Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 21 Februari 2011

tangguh pencuri masa

21feb2011, nilai - aku memang malas nak update blog sebab kurang masa nak bersama dengan benda alah ni, cuma yang aku pasti dalam dunia berblog ni apa yg diperolehi antaranya melatih diri berkarya melalui penulisan, istiqamah dan mencari sesuatu yg kreatif. ada juga terbaca blog orang lain, canggih menarik hebat dan berkualiti berbanding blogku yg kaku dan makin sayu kataku la, well.. penulisanku ini jika ada manfaatnya dikongsikanlah, jika tidak ignorekan saje...

Kenalan di Mesir,
setelah turunnya Presiden Husni Mubarak setelah sekian lama demonstrasi penduduk sehingga para pelajar mesir terpaksa pulang ke tanah air kerana rusuhan yang dahsyat melanda, ada juga kenalanku yang terpaksa pulang ke Malaysia disebabkan keselamatan dan sebagainya, apa boleh buat, semuanya sudah ditakdirkan dan hikmahnya Allah yang Maha Mengetahui, tapi apa yang suka aku nak ulas berkitan peristiwa tersebut menyedarkan semakin dan betapa hampirnya kiamat dengan kita. Allahu Robbi! diri ini penuh dengan dosa dan maksiat, hanya Dia yang mampu mengampunkan dan meredhoi hidup ini.


di saat ini, Allah hadirkan aku dengan ujian, baru-baru ini putera kesayanganku dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana demam dan batuk yang agak serius, baru umurnya 3bulan, tapi memang kami sekeluarga demam dan batuk, bila sakit ni berhabislah wang ringgit menyelesaikan masalah sakit tadi sehingga macam-macam yang dicari.penapis udara la, penapis air, pengeluar toksin la dan macam-macam lagi la, so teringat hadith nabi ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. sihat sebelum sakit.
senang sebelum susah.
hidup sebelum mati.
lapang sebelum sibuk.
muda sebelum tua.
Alhamdulillah kesemuanya telah beransur sembuh dan dia ceria dan kami bahagia. Allah dengar rintihan doa hamba-mu yg hina ini.

Alphard masuk workshop?
hehehe... pakai kete besor servisnya pun besor la yop, aduiiissshhh... kalau kereta kita ada menyala lampu gambar enjin, ketahuilah sedara2 yg kete kita tengah minta perhatian, perlulah di cek2 apa yg patut, baru2 ni tungganganku perlukan 02 ionizer (ntah apo ko bondo) yang mencampurkan minyak dan exzos dalam salur asap diganti, hem melayang la RM. re-new roadtax moto dekat RM2riban, melayang lagi, beli itu ini, sana sini, begitu begini, tapi yg hairannya aku puas hati dan senyum sekali, mungkin aku yakin duit datang dan pergi, kerana ianya pinjaman Ilahi, apa yg nak disusah hati, kerana kita hamba Robbi, bukan tunduk pada nafsu nafsi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan