Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 29 Oktober 2010

Bagaimana rasanya jadi GM???

Nilai,30-10-10 wow, bila agaknya dapat rasa jadi GM, hehehe... balik dari berjumpa dengan'abang'@sifu@mentor ku, persoalan ini bermain di fikiran dan aku, pastinya akan set minda aku untuk jadi sepertinya atau mungkin lebih bagus darinya, minda kena cerah beb!!! alhamdulillah sekarang dia dah bergelar GM bagi sebuah company GLC yang masyhur, menceritakan pengalamannya kepadaku setelah aku 'down' kecewa dengan kedatangan satu sms petang tadi... hampir keseluruhan kotak pemikiran menjadi berkarat kerana sms keparat tu, yang pasti, aku buat benda yang betul dan akutakkan mengalah kerana satu suara sumbang macam tu. Allah Maha adil, malam ni terus mentor ku tadi berkongsi meriangkan fikiran ku semula, oh sebut pasal riang, tentunya sinonim dengan McD, well.. ada invitation kad untuk aku rasmikan majlis mereka esok, tunggu...


... dan pada malam tadi juga, secara bersungguh-sungguhnya, daddy anas telah memasang kipas yang baru di bilik hotel kita bagi keselesaan anakanda, perasaan memiliki dan dimiliki memang berbeza, ayah sanggup berkorban nyawa untuk anak mereka, namun anak susah untuk berhempas pulas untuk ibu dan ayah mereka, sampaikan media pun melaporkan perkara-perkara yang akal waras aku xboleh nak terima, anak tumbuk ibu lah, anak terajang bapa lah, sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sengsara... tapi dalam hati masih ada sedikit rindu padanya...

balik cerita jadi GM, ada bilik besar, ada kereta syarikat, ada driver, ada s/u, ada staff yang ramai, ada kuasa set up meeting ikut cara kita, ada kaki bodek, bila masuk ofis orang panggil, boooossss!!!! tabik spring, wow..wow..wow.. gempak giler best, hem.. tapi itukah yang kita cari dalam hidup ni? bagi aku lah, memang bukan itu yang dicari, tapi itu yg direzekikan untuk kita, dan untuk capai pada tahap itu hidup mesti sentiasa lurus, jangan menyimpang, jangan takabbur, biar besar hati tapi bukan besar diri, biar hidung kembang tapi jangan bontot kembang(erk... ada ke peribahasa ni?) dan menurut mentor ku yang baru umur 42 memegang jawatan orang yang 50 ke atas, status tersebut yang berimej corporate perlu diwujudkan bagi membezakan dan mengasingkan GM-GM dari kucing-kucing kurap yang sentiasa nak pedajalkan mereka, lumrah dunia kan, ada je peluang terus terkam.. gurau kasar yang jujur.



Isnin, 18 Oktober 2010

Enter the next level of your life

Nilai-Melaka,18Okt2010-bayangkan anda sedang bermain game warcraft!!!(aku tau ni game lama giler sebab ni last game yang aku main la) bila kita telah berjaya mengalahkan semua penjahat dan penjenaya itu, maka kita pun akan dianugerahi dengan kata2, mission acomplished, you are in the next level! Continue? hehe.. inilah hidup kita kan? selepas satu, satu lagi, dan lagi.. kesudahannya mati.

"Pak Ngah, nanti kalau baby Anas da besar, Atheef nak main polis ngan askar dengan baby Anas" hehe... hembusan ketenangan dari seorang bayi, begitulah Allah jadikan penuh dengan hikmah.


oh, dengan rasminya, gambar Anas Haziq(my baby) aku pamerkan dalam blog ini, nak dijadikan cerita, masa aku pulang dari hospital pada 13b okt sehari selepas dia dilahirkan, anak saudaraku Atheef Fathi juga berada di rumah, wajahnya menjeling melihat baby yang ku kendong, hahaha... riak wajahnya yang cemburu! maklumlah, dulu aku manjakan dia, sekarang kena berbaagi kasih. yang lucunya, pistol mainan i tangannya diacukan kepada Anas tanda tak puas hati, namun setelah melihat babyku menggeliat, Atheef datang dekat sambil mengusap kepala bayiku, sikit-sikit.. lalu dia berkata

Nak tahu apa jadi dengan kehidupanku seterusnya? kalau dulu seorang, berdua dan kini bertiga. banyak perkara dan pengalaman baru yang ku pelajari, tukar lampin, basuh berak, buat susu baby, dan ada yang paling lucu, tengah2 tukar lampin, Anas ku memancutkan specimennya ke muka, adoooiii... anak permata keluarga, pengikat kasih, cinta dan setia, anugerah yang tiada tandingannya, kenapa orang bunuh orang? sungguh jahat orang itu (macam pantun arwah din beramboi)... hehehe anywhere, dah lah skrin laptop aku berbekas2 dengan air susu Anas... moga jadi anak soleh ya, amin!


Isnin, 11 Oktober 2010

Penantian satu penyeksaan

Pusat Perubatan Universiti Malaya,11-10-10 - hem, jam di tangan dibaca dengan waktu 9.34malam, aku di depan pintu wad bersalin, menanti kelahiran putera kecil sulong ku, berdebar, tidak tentu hala.. maklum sajelah tiada pengalaman, bapa muda, darah muda, imam muda, air kelapa muda sedap juga minum ni, eh apa aku merepek ni, inilah apa yang ku katakan sebentar tadi tak tentu arah, namun yang pasti wajah kesayangan hamba berada dalam keadaan yang lebih sedih, takut dan takut sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman, ibu yang mengandung ni wahnan ala wahnin, susah lagi disusahkan... kalau kita cemas la dulu masa nak ambil exam SPM, lulus ke xlulus, cemas nak amik lesen kereta pass ke gagal, cemas nak salam tok kadi, sah ke sekali lagi, Allahu Rabbi... ini berjuta2 kali cemas, ketiak tu dah berapa banyak kali basah, takut, antara hidup dan mati, cuba bayangkan kita ketika sedang menjawab soalan munkar nakir, aduuussshhh... sayu hati lihat kemalangan bas express yang mengakibatkan banyak nyawa hilang pada 10-10-10, sejarah mungkin berulang bila kita selalu lalai...


walaupun berdebar menunggu 'babyku' yang sebenar, 'babyku' yang palsu di atas telah ku makeup lampu belakangnya di AK Speed Serdang, maklumlah.. ah memang keturunan aku kut, suka pasal modifikasi kenderaan, lihat sajelah kete jentu ayahku, adik beradik ku, yang pasti model biasa alphard ni telah aku ubah dia agar jadi luar biasa, mana boleh biasa2 je, kenalah jadi luar biasa, tapi jangan sampai menggila, sampai spender letak kat luar dia, giler hapa...


oh ya, punya jauh la aku ke hulu-hilir PPUM ni, terserempak dengan rakan seangkatan semasa zaman persekolahan, kalau ikut kira-kira dah hampi 9 tahun aku xjumpa dia, pi mai pi mai tang tu.. pak ya.. pak ya.. hehe betapa Allah tu maha mengatur segalanya.. biasalah ayat-ayat pada blog yang paling lambat update dalam dunia kata fitri, kenalah elok2 sikit, bukan apa Bad, xbanyak followers ginilah gamaknya, hehe...

hem sementelah itu, panggilan dari abang angkatku yang terbaik, berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupnya sebagaimana aku sekarang ini, hidup yang pastinya tidak boleh sendirian berhad macam company, kerana Nabi isa A.S menyebut aku adalah aset bagi kamu dan begitulah sebaliknya, so aku lebih rela memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang aku pernah sakiti hati dan perasaannya daripada kesukaran di masa akan datang.. berundur tak bererti mundur, mengalah tak bererti kalah, kereta kenalah berundur dari parkirnya, kalau tak camne nak kuar dari rumah... hahaha

Jumaat, 1 Oktober 2010

Chayok-chayok!!!

Nilai,2september2010 - Aku terpengaruh! !! itulah kata muktamad. aku semakin gila membaca sebuah web yang asalnya ialah blog, yang ditulis oleh seorang perempuan cantik semacam dewi, penuh gaya hidup yang elegan, fashionable, wow... bak superstar tapi educated dan sangat berbakat dalam penulisan. aku tidak mahu mendedahkan web nya bukan kerana tidak mahu berkongsi, tapi biarlah aku sahaja yang merasai kelazatan membaca tulisannya, bukan kerana dia sangat cantik bagi aku, tapi berbakat besar sehingga memikat hatiku. puji lebih ni bukan apa, hehehe... maklumlah dia reply email aku.

hem untuk setakat hari ini, aku sebenarnya sangat berdebar-debar menantikan kelahiran seseorang. sangat berdebar-debar. dalam keadaan siap siaga inilah aku bermuhasabah diriku dengan memastikan segala sistem perjalanan hidupku berada dalam keadaan normal dan terurus. maka pagi tadi kerana telah lama tidak menrempit, maka ku tunaikan hajatku jua mengaum di jalan.. yes!yes! feel bro.. ehehehe...


aku yakin, ibu bapa sudah pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka, so kalau tabiat anda sekarang adalah buruk, please stop it! kalau kita masih belajar kita dinamakan student, tapi kalau kita malas belajar maka adilah kita stupid! hehehe...