Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 20 Julai 2011

satu hari di hari raya...

Bangsar, 20Julai2011 - tiba-tiba terdengar lagu raya M.Nasir dari bilik ofis, perghhh diam tak diam, celik buka mata, wah.. lagi seminggu lebih sahaja bulan ramadhan mahu menjelmakan dirinya. sekejap itu air mata aku bergenang buat seketika, Ya Allah, berkatilah kami dalam bula Rejab, dan tibakanlah ramadhan pada kami, terkenang di ramadhan dahulu, di Masjidil Haram dengan alunan imam Mekah yang sayu kedengaran.. makam nabi, rindunya Ya Allah.. ada tak yang nak sponsor? Pejam celik genap setahun aku menziarahiMu ya Rasulullah, bergenang air mata ini meninggalkanMu, rindu bauman wangianMu beristirehat di sebalik tembok-tembok pemisah aku dan Mu, yakinku akan sabdaanMu bahawa umat ini akan bersama dengan siapa yang dicintainya(Rasulullah).




Disaat memburu al-Qadr di sebalik lautan jutaan manusia di dalam rumah Mu Ya Rabb. Izinkan aku menziarahi rumahMu di masa-masa hadapan.



Disebalik belakangku adalah khutub khanna yang berada di dalam perpustakaan Masjid Nabi As-Sharif yang dikarang oleh Assayid Fakhruddin Ar-Razi dengan karangan hebat ulama tersohor itu, tq umi abah namakan aku dengan FAKHRURRAZI, berkat nama tersebut akan ku jaga keperibadian mencintai ilmu.




Ya Rasul, Sollu 'alaih....


Banyak yang aku ingin kongsikan dalam coretan ini, tapi setiap kali inginku suarakan pasti ada sahaja suara hati yang mengatakan tak perlulah tulis yang ini, sedangkan banyak manfaat yang boleh diambil. Semalam ntah macamana mood ceria yang aku bawa ke ofis dibunuh dengan beberapa sms yang mengadu tentang 'perbalahan' di masjid dan aku mengambil keputusan untuk menziarahi kawan-kawan di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Wow, banyak perubahan berlaku, dengan sistem skrin lcd, ruang pejabat yang diubahsuai dan pelbagainya, aku berharap sangat kalau masjid aku juga boleh diubahsuai seperti ini, dan bukan membawa erti takabbur malah diimarahkan masjid sebaik mungkin. Aku terharu dengan sambutan yang diberikan oleh kawan-kawan di sana, Shaarani dan Saiful dan cumanya ada sedikit ayat tak sedap didengar apabila permohonanku untuk menjadi imam rawatib dipangkah dengan kata "...apasal dia nak tukar pula, tak seronok dah ke sana? kita tidak memerlukan lagi..." aku bukan peminta kerja dari manusia, aku cuma mahu berbakti pada manusia lain, salahkah aku? aku cuma .... terpaksa bersambung client datang jumpa... sekali sekala nak buat cerita tak siaplah, mana tahu kalau ada pembaca yang nak respon, kan? kan? kan?

Rabu, 13 Julai 2011

Jangan berumah di tepi pantai, kalau takut Tsunami

pisendiri, 14Julai2011 - Semua orang suka ke tepi pantai, lebih-lebih lagi suasana di kala matahari ingin menukar shift kerja dengan sang bulan, hembusan monsun dari laut ke pantai, menjadikan manu damai, keturunan manu juga damai, bak kata pujangga, sekali air bah, sekali itu pantai berubah. Pasang surut rumah tangga tidak boleh dinafikan, dan tulisanku pada kali ini berkongsi sedikit sebanyak pengalaman tersebut. Aku pernah dihubungi orang sehingga 4jam bercerita masalah rumahtangganya, didatangi manusia sehingga jam 2-3pagi kerana bertanyakan pendapat berkaitan rumahtangga, dan membuat hujah bagi kes-kes rumahtangga dan aku manu yang biasa juga tidak lepas dari melalui pasang surut tersebut.

Siapa sangka email yang dihantar ke si dia menjadi punca pergaduhan hebat semalam. Segala temberangku telah pecah. Aku menyesal. Menyesal bukan kerana mengirim email tersebut tetapi menyesal dengan perbuatanku yang sambil lewa membuatkan aku tidak menyimpan email itu dengan baik, dan apabila terhidu oleh isteriku, apa lagi nak dikata. Ternganga lah nak menjawab, dan aku terpaksa ceritakan dari A-Z.

Mujurlah buah hati aku yang encem ini mengubat lara kami, ini pun selepas melalak sekuat hati kerana takut aku tinggalkan dia, mandi pun kena buka pintu bilik air bagi dia tengok, dia takut kehilangan orang yang dia sayang, begitu juga kita, dan begitu juga kesemua mak bapa yang waras atas muka bumi ini, sudah pasti kita sangat gusar bila 'kehilangan' itu datang, hanya jiwa dan iman yang kental sahaja membuatkan kita berjaya menempuhnya..


Salah aku ke kalau mimpi yang datang semasa tidur berkaitan si dia? Salah aku ke perasaan suka muncul di hati kita? Salah aku ke jika hadirnya bukan diundang? Siapa kita ingin menolak cintanya? Ini semua kata-kata dusta kerana aku makin tidak mengenali diriku lagi. Aku sedang melakukan tranformasi hidup, dari zaman belajar sambil bekerja ke suasana kerja sambil belajar di tempat baru. Aku sedang belajar jadi bapa yang terbaik, sedang menyusun kotak emosi remaja menjadi lebih dewasa, dan itu adalah proses laluan semua manusia yang sempat merasainya. Ironinya, setiap laluan tersebut diringi dengan dugaan dan ujian. Moga aku tabah melaluinya.

Coretanku ini memang aku sahaja yang faham kerana takkanlah aku nak buka pekung di dada, buka kain untuk diintai, buka tudung saji untuk dimakan, aku faham emosi isteriku tatkala baca kiriman email tersebut. Siapa yang tak sakit hati kalau suaminya mengarang sesuatu yang berbaur cinta, tapi jujur aku katakan ianya tidak seperti yang ditelah. Aku risau faktor luaran akan menjadi ajinomoto penyedap perasa ceritera cinta ini.

Mengakhiri tonjolan papan kekunci ini, hanya TUHAN yang tahu...

Selasa, 12 Julai 2011

Tips Anak Demam...

12Julai2011,mynewtable - Pagi ni aku ditugaskan ke mahkamah Kuala Lumpur namun bersamaku ialah pembantu kenit ni, hehehe Anas, oh ya hari ni genaplah dia 9 bulan. Setelah 2 hari ni memang dia terpaksa mengikuti aku ke ofis sebab nak menyenangkan dia cepat sihat dari bergaul dengan budak-budak taska yang lain akibat demam dan batuk berkahak. Nak harapkan isteri, dia ambil ujian di UM, ayah aku pula pulang ke kampung di Gopeng, al-maklumlah opah tersayang semakin uzur, moga Allah berikan kesihatan padanya, dan ummiku ke Terengganu atas urusan kerja. So aku meneruskan usaha sebagai Daddycool dengan cemerlangnya.


Semalam ok lah alhamdulillah tiada apa yang pelik, hari ni nak dijadikan cerita balik dari court terus aku ke Pejabat Tanah Kuala Lumpur sebelum dataran merdeka lepas keluar dari terowong. Aku letakkan Anas di kerusi kerana dia leka bermain, agaknya kerana melihat aku ke kaunter dia nak ikut dan terus terjatuh ke bawah, TERKEJUT. terus aku sambut dia dukung dan dia meraung kesakitan. Lagi aku panik mulut dia berdarah. Ya Allah, semak kepala aku. Aku mendodoinya ke hulu lhilir pejabat tanah tenteramkan dia, nasib baik bibir dia je yang pecah bengkang mulut dia, nasib baik gigi 2 batang x patah, silap aku lah. ngaku! Debar hati ni Allah je tahu, mana tidaknya kalau ada apa2jadi, maklumlah aku dapat bayangkan muka dia tersembam ke bawah lantai. Nasib baik kerana kejadian tu kerani yang duduk dalam keluar nak buat kerja yang aku minta, kalau x macam HARAM aku tunggu kat luar xkeluar2. gomen- gomen. Alahai anak katakan, sebelum ni panas sampai 40`c, pastu dengan ingatkan keluar campak ke, ruam satu badan dari muka perut kaki tangan semua, aku dahlah baru jadi ibubapa yang baru.. so maybe sedikit info ni dapat dikongsi dengan ibubapa yang baru macam aku, jangan jadi BARUa atau BARUang sudah, hehehe...

TIPS ANAK DEMAM
  1. kalau anak demam jangan ambil ringan, terus berjumpa doktor, doktor PHD nak buat apa jep, apa2lah asalkan doktor walaupun anda seorang perawat rawatan alternatif, jangan jampi je ni juga ikhtiar penyembuh.
  2. kalau boleh di rumah ada pengukur suhu tu, walaupun tidak begitu tepat berbanding hsopital atleast kita ada alat, apa guna nengok Doraemon alat macam-macam tapi x pakai.
  3. Sentiasa basahkan badan dan lap, seluruh badan dan kepala.
  4. Kalau panasnya memuncak jangan panik rendamkan anak ke dalam baldi air, sebelum ke klinik atau hospital.
  5. di rumah sediakan ubat-ubatan kecil seperti koolfever, dan apa2 jelah yang paling penting ONGKOS kena sediakan untuk kecemasan.
  6. demam sekarang pelbagai, so x semestinya ruam pada anak itu campak sebab ada demam yang keluarkan ruam(di bawah lapisan kulit, beza dengan gegata atau ruam pada permukaan kulit) kata PAKAR bukan PAKARUDIN atau PAKARURAZI, hehehe pakar kanak-kanak lah boh...



Dah lama x menulis maknanya banyak lah cerita yang aku nak kongsikan. Jumaat lepas memang ujian lagi buat aku, mana tidaknya dah lah pulang dari hantar saman ke Abby Abadi, tapi bukan dia pun yang keluar, bibik dia je. dalam hati jahat aku ni cakap, bibik dia x secantik tuannya, maklumlah artis sekali bibik yang keluar dengan rambut sarang tebuan, kuikuikui... xbaik kutuk orang lah. balik rumah siap2 nak ke masjid untuk jumaat setelah lama aku tak memandu TRITON, aku bawa untuk ke masjid dengan keadaan hujan renyai akubawa takdelah laju sangat tapi selekoh nak ke SEMARAK nak buat urusan surat berdaftar, selekoh tu boleh aku terbabas ke tepi gaung, adalah 7kaki dalam ke longkang besar pulak tu. keadaan cemas tu macam dalam cerita LAGENDA BUDAK SETAN, iiiiiiiiiiiiiiiiieeeeeeeekkkkkkkk buat laps, ALHAMDULILLAH accident tu menyebabkan sebelah tayar pecah. aku selamat. tiada apa yang berdarah. body kereta pun ok, selamat. tiada apa yang calar atau pecah. cumanya...cumanya... tayar tu 4 biji import dari Jepun, masa aku tunggu harga dia adalah dalam RM4200. hua...hua...hua... iktibar+sabar

Isnin, 4 Julai 2011

Hari yang ke3

Hospital Serdang, 4Julai2011 - Jam dah hampir pukul 10malam dan kini aku masih bersama dengan keluarga menunggu untuk dipanggil oleh doktor. bukan aku yangs akit, tapi Anas dan ini kali ketiga kmai datang ke hospital pada setiap malam berturut-turut. Aku? sakit hati. sakit lah juga dengan geng-geng munafiq yang bilalah Allah nak balas mereka. mungkin ruang masa yang lama untuk mereka bertaubat, tapi aku tidak mengaku kalah cuma memperlahankan langkah kerana urusan peribadiku yang lain. Jiwa aku masih membara cuma kerana peperiksaan dan masalah kesihatan yang mengganggu Anas.






Setelah beberapa lama aku tidak menulis kerana terhiris dengan beberapa perkara, Jumaat yang lalu aku berkhutbah dengan berpakaian profesion seorang peguam dengan bertali leher hitam cuma serban di kepala. Apa yang menarik tajuk khutbah ketika itu, jangan pergi ke perhimpunan BERSIH.selesai berkhutbah seorang pensyarah dari UIA Nilai menerjah ke bilik ku dan memulakan langkah dan bunga-bunga perdebatan menyangkal isi khutbah yang kutitipkan sebentar tadi, aku biarkan dulu dia berbicara dan kerana jam menunjukkan aku telah kelewatan untuk ke Konvensyen Peguam untuk kali kedua di Kuala Lumpur, terus aku mematikan kata-katanya, Ustaz, saya dipaksa untuk baca khutbah namun hatiku tidak sekali-kali dijajah. Nokhtah dan dia berlalu pergi dengan senyuman puas kerana bimbang aku juga akan menongkah arus deras bersama parti yang satu lagi. sms juga bertubi-tubi bertanyakan tentang isu yang sama dan kesimpulannya Allah yang mengetahui.


pada hematku ini, zaman ini terlalu sukar untuk mengatakan dan menegakkan yang haq. kesian aku membaca sms yang dihantar oleh salah seorang sahabat setia yang bersama-sama bertugas di masjid, dia berkahwin, bertugas siang di masjid sebagai pembersih, bertugas malam sebagai pengawal keselamatan. bukan kaya yang dia minta cuma pemerhatianku dia banyak membantu keluarganya. bukan salah sesiapa tapi kesian dia dipinggirkan di masjid oleh kaum-kaum munafiq. Di sana dua tokoh yang juga banyak membantu perjalanan karierku di Masjid tempat ku bertugas hanya Allah sahaja yang selayaknya membalas jasa-jasa kalian.

Banyak yang aku ingin coretkan tetapi suasana hospital yang tidak menyelesakan dan bukan aku lah kalau jenis-jenis orang yang menulis tanpa tujuan, dan ini yang aku hujahkan dalam hujahan yang disiapkan di saat-sata akhir, dan aku gelarkan akulah the last player tu.. save the last for the best!!!