2Jun2010 - 11.41pm, keletihan kerana bekerja. kegembiraan kerana berjuang. kesuraman kerana kesedihan. sedih kerana apa yang terjadi. sandiwara dunia yang kejam gila. siapa yang mendengar tangisan kita??? GAZA.=MANUSIA. hanya Dia Yang Maha Mendengar. jelas tiada ragu, namun hati masih pilu, melihat si kecil tiada baju dan buku, namun peluru sebagai susu. malam ini ku berpuitis, kerana hati bagai digilis dan dihiris, sebak lantas menangis teresak-esak kerana itulah selemah kehendak, dapat ku buat selain melihat, hanya berharap, berdoa dan bermunajat, agar dikurniakan semangat, biar musuh keparat, dapat dilipat, agar dihimpit serapat-rapat, nyah kau dari dunia ini... wahai si laknat!!! NAMUN, atas nama agama, aku juga tertanya, bagaimana saudaraku di luar sana, masih leka berpoya-poya, anak-anak mudanya masih bergumbira, dengan nada malam masih muda, yang tua kan pergi segera biarlah kami berpesta sementara usia belum mencecah ubannya, aduhai, lesu dan pilu melihat di sini hampir sama di sana, cuma yang berbeza, pengkhianatan dan dosa, bayi ditanam, bagai si bayam, nyawa ditoreh bagai kad menang dan gores, harta dirampas tanpa mengira apa sahaja asalkan jalan pintas agar boleh dikebas, seperti lipas, terkipas bak kipas lipas, akhirnya... dunia kecewa, hampa dan luka, tua dan berbongkok tiga, tiada kudrat tiada semangat, telah bertongkat lalu patah tak dapat diangkat, priiiittt.. TIMEOUT!!! ayuh kita beringat!
Rabu, 2 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan