai ke satu kedai di Gopeng sehinggalah ke Simpang Pulai aku mencari sebiji tayar yang boleh muat dengan sport rim 18', maklumlah special edition dari Jepun dan Allah permudahkannya dengan tayar berharga RM 520 dan upah kepada pomen tersbeut RM 70. Dari dahulu aku dah sebut, besar periuk besarlah keraknya man..


bila jadi gini, terasa kerdilnya diri walaupun kita memandu kereta besar dan mewah, mujurlah enjin dan penghawa dingin berjalan elok dan anak aku dapat juga menonton rancangannya di Baby TY Astro.
tak habis dengan kereta, motor pun buat hal juga, bukan pasal enjin ke hapa, hari tu aku bagi pinjam ke sorang kawan yang rasa nak sangat naik motor ni ke Kuantan. Aku ni memang susah sikit nak bagi ornag pinjam harta aku, tetapi aku pun pelik boleh bagi ke brother ni sampai bini aku pun pelik gak tanya benda yang sama, jawab aku.. entah tiba2 bermurah hati. So masa dia ride ke Kuantan tu, entah camne boleh hilang mudguard bawah motor tu dan tinggal sebelah je, kat sini satu kelemahan aku kerana tak suka benda yang tak lengkap dan sempurna, aku tak kata kepada manusia tetapi kepada benda yang boleh diubah.
Semalam selepas Advocacy Skill kat Mahakamah Kl dan alhamdulillah aku berjaya lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan guaman KL membakar lagi semangat aku menjadi PEGUAM dan  IMAM. Eh, apa cerita keratan akhabr dalam catatan yang lepas??? jeng..jeng..jeng.. nantikan.. hehehe

Rabu, 4 April 2012

Sakit gigiku.. aduuhh..


Nilai, 4 April 2012 - Aku yakin ada yang terkejut setelah melihat paparan gambar  ini, namun samada tahap kerkejutan itu di tahap terkejut borok, terkejut karen dan lain-lain adalah mengikut selera dan kekuatan jantung masing-masing, cuma aku ada sebab musabab yang aku sahaja dapat ertikan dan perjelaskan. Point utama pada hari ini dan semalam ialah aku sakit gigi setelah baik dari sakit gigi dalam tempoh 4 hari. Azabnya... kenapa ya?
Aku banyak kali berjumpa dengan wanita memakai jubah putih dan bertopeng yang mengaku dialah doktor gigi tetapi bagiku mereka bukanlah doktor gigi tetapi juga seorang kontraktor mulut, manakan tidak mulutku ini pernah sahaja menjadi saksi apabila gigiku digerudi sedalam 1 cm ke 2 cm(menambah kekejaman doktor gigi) untuk semata-mata mematikan akar-akar saraf gigi. Sebelum mereka menodai hutan gigiku mereka seringkali melemparkan pujian, gigi awak ni elok tiada berlubang, cantik bahkan ada 2 gigi tambahan di sebelah dalam yang menjumlahkan aku adalah aneh berbanding gigi manusia yang lain kerana memiliki 34 batang. Ko ada?

Pokoknya, sekali operasi tersebut berjumlah RM500. Kalau 33 batang gigi yang lain akan sakit juga berapakah kos yang aku terpaksa tanggung bagi membebaskan aku dari kesakitan sakit gigi kerana saraf. hey.. ini bukan Sarafuddin tau, ini betol-betol bukan cobaan..

Kini, aku menghargai kasih sayang gigi-gigiku yang mengizinkan segala bentuk makanan di luar dapat aku nikmati sebaiknya dan aku perlu lebih berdiplomasi dengan mereka agar tidak tersinggung jika aku meminta mereka kerja lebih, maklumlah kekadang aku makan lebih.. Kenderaan berat sebelah kiri ya.

Opss.. hampir terlupa apakah dia kisah gambar di atas, nantikan penjelasan dan sidang media berkaitannya, hehehe.. Salam Tahajjud

Ahad, 1 April 2012

Keluarga didahulukan, Kebahagiaan diutamakan

Bangsar, 2 April2012 - ragam anak, suka, duka, tangis, terima kasih atas pelbagai warna itu, moga disyurga kita kekal bersama...