Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 25 Julai 2010

Mula sem, semput aku, sempoi...


25 Julai 2010, Nilai- baru pulang dari makandi restoran saba, sabar jela tungu di hujung minggu yang ramai giler orang, namun puas hati pabila dapat meratah daging kambing yang lembut, adussshhh.. haniz...manis... hehehe. beberapa minggu dari tarikh catatan blog terakhir banyak yang terjadi hingga aku tidak sempat mencatatkan apa2, lagipun xramai yg baca blog aku, hahaha jangan bangga diri tapi biar besar hati. antara pengalamanku yg amat berharga apabila dijemput ke Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk memberi ceramah kepada banduan2 di sana. sedih apabila mengenangkan majoriti 99% dari banduan terdiri dari bangsa sendiri, MELAYU.. kuyu mata pakcik2 banduan atau tidak keterlaluan aku katakan atok2, ramainya kesalahan dadah. 39b Akta Dadah Berbahaya. 3 hari di Kelantan amatlah berharga dan bernilainya, maklumlah keluarga angkat yang sekian lama ingin bertemu, akhirnya dizinkan jua dengan kisah dan pengalaman yang menarik. oh ya, subuh esoknya aku berpeluang bertemu dengan Tok Guru di masjid Pulau Melaka, mengimamkan solat subuh kami, syahdu melihat sekujur tubuh yg uzur namun riak wajahnya bertenaga seolah2 tidak dibaham usia. perjalananku sebetulnya singgah di Temerloh, rumah abang ustaz yang bersamaku dalam misi ini, rezeki yan tiba, Patin sungai tersedia, masak tempoyak cukup rasa, hingga kini masih terasa. aku pernah makan patin di sekitar nilai, tapi terasa loya sebab rasa air tawarnya, tapi patin yang ku makan di sini, masha Allah... saat hidup inilah Patin tersedap di temerloh yang pernah ku rasa, hehehe.. sedap bangat sih! oh ya, memandu Alphard 3.0MZ ketika pergi dan pulang tidak langsung terasa penatnya dan barulah aku sedar kenapa orang mencari kenderaan sebegini, aku plak suka travel... 12 jam pulang memandu ikut Kuala Terengganu xrasa penat bro, nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan