Isnin, 30 Mei 2011
Alamak... hujan lah, alhamdulillah
Rabu, 25 Mei 2011
keluhan dan rintihan
Wahai anakku,
Di saat ini kita berdua di dalam kenderaan memasang penghawa dingin dan menonton tv namun dikau telah lena di atas lantai berselimutkan jaket daddy, ini semua angkara dikau yang mengamuk-ngamuk petang tadi sehingga menguji kesabaran daddy. Seingat daddy ragam mu tadi ketika kita bersama-sama pulang dari KLCC kerana mengajar Quran. Penat daddy menjaga Anas mungkin tidak sepenut atok dan nenek daddy jaga daddy masa kecil... hem ku insafi anugerah ini.
Anakku,
Minggu ini kita dapat bersama-sama mengharungi ragam mu yang pelbagai, namun pada minggu hadapan daddy terpaksa mula mencari pengalaman dengan bekerja sebagai peguam muda. Daddy tidaklah begitu sayu dan sedih mengenangkan diri daddy yang bakal bekerja teruk terutama baru memijak tangga yang pertama untuk ke atas, tapi yang menjadikan daddy risau.. hem abah. Atuk Anas la, dengan tak sihatnya nak kena jaga Anas yang banyak songeh, ditambah lagi opah pun tengah sakit ni, hem ya Allah... kekadang ujian yang datang sekelip mata menimpa, namun perginya beribu nafas menjela..
Wahai anakku,
Hidup ini bagai fatamorgana. Ibarat bayang-bayang, lagi dikejar pasti tidakkan dapat kerana bayang-bayang itu adalah sebahagian dari kita. Persoalannya sekarang adakah kita terlupa yang itulah bayang-bayang kita? hem banyak betul yang daddy kena siap dan fikirkan. Pasal Anas, pasal sekolah, pasal exam daddy kat UKM, pasal kerjaya, pasal masjid kerana terlalu banyak konflik dan cornflakesnye... huiishh hanya Allah yang dapat membantu daddy dan Anas pun kena ingat, semua masalah yang Anas hadapi mestilah diserahkan kepada-Nya, insha allah baru ada jalan pulang untuk kembali berpeluang tau!!
Cuba Anas tengok jadual daddy ek:
5.00pagi - mengaji dan muraja'ah kitab
5.30pagi - ke masjid bertugas
6.30 pagi - memulakan tugas menjadi driver terhormat dengan mengambil budak sekolah
7.40pagi - tiba di rumah dan bersiap ke tempat kerja di Bangsar.
6.00petang - baru nak pulang dari tempat kerja dengan kesesakan lalu lintas
7.00malam - sampai ke rumah dan bersiap nak mengajar masjid/surau
9.00malam - balik ke rumah Anas dah tido..
10.00 malam - dah terlena kut
Inilah relaiti semua ibu bapa yang bekerja pada hari ini, duhai anak-anak selepas dikau dilahirkan harta benda nyawa yang dipersembahkan, tiada hasrat tiada pakat selain kesemua ini disemat, agar dikau semuanya beriman, selamat dunia dan akhirat.
Selasa, 17 Mei 2011
Merangkak...tersungkur, bangkit dan cuba lagi...
Rabu, 4 Mei 2011
chuck...
cinta datang dan pergi...
terkadang tersinggah dan menjajah hati...
bila dikuasai kerajaan hati, lalu segalanya terpikat dan terkenang...
Inni Qosim, itu sabdanya... tapi aku tidak semaksum nabi, bahkan banyak dosaku sikit amalku, dan mati menerjah tanpa diduga...
tapi itulah indahnya cinta, bila ditinggal kita merana,
bila dilayan menjadi buta nah terus meraba dan merana... kerana
cinta tanpa kayu ukurnya, tanpa batas dan sempadan,
akhirnya cemburu yang datang melawan..
oh ya, di saat ini juga aku teringatkan kenangan manis sahabat handai dalam perjalanan mencari identiti dan mengajar realiti. ada kenangan bersama semuanya yang terukir dalam memori. terima kasih samada yang terlibat secara langsung atau tidak hanya Allah yang dapat membalasnya, namun yang pasti pengajianku hingga mati. walau tak tumbuh dah gigi ni, agar segala yang dipatri untuk anak cucu dan bakal generasi menatapi indahnya berkelana mencari ilmu yang diredhoi...