Nilai 19april2011 - sambil mengadap Maharaja Lawak. sambil mengadap laptop. sambil mengangkat segelas cawan berisikan air teh buatan sendiri. huuu... minum teh banyak antioksida, lambat tua katanya tapi dah banyak helai uban yang hinggap. hahaha.. nampak jo tuo hati mudo laie...
xsangka followers blog meningkat ke angka 14 orang, hahaha... ini semua angkara Manok(Hisham) yang mengiklankan blog ni kat facebook. anyway, thanks la sudi add bukan apa bagi semangat supaya menulis. so apa yg aku nak ceritakan kali ni ada la kait mengait dengan kawan-kawan seangkatan yang belajar bersama. KINI SEMUANYA MAKIN HAMPIR... hampir ke penghujungnya. adat dalam dunia, di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, dan di mana ada perhentian, di situ juga ada jamban. hehehe..
hati aku masih takut, lebih-lebih lagi masuk ke alam baru... mungkin bagi mereka yang kurang pengalaman suka aku kongsikan kepada mereka di sana. alam pekerjaan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan seperti alam belajar, yelah balik kelas boleh rest jap atau tidur sekejap ke, tapi alam kerja... huhuhu mencabar, kalau orang tak suka kena maki, kena suruh kerja itu dan ini, macam-macam sebagaimana orang selalu kata no life, namun persoalan balik kepada pokok pangkal kita, apa yang kita nak dalam hidup ni? nak berjaya cara mana? nak berjaya hingga tahap mana? atau nak sambung belajar sehingga ke langit? tepuk dada, cuba berangankan cita-cita...
mungkin saluran blog inilah yang akan ku gunakan untuk kawan-kawan yang baca dengan ucapan Jutaan terima kasih tidak terhingga dalam merealisasikan cita-cita mencari rahmat tuhan, walaupun watak kita hanyalah pelakon pembantu tapi masih tetap membantu. bagi mereka yang mendirikan rumah tangga selepas ini, ingat perkahwinan adalah tanggungjawab semata-mata bersama dengan yang tercinta, ianya semcam menaiki sebuah anak tangga, selepas satu tangga ke satu tangga yang lain dan akhirnya akan berada jua di penghujung, bezanya apa yang kita faham dihujung itu? Berjaya? definisi yang berbeza.. berkahwin? masih banyak yang nak dirunsing. bergelar? kata ungkapan orang negeri sembilan, kocik bernamo bosar bergolar, dan jawapannya ialah.... al-Fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan