Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 27 April 2011

mencari diri...

Nilai, 27april2011- Dalam rajuk ada suka, dalam cuka ada masam-masamnya, rempah ratus mak siti punya, ((oh ya aku pernah makan di ladang herbs di pagoh keluaran rempah mak siti, sakit perut lepas tu membuang dekat 10 kali makan nasi ayam herba, tapi rasa nak cuba lagi..ngeh..ngeh..)) habis tu yang mak ko punya apa? ni ayat sambungan dari pantun tak berapa nak dijual di atas tadihehehe.. ni baru muqaddimah untuk kali ni.

huuuu... tarik nafas sedalam2 yang boleh, baru dua paper yang dijawab masih ada berbaki berpaper-paper. namun, sempat juga aku mengadap skrin melontar sesuatu untuk mencoret atau mencarut. peristiwa itu asyik mengenangkan aku hingga ke saat ini. begini critanya.. gelombang..gelombang..((macam dalam cerita ada gelombang bila nak mengingatkan sesuatu..)) dalam kepenatan kelas pada hujung minggu dan cuaca yang agak panas kerana aku menunggang tadi ke Bangi, tiba satu sms dari bakal pengantin yang inginkan pengesahan pemastautin. aku balas sila hantar ke masjid. mata yang berat ingin ku sorong dengan bantal yang empuk, dan sempat ku biarkan galaxyku berada dalam keadaan bisu, agar tidak terganggu mimpi indahku. eh, mana Anas? oh ada pada atok ngan neneknya. aku lelapkan jua kelopak ini.


Dum..dum... pintu rumahku diketuk, aduyyaaii kalau bini aku mesti ada kunci. siapa pulak lah ni??? bentak hatiku marah - perghh ayat dah macam novelis, ini namaya ayat menggoreng dalam exam, hahaha... aku bingkas bangun menuju ke pintu dan mendapati ada seorang makcik, seorang perempuan dan seorang lelaki. ya ada apa?

ustaz kami nak minta tandatangan untuk ustaz sahkan borang nikah ni,

hem.. kenapa tak hantar je ke masjid?

oh xda pengawal keselamatan, dulu masa kakak saya kahwin borang dia hilang kata perempuan yang ada dan rupanya bakal pengantin.

hem, dengan nada yang sakastik dan sinis aku membalas balik, maaflah, dalam Islam ada ajar adab waktu ziarah bila, hormati tetamu, adab melawat, sekarang ni saya tengah rehat waktu pulak matahari tengah mencacak tak boleh ke datang lepas asar? dan semua orang ikut prosuder hantar ke masjid tapi awak kacau saya di rumah. jangan risau lah pasal bornag tu, takkan hilang.

eh dulu borang kakak saya hilang ustaz nak kata apa?

siapa yang nikahkan masa tu?

saya ingat lagi ustaz lah! ustaz mohd fakhrurrazi!

menyirap darah aku. terus aku menggigil menahan marah.

Awak biar betul? sepanjang saya bertugas tidak pernah kes kehilangan borang nikah, awak ni ada bukti ke atas tuduhan awak. Awak ni nak kawin ke tak nak? Dia membisu cuma abangnya yang menenangkan kemarahan aku.

kalau ikutkan hati nak je aku tunjuk emblem yang terletak pada Alphard. ko tau apa maksud BAR council tu? maksudnya sebelum ko bercakap banyak apa bukti yang ko ada? tiba2 dengan mulut yang lancang kuning menuduh aku pernah hilangkan borang dia, apa buktinya? kalau benar kenapa kes sebegini tidak dibawa ke pejabat agama Seremban? dahlah baru2 ni aku difitnah baling duit ke muka pengawal keselamatan disebabkan bengang kena saman salah letak kenderaan, betul ke??? Inilah zaman fitnah yang nabi sebut, semuanya pasti ada kata2 sumbang bagi yang iri hati dan benci. kalau ikutkan hati aku belasah sekor2 ni, tapi mujurlah tak terjadi hingga begitu, takut aku pulak yang tersumbat dalam lokap.

cop, sign dan blah. aku yakin mereka memburukkan ku dengan kata inilah imam yang paling samseng.

YA, AKU SAMSENG. PAKAI SAMSUNG.

KO? BETUL KE? AHLI SYURGA DAH KE?



Hingga saat ini aku bermuhasabah diri. yakin pada semua takdir Ilahi. pasti ada seribu hikmah biarpun berkali akan terjadi lagi. Alangkah leganya melihat wajah Imam yang jauh sekali dari samseng. mengucup tangannya meruntun hati ini. terus ke semadi dan patri dalam hati. Dikau akan kucontohi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan