Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 31 Mei 2010

ummi...demam la.. huhuhu


1 jun 2010 - 2 hari aku demam. risau dan bimbang. peperiksaanku, tugasanku, perniagaanku, hidupku dan matiku. demam, menggigil risau kalau usiaku sudah tamat. teringat lagu kumpulan seberang ungu, andaiku tahu kapan akan ajalku... 2 butir perniagaanku akan ku lancarkan pada bulan Jun ini, perkhidmatan car wash dan tadika bagi anak- anak muslim. ini yang mampuku laksanakan demi anak bangsaku terutama agamaku sendiri. ya, bercerita tentang sakitku, Allahu akbar! setelah 14tahun lamanya diriku ini tidak pernah diratah dan dimamah jarum suntikan, nah.. tarikh 31mei la saatnya kerana demamku yang tersangat amat, besi halus itu menerobos punggungku yang giur, kaedah fiqh menjelaskan disebabkan kemudharatan mengharuskan perkara yang haram dilakukan, kerana sakit biarlah doktor dan jururawat tadi menikmati saat itu. hahahaha... alahai bahasa. teringat zaman kanak- kanakku apabila umurku 8tahun ke klinik gigi aku menyepak doktor tu dan lari dari kerusi rawatan, hahaha.. betapa takutnya aku untuk disuntik, mujur kini dah dewasa, akal melebihi nafsu dan hawa. tentu kalian juga ada memori yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan