Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 14 Disember 2013

Telah berakhir, YES!!! Baru bermula, YES!!!

Sg.Ramal Dalam, 12hb Disember 2013 - sebenarnya proses update blog ni adalah setelah berminggu selepas gambar-gambar ini diupdate. hehehehe.. bukan pemalas tetapi mencari masa menulis dan doakan saya agar terus istiqamah dan memanfaatkan apa-apa yang dipinjamkan Allah kepada saya. Ternyata benar, pengalaman selama 4 minggu dan lebih kurang sebulan berada dalam sebuahprogram  reality yang akhirnya aku berpijak semula dengan reality hidup. aku tersingkir da... hehehe
 
sudah pasti seribu satu pengalaman yang ditimba dalam program seperti ini, bukan sekadar pengisiannya tetapi juga corak kehidupan, bagaimana harus aku mulakan dalam penulisan ini kerana ada pelbagai perasaan dan komentar yang aku ingin kongsikan tentang program ini, tentang diri sendiri, tentang peserta lain, tentang siapa dan apa di sekelilingku, dan macam-macam lagi, ironinya aku telah keluar dan sudah pasti pembaca mahu tahu apa yang aku alami dan bagaimana saat-saat di sana aku atasinya sebagaimana tujuan entri aku ini ditulis agar ada sesuatu yang mereka boleh salami dari sudut aku melihat.
Program realiti, realitinya apa?
 
realitinya aku telah tunaikan hasrat bondaku yang tercinta, pergi ujibakat dan Alhamdulillah Berjaya hingga terpilih di antara 12 peserta Pencetus Ummah yang terbaik dari seluruh Malaysia. Namun bab yang mana aku kurang setuju dan tidak berpuashati aku kira biarlah program itu berlangsung sehabisnya dahulu dan biarlah keadaan menjadi reda dan redho kesemuanya, agar pandanganku ini bukan dinilai dari sudut kebenaran tetapi diadili dengan hujah dan fakta. bunyi macam tak puas hati, tapi inilah diariku, agar aku sendiri mengingatkan diriku kalau kata-kataku tidak seperti tindakan maka aku tercelaka.
 
Indahnya berukhuwah dengan mereka-mereka yang sebelum ini tidak ku kenali dalam hidup ini seperti mereka yang berada dalam foto, abang Dollah Cantik, hehehe Floor Manager(FM) yang mempastikan semua tentatif program berjalan dengan tepat mengikut waktu, aklau terlebih nanti akan berlakulah 'over run'.. istilah sesebuah produksi.
 
mengenali juga watak-watak dalam drama atau program televisyen






Tiada ulasan:

Catat Ulasan