Sg.Ramal Dalam, 30Oktober2013 - Alhamdulillah, sekali lagi merasakan nikmat berkonvo bagi ijazah yang ketiga, dan yang paling manisnya kursus yang selama 4 tahun ini, dibayar oleh duit sendiri semasa jadi imam masjid dahulu, dan yang paling manisnya juga sabtu dan ahad ku setiap minggu dipenuhi dengan kelas pengajian ilmiah dari 8pagi hingga 6petang dengan membuktikan lagi bahawa aku tidak berpoya-poya atau bersenang-lenang seperti orang lain, apa yang aku ingin nyatakan ialah susahnya belajar dalam masa yang serentak seperti ini namun akhirnya Allah izinkan aku juga menyiapkan tugasan dunia ini. Ada kawan-kawan yang tidak sampai ke garisan penamat dan ada yang sedang berlari, moga Allah bantu mereka.
Konvo kali ini memang sempoi sangat bagiku, tiada tetamu jemputan di kiri dan kanan, umi juga tidak hadir, manakala isteri dan anak mereka nak hadir tapi disebabkan kesesakan lalulintas dan usia anas yang tengah mengada-ngada, lebih baik mereka di rumah sahaja, dan kebetulan pula aku baharu sahaja pulang dari Jakarta seusai buat tugasan di sana dan esoknya terus menghadiri konvo. penat dan sempoi je.
sebenarnya banyak yang boleh aku kongsikan kisah-kisah semasa belajar di sini, malah watak-watak manusia yang seringkali aku jumpa semasa belajar samada mereka ikhlas berkawan, ikhlas belajar atau apa-apa sahaja sehinggakan aku kekadang merengus dengan beberapa rakan-rakan sekelas tentang agenda dan watak mereka seolah-olah hasad yang semacam perangai budak-budak, sedangkan masing-masing dah tua dah tu, apalah nak caras-caras masa belajar mahupun rezeki, kan Allah dah sediakan untuk masing-masing, so tak perlulah nak cemburu, iri dan hasad. Sampai tak maklum kelas ganti kat mana, burukkan imej kepada pensyarah, simpan nota yang pensyarah beri, kelakarnya, sebab tu syukur Alhamdulillah Allah rezekikan aku lagi.
macam biasalah bila hadir majlis konvo macam ni semua ada protokol, tak boleh nak bangun buang air kecil sembarangan ke, sahaja-sahaja nak keluar ambil angina ke memang tak boleh la, namun tak seperti tahun lepas semasa aku konvo master, rupanya sesi petang sekejap sahaja dan yang paling seronoknya bilamana pada sesi bagi fakulti pengajian Islam ini, dipuji oleh NC kerana pandai berniaga sehinggakan mendapat geran dana luar Negara lebih kurang 200ribu US dollar. sebenarnya bukan sebab budak pengajian Islam, sebab memang Islam suruh kita berniaga bahkan itulah yang dimaklumkan kepada kita oleh nabi SAW supaya berniaga.
sekitar suasana majlis dalam dewan DECTAR UKM. rupanya ramai kenalan semasa diploma di KUIS juga yang menyambung pengajian dan pegawai-pegawai masjid JAWI yang kutemui. Alhamdulillah kerana ilmu kita bertemu, dan moga makin bijaksana kita dalam menyemarakkan dan membina tamadun ummah di Negara kita. Aku??? dengan ilmu aku laksanakan apa yang termampu..
sebenarnya, dalam konvo kali ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan sangat, pertama kawan seperjuangan yang menangis bersama, ketawa pun bersama dalam bidang ini tidak dapat bersama-sama dalam konvo ni, sebabnya mereka tidak menyelesaikan lagi disertasi yang sepatutnya. biasalah rakan-rakan seperjuangan lain sememangnya telah bekerja dengan kerajaan dan aku rezekiku dengan bekerja sendiri boleh menguruskan masa sendiri, sebenarnya aku juga mengalami masa-masa kecederaan dan hanya selesai menyiapkan tesis tersebut seminggu sebelum tarikh muktamad mesyuarat senat untuk konvo.
patutlah aku rasa lain, pada istiadat konvo tahun lepas aku dianugerahkan oleh Tuanku Mukhriz, Yang Dipertuan Negeri Sembilan manakala kali ini aku dengan Reaktor Laxsamana Naqiuddin, bekas anak Almarhum Tuanku Jaafar.
Setelah majlis selesai, rasmilah aku sebagai alumni UKM yang entah kali ke berapa entah, hehehe.. dengan perasaan sangat bersyukur, walaupun hari gembira aku tidak ada umi atau abah yang hadir mahupun keluarga, aku juga hadir hanya berskuter dan parking di tempat motor dan keluar dari ukm dan balik rumah dalam 10 minit tak sampai. Allah mudahkan urusanku bagi menggalas tanggungjawab memperingatkan kepada umat ini tentang keagungan Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan