Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 29 Jun 2011

Today is my 27th belated birthday!!!

MEJA KAUNTER, Bangsar 30jun2011 - Gembira dan syukur kerana aku makin dewasa, segala puji bagi Tuhan yang masih mengizinkan aku hidup lagi dengan penuh misi, misi kesedihan yang melanda corak tugasanku kini biasalah ada insan yang iri hati yang tidak berpuas hati cuba bermain jarum dan api, aku serahkan padamu tuhan.

30jun2011 kira-kira diimbau 27 tahun yang lalu kata ummiku, masa itu bersamaan dengan 1 syawal dan aku dilahrkan disaat takbir raya saup-saup kedengaran di sekitar kualalumpur, sampai arwah atuk-atukku tidak menunaikan solat raya pada tahun itu kerana menuju ke kuala lumpur untuk menyambut kelahiranku, ya Allah terima kasih direzekikan aku nikmat iman dan islam di mana manisnya terasa dalam ketaqwaan. dalam sujudku dalam urusan hidupku. ummi pernah bercakap, kalau tak namaku bukanlah fakhrurrazi tetapi fitri sempena aidilfitri, tetapi namaku kini menyebabkan kecenderunganku dalam menuntut imu, teringat kisah di dalam hadith berkaitan seorang bapa mengadu kepada khalifah umar tentang anaknya yang derhaka kepadanya. maka khalifah memanggil anak tersebut dan bertanya adakah kamu derhaka kepada ayahanda kamu? maka budak itu menjawab, adakah saya seorang derhaka sedangkan ayah sayalah yang derhaka kepada saya. Budak itu beritahu lagi nabi s.a.w bersabda 3 tanggungjawab yang perlu diberikan kepada anak-anak ialah, berikan nama yang baik, memberi didikan yang baik dan memilih untuk anak ini ibu yang baik. Namu ketiga-tiga tanggungjawab ini tidak ditunaikan kerana nama budak ini ialah seekor kumbang, dengan tiada pendidikan yang baik serta ibunya ada seorang perempuan yang tidak baik. Nah, khalifah Umar mnegatakan bahawa benarlah budak ini, dan kamulah ayah yang derhaka.


oh ya, dalam kebelakangan ini aku selalu menggunakan kenderaanku berbentuk kotak bertayar empat dengan nama tunggangan kesayanganku ALPHARD, kuikuikui.. cerita ini bukan pasal takabbur, tetapi masa aku gunakan kenderaan ni memang datang ofis lambat ngan balik pulak lewat. Tak dapat lah nak menyelit-nyelit macam motor, so adalah satu hari ni aku pergi cek kereta di bengkel dan OMG.. terpengaruh bak kata hukama' - Annas 'ala dini 'ilamihim (manusia akan terikut dengan media)... so tayar kereta ni yang baru ditukar tidak sampai setahun dah botak dengan tidak rata, so TIPS yang akan dikongsi pada hari ini ialah kalau kenderaan besar macam van atau apa-apalah yang besar mestilah selalu diperiksa tayar dan chamber kereta agar selamat sentosa dan kepala kita lambat botak. kuikuikuikui...


malam tadi ketika aku pulang ke rumah, Anas telah pun tidur namun ada bunyi kahak dan dia merengek menangis kerana hidungnya sukar bernafas. Alahai, dulu pernah dimasukkan ke hospital kerana ni, sekarang jadi lagi. ujian dan yang pastinya inilah kalau ke taska, senang nak kena selsema dan kahak-kahak. Virus!!! petang ni mummy dia akan bawa Anas ke klinik dan harapnya akan segera sembuh.

akhir kalam, banyak kesedihan berkaitan umat Islam zaman ini dan aku tak cerita yang jauh cukup sekadar sekelilingku apa yang terjadi dan aku mahu berkongsi agar tidak diteladani dari generasi ke generasi. sifat hasad dan kemunafiqan manusia. Na'uzubillah.

Selasa, 28 Jun 2011

Isra' Mikraj 27 Rejab 1432H

Bangsar, 29jun2011 - aku masih dalam mood yang tak stabil. geram dengan sikap jabatan agama islam tempat aku bertugas kerana tidak amanah dalam menyiasat fitnah-fitnah yang dilemparkan aku, bahkan mesyuarat semalam dengan 'orang kuat' solah mengiyakan kata-kata munafiq yang menyorok kegembiraan disebalik nama agama yang mereka dak memperjuangkannya. gembira-gembiralah gembira biar aku yang berduka cita kecewa sekecewanya, bahkan dalam mesyuarat itu juga mereka mengugut akan menggugurkan aku di barisan perjuangan.


Ya Allah, hati ini merintih kepadamu agar kau musnahkan mereka kerana aku dizalimi oleh tangan-tangan durjana ini. dugaan ini membuatkan aku merajuk serajuknya dengan syaitan-syaitan bertopeng manusia. heeeemmmmm... biarlah masjid Allah sebagai Tuan rumah memilih siapakah yang layak menjadi tetamunya. aku tidakkan gusar dan tersasar kerana di kiri dan kanan ini sentiasa bersama para guru-guru yang mendidik diri ini menjadi pemimpin sejati.



Dah, jangan dibincang cerita yang menyakitkan kepala hotak aku. fullstop. esok 30jun. genap umur aku 27tahun. aku makin tua. aku perlu muhasabah dan perbaiki perjalanan hidup aku ini dengan lebih baik lagi. aku akan mencapai cita-cita aku untuk gemilang dunia dan akhirat.






Rabu, 22 Jun 2011

Anas daddy balik..Zzz..Zzz..Zzz

ZaidiZain&Associates, 23Jun2011 - (EPISOD 2) kerana pelbagai yang terjadi dan menyebabkan kerja aku semakin menimbun dan minggu ini pula dengan musim peperiksaan di UKM. hem... semangat perjuangan harmoni. semalam merupakan saat dimana aku bangga menjadi diriku mengahdirkan diri di sebuah laskar yang sebelum ini hanyalah diibaratkan pungguk merindukan pungguk lain untuk minum teh dan sembang-sembang. aku cuba mengimiginasi lukisan alam ini. dan aku bersyukur pada Mu ya Rabb kerana setelah kepenatan berperang dengan munafiq-munafiq ini maka satu kerehatan ya Allah berikan padaku yang lemah ini.



pertemuan dengan orang yang aku hormati dan sanjungi sehingga lewat malam telah memberikan sedikit kelegaan padaku dan rakan-rakan seperjuangan kerana aku tak sanggup diri ini dipijak-pijak lagi dengan kepalitan dosa-dosa dari tangan hina mereka. Nyah ko Nyah! hahahaha.. bukanlah satu gelak besar, tetapi gelak cukup sekadar memujuk hati agar kembali ke jalan Ilahi tanpa berselindung lagi, yelah semut kecil perlu lari dari dipijak tentera Nabi Sulaiman, namun wahyu tuhan yang mengizinkan nabiNya itu mendengar amaran sang permaisuri kepada tenteranya maka terselamatlah mereka dari bergelimpangan kepenyekan dek kaki-kaki gajah berjuta ganda besar dari mereka. dan aku? diisi semula dengan kekuatan jiwa dan perjuangan.

setelah pertemuan maalm tadi dengan dato mufti maka aku bergegas untuk pulang kerana jam di tangan berdigit 12 tanda nyenyaknya umat manusia untuk lena, di pertengahan jalan raya Utara Selatan menuju ke Seremban satu kemalangan ngeri yang mengakibatkan sebuah satria terbakar. entahlah pengalaman aku lah di tengah-tengah highway berlakunya kebakaran sebuah kenderaan, tak nampak pula jika ada mangsa yang rentung atau mati. syukurlah Allah masih bagi kesihatan pada aku dan sekeluarga.

Buka pintu rumah dan terlihat si comel aku nyenyak tidur dan hilang segala kepenatan yang ku tanggung setelah seharian di luar. Alhamdulillah...

Isnin, 20 Jun 2011

PJK bukan lagi gelaran

MENARA MUTIARA BANGSAR, 20Jun2011 - (EPISOD 1) mungkin ramai bagi pengikut blog ini yang tertanya-tanya ke mana perginya penulis setelah beberapa ketika menyepi dan mendiamkan diri, fuuhh ramai ke yang baca blog ni??? aku tertanya-tanya kepada sang paparan skrin lcd yang diam seribu bahasa. Bahasa komputer hanyalah 01 01 01. tiba-tiba skrin memberitahuku hanya 14 orang je yang ikut, takpelah walaupun sejuk bilangan pembacanya namun panas isi yang ingin nak ditulis.


bermula sebulan yang lalu aku memang telah dipanaskan oleh 'mamat' ni, apabila dia mengadu domba ke jabatan agama menceritakan buruk aku selaku ketua. macam-macam yang dilemparkan sehinggalah saat tibanya aku dipanggil dan menjawab pelbagai jenis soalan dan mujurlah anak aku melalak sekuat alam maka perjumpaan tersebut tidaklah terlalu lama. Kadang-kadang inilah masalah orang agama, selalu lupa gunakan maxim yang agama ajar, 'al-bayyinah ala almudai'e wal yamin 'ala man ankaro' kalau nak dakwa mestilah bawa bahan bukti janganlah terus percaya je. camnolah agomo kito nak comorlang deh ghupo ni perangai orang dalam eh...

kali ni porang yang meletus takkan aku berdiam diri sahaja, akan ku bangkit berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. dan kerana keterlaluan perangai hasad dengki mereka maka aku beranikan diri membuat laporan polis yang mana tuduhan yang dilemparkan itu adalah suatu fitnah yang melampau yang berniat jahat yang berunsur agenda nak jatuhkan aku dari pimpinan masjid. aku insan biasa. kekadang aku menangis mengenangkan perangai umat islam kita, dan air mata ini tidak mungkin lagi ku tahan disaat Subuh hujung minggu dan di kala berjumpa insan yang menjadi tulang belakangku selama ini. aku bisikkan padanya, ustaz... kenapa ustaz letak jawatan dulu, marilah sertai masjid semula dan kita murnikan semula keadaan dan mereka sememangnya dah melampau. aku sebak sambil tanganku menggosok biji mata ini. kejernihan air mata jantan ini bergenang di lekukan kelopak mata(mungkin si Zaff akan kata yang aku tengah menulis novel) tetapi pembaca sekalian, aku ni muka cute, hati pun cute, legend bila kawan-kawan dibelakangku juga legend. aku bukannya kuat sangat. lemah lagi hina.

bersambung...

Selasa, 14 Jun 2011

Pagi kerja, Petang kerja, Malam kerja, Lillahi Taala

PKNS, Petaling Jaya 15Jun2011 - Fuuhhh!!! penat sei sambil mengeluh dan berpeluh-peluh jam baru 11.30 malam, mana tak nya keluar dari rumah lepas subuh terus ke Kampun Paya Port Dickson untuk menerima watikah perlantikan Pen.Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' semalam, habis terus ke UKM bayar yuran dan dapatkan slip exam peperiksaan yang bermula 24hb ni (member lain mesti tengah gelakkan aku sebab mereka semua telah tamat membuka buku dan menikmati alam pekerjaan) tapi bagiku kesemua alam semua kecuali alam jin. sambung...

lepas ke UKM Bangi terus aku shoot ke ofis, perghh... sampai dah la takdek parking plak, perut dah lapar sebab dari pagi tak makan, tunggu punya tunggu, aku blok jelah kereta orang tinggalkan no. tipon terus panjat ke ofis. terus naik ofis kena buat kerja sikit then cabut la turun makan, nak dijadikan cerita 3 kali aku ubah kenderaan sebelum dapat parking.

bengang, patutlah ramai orang Malaysia kena sakit jantung dan darah tinggi, huhuhu... selalu naik motor, hari tu je gatal sikit.. huhuhu


balik dari pejabat, mak ai... jem panjang dan muka ku melengu menanti bermain dengan brake pad dan menghabiskan minyak RON97 yang sedang aku gunakan sekarang, minyak mahal namun hati lapang. kuikuikui.. selepas terpengaruh dengan member UKM, saparol..saparol.. belum sampai rumah lagi singgah Serdang untuk fotostat untuk seminar 'Pengurusan Harta' esok di PKNS Petaling Jaya, ok terus ke Bangi sekejap jumpa kawan bincang pasal perniagaan sikit, on the way untuk balik ke rumah, isteri pun sms, U balik lambat ke? Anas dah tido tunggu daddy dia. hem sayu plak hati bila baca mengenangkan Anas dah makin ligat berdiri. miss u..

tak sampai rumah lagi, dah salah seorang petugas di masjid mengadu masalah apa yang berlaku dengan staff-staff lain, huhuhu jam kat tangan dah dekat pukul 10malam. terus aku jumpa dia dan buat sedikit consultation berkaitan dengan perkara tersebut. tugas dan amanah ini amat berat namun aku harapkan Allah membantu urusanku.

dan itu-ini terus sampai ke rumah jam 11.35 malam, sampai rumah tak terus tidur lagi terus buat filing untuk seminar esok dan aku memandang ke wajah kesayangan hamba, air liur basi dia penuh.. namun mengalir sedikit air mata jantanku dan aku dapat bayangkan anak aku melompat-lompat depan tv mana lah daddy dia... Senyum+Sedih+Terharu..

Isnin, 13 Jun 2011

Mengadap Undang Luak

PORT DICKSON, 14Jun 2011 - ketika ini aku sedang menuggu majlis pentauliahan jurunikah oleh YM Undang Luak Sungei Ujong Negeri Sembilan. hujan renyai pagi ini membuatkan aku mencapai laptop dan menulis sedikit berkaitan peristiwa semalam. hahahah.. adakah aku pergi berjalan makin jauh???

setelah sekian lama aku menikahkan ahli qaryah di area Nilai dan menggunakan kuasa sek.28 dalam enakmen Negeri Sembilan dan bagi melicinkan lagi perkara ini maka Undang Luak Sungei Ujong Dato Mubarak Bin Dohak mencemar duli mengurniakan tauliah perlantikan.

ceritanya begini, setelah beberapa ketika bekerja di firma guaman di Bangsar, aku sengajalah pergi ke satu sesi temuduga setelah dihubungi oleh syarikat berkenaan. pemiliknya adalah seorang peguam selebriti dan aku xnak mention di sini kerana takut beri prejudis kepada pembaca namun yang bestnya apabila dia menawarkan aku jawatan senior executive dengan tawaran gaji yang menarik bersama dijanjikan dengan saham syarikat kepadaku serta dilantik menjadi ketua agama di syarikatnya. fuuuhh... tersenyum seketika dan terus aku terbayangkan anak kecilku bahagia jika seorang bapa dapat memberikan keselesaan kepada keluarga dan melihat mereka semua bahagia bersama. kuat berangan! cet! apa yang menarik semasa proses temuduga tu, bila saje dia bertanyakan Ustaz ni hafaz quran ke? aku pun ucapkan , insha allah. terus dia tebuk aku bacaan surah annisa dan juga surah ar rahman. hehehe nasib baik x susah sangat, hehehe... alhamdulillah dapat aku jawab dan yang aku rasakan ialah tidak sia-sia meninggikan al-Quran dalam hidup ini kerana Allah pasti menjaga kita.

moga-moga mereka yang di dalama bidang ini jangan sekali-kali putus asa kerana mungkin permulaannya dan pertengahannya agak mencabar dan sukar, tetapi di akhirnya pastikan kejayaan milik kita. Syabas buat nereka yang sabar.

Ahad, 12 Jun 2011

musuh lama kembali menyapa...

Bangsar, 13Jun2011 - ujian, ujian, ujian... teringat uji rashid, Man lawakkan nama dia untuk ambil ujian dalam peperiksaan dalam program Raja Lawak. hem, 2hari bercuti sabtu ahad ni macam tak bercuti pun, mana tidaknya entah macam mana aku boleh kena gatal atau gegata. dahtu, dengan sakit bahu yang tak hilang-hilang sangat lagi... hem... ujian, ujian..

kisahnya bermula begini, pagi sabtu lepas member aku belanja lah makan kat Bangi, area warta ni, tiba-tiba lepas dia datang dengan 2 bungkus makanan yang digoreng yang kelihatan agak menyelerakan apa lagi kutibailah... lalalala... aku meneruskan misi hari tu dengan menghantar satu kereta buku-buku masa belajar yang difotostat untuk diproses kulit keraskan, hem tokey kedai tu cakap semua sekali bos, adalah dalam RM735.. gulp. tertelan air liur. er..er..er.. ok jelah.. dalam hati aku, nak kulitkan keras buku-buku tu supaya tahan lama, hem oklah demi buku apa der bekira pulak.. moga pembaca ambil moral jangan kedekut dengan ilmu dan sekelilingnya. so sekali lagi aku meneruskan misi untuk balik ke johor sebab ada jemputan, sebelum tu isteri aku call tanya aku kat mana sebab umi dah bising-bising kata aku tak angkat call, lupa aku nak maklumkan kepada umi tersayang no.tel urusan kerjaku yang baharu, maklumlah yang ini aku gunakan handphone kecik sikit sennag nak bawa, sebelum ni dalam galaxy namun semua brand yang aku guna ialah SAMSUNG@SAMSENG. keh..keh..keh..

aku kalau berjanji pasti akan aku tunaikan dan tepati. Jam baru pukul 3 dan masa aku call umi dah bising2 kata nak balik dululah, call banyak kali tak angkatlah.. dalam alphard terus aku cakap at umi kalau akulah yang berjanji pasti aku tepati if u said its 3 o'clock, its 3 not like others.. ini memang prinsip aku, yelah cuma kekadang-kekadang kita ada kekhilafan kita sendiri huhuhu cuma bengang juga kalau kita disamakan dengan orang-orang lain. adakah sama bila kita berusaha lebih daripada orang lain, lebih teruk daripada orang lain, lebih kurang tidur bebrbanding orang lain, namun natijahnya kita dianggap sama macam orang lain tu, HAH!! lebih baik jadi sama dengan orang lain, tapi kalau difikir-fikir balik... jahanam lah orang Islam atas muka bumi ni mementingkan diri sendiri.

oh sambung balik cerita, so bila aku dalam perjalanan nak ke johor, mak ai... badan2 ni mulalah gatal-gatal.. apa hal ni??
ADA ORANG MEMBOMOHKAN AKU KE???
ADAKAH INI KIFARAH DOSA-DOSA AKU KE??
ATAU AKU ADA TERSILAP MAKAN KE???

semua persoalan ini menyebabkan perjalanan aku ke Johor dengan menaiki Alphard sehingga meter kereta mencanak ke 170-180kmh.. maximum bagi sebuah kereta yang berkelajuan 3000cc. Fuuuuhhhhh, memamng SAMSENG kuikuikui..

Badan aku naik ruam gegata, gatal satu badan tak terkira, sana gatal, sini gatal dalam atas bawah semua tempatlah....dipendekkan cerita malam tu juga aku balik ke rumah (BANGI-NILAI-BATU PAHAT-SRI MEDAN-BATU PAHAT-NILAI) dah macam bas express pula, kuikuikui... 2 hari kena sampai tak boleh tido akhirnya aku ambil langkah untuk ke klinik dan terpaksalah ambil jarum suntikan. dah tak jadi student kena lah bayar sendiri bil-bil perubatan sekali nengok mak ai.. 75 hengget, terasa nak jadi student balik, apa2 pun dah kena cucuk baru reda sikit... tahun ni je ntah berapa kali dah aku kena cucuk, namun 2 malam aku tak boleh tidur kerana gatal dan menggatai... huhuhu balasan. apa pun tak boleh.. kuikuikui.. dengan ini aku terpaksa isytiharkan untuk diriku, NO MORE SEAFOOD meaning that NO MORE BAGAN LALANG... huhuhuhu sedihnya bila Allah tarik nikmat ni, mudah2an nikmat lain yang direzekikan, insha allah.

ini bermakna musuh lama telah kembali, sebabnya aku pernah bermusuh dengan gegata atau gatal-gatal ni semasa belajar tahfiz dulu, zaman membotakkan kepala dan zaman sungguh-sungguh hafal quran.teringat hadith nabi s.a.w yang bermaksud "tidak akan miskin dengan al-Quran" diharap bagi mereka yang mendalami bidang ini yakinlah janji nabi s.a.w.

namun walaupun gatal ke penat ke atau apa-apa ujian yang datang kitakan ada Allah. yang pasti aku dah jatuh cinta dengan kerja yang aku buat hari ini walaupun penat menggila, boleh malam tadi aku hantar 7 bundle untuk kes rayuah ke ofis pukul 10 malam datang sorang-sorang. berani campur takut tapi sebab kes tu nak difailkan pagi-pagi besok terpaksalah aku buat juga. Seronok? kerana aku bukanlah penganggur atau pemalas, Tension? sebab time limit dekat sangat, Kecewa? sebab kurang bermain ngan Anas anakku... anyway, syukur pada Ilahi atas apa pun yang dianugerahi.

Jumaat, 10 Jun 2011

buta mata, celik hati

Nilai, 11jun2011-pagi ni awan mendung, guruh berdentum tanda hujan akan turun, tapi belum pasti lagi, yang pastinya mata aku makin kuyu ditambah dengan sakit bahu yang dah lebih 3 hari, tergeliat angakt fail yang berat-berat di tambah bawa moto besar nak kena tarik bila parking, huhuhu... banyak guna tenaga masa kerja ni, tapi takpelah yang penting aku tak meminta-minta pada manusia, teringat hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, nabi bersabda Allah lebih suka mereka yang bekerja walaupun menjual kayu api daripada meminta-minta kepada manusia. jadilah mereka yang disukai dan dicintai oleh Allah.


coretan untuk kali ini aku nak kongsikan keta'juban pada Allah s.w.t dengan mengurniakan aku seorang sahabat yang buta mata tetapi celik matahatinya. lebih mengkagumkan sahabatku ini namanya Shukri seorang yang hafiz Quran. Allahu akbar! kagum aku lihat dia dan hidupku bertambah gembira dengan kehadirannya. kadang-kadang manusia yang ramai tidak buta matanya tapi buta hatinya. aku pernah juga menguji beberapa soalan padanya dan sungguh mengkagumkan bila mana shukri selalu berkata kepadaku... Ustaz, motor ustaz warna hijau kan? Aik, macam mana dia tahu ni, terdetik pada hatiku yang dia ni tak buta kut mungkin rabun je, tapi sangkaanku salah kerana dia memang buta dan yang menjadi kehairanan ku lagi apabila mesej yang masuk ke telefon dia pasti dia akan maklumkan apa yang tertulis??? subhanallah, inilah buta mata, tapi celik hati. paling gembira bagiku, setiap kali dia di pejabat sudah pasti aku dan dia akan solat berjemaah bersama.

Alhamdulillah.

Rabu, 8 Jun 2011

I am a money magnet

Bangsar, 9Jun2011- tengah-tengah selongkar fail kat laptop terjumpa pula gambar semasa jadi panel forum usahawan atau usha..wan.. xde pula yang cun, kuikuikui.. alah bergurau pun tak boleh, butang baju melayu aku mana pah??? hihihi...

so inilah ikrar yang perlu dibaca dengan semangat setiap pagi sebagai motivasi diri untuk berjaya, bahagia, kaya, sihat dan sejahtera dunia akhirat. amin...

di sebelah tu jutawan ikan kerapu dan produk kesihatan, dahsyat wooooo.... yang tengah bercakap tu jutawan hutang adalah, eh.. itu tak motivasi, saya nak jadi jutawan akhirat lah

i am a money magnet
i am an excellent money manager
i always pay myself first
i put my money into my financial freedom fund everyday
my money works hard for me and makes me more and more money
i earn enough passive income to pay for my desired lifestyle
i am financially free, i work because i choose to, not because i have to
my part time business is managing and investing my money and creating passive income streams
i create my life, i create the eact amount of my financial success
i play the money game to win, my intention is to create wealth and abundance
i admire and model rich and successful people
i believe money is important, money is freedom and money makes life more enjoyable
i get rich doing what i love
i deserve to be rich because i add value to other people's lives
i am generous giver and an excellent receiver
i am truly grateful for all the money i have now
lucrative opputunities always come my way
my capacity to earn, hold and grow money expands day by day... amin

Selasa, 7 Jun 2011

Kepala pening,hati runsing,JK vs khauf wa roja'

NSTP, 8jun2011 - balik dari mengimamkan subuh di masjid bersama anak kecilku, aku terus melihat keadaan bilik a.k.a rumahku yang agak berserabut, yelah dua-dua keje, Anas pun bila balik sahaja situlah tempat dia main dan tidur, kebetulan isteriku menghadapi peperiksaan hari ni, aku tanpa berfikir panjang tengoklah mana yang boleh dibantu. first sekali tengok baju-bajuku yang di almari, hahaha... mujurlah aku ni bukan penggemar baju macam sesetengah yang lain sibuk beli baju baru, seingat akulah beberapa helai sahaja yang aku beli yang lagi dihadiahkan oleh abah manakala umi pula setiap kali berkunjung ke luar negara pasti ada sahaja yang dibelikan terpaksalah membesarkan almari dari satu ke dua almari campur pula dengan isteri aku punya baju maka jadilah empat gerobok almari yang sebesar bilik fuuuhhh... nasib baik tak campur dengan Anas punya kalau tidak.. hihihi namun aku bahagia.

baju jaket superbike yang berhabuk bersidai je kat bilik, maklumlah makan space almari. dulu semangatlah nak jalan jauh pakai baju macam angkasawan siap sepasang dengan orang rumah, aleh-aleh kadang-kadang pakai singlet je naik motor... hangat-hangat tahi ayam ... :p

ini pula baju debat yang ditempah dari Izzat (debator arab) handal wooo... hehehe up..up.. ni xkan up saja je ye x, hehehe... benda makruh.. benda makruh...


Sambil 'menyerika' baju (maaflah DBP kalau perkataan tu tiada dalam kamus dewan) sambil aku memikirkan masalah masjid yang sekarang ni hebat puak satu lagi menabur dan menjaja kisah buruk pasal aku yang kalau ikut hati memang aku belasah je seekor demi seekor namun teringat ayat-ayat Allah semasa aku mengimamkan solat subuh pagi tadi berkaitan orang-orang munafiq di dalam surah at-taubah, yang bermaksud "wahai Muhammad, janganlah solatkan mereka dan menziarahi kubur mereka kerana jelas nyata kemunafiqan mereka..." penat kalau kita layan orang gila nanti kita yang gila pula... Ya Allah berilah daku kekuatan itu sahaja yang membuatkan aku tersenyum kembali menyerika baju sehingga selesai.

Baru aku perasan baju yang aku seterika tadi hanyalah dua jenis tetapi adalah dekat sepuluh helai. Baju kemeja putih yang biasaku pakai ke tempat kerja dan juga jubah yang aku gunakan untuk solat dan ke kelas UKM. Teringat hadith nabi s.a.w berkaitan kerja rumah ni sebenarnya wajib ke atas suami yang laksanakan bukan sebagaimana yang kita faham, orang perempuan punya kerja. Banyak betul kesilapan dan kesalahfahaman kita. ada juga orang bertanya, habis tu orang perempuan buat apa??? jawapan menurut kitab-kitab feqah muktabar ialah tidak lain hanyalah menyediakan diri bagi nikmat 'istimta' buat suami dan melahirkan zuriat-zuriat yang soleh solehah. Bahkan dihukumkan wajib kepada suami mencari pembantu rumah jika tidak mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut, suami yang wajib ke pasar, suami yang patut menjahit dan menampal pakaian yang koyak, selain dari nafkah wajib menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan minuman harian malah sekiranya alat solek isteri tersebut disukai oleh isteri dan dapat bersenang-senang dengannya maka wajiblah bagi suami membeli dan menyediakannya. panjang pula hujahanku. kalau inilah point aku berhujah alamat terbakar pula baju yang sedang aku sterika ni kuikuikui...

oh ya, untuk catatan kali ini sengaja aku nak maklumkan aku sedang menulis sebuh buku mukhtasar ilmu rawatan islam semasa perguruanku bersama pengasas darussyifa' mana tahu minat aku dalam bahagian dan bidang ini akan ku keluarkan dengan e-book. doakanlah untuk saya dan semua usaha jihad orang Islam. Makasih ya!

Ahad, 5 Jun 2011

Hantar Taska


Bangsar, EnamEnam2011-semuannya terpaksa menghadapi realiti hari ini, zaman ini, la ni lah orang utagha dok habaq, aku terpaksalah mengikut arus. yang dok kepoh-kepoh pagi ini apa lagi, anakku terpaksa ke Taska, walaupun pada hakikatnya aku x sanggup biarkan pengasuh yang menjaganya, ialah kita mana tahu orang lain sebab bukan anak dia. bak kata pepatah, menjaga anak bagai menatang minyak yang penuh walaupun ini bukanlah perkataan yang boleh aku up kan diri sendiri namun setelah umur Anas 8 bulan aku tidak pernah menghantarnya ke Taska maka hari ini kurakamkan detik bersejarah dia terpaksa juga ku hantar kerana desakan arus perdana.

Aku bukannya apa, selalu sangat kita dengar masalah ibu bapa yang dihantar oleh anak-anak mereka ke rumah-rumah orang tua, sebenarnya jika diteliti balik memang wajar sebab kita juga yang menghantar mereka ke taska semasa kita sibuk bekerja, putaran itu tetap sama dan wajar sebenarnya, apa pun alasan kita kepada mereka hukum alam tetap sama, namun andaikata suatu masa nanti Anas baca tulisan daddy ini, bukan bererti daddy tak sanggup jaga, apa pun daddy terpaksa meraikan pandangan semua pihak, maklum sahaja lah atok Anas tak berapa sihat sangat, Anas pun kenalah berkawan dengan baby lain, jangan buli dorang tau!!! hehehe... dan yang zalimnya aku tidak pun menghantarnya tadi kerana tidak sampai hati kalau dia menangis, muka legend, tapi hatiku kiut... hehehehe
sekarang Anas dah ada channel tv sendiri 618 Astro BabyTV daddy layankan juga walaupun daddy yang beli tv tu, takkan nak gaduh nagn anak tengok siaran mana hem...

pegi solat subuh pun daddy letak Anas kat depan, semuannya sebab daddy sayang Anas tau... moga Allah taala rahmati keluarga kita semua sampai ke syurga ya...

gambar di atas membuktikan segalanya yang daddy sayang sangat kat Anas tau, masa driving nak dukung dengan bahaya gitu pun daddy dukung kalau tak Anas melalak,

daddy sayang Allah sayang anas sayang mummy sayang atok dan nenek sayang semuanya

Sabtu, 4 Jun 2011

Setitis hujan semangat menghilangkan kepanasan sepanjang hari

Nilai, 4Jun 2011 - ada je benda yang aku nak coretkan pada muka blog aku sendiri, yang aku tau sekarang ni ramai dah orang berblog2 bagai ni, masing-masing punya niat dan arah tuju penulisan mereka. bagi aku, berpegang pada prinsip blog aku adalah di antara dairi yang biasa aku tulis untuk aku muhasabah diri apa yang aku telah lakukan. aku mulakan dengan kisah 25mei 2011. hahaha mungkin bagi mereka yang tahu tarikh tersebut akan menggelakkan aku, ianya ibarat satu harapan yang tidak kesampaian dan sehinggalah di saat ini aku masih mengingatinya dan terjaga dari tidur yang bermimpikannya juga. aku tidak pasti adakah ini gangguan tidur atau sebaliknya namun yang aku pasti aku diganggu oleh si dia lebih 4 tahun yang lalu sejak aku mula mengenalinya. oh indahnya nya itu. ehem..ehem...



setelah memulakan beberapa tugas yang tergendala, aku kini dibebani lagi tugas, setelah habis satu tugas, aku dibebani lagi sehinggalah ada kalanya aku tidak pasti dapat meneruskannya lagi atau tidak. aku perlukan x faktor yang disebut2 oleh orang sebagai tenaga luar biasa, namun usia sebegini apa dia x faktor yang aku cari? aku tertanya-tanya? alangkah berbunganya hati bila turunya setitis hujan semangat pastinya akan menghilangkan kepanasan seluruh tubuh jiwaku ini...