Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 13 Mei 2013

Ini Kalilah VS Lain Kalilah

Sungai Ramal Dalam, 8Mei2013 - beratur panjang pada 5 Mei yang lepas, mujur datang awal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan mendatangi Sekolah Kebangsaan Sungai Serai Hulu Langat menggamit kenangan pengundian semasa kali pertama dan tempat jati aku dibesarkan. Teringat zaman persekolahan mewakili sekolah ke acara kuiz matematik di sini, berlawan dengan seluruh pelajar dari zon ini dan calon di hadapanku menggunakan tangan sebagai teknik pengiraan, maksudku bukan yang sampai sepuluh je sebab jari sepuluh, mana tidaknya semasa ini femes dengan kaedah campur banyak-banyak tapi guna jari, aku apa lagi? Jangan mengaku jalah, maklumlah masa ni dah jadi Ketua Pelajar, aku terus buka stoking kaki dan pakai kaki mengira. Hahaha.. kenangan sekitar tahun 1995-1996.
 
Setelah banyak perkara berlaku dalam hidup aku berkaitan arena politik kepartian dan akhirnya aku mengeluarkan diri daripada lingkungan ini dan menjadi pengundi biasa sahaja kerana pelbagai factor. Apa-apa pun sebelum berlakunya pilihanraya rasmi bagi Negara telah heboh di sana sini isu dakwat yang kekal tetapi tidak kekal. Nasib baiklah aku bukan orang yang suka mendeposkan di facebook dan katakana saya telah mengundi dengan hanya menunjuk jari. Negara tercinta ini wajib dipertahankan daripada sebarang bentuk pengkhianatan. Aku ada fikrah tersendiri tetapi isu pilihanraya ini memang menyakitkan hati dan aku bermohon kepada Allah agar dibukakan petunjuk dan kebenaran akan menjelma.

Sebelum penceritaan pada hari mengundi, sehari sebelum aku sekeluarga telah bersama ke walimatul urus sepupu yang duduk di Batu Pahat dan secara kebetulannya juga aku diminta oleh keluarga di sana untuk membacakan doa buat pengantin. Masakannya sungguh menyelerakan dan sehabisnya majlis di sana aku pergi menziarahi Pak Long di Hospital Batu Pahat yang baharu. APa yang aku sayukan kelihatan Pak Long semacam arwah Bak dulu, maksudku susut badannya makin kurus dan terlantar di wad. Teringat dulu zaman belajar memancing dan bela burung, aku bersamanya dan kerap ke kolam-kolam memancing bersama. Kini dia uzur dan tua. Apa yang paling menyentuh hatiku bila abah juga menziarahinya. Hem ada sedikit kisah hitam yang tidak perlu aku dedahkan di sini tetapi doa daripada orang-orang yang mahukan kebaikan kepada keluargaku akhirnya abah turut hadir menziarahi Pak Long. Aku kagum ngan abah, begitu juga Pak Long. Ya, sudah hamper lebi berbebelas tahun disebabkan salah faham yang berlaku dan abah tenang berjumpa semula seolah tiada salah faham itu. Terima kasih Allah.. Terima kasih..
Lihat saje Anas bila berjumpa dengan sepupu yang lain semasa di hospital, ada je perangai dan mimik muka dia. Alangkah indahnya silaturrahim ini..
Oh ya, sebagai hadiah kepada isteriku yang seorang ini, aku denagn apa yang termampu menghadiahkannya set cabinet dapur. kecik tapi boleh lah dnegan rumah yang kecik ini. moga dia akan rajin memasak dan kami lebih banyak masa bersama di rumah berbanding makan di luar. aku tak boleh beli kegembiraan tetapi jika dia dan mereka gembira aku pasti turut sama.
Oh gambar di bawah tercuit dengan gambar cabinet juga, oleh pelajar di UKM sebab berlatarbelakangkan poster Majlis Perwakilan Pelajar. Mungkin ceritaku kali ini tidak berapa panjang dans eronok tetapi aku menulis apa yang terlintas dan yang teringat tetapi menjaga adab dalam penulisan agar tidak berlaku dosa yang terpalit padaku di kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan