Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 26 Februari 2013

Diddy... boring la...

Sungai Ramal, 26Feb2013 - sekejap sahaja akan masuk ke fasa masa yang baharu . mac. macam-macam cerita yang bakal terjadi dan yang pastinya aku di alam realiti dengan dugaan kanan dan kiri dan nikmat perjuangan tanpa henti yang diberikan oleh Allah SWT. di awal Februari lepas aku menerima panggilan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang menawarkan kembali aku jawatan Imam Eksekutif di masjid yang lama, seolah-olah bagai pucuk dicita ulam mendatang. Rindu benar hati ini pada masjid. Entahlah dah banyak masjid aku pohon, belum ada yang sudi dan sudah pasti itu adalah gerak yang diilhamkan oleh Allah SWT.
Bercerita tentang perasaan sehingga mati kita tidakkan habis melauhkannya dan mengulanginya kembali, lihat reaksi anakanda ku yang seorang ni, dengan muka toya(kata orang johor) kerana kebosanan aku tidak bermain dengannya tetapi sepintas lalu berubah riak wajahnya bila aku kata, jom alan(jalan).. melompat dan terus berubah wajahnya seolah-olah menang pingat juara pertandingan, hehehe... 
inilah saat yang dia tunggu-tunggu, pau daddy nak beli mainan, dari yang gambar traktor, ke mainan, ke yang boleh naik sehinggalah remote control. Ada yang mengeluarkan teori pendidikan anak-anak jangan dimanjakan, jangan asyik beli mainan, dan macam-macam lagi, secara pengalaman peribadi aku dan adik beradik yang lain, jelas memangkami tidak bermewahan dalam soal mainan ni, aku teringat masa abah belikan mainan kereta kontrol kepada kami 4 beradik semasa abah dan umi ke mekah menunaikan haji bersama pada tahun 1993-1994. umpan supaya kami tidak merajuk itupun kereta berharga RM24 sebuah, masa tu kira mahal juga berbanding hari ini. 
tengok muka tu menagih simpati mahukan mainannya, takpelah selagi aku masih mampu aku tidak mahu berkira kerana harga sebuah kegembiraan itu tiada nilainya. dan aku juga ingin menyatakan sesuatu kepada penyelia penulisan ilmiah ku, hehehe.. lambat sikit nak hantar ni..

Awat hang lagu ni???

Kangaq, 22Feb2013 - Sebenarnya Kangar lah kan, Ibu negeri Perlis. Aku hadir sempena majlis pentauliahan bagi peguam syarie negeri Perlis lanjutan daripada penulisanku ke perlis dengan menaiki bas dan sehingga tersesat. Kini aku memandu dengan menaiki Livina, asalnya mahu sahaja aku menggunakan alphard tetapi disebabkan baru sahaja pulang dari Johor Bharu dan kini ke Utara pula. Lagipun aku berdua sahaja dengan kawan lama yang akan bertindak jadi mover aku semasa majlis pentaulihan. Alhamdulillah semua urusan di Perlis telah dibantu oleh kawan rapat lama semasa belajar di Pusat Bahasa Arab di Kelantan dulu, dari dokumen ke mahkamah sampai ke penginapan dia sediakan untuk aku. Mungkin dia baca tulisan ni, terima kasih tidka terhingga dan aku berdoa agar Allah merahmatinya sekeluarga.
gambar selepas selesai majlis pentauliahan bersama-sama dengan adik-adik junior yang belajar satu universiti dan kini mereka membawa haluan masing-masing. Apa yang aku tahu dari 4 ke 6 orang yang hadir masa sesi temuduga lepas, hanya 2 ornag inilah yang lulus temuduga, isunya ialah kekentalan mereka menjadi peguam. Aku berborak dengan ayah kepada salah seorang adik junior tentang peguam yang memperjuangkan kebenaran, sunah orang bertaqwa mencari benar, setelah boleh memperjuangkan hak sendiri barulah boleh memperjuangkan hak orang lain. sebagaimana firman Allah SWT di dalam Quran, "wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka" - Allah ingatkan kita, jaga diri sendiri dahulu dan barulah kita mampu dan boleh menjaga orang lain.
Sepanjang perjalanan aku ke sana, aku ditemani dengan seorang kawan peguam, Nuaim. Asalnya aku tidaklah rapat dengannya tetapi disebabkan dia tahu jalan ke Utara ditambah dia aku minta tolong jadi mover maka keramahan kami lebih rapat sepanjang 6jam perjalanan, termasuklah singgah di rumahnya di Hutan Kampung dan bermesra dengan keluarga mereka. Jenis keluarga kuat agama ni insha allah boleh lah sembang masuklah apa yang dicerita. dia ajak aku makan malam tu di Kuala Perlis, perghhh memang manis lah udangnya, ikannya segar-segar, malam tu sampai muntah-muntah lah aku kat bilik hotel. memori tu...
Lokasi bermalam di Hotel Seri Malaysia Kangar, ni pun setelah sesat beberapa kali mencari di Kangar...

Pengalaman indah di sana, walaupun sekejap itu sahaja perjalanan aku ke Utara dengan memandu sendiri, aku bergegas pulang ke rumah untuk study kerana esok adalah peperiksaan di UKM, study steady, reslut Mari...

Khamis, 7 Februari 2013

Uwais Al-Qarni

Sungai Ramal, 6Feb2013 - penulisanku ini terarah kepada kisah seorang tabi'in yang nabi SAW ada sebut perihalnya sebelum para sahabat dapat berjumpa dengannya sendiri. Beliau ialah sebagaimana yang tertera pada tajuk penulisan ini. malah sebab utama gambar-gambar yang berada di bawah ini disertakan walaupun bukanlah berkait dengan kisah Uwais tetapi sebagai makluman kuasa minat dan minda telah berjaya membuktikan kehebatan Allah SWT. 

Contohnya begini, satu video klip yang bertajuk 'sayang' yang dinyanyikan oleh Shae seorang penyanyi dari Indon. Pada asalnya aku telah memikirkan untuk menontonnya di sebuah rancangan Malaysia Hari Ini(MHI) tetapi entah macam mana aku terlupa menontonnya. Program bersama peguam syarie di Karangkraf telah menyebabkan aku bertemunya secara 'live'. Aku berniat dan telah aku set kan dalam minda dan akhirnya Allah izinkan aku berjumpanya.
Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
 Tengok gambar ni ingat ttg kisah uwais al Qarni yg Menjadi Sebutan Penduduk Langit.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam