Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 30 Oktober 2013

Pencetus Ummah Astro Oasis 106

KUIS, 28Okt2013 - ketika tengah menulis catatan ini, terdengar pula lagu Ella, di depanmu aku dijagamu dia.. di matamu aku di hatimu dia... mungkin si ella nak bagitau dia dalam dilemma, dan begitu juga aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik yang bakal menjadi tempat penginapan sepanjang program berlangsung.. wah berat juga ni bila dah tua-tau pun nak masuk bertanding, dulu masa kat asrama pun fly inikan pula dah besar gini, ibarat kena kurung, dari bulan 11 sampai bulan 1 atau lebih awal kalau terkeluar awal lah.
 
 
satu bilik 2 orang dan aku memilih partner yang termuda iaitu Rahmat budak baru masuk U, hem aku tak berapa sokong sangat bila dia cuti semester untuk menyertai program ini, memanglah pilihan masing-masing, tapi bagi aku, ilmu itu yang utama kerana tanpanya kita tidak mampu ke mana-mana, aku pesan untuk diri sendiri aku sebenarnya.
ini adaalah bonzer yang bakal menjaga kami. bengis tak muka dia? hahaha.. nama Mahathir dah kena panggil Tun, aku sekarang tengah mengadjust dia untuk balik jika ada hal sepanjang program tu nanti. hahahaha...
dan aku ambil gambar ini semasa di majlis siding media di hotel golden horses seri kembangan kepada pihak media. yang lain memang beriyalah dalam ambil gambar tu, sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku masuk tv bak kata orang Rombau, tapi masuk bertanding ni adalah selepas beberapa tahun selepas tamat zaman university dulu-dulu.
berikut adalah sedikit paparan video yang sempat aku snap semasa dalam majlis rehearsal berlangsung. sebenarnya banyak lagi aku nak story mory terutama bila aku ditiau oleh salah seorang produser kat sini masa aku buat persembahan.
video klip di atas adalah semasa telah tiba di majlis sidang media di hotel, bertemu dengan selebriti yang lain seperti penyanyi lagu rasmi pencetus ummah dakwahku duniaku, the ultimate dan ayai ilusi. aku melihat beberapa peserta muda yang lain bersemangat untuk mengambil gambar dan possing dengan pelbagai gaya tanda mereka seronok dalam keadaan yang mereka sedang alami ini sedangkan aku memikirkan seribu satu kemungkinan dengan pilihan dan tindakan yang aku ambil, masa depan beb. selalu pergi makan roti canai pakai singlet buruk dengan kain pelekat nanti dah tak boleh sebab nak kena jaga imej lah itu ini lah bagai, hem bersediakah aku?
 
sebenarnya, feeling aku mungkin tak berapa seronok sebelum sidang media ini kerana latihan semalam. aku duduk menampakkan gemuk katanya, jadi itu dilihat salah, aku persembahkan latihan semalam dengan bercakap korea juga salah, dan ada sahaja aku buat tak kena, sebenarnya pada asalnya bila aku telah sampaikan si produser ni sibuk baca sms yang masuk ke telefon dia, pastu dia kata aku cuba buat kelakar, mesej tak sampailah perghhhhh.. terasa macam kena kritik kat dalam Akademi Fantasia jadinya. balik malam tu dari tempat latihan terus aku mengadu pada isteri dan menghiburkan hati sambil tengok rancangan korea, kalau dah tu tak kena dan tak bagus so buat apa pilih aku? terasa bila aku berhujjah pendapat tentang apa yang aku buat aku mahu penonton berfikir, dan dia terus canggah pendapat aku, aku balas balik, well loyer katanya.. sorrylah kalau tak suka ehehehe.. ada yang kata be yourself, then Im be myself.
 
Kesimpulannya, aku meletakkan tawakkal aku kepada Allah dalam cabaran hidup ini, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.. TERLAJAK DAKWAH...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan