Pejabat UMNO Shah Alam, 15hb September 2011 - Baru nak taip job dah mai.. tungguuuu!!! dan alangkah lamanya untuk aku sambung blog ini dan sebagai signifikan kepada penulisan blog ini ialah aku semakin SIBUK! fuuuhhh.... berpeluh beb, mana taknya sebab aku yang tamak untuk buat semua dan ini adalah kerana aku yang MAHU! bak kata pepatah, di mana ada keMAHUan di situ ada HIGHWAY!
cuba bayangkan yang aku ada 24jam dan sama sebagaimana manusia yang lain juga. cuba bayangkan lagi jadual harianku pada saat ini:
4.30am - bangun, solat sunat.
5.30am - meninggalkan anak kecil itu untuk bagi mengimamkan SOLAT SUBUH BERJEMAAH di Masjid Putra Nilai dan sedikit tazkirah terjemahan bacaan dalam solat.
6.30am - bergerak ke tempat kerja di Bangsar atau ke mahkamah bergantung kepada tugasan semasa, maklumlah court yang aku pernah jejakkan kaki seperti di Seremban, Kuang, Gombak Timur atau Barat, Shah Alam, Wilayah Persekutuan atau berjumpa client di mana temujanji telah dirancang.
12.00 - 2.00pm - ada masanya aku ke Nilai semula bagi mengajar kelas agama di Majlis Perbandaran Nilai.
2.00pm - pulang semula ke pejabat dan mereuskan usaha dan tumpuan kepada bidang perundangan. SOLAT ZUHUR BERSENDIRIAN.
5.00pm - pulang dari pejabat dan terus berdesup ke UKM bagi mengikuti kelas master dalam pukul 6.00pm. SOLAT ASAR BERSENDIRIAN.
6.00pm - sesi pembelajaran SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH.
10.00pm - tamat kelas menikmati makan malam bersama kawan-kawan seperjuangan.
11.00pm - Bangi---> Nilai. pulang ke rumah.
11.30pm - Tiba di rumah menyaksikan anak kecil ini tidur. Ya Allah, selamatkanlah aku dan keluargaku dari bahaman api neraka Jahannam. SOLAT ISYAK BERSENDIRIAN dan rehat diri.
Gara-gara beg inilah bahuku terbeban. Gara-gara jiwa inilah, badanku ditahan. Gara-Gara Hidayah dan Syurga Allah aku berpesan agar peroleh kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan