Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 3 Oktober 2011

Isu Hudud.. Satu Polemik atau Engkau yang Panik???

Bangsar, 4 Sptember 2011 - Menghadiri satu wacana ilmiah yang diberi nafas baru malam tadi menyebabkan aku berfikir sesuatu yang perlu ku laksanakan dan meng'angkasa'kan (pinjam kata-kata Dr. Fadzillah Kamsah) pemikiran dan kefahaman selari dengan tuntutan agama dan redho Allah. Bagi aku, wacana tersebut tidak membuka atau membelasah kantung ego dan ilmuku. Aku terpaksa jujur kerana apa yang diperbahaskan adalah kulit-kulitnya yang sesiapa berada di atas gelanggang berpegangkan tongkat pembesar semua auta akan menjadi fakta(pinjam kata-kata Farah Fauzana). Aku juga begitu rasanya.

bagi melegakan sedikit ketegangan urat memperkatakan tentang ketetapan Allah, nah aku santaikan diriku dengan panorama percutian sejam bersama keluarga di Zoo negara pada 1 September 2011 (sabtu) yang lalu. Bangga kerana akulah orang yang pertama di saat itu membeli tiket masuk dan orang pertama berjumpa dengan si Zirafah. Aku juga bangga menjadi orang yang pertama melangkahkan kaki dengan jasad yang berdosa ini ke masjid. Syukur masih diberi nikmat itu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bilakah kali terakhir anda mengunjungi zoo negara yang terletak di Taman Melawati Wangsa Maju? Kalau aku, adalah... ehehe... lama juga tidak pergi. Kali terakhir bersama keluarga adalah bebelas tahun dahulu... namun lokasi yang terletak di sebelah bangunan FINAS ini sudah pasti menjanjikan sedikit ketenangan bagi warga kota yang mahu menikmati keindahan alam. kalau anda yang membaca ini ingin ke sana, aku nasihatkan agar biar di awal pagi kerana cuaca yang tidak terlalu panas dan kesesakan parkir kenderaan yang masih belum terasa, tambahan aku bukanlah orang yang mampu bersabar di jalan raya. Jomlah santai ni Razi Imam ni... Cekodooot (pinjam kata2 Lisa Surirumah).


9.00am masa Zoo buka, Dewasa RM20/= seorang kanak-kanak bawah 3 tahun PERCUMA. ingat, masuk bawalah topi kerana takut panas, oh ya, air jangan lupa. kat dalam pun ada jual, kamera bawa masuk percuma, videocam kena caj. paling penting masuk niatkan lihat kehebatan Allah.

biasalah, kalau dah terbiasa dengan mummy dia, sekali sekala ngan daddy meragam lah sikit, ini tanda bapa still sebagai yang perlu ditakuti(dihormati dalam bahasa yang lebih sopan) kalau anak pun dah kurang rasa hormat pada ayah pasti ada keruntuhan dalam didikan.

walaupun ini buaya yang paling kontot kat zoo ni, tapi AWAS! dia masih BUAYA DARAT. hahaha...

inilah kura-kura tertua di zoo negara berat cengkerangnya menyebabkan dia agak sukar bergerak. rasanya sebesar tayar Triton aku.

Anas tengok mana ni? belakang tu lah badaknya.. kalau panas minum air badak... terfikir juga air apa yang dari badak ni? hem...

cuba tengok kura-kura ni, kena berebut untuk makan sehingga terpaksa pijak kawan-kawannya yang lain. bila kenangkan diri kita, tidak lah sampai saudara kita seperti di Rwanda mahupun di Somalia... bersyukur masih ada nikmat makan bagi kita.

kesian Mat Top (suka-suki bagi nama) dalam kacak duduknya. kalau dalam rumah perangai macam beruk adalah.

Cimpanzi yang buasir ni telah menasihatkan kita, makan bacalah Bismillah, jika tidak anda mungkin akan sepertinya pasal beruk memang x boleh baca doa sebelum makan.

Raja Rimba, tapi bila tercampak di zoo, gerun kepada raja tiada makna. begitulah manusia. andai tidak diletakkan pada tempat haknya maka terbahak-bahaklah musuh mentertawakannya, aduhai pejuang agama, berjuanglah pada landasannya pada tempat dan ketikanya, jangan mengarut andai mahu berdakwah di ruang yang salah.

Nama omputihnya Flamingo, nama melayunya Bangau, ingatkan lagu kanak-kanak bangau oh bangau, akhirnya semua tak salah dan yang salah kitalah balik.

melihat zirafah yang tinggi, menyuburkan hati yang bagai dikasi, melihat gajah yang besar membesarkan jiwa yang gusar, terdengar ngauman pak belang jadikan perjuanganku mencontohi bukan calang-calang, lihat ikan dia air, kadang-kadang perlukan tenang mengalir, Allah, terima kasih atas semua fungsi makhluk yang Engkau cipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan