Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 27 April 2010

apa erti kawan?


27april2010 - nilai - entah apa yang merungsingkan kotak pemikiranku, tiba2 aku bertanya pada diri sendiri berkaitan kawan, sahabat dan yang seerti dengan maksud kawan. baru pulang dari berjumpa seorang kawan bercerita tentang kawan-kawan, hem... ada apa dengan kawan? kawan atau kenalan? susah untuk ku ungkapkan namun yang pasti peribahasa melayu meertikan kawan ketika susah dan senang, ketika sendiri atau ramai. aku bertanya tentang kesusahanku adakah bakal dibantu, sedangkan aku akan membantu mereka yang memerlukan khidmatku. ini janjiku pada diriku, Ya Allah... andai tulang dan jasad ini yang Kau pinjamkan mampu membantu ummahku, Kau berkatilah perjuanganku ini. aku masih di dalam perjuangan kecil sebagai penuntut, tiada apa yang istimewa tentangku selain daripada apa yang dinilaikan oleh manusia, aku bukan berkhidmat kerana habuan, manusia mahupun kekayaan.. namun aku mahu khidmatku dinilai disisiNya. dalam meneruskan rentetan hidup ini, seringkali badai samudera melanda, setiap kedukaan pasti akan ada kedamaian di hati insan yang mendambakan... itulah harapanku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan