Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 7 Ogos 2012

Musafir di Ramadhan al-Mubarak

Kepala Batas, 7ogos2012 - sebaik sahaja menerima surat dari JKSM Pinang yang memintaku memusing Pulau Pinang untuk mendapatkan pengesahan dari Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tingginya, maka aku menggerakkan jentera dan nekad ke sana, pertama di saat ini bonda dan kakanda sekeluarga sedang menunaikan umrah di bulan ramadhan, kedua perjalananku ini hanya memerlukan masa sehari kerana mempunyai tugasan yang lain untuk diselesaikan dan ketiganya, ia berlaku dalam bulan ramadhan al-Mubarak, dan seusai sahaja mengimamkan solat isyak dan teraweh berjemaah di Surau al-Umm, Sungai Ramai Dalam atas jemputan ke sana, maka aku menguatkan semangat perjalanan akan diteruskan juga kerana bimbang  masa menyemburuiku kelak, aku pernah menulis di blog ini mengapa aku memillih untuk menjadi peguam rakyat, ya kerana aku suka merantau iaitu 'travel'.
Aku terpaksa menyusahkan opah di Gopeng Perak dengan berehat sebentar di sana dan sampai pada jam 12 tengah malam, asal di hati hendak sahaja meneruskan perjalanan dan tidur di Pinang, namun kerana pesan dari sahabat, tak selamat lah kalau tidur sana kerana ada juga geng-geng mat rempit kat situ. Lagipun apalah salahnya aku singgah di rumah Opah melihat wajahnya dimamah usia namun cekal dan tabah menjaga 2 orang insan, iiatu seorang pakcikku yang ku panggil cak din yang gila dibuat orang kerana dengki, dan seorang lagi makcikku yang ku panggil mak opah, cacat disebabkan demam kena hujan panas, dalam kiraanku umur opah sahaja mencecah 90 tahun atau lebih dari itu lagi, dan sekaligus ingatanku teringat pada arwah atok yang meninggal di mekah, banyak nak ku ceritakan dan simpan di simpanan maya agar tatapan generasi ke generasi, mungkin di masa yang lain. Insha Allah.
ini destinasi pertamaku, JAWI masjid yang berada di tepi jalan, dan aku sahur di dalam kenderaan, melihat keadaan yang pelbagai menyebabkan aku banyak berfikir, bermuhasabah dan menambah atau mengurangkan atau mengadakan atau menghapuskan yang mana kuasa tindakan itu bermula dari aku sendiri. 
jemaah subuhnya dan terasa hangat mesra dan bangun bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah apatah lagi di bulan ramadhan yang mulia. di samping itu, aku terpaksa juga membeli helaian peta di stesen minyak kerana tidaklah mahu sesat ataupun aku ini sombong dengan tidak menggunakan GPS, hehehe..

Kenapa gambar ni ada? inilah gambar atau mahkamah pertama yang ku kunjungi, tepat jam 8pagi aku dah terpacak dan bertanyakan ke kaunter, kak saya nak buat tampalan peguam syarie pulau pinang, akak ni membalas soalan ku dengan muka.. "blur'.. tampalan??? Apa tu dik? awak ni peguam ke dari mana? kak ni mahkamah syariah kan? ni mahkamah majistret dik oooii, mahkamah syariah kat sebelah, eh yeke, malunya aku... keluar... patut lah keliru, sebab ada tulis JAWI, hahaha inilah kalau nak cepat sangat, tapi memang aku laju bayangkan satu pinang aku selesai sebelum pukul 12tengahari, kau ada? hehehe...


Seingat aku, masa ke Pinang dulu ketika sahabat aku berkahwin di Masjid Negeri Pinang, kira-kira 6 atau 7 tahun yang lalu... Banyak kenangan juga semasa di sana pada saat itu, itupun dengan menaiki bas dan kini aku ke sana atas nama tugasan. Moga adalah rezekiku, insha Allah.



 Inilah pemandu pelancongku di Pinang, yang mana dia menghubungiku dan aku juga bertanyakan kepadanya setiap kali berlakunya kesesatan dalam perjalanan, kalau takda lah sahabat ni memang x ketemu kut dengan semua mahkamah yang dicari tu.. alhamdulillah.




Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan semua dan bergegas untuk pulang ke rumah, terasa pula macam main Explorace, dan kurakamkan penghargaan ini kepada sahabatku Hisham yang membantuku dengan bersungguh  dan tanpa jemu sehinggalah aku dapat menyelesaikan tugasan ini, kesemuanya berjalan dengan baik dan cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan