27april2010 - nilai - entah apa yang merungsingkan kotak pemikiranku, tiba2 aku bertanya pada diri sendiri berkaitan kawan, sahabat dan yang seerti dengan maksud kawan. baru pulang dari berjumpa seorang kawan bercerita tentang kawan-kawan, hem... ada apa dengan kawan? kawan atau kenalan? susah untuk ku ungkapkan namun yang pasti peribahasa melayu meertikan kawan ketika susah dan senang, ketika sendiri atau ramai. aku bertanya tentang kesusahanku adakah bakal dibantu, sedangkan aku akan membantu mereka yang memerlukan khidmatku. ini janjiku pada diriku, Ya Allah... andai tulang dan jasad ini yang Kau pinjamkan mampu membantu ummahku, Kau berkatilah perjuanganku ini. aku masih di dalam perjuangan kecil sebagai penuntut, tiada apa yang istimewa tentangku selain daripada apa yang dinilaikan oleh manusia, aku bukan berkhidmat kerana habuan, manusia mahupun kekayaan.. namun aku mahu khidmatku dinilai disisiNya. dalam meneruskan rentetan hidup ini, seringkali badai samudera melanda, setiap kedukaan pasti akan ada kedamaian di hati insan yang mendambakan... itulah harapanku
Selasa, 27 April 2010
Sabtu, 10 April 2010
Perjuangan lama bermula semula
10 april2010 - salam semua, sekali lagi catatan peribadiku bermula di ruang siber, maklumlah zaman dah canggih... ok, how to start.. kali terakhir aku mencatatkan sesuatu 2 bulan yang lepas... terlalu banyak nak dikongsikan, terutama kepada sarajuzz yang tiba2 menegurku kerana blog yang x aktif, perghhh... ada gak yg sudi baca blog ni... kelakarnya. macam2 terjadi... yg pasti impianku untuk memiliki fairlady 350z belum kesampaian, tapi aku lapikkan perasaan tu dengan motor kawasaki750.. Allah tu Maha Mengetahui.. apatah lagi dengan nafsu manusia yang tidak pernah puas, manakan tidak ada saje yang tidak puas, mati saja putuslah nikmat dan nafsu ini, mudah2an kepuasan kita di landasan yang diredhoi... MATI... hem, 2 april 2010 1 malaysia terkejut kerana pemergian DIN BERAMBOI, xtahu kenapa terasa sesuatu yang dekat dengan aku, bukan arwahnya, hem.. perkataan mati tu... bayangkan tengah berada dalam nikmat yang banyak, hidup yang sedap, mimpi yang indah tapi hanya sekelip mata kesemuanya ditarik Tuhan, apa guna semua yang dikejar dalam dunia ini? kemasyhuran, kekayaan dan segala2nya.. BIG QUESTION untuk semua dan terutama AKU! teringat dalam kitab tanbihul ghofilin, bumi bertanya pada mayat yang di dalam kubur, dulu ko boleh berjalan dan terbang ke mana sahaja, tapi sekarang kau dalam perutku, dulu ko boleh pakai pelbagai warna dan jenis pakaian tapi kini kau dalam perutku hanya berkain kapan... aduyaiii sediakah kita???
nama pun manusia... segalanya kena dihadapi sebelum berjumpa Tuhan Rabbul Izzati... inilah perjuangan kita, perjuangan yang lama bermula semula... selamat berjuang pejuang.
Langgan:
Catatan (Atom)