2nd Feb 2011 - nilai, orang katalah bukan aku kata, teknologi ni memang x terkejar dan xde sape2 pun suh kejar, macam orang main bola, kejar punya kejar nak dapatkan sebiji bola, dah dapat aik tendang pulak, pelik..pelik..
buat pembaca yang belum menggunakan gadget ni ataupun masih buat pertimbanagn untuk mendapatkannya, cuba baca sedikit tips dari pengguna tegar teknologi... hehehe sebelum itu, sila jawab soalan2 ini:
1) kenapa anda mahu menggunakan gadget yang terkini?
A-geram tengok,
B- tak boleh tido malam
C-sesuai dengan tugasan saya
D-duit banyak, apa de hal...
2) anda sanggup memilikinya walaupun terpaksa berhutang?
A-yang penting aku dapat
B-ya, lagipun boleh bayar sikit2
C-bukan aku bayar pun
D-dia memang laju(salah skrip)
so jika anda telah menjawab 2 soalan ini maka lantak andalah, cuma harga keduanya melebihi 2riban dan sedikit tambahan.
Kelebihan/ kelemahan i-pad
-screen yg terbaek boleh baca gameHD
-sesuai untuk kaki games, walaupun keje nya sikit
-semua tulisan ada termasuklah text dalam bahasa arab
-leceh nak download perisian kerana mesti transfer dari web apple ke i-tunes di pc dan transfer ke i-pad
-ada banyak jenis 16gb, 32gb, 64gb
-ada wifi dan 3g model, depend kepada penggunaan
-sesuai nak surf internet dan baca ebook, doc dll..
-bateri tahan 10jam jika digunakan
-kini ayahku kaki facebook meggunakan i-pad untuk itu, dan yg menariknya aku mengajar quran dengan pelajar dewasa yang menggunakan i-pad sebagai medium
kelebihan/ kelemahan galaxy
-aku sendiri gunakan, dan kini mak ku juga menggunakannya walaupun sejarah penggunaan telefon dia tak pernah berbeli, sebab aku bagi kali ni dia nak sendiri
-gabungan telefon+tablet pc
-perisian android yang boleh download software secara percuma, macam i-pad juga
-easy use, cabut pasang kabel ke laptop drag semua file, terbaek
-resolusi kamera rendah, 1.3megapixel je
-cakap besar, ada handsfree tapi lagi best cakap gitu, easy bila driving
-skang ni kuliah mengajar semuanya telah dimasukkan dalam device ni, senang xpayah bawa kitab
-oh leceh nak letak dalam poket, so nampak macam bawa planner lah plak
dari 2 alat ini, bagi aku kedua2nya terbaek, alat2 yang sewaktu dengannya boleh juga dapatkan toshiba tablet pc yg juga sekeluarga dengan android, yah! keluargaku jadi keluarga i.t skang ni... huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan